Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ok, sambung lagi daripada entry sebelum ni Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari I Part I.

Dalam entry sebelum ni, saya cerita yang kitorang dibawa melawat ke Underground City sebagai aktiviti pertama kitorang kat Cappadocia. Kat Cappadocia ni punyelah banyak underground city sebenarnya. Lebih 100 buah perkampungan. Tapi tak semua tempat yang kita boleh lawat. Ada certain je yang dibuka untuk lawatan. Mungkin disebabkan faktor keselamatan ataupun underground city tu dah tak wujud lagi. Tertimbus atau musnah.

Untuk pengetahuan uols, underground city yang terdapat di Cappadocia telah wujud seawal zaman Gangsa lagi. Uols tau tak zaman Gangsa tu bila? Hasil ‘Google’an akak, zaman Gangsa tu bermula pada tahun 3,000 B.C. B.C tu hape pulak? Akak pun baru tau ni uols. So, akak share ye.. B.C tu bermaksud Before Christ. Menurut kepercayaan Kristian, Jesus Christ dilahirkan pada tahun ‘0’. So, 3,000 B.C tu adalah 3,000 tahun sebelum kelahiran Jesus Christ. Gitteeww..

Okeh, berbalik kepada underground city yang dipercayai wujud pada zaman Gangsa ni, ia dijadikan penempatan penduduk ketika Empayar Byzantine (kalau rajin Google sendiri. Kang blog ni jadik blog Sejarah plak.. Kui kui). Zaman tu kan suka perang-perang, so dorang buat underground city tu jadi tempat perlindungan. Bila waktu aman (takde perang) dorang duduk rumah biasa atas tanah, tapi bila waktu bahaya (masa perang) dorang bersembunyi kat belah bawah iaitu underground city. Kiranya kalau tengok dari atas, macam rumah-rumah biasa. Tapi musuh tatau yang kat bawah rumah dorang tu ada jalan rahsia untuk ke underground city. Dari rumah atas tanah ke rumah dalam underground city tu pulak, disambung dengan terowong.

Selain sebagai tempat perlindungan, dorang jadikan jugak sebagai tempat keagamaan (chapel atau gereja kecil), tempat penyimpanan makanan, binatang ternakan dan ada juga dijadikan tempat untuk simpan wine. Lengkaplah kiranya dengan dewan, tandas, sistem pengudaraan dan sebagainya. Yang bestnya kalau masa musim panas, kat bawah tu akan rasa sejuk. Kalau musim sejuk, akan jadi hangat. Memang sesuailah dijadikan sebagai tempat tinggal.

Cite je lebih, takde gamba sebagai bukti, apalah maknanya kan? So, lets akak bawak uols jalan-jalan kat underground city di Cappadocia!

Tangga masuk ke underground city

Ruang dalam underground city

Tiang seri.. Kah kah.. Memandai je haku

Rasa macam nak lempang pompuan ni tak?

Dah macam rupa orang zaman batu pun ada

Tempat simpan wine

Lubang pengudaraan

Dapur

Cubaan duduk di atas dapur

Lepas tu, kitorang bergambar kat bahagian atas pulak..

Tarian apakah yang akak cuba lakukan ni??

Kolam ape tatau

Ko mampooo tido atas salji sebegini rupa?

Pompuan eskimo

Kawasan ni masih dipenuhi salji

Dah abes melawat underground city, kitorang meneruskan perjalanan ke Camel Valley pulak. Lembah Unta katanya.. Adakah terdapat banyak unta di sana? Mari saksikan..

Batuan yang terbentuk daripada aktiviti gunung berapi jutaan tahun yang lampau

Ahkak

Orang ramai sibuk mencari unta

Kata Camel Valley? Mana camelnya?? Nah uols!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oooo.. batu bentuk unta rupanya

Sejuuuukkkk.. Jadi mari kita peluk Mek Na

Unta fadang fasir pun tak femalass macam ente!

Dah bergamba-gamba kat Camel Valley tu dalam pukul 5.30 petang. So, kami dibawa balik ke hotel untuk acara minum petang Selamat Datang. Kami dihidangkan dengan manisan Turki (macam dodol sikit) dan jus aprikot ke apentah. Tapi sedaplah..

Lobby Hotel Burcu Kaya, tempat minum petang

Bersama lampu berbentuk gua yang menjadi simbol Cappadocia

Jemput minum!

Lepas je minum petang, terus pulak ke restoran sebelah (kat hotel tu jugak) untuk makan malam..

Berpusu-pusu masuk restoran kerana kelaparan

Tiang dalam restoran yang meriah

Makanannnnnn...

Makanan yang saya amik. Diet tak??

Penchuchi mulot

Habis makan malam, dalam pukul 7. Lepas dah makan semua tu, balik bilik hotel untuk mandi-mandi, berehat dan tido. Nak mandi tu punyelah berchinta! Sejukkkk mak datok!! Sampaikan saya terjerit-jerit masa pijak lantai bilik air sebab terperanjat punyelah sejuk! Lepas tu baru sibuk carik selipar hotel. Kah kah..

Masa bukak paip air, ingatkan heater rosak, rupanya kena tunggu lama sikit baru air panas keluar. Nampak nau kampung. Muahaha.. Sudahnya akak mandi air sejuk uols! Terus Parkinson lepas tu..

Waktu Isyak kat sana pukul 7.30 malam. Lepas solat, saya terus baring tido. Tau masa tu pukul bape? 7.45 malam!! First time tido sebegitu awal. Letak je kepala, terus jalan. Nak tengok TV pun, semua cakap Turki. Dahla takde subtitle. Sabo jela..

Sekian dulu aktiviti saya di hari pertama. Yang pasti, aktiviti besoknya lagi best! Naik belon panas!!!! Yeayyyy!! Tunggu episod seterusnya ye.. Daaa…

One comment on “Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari I Part II

  1. ada berapa part cerita ni…he…..hee….hari ni Berita Minggu pn ada cerita Jejak Turki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.