Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kan? Masuk-masuk je terus tajuk tahape-hape… Ada akak qesah? Kah kah.. Last entry Turki akak tangguhkan kejap bagi memberi laluan kepada Coti-coti Malaysia akak ke Port Dickson semalam. Nanti dah basi tak besh pulak. Alang-alang akak masih teruja lagi nih..

So, seperti yang telah dipoyo-poyokan di Fesbuk, semalam akak dengan dua orang member akak gi berchoti di PD. Di mana? Yaa.. Nanti akak bagitau di akhir entry. Hak hak..


Status FB akak..

So, pagi-pagi semalam akak masak nasik lemak. Memang tujuannya nak bawak pegi berkelah kat PD la kan.. Teruja sangat ni uols! Walaupun nak gerak dari Kotadem pukul 1 tengahari, tapi pukul 9 lebih dah siap masak. Ko mampoo? Hiks..

So dekat nak pukul 2 petang, barulah member akak dua orang tu sampai Kotadem untuk kutip akak. Jem kat KL katanya. Yelah, semalam kan ada konsert kat Dataran Merdeka tu.

Akak ditugaskan untuk drive. Kejih theyols. Sebelum tu, kami singgah kejap kat Petronas untuk beli jajan. Dah settel semua, terus gerak. Alhamdulillah, jalan tak jem. Cuaca pon elok sangat-sangat. Alhamdulillah. Tapi kalau ditakdirkan hujan sekali pun, WHO CARES?? Gitteww bila ADA AKU KESAH diomputehkan. Huhu.. Nape pulak tak kisah? Kata berkelah kat PD.. Mestilah tak best kalau hujan kan? No! No! No! Walaupun di PD, tapi bukan di tepi pantai uols…

Kami tiba di tempat berkelah itu lebih kurang pukul 4 petang. Oleh kerana tempat berkelah tu patutnya untuk dua orang je, maka sorang lagi iaitu akak terpaksa diseludup masuk. Apalah naseb..

Selesai urusan check-in, kami pon naik. Tempat berkelah kami terletak di tingkat 8. Alhamdulillah, dapat pulak kat hujung sekali. Memang shanteklah..

So, masuk-masuk je… Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! Terus kitorang menjerit kejakunan… Kenapa? Cer tengok!!


Bapak besar katil dia.. Dua pulak tu katil king size yang dia bagi..

Bilik punyelah besar. 1000sqf! Ada ke patut dua orang je yang dia bagi isi dalam bilik ni? Doploh orang pon boleh sumbat dalam kalo gini punye besar biliknya kan?


Meja tulis

Nak tengok apa yang lagi menarik??? Nahhhh!!!!


Private swimming pool!!!!! Boleh nampak terus dari katil


Pelampung


Kolam ni sedalam 4 kaki!


Shower tepi kolam


View laut dari balcony


Boleh nampak katil dari hujung kolam


Katak zuma.. Haha


Amik feel dulu main-main di gigi air


Mengintai dari tirai kamar.. Kah kah


Tasya..

Bilik hotel kami ni dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian paling besar mestilah tempat tidur dan hall. Lepas tu bahagian kedua dry kitchen. Bahagian ketiga tandas dan bilik air serta tempat nak bersolek. Bahagian keempat tentulah yang paling best iaitu private swimming pool tu..


Cermin solek


Dry kitchen yang complete ada microwave semua


Katil

Ya!! Bermulalah aksi-aksi gedik sebelum katil bertukar seperti dilanda garuda!




Geram je tengok kolam belakang tu. Siap ko!!


Padahal tak perlu pun topi tu. Saje nak buat props.. Huhu


Muka member akak sorang lagi terpaksa dikatunkan untuk tujuan keselamatan. Huhu..

Sebelum berkubang, kitorang makan dulu sebab perut pon dah berkeroncong.


Nasik lomak!

Lepas dah makan, apa lagi berkubang time!!! Jom jadi badak berendam.. Haha baru ada kena mengena dengan tajuk entry kan? Hiks..


Ni dia team renang berirama dari Malaysia!


Motip ada bunga atas kepala?


Kena sembur dengan katak zuma..


Best gilakkkk!!


Abaikan pelampung.. Akak memang tak reti berenang okeh.. Jangan gelak!


Memang best la oiiii!!! Macam budak-budak jadinya. Teringat masa berkubang kat sungai kampung akak dulu-dulu. Dulu sungai kat Kampung Sungai Choh tu bersih. Asal panas je, gi berendam kat sungai. So, bila dapat kolam camni, memang bestlah. Yelah, kalau nak pegi swimming pool yang open tu, nak mandi kena pakai tudung semua. So, bila kat sini, bolehlah nak berbikini bagai. Oppss!! Takde maknanya bikini. Pakai baju biasa je pon..

Akak kan tak pandai berenang. So member akak bermuka kartun ni la yang ajar. Gigih! Tengkiu uols.. Tapi yang kelakarnya, kolam tu taklah besar sangat. Empat kali kuak je dah sampai hujung kolam..Heehee..

Dah berkubang dekat dua jam, kitorang pon naik mandi dan keringkan badan. Bila dah berendam, perut pon dah kenyang, apa lagi nak dibuat? Tido la jawapannya. Tapi dah pesan dengan kawan akak soh kejut sebab nak tengok sunset! Yang bestnya bilik kitorang ni memang mengadap matahari jatuh. So, lebih kurang pukul 7.10 petang, member akak kejut. Yeay! Dapat tengok sunset.. So, ni gambar-gambar yang sempat akak amik. Pakai henpon je ni..











Pastu member akak ajak turun bawah untuk pergi ke area water villa yang kami nampak dari balcony tu. Menarik jugak cadangan tu. Tambahan pulak kitorang nak ke pasar malam. Alang-alang dah turun tu, boleh pegi sekali. So, akak berdua dengan member pon berjalan-jalanlah kat area water villa tu. Yang member sorang lagi malas nak ikut. Dia nak ikut pegi pasar malam je. Kejis!

Nak berjalan water villa tu pulak, kena lalu kat lorong. Lorong tu diapit oleh dua barisan bangunan water villa. Kiranya villa tu memang atas laut la. Tak sure rupa dalam dia cemana. Maybe lantai dia boleh nampak terus laut kat bawah kot. Hihi..

Rupanya selain kami, ramai gak orang lain lepak kat situ. Tengok sunset jugak agaknya. Gazebo untuk duduk berehat pon ada disediakan untuk melepas lelah.


Bangunan hotel kami dari water villa


Selepas amik gamba kejap, kitorang pon begerak ke lobby hotel semula dan terus ke pasar malam. Member sorang lagi pon dah tunggu kat lobby.

Oleh kerana malam, so yang amik alih tugas menjadi drebar, mestila member akak. Lebih kurang 15 minit memandu, kami akhirnya tiba di pasar malam PD. Ramainya orang wuii!!


Biasalah kalo pegi pasar malam. Sume benda nak. Nampak tu nak. Nampak ni nak. Ilang akal..

Balik pasar malam, apa lagi.. Makan le..


Hasil belian di pasar malam..

Lepas makan, bila menengok swimming pool tu, bagai memanggil-manggil je. Geram je tengok air dia. So, pukul 10 malam, start je Cerekarama kat TV3, terus akak terjun lagi dalam kolam! Rugi woo kalo tak gunakan sepenuhnya..



Sebelum terjun, akak sempat vain sekejap. Ala-ala pelancong berkelah di tepi pantai. Kah kah!


LOVE tu cubaan menutup aurat gittew..

Lepas puas berkubang, dah kecut sume kaki tangan, barulah reti nak naik. Mandi lagi sekali dan sedia untuk tido. Best betul!! Dengan katil yang empuk, kejap je akak dah belayar…

Pagi besoknya, sebelum turun sarapan, sempat lagi amik gamba dari balcony..


Rupa water villa dari atas..





Nampak tak swimming pool kat water villa tu?


Kasi close-up!

Pastu terus bersiap turun sarapan..


Saje gantung kat pintu bilik..

Sementara tunggu lif, kasi amik gambo lagi..


Mentari pagi yang dah terik..


Brekpes disediakan di Restoran Duyung. Pilihan makanan, boleh tahan la… Takdela gempak sangat. Tapi completelah. Ada nasik lemak, rendang ayam, bihun, bubur, kuih muih semua… Meh tengok..


Cheese..


Makanan









Kat bahagian luar restoran, ada stall untuk sape-sape yang nak makan telur. EGG ANY STYLE gitu. Scramble egg ada, omelette boleh.. Macam-macamla..



Lepas brekpes, kitorang nak jalan sekali lagi kat water villa tu. Saje nak tengok bahagian lain pulak.. Sebelum tu, teringin pulak nak amik gambo sekitar lobby..




Lalu kat tepi hotel nak ke water villa tu, nampak pulak tempat memanah..



Hoii!! Memanah! Bukan menyumpit!! Haha..

Pastu nampak pulak budak-budak main beskal ke apetah nama benda ni..



Ni la rupa water villanya..




Hoii tunggu!!

Lepak kat gazebo kejap..






Nampak pulak budak-budak tadi tu lalu kat depan kami. So, tahan kejap dorang nak amik gambo.. Heehee..



Tak lama lepas tu, naik bilik semula. Nak berkubang lagi dalam kolam.. Huhu.. Cam biasa, on the way nak naik bilik pon tetap jugak nak pose-pose..




Nampak pulak pekerja hotel nak start buat house keeping..





Ada family day kot ni.. Tatau kampeni ape..


Jom gi Lanun Bar!

Sampai dah lobby hotel..







Dah sampai bilik, apa lagi.. Tukar baju.. Terus terjun lagi..


Walaupun berendam, tetap berFesbuk. So, caj henpon kat tepi kolam.. Haha.. Dasar!




Waktu akak belaja berenang dari member akak ni, kejap tertelan air. Kejap air masuk dalam idung. Stress!! Tapi akak rasa, kalo berkubang 7 hari 7 malam kat sini, harus pandai dah. Ni boleh sikit-sikit je.. Asyik tak pandai nak kawal pernafasan. Haishhh!!



Goggle dan cap member akak

Dekat nak dua jam berkubang, kitorang naik dan mandi-mandi. Kena bersiap-siap sebab pukul doblas dah nak kena check out..


Tempayan untuk isi tuala yang dah digunakan..


Penimbang berat. Tapi rasanya takde bateri..

Dah siap-siap tu, tengok-tengok ada masa lagi.. So, baring la kejap. Dah dekat pukul doblas, baru la cek barang-barang semua dan kemas-kemas sikit. Sempat lagi amik gambo buat kali terakhir..



Rupa katil yang dilanggar garuda


Hai.. Babai..

Berakhirlah percutian singkat akak dan kawan-kawan. Tujuan bercuti memang semata-mata nak berkubang dalam kolam. Saje nak merasa.. Ohh! Kat mane eh.. Rasanya ramai yang dah tau.. Oke, tengok sikit gamba ni..



Tau?? Ya.. Ni dia…



Grand Lexis, Port Dickson!

Amacam? Best tak? Pegi laa.. Most recommended! Untuk harga, uols bleh tengok kat website dia kat sini.

Kitorang gerak lebih kurang 12.30 dan sampai Kotadem lebih kurang pukul 2. Perut pon lapar, kitorang makan Pizza baru tu.. Sedap gak..



Lepas makan, dorang anta akak balik.. Daa.. Sampai sini dulu… Lenkali nak carik hotel lain yang ada private swimming pool lagi. Jom!!

One comment on “Badak Berendam Tapi Bukan Kuih

  1. DayLynn on said:

    X dpt check rega. . .Bape rate tuk bilik tu. . .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.