Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Diari Romadhon la sangat kan? Dah nak abes Syawal, baru tehegeh-hegeh nak cite. Ape nak buat uols. Akak bizi. Bizi buat ape pon tatau..

Rancangan nak ke Brunei ni adhoc plan je. Bulan posa plak tuh. Ko dah kenapa? Kan? Tapi kalo dah kaki berjalan tu, bulan apa pun, belasah je..

Ekceli member akak iaitu Lilon (bukan nama sebenar) ada mengajar kat Brunei. Pastu kontrak dia dah nak abes. Sajelah nak melawat dia kat sana sambil nak berterawikh kat Masjid Sultan Hassanal Bolkiah kononnya. Pastu kononnya lagi, nak passkan sendiri kad raya kat Sultan Brunei. Tak dapat jumpa dia, dapat pass kad raya kat hulubalang jaga pintu dia pun dah oke. Tanak main pos-pos lagi macam tahun sudah-sudah. Murni tak hasrat akak? Heehee..

So, akak pun menyuarakanlah isi perut akak kat PP. Pompan tu apa lagi, memang pantang dia kalo bab-bab berjalan ni. Mau aje dia mengikut. So, selain akak, ada la dua orang member lagi yang pegi sama. Sorang lelaki yang bernama Alex (juga bukan nama sebenar) iaitu bopren kepada Lilon dan sorang pompan yang digelar Bionic Woman (BW). Gitu..

Selepas kata sepakat diambil, kami pun bookla tiket flight. So, pada 3 Ogos lepas (puasa minggu kedua), kami berjaya menjejakkan kaki ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Tiket flight pegi balik ke Brunei ialah RM348.

Malamnya tu, BW tido umah akak sebab flight kami adalah pada Subuh Jumaat, 3 Ogos tu. So tak payah nak pegi amik dia pulak dulu kat KL. So, seawal 4 pagi lagi PP dah kutip kami berdua kat rumah lalu memecut macam orang gila ke LCCT. Kami tiba di LCCT hampir jam 5 pagi. Park kereta kat parking lot LCCT tu je. Sehari dalam Rm40 camtu. Kalo 3 hari? Ha, kirala sendiri.. Huhu..

Sampai je kat LCCT, apa lagi. Bersahurla dulu. Dah gatal nak berjalan bulan puasa kan? Kami makan kat McD je. Akak siap bawak air kopi dengan roti dari rumah. Ngeh ngeh..

Masuk waktu Subuh, cepat-cepat kami solat. Lepas Solat Subuh, tergocoh-gocohla kami berlari ke kapal terobang. Tataula apa sebab kitorang lambat. Tapi memang dah di saat-saat akhirlah baru kami masuk. Dahlah jauh nak menapak ke gate tu, terus tercungap-cungap berlari macam merentas desa lagaknya..

Naik je atas kapal, akak tengok tak ramai sangat orang. So, kami yang duduk kat bahagian tengah perut kapal, diarahkan duduk kat seat belakang sebab nak seimbangkan kapal terbang tu. Bleh? So, takdelah duduk kat tempat masing-masing. Bersepah-sepahlah kami duduk ikut sukahati. Asalkan dok kat belakang. Belakang pun belakanglah. Janji dapat tido. Huhu..

Bizi nampak.. SMS orang tershayang ke? Untonglaaa… Heeheee

Jam 7.05 pagi, kapal terbang mula meninggalkan landasan…

Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami tiba di Brunei lebih kurang jam 9 pagi. Waktu Malaysia dengan Brunei sama je, so tak payah nak betulkan jam ke ape.

Peramugari Brunei

Selesai urusan imegresen dan kastam, kami keluar mendapatkan kereta sewa yang memang dah siap dibook. Kitorang dapat kereta Chevrolet Aveo. Harga kereta sewa ialah $B100 untuk 3 hari. Oh ya, $B1 = RM2.50 so RM250 la untuk 3 hari. Share 4 orang, baru $25 (RM62.50) sorang. Okla tu kan.. Alex yang drive. Kereta manual, lepas tu gear reverse dia lain macam sikit. Tekehel jugaklah memula tu..

Moteeeep perpisahan???Keta sewa weols

Lepas dah amik kereta, aktiviti pertama kami ialah mengambil Lilon dari rumahnya di Gadong. Mujur Alex dah beberapa kali ke sana. So, takdelah kami 3 orang ni terbangak-bangak tatau nak pegi mana.Dari airport ke tempat Lilon, rasanya dalam 20-30 minit jugak kot.. Jom tengok sekitar bandar Brunei..

Mall terbesar di Brunei. Mim wau lam – Mall. Hiks

Satu-satunya jenis bas yang ada. Untunglaa kampeni ni takde pesaing

Ni nama sekolah ko ke Lilon? Hiks

Dah amik dia, Lilon mencadangkan agar kami melawat Kampung Air. Teruja gak nak tengok apa yang ada kat Kampung Air tu. Dari tempat Lilon nak ke Kampung Air tu taklah jauh sangat. Sedar-sedar dah sampai kat pangkalan. Selepas diriki-riki, kitorang pilih satu bot besar berbumbung. Caj untuk round-round sekitar Kampung Air tu $B40 (RM100).

Roda Impian derrr… Peminat Halim Othman kah? Huuhu

Dengan matahari terik di atas kepala (tipu, bot ada bumbung), kitorang dibawak berjalan-jalan menyusuri sungai untuk melihat sekitar Kampung Air tu. Memang complete la dengan sekolah, balai bomba, balai polis, masjid dan lain-lain kemudahan.

Balai bomba

Bangunan sekolah

Pelbagai kemudahan seperti balai polis, klinik kesihatan dan masjid

Bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar Kampung Air

Rumah-rumah penduduk Kampung Air

Perasan tak ada nombor 66 tu? Pastu kalau uols perasan, signbod kat bandar tadi pun ada tulis 66. Apakebenda 66 ittew? Tu sebenarnya nak tunjuk umur Sultan sekarang. Tahun depan tukarlah jadi 67 agaknye. Motip tayang umur? Mementang masih gantenggg!! Hak hak..

Kapal Nakhoda Manis yang dipercayai disumpah menjadi batu oleh ibunya

Dari atas bot juga, kelihatan Istana Nurul Iman. Tapi nampak bumbung jelah.

Lebih kurang 40 minit meround kitorang kembali ke pangkalan.

Kat depan seberang jalan pangkalan tu pulak, ada pulak shopping mall. So, kami melintas jalan kaki je. Kat Brunei ni susahlah nak dengar orang hon kereta ke ape. Pastu kalau dorang nampak kita berdiri kat divider (macam nak melintas jalan), dorang cepat-cepat stopkan kereta bagi kita jalan. Padahal kami ni tegedik-gedik atas divider tu nak amik gambo. Kesian dorang tunggu kitorang sebab ingatkan kitorang nak melintas. Lama pulak tu dia tunggu. Huhu sorry pakcik..

Lepas melintas tu, kami perlu melalui satu dataran sebelum sampai ke shopping mall kat situ. Kat dataran tu boleh nampak masjid. Kat dataran tu jugak ada pejabat-pejabat kerajaan.

So, apakata kita masuk kejap dlm shopping mall dorang?

Lepas dah shopping-shopping tu, bukan boleh buat ape kan? Makan pun tak boleh, so kitorang teruslah check in hotel. Jarak dari bandar ke hotel kami lebih kurang setengah jam perjalanan camtu.

Kat mane kitorang menginap? Nantikan bahagian seterusnya.. Daa..

One Comment

  1. inez
    9:07 pm on September 18th, 2012

    enjoy reading your blog!