Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Seperti yang dijanjikan, mehla akak sambung lagi cite Aku Ada, Kau Ada? : Skyline Jakun Edition Part 1 tu. Ok, kitorang dah plan nak pegi Padang Besar besoknya tu (Ahad). Alang-alang dah dekat dengan Arau kan… Lebih kurang setengah jam berkereta.

Janji dengan Syahir nak gerak dari hotel jam 11 pagi. Kelempung kelempang, sudahnya dekat pukul 12 gak kitorang bergerak.

Jom tengok cemana akak terpenyet sekali lagi bila dok kat belakang. Walaupun pada hakikatnya seat belakang tu luas yang mana boleh memuatkan 3 orang, tetapi disebabkan kehadiran batang-batang besi, maka hanya seorang je yang sesuai dok kat belakang tu. Tu pon kena redha bila sakit belakang dan berkemungkinan berlaku keguguran peranakan. Hiks!

 

Nampak itu batang paip berkeliaran dalam kereta??

Di bumbung, di dinding..

Protes!!!

Muka atak senyumm..

Marah balik..

Jalan nak ke Padang Besar ni akak rasa dah buat baru. Tak silap masa pegi 10 tahun lepas, jalannya tak elok lagi. Belum cantik bertar macam sekarang. Walaupun dah cantik membangun, tapi kehijauan pokok dan gunung ganang masih dapat disaksikan di kiri kanan jalan. Ladang tebu (menurut Syahir kepunyaan Felda) pon saujana mata memandang. Patutla Felda kaya *tetiba

Takde benda nak cite, tengok jela gamba okeh..

 

Nuuuun, kelihatan gunung ganang

Ke Padang Besar

Berhenti untuk pemeriksaan

Babai Abang Ashkarr..

Gunung-ganang

Sempat lagi kitorang singgah kejap kat menara tinjau yang didirikan di ladang tebu tu. Saje amik-amik gambo..

Hello… I’m Suzie Lopez

Model Skyline tak perlu..

Syahir yang biasanya kelihatan hensem telah bertukar menjadi rupa Samseng Siam.. Hik hik..

Ladang tebu menghijau

Saujana mata memandang

Poyosing


Facebook.. Facebook.. Facebook..

Menara tinjau yang tak berapa menara

Pompan di sebalik semak samun

Arrgghhh!! Malaslah nak cite pasal pompan nih.. Hiks!

Hanya mampu telan air liur bila tau harga rim ni..

Hampir pukul 1, akhirnya kami tiba di Padang Besar. Bas-bas pelancongan pun banyak yang kelihatan kat situ. Pastu kedai-kedai kat situ, adala beberapa perubahan daripada 10 tahun lepas. Melampaulah kalau sama je, ye tak?


Dah ada mercu tanda uols!

 

Memula tatau nak beli apa. Nak round-round je dulu kononnya. Masuk je dalam, kitorang round satu pusingan. Lepas round tingkat bawah, naik pulak tingkat atas. Tak puas hati lagi kat tingkat atas, pusing lagi sekali tingkat bawah. Sempat sambar jersi Harimau Malaya. Padahal bukannya minat bola pon. Nak minat pasukan negara mana pun tak reti. Tapi saja nak mengambik semangat EUFA kan.. Beli jela, walaupun jersi yang dibeli Harimau Malaya.. Kah kah!

Baju bajan

Orang boleh tahan ramai. Maklumlah hari Ahad

Intan berlian, emas permata

Lepas dah dapat jersi, beli pulak brooch untuk bonda tercinta. Memula sebelum pegi Arau tu, mak akak dah pesan “Dik! Kalau ko pegi Padang Besar, ko tak payah beli apa-apa dik. Mak tanak apa-apa“. Oke, fine.. Tapi bila dah sampai Padang Besar tu, akak saja call lagi sekali, nak tanya kotlah mak akak nak ape-ape. Mana tau dah bertukar fikiran. Tetiba seperti yang sudah dijangka.  “Dik, kalau ko jumpa brooch berjuntai-juntai tu, ko belikan mak, dik. Pastu ko belikan bantal kecik yang boleh duduk tu. Pastu kalau ada blouse-blouse tu, ko belikanlah barang sehelai ke..” Kan? Agaknya dah tak boleh tahan dah tu.. Mak sape lah ni.. Hehe..

Dah setel barang-barang mak akak, akak nak carik pulak barang untuk rumah.. Akak soh Syahir bawakkan akak kedai periuk belanga..

Taraa… Sekelian macam periuk belanga

Kat kedai makcik tu, akak sempat sambar kuali kecik, periuk kecik, penajam pisau dan termos nasik. Mak-mak sangat kan? Selain tu, kat kedai lain, akak beli jugak Toto sehelai. Senang kalau orang datang rumah, bentang je Toto buat tido. Lain yang akak beli, pelapik kaki dan jugak karpet kecik. Heehee..

Lepas habes bershopping, tibalah masa untuk mengisi perut. Syahir orderkan sup perut yang sedap gilerr.. Pastu nasik putih dengan paprik. Pastu order pulak makanan yang wajib dimakan bila sampai kat Padang Besar iaitu Pulut Mangga. Tapi tak makan pun, sebab dah kenyang. Tapau bawak balik je..

Sementara tunggu sup perut sampai..

Lepas makan, mulalah menyusun barang dalam boot keta. Keta tak agak-agak. Skyline kononnya. Tapi penuh dengan periuk belanga, toto, baju bajan, jerukla apela. Haha.. Terus hilang ke’macho’an Skyline lantas bertukar menjadi kereta makcik-makcik. Nasib ko lah Skyline oii…

Lebih kurang pukul 3.30, kami pun bergerak balik ke Arau. Hantar Syahir dan terus gerak balik ke KL.


Gunung-ganang berbalam-balam

Berhenti lagi sekali..

Sempat ditegur oleh Abang Ashkar “Amboiii! Kereta..”

Sorryla, Suzana merempit, habes bergegar-gegar gamba akak..

Batang besi lagi..

Dan lagi..

Nampak tak apa yang ditulis kat signbod tu?

Haa, kawasan terpanas di Malaysia katanya!

Dalam 4 lebih, kami sampai semula ke Arau. Lepas dah babai-babai dengan Syahir, kami pun gerak balik ke KL.

Babai Arau. Panjang umur, kami datang lagi..

Ruang dalam Skyline

Sampai kat Plaza Tol Sungai Dua, kitorang tunggu owner Skylinne sampai. Dia ajak makan Mee Udang pulak kat Sungai Dua. Rejeki jangan ditolak.. Sempat la berpoyosing kejap..

Nak jugak poyosing

Lagi sekali plis!

Lempang nak? *begitu akak memarahi diri sendiri

Dah arr tu… Boring dowh!

“If You Rich, I’m Single” – Suzana, 2012

Bila owner Skyline sampai, kita follow dia dari belakang…

Owner Skyline.. Bawak M5 plak.. Nak pinjam woii…

Kami sampai di warung Mee Udang Sungai Dua tu dah dekat pukul 8 malam.. Selain Mee Udang, owner Skyline tu order gak Mee Goreng. Belasah je la..

Ni Mee Goreng.. Mee Udang akak malu nak amik. Kang apa plak kata owner Skyline tu kalo dia tau akak amik gambo.. Huhu..

Lepas makan, lebih kurang jam 10 malam, kami betul-betul gerak balik ke KL. Dah, jangan nak singgah mana-mana lagi.. Haha.. Suzana teruskan pemanduan. Dia drive sampailah ke R&R Tapah. Kitorang plan nak mandimandi, pastu akak plak kena drive sampai KL. Oh lupa plak nak cerita. Kan tayar sotong dah bertukar jadi tayar baru, so pemanduan ala minah rempit, berulang kembali. Walapun rempit, keselamatan hendaklah dijaga okeh..

Lepas mandi-manda dan minum kopi jap, akak telah mengambil alih tugas pemanduan. Akak cakap kat Suzana, soh dia reversekan siap-siap keta tu dan drive sampai hujung kawasan R&R, ngam-ngam sebelum masuk highway. Neves siot. Dahla keta orang.  Dahla gear ada 6, clutch panjang. Nak kena tekan minyak sampai bunyi mengaum, baru keta nak bergerak. Memang neves!

Sebaik saja nak masuk highway, akak start drive. Nak bawak laju? Memang tak la.. 120km/j je. Tu pun kadang-kadang jadi 100km/j je. Tiba-tiba, ada malaon mana entah, ikut rapat keta kami. Kejap-kejap dia potong akak. Bila akak dah nak sampai kat dia, dia sengaja bagi jalan, dan dia dok belakang pulak. Suzana pulak jadi batu api. “Laju lagi beb, laju lagi! Kuang hajo! Dia potong sayur beb!” Memang nyaris nak eksiden bila keta tu terus pancung akak padahal ada lori kat lane kiri akak. Masalahnya haku ni rabun malam!! Silau plak tuh.. Dahla hiway dari utara ke KL tu, jalannya bergelombang. Memang agaknye kena maki je dengan keta lain sebab bawak terkedek-kedek.

Sampailah Suzana dah tak boleh tahan. Dia soh akak masuk mana-mana hentian. So, kitorang berhenti kat Hentian Behrang. Dan, yang paling tak sangka, keta tu ikut kami masuk kat Hentian Behrang tu. Keta Proton Iswara. Lelaki Melayu. Akak dah cuak dah. Kot penyamun ke, penjahat nak rompak kami ke. Sebaik saja berhenti, akak dengan baju tido maxi tu, terus kuar dari kereta beralih tempat dengan Suzana. Suzana pulak amik alih memandu.

Apa lagi. Pompan tu bila dah dapat stereng, terus pecut kejar keta Iswara tu. Kitorang pulak cucuk-cucuk dia. 140km/j. Naik lagi 160km/j. Akak dah mengucap-ngucap kat sebelah. Akhirnya kitorang dapat potong. Barulah buku bertemu ruas. Akak yang sopan santun ni nak dilawannya. Silap oranglah. Hambek ko race dengan Suzana. Bila dapat potong dorang, apa lagi, kita kasi kentut berapi satu!!! Lepas dah bagi kentut berapi, kitorang pecut, pastu sengaja slowkan keta sampai dorang dapat kejar balik. Pastu dorang pulak kat depan. Pastu kami potong balik. Camtulah bertukar-tukar sampai Hentian Sebelah Rawang.

Masa tu, Iswara tu dah ke depan. Kitroang saje bagi dorang blah dulu sebab kitorang nak berhenti kat Hentian Rawang tu. Agak-agak dorang dah nak terlepas hentian tu, Suzana bagi signal masuk. Lagipun akak nak terkench. Akan tetapi, boleh pulak mamat tu perasan signal kitorang, dah nak sampai hujung jalan masuk tu, dia cepat-cepat masuk hentian tu gak. Cinabeng!!!

Sampai je, akak terus pegi toilet. Kuar dari toilet, akak tengok Suzana kat luar kereta ditemani oleh 4 orang lelaki. Hampeh!!! Memang dorang follow kitorang dari Tapah rupanya. Sebab memula dia nampak Suzana yang drive (padahal akak soh reverse dan drive sikit ke depan). Masa akak start drive tu, mamat-mamat tu dah masuk highway. So, dia tak nampaklah kitorang bertukar tempat. Tu yang dorang pelik, kat Tapah tadi bukan main nampak rugged (Suzana la tu), tapi bila drive tehegeh-hegeh macam siput. Dorang tatau yang drive macam makcik gi pasar tu, akak. Hahah..

So, bila sampai Hentian Behrang tu dorang pelik, kenapa driver lain. Tu yang dorang terus cucuk-cucuk tu. Saje nak main-main. Pastu bila dah start borak tu, macam-macamlah dorang tanye. Sume ala-ala kagumlah kononnya. Kitorang bagitaulah keta pinjam je pon. Haha.. Lepas dari Hentian Rawang tu, kitorang drive macam biasa. Dorang menghala ke Jalan Duta, kitroang menghala ke Kota Damansara.

Sampai Kota Damansara, lebih kurang pukul 3 pagi. Tak sedar diri, besoknya tu akak ada kelas. Sabo jela..

So, berakhirlah Edisi Kejakunan akak terhadap Skyline. Sape peminat kereta laju, silalah beli. Tapi tolonglah jangan letak batang besi kat belakang tu. Sempit tau tak. Memang nak kena maki hamun je dengan mak bapak kalo korang beli. Kecuali korang dah ada keta lain yang boleh sumbat orang kat seat belakang. Hehe..

Sebelum akak pegi kelas pagi tu, sempatlah akak amik lagi sekali gambo Skyline yang diparking kat depan umah akak sebelum kembali ke tangan owner. Tengkiu Suzana! Tengkiu Skyline! 🙂

Macho tak?

Vavaiii…

 

 

 

 

 

 

No Comments :(