Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Meh sambung lagi Diari Romadhon Ujie *padahal Syawal pun dah abes..

Haaa, feeling2 mak datin, kitorang book The Empire Hotel & Country Club yang terletak agak jauh dari kesesakan hiruk pikuk bandar.

Masuk je lobby hotel, kami disambut dengan ini..

Terkesima rama-rama dibuatnya..

Masa nak check in hotel, ada sikit problem pulak dengan booking kitorang. Tapi tak lama lepas tu, Alhamdulillah settel semua. Satu nasihat, sila book guna agoda.com je. Takyahlah gatal-gatal nak book guna website dorang sebab agak menyusahkan.

Ko nak kena siku? Kata PP…

Sementara nak tunggu problem bilik disetelkan, marilah kita saksikan lagi beberapa panorama lobby hotel yang mengasyikkan…

Amachiamm? Teruja tak?

Lepas dah dapat nombor bilik dan kunci bilik, tibalah masa kita tengok pulak bilik hotelnye. Kitorang dapat Seaview Villa. Jom cekidaut!

Dari lobby ke bilik, kena naik buggy sebab jarak dia boleh tahan jauh gakla..

Persekitaran dia cantek sangat. So, sambil naik buggy, sambil menchochi mata.. Sape yang pernah masuk Tropicana Golf Club kat Kota Damansara tu, haa camtula la lebey kurang… Mendamaikan..

Masuk je bilik, apa lagi? Haruslah menjalankan aktiviti paparazi iaitu amik gambo bilik sebelum bilik bersepah-sepah.

Dah puas tu, kitorang tido sementara tunggu waktu berbuka. Alex hantar Lilon balik semula ke bandar. Lagipun dia sewa hotel dekat-dekat dengan tempat Lilon. Plannya, petang-petang dekat nak bebuka, baru dia amik kitorang..

Dalam pukul 5 lebih Alex sampai. Lilon tak ikut sebab dia ada kelas tambahan malam. Ha, lagi satu, cuti kat Brunei ni agak pelik. Jumaat cuti. Sabtu keje. Ahad cuti semula. Boleh? So, kalau nak balik kampung ke apa, memang kena applylah cuti hari Sabtu tu. Sabo jela..

Bila Alex sampai, ada la lagi yang tengah bersiaplah, apela. Akak seperti biasa, pantas dan tuntas. Malas nak tunggu dorang berdua dalam bilik, akak turun bawah dulu. Oleh kerana semua tekedek-kedek, pukul 6 petang gakla baru gerak dari hotel nak cari Pasar Ramadhan. Padahal bebuka pukul 6.30 ni.. Aiyyooo!!

Sampai je Param, huiiiii terus rambang mata. Sume rasa macam nak dibeli. Maklumlah, makanan dorang ada sikit berbeza dari tempat kita. So, naklah jugak rasa, kan? Tapi ada gakla yang sama. Layan…

Kalau sampai ke Brunei, tak sah kalau tak makan “Nasi Katok” seperti yang digembar-gemburkan oleh Lilon. . Glamerrr okeh.. Apake rupa bentuk Nasi Katok ni? Jomlah kita carik..

Ni la rupa dia..

Nasi Katok

Katok is actually “ketuk” in the Malay language, and it means knock. There is a story behind the name Nasi Katok. It was begun by a couple of teenagers who were feeling very hungry after a midnight practice. They went to a place where they normally bought their food. This place was actually a residential house, which offered Nasi bungkus (a pack of rice with chicken and egg) even in the middle of the night. At any time you could just Katok (knock) on their door, and the owner will come up with fresh hot Nasi Katok. And that’s how it became Nasi Katok.

So, nasi katok ni nasi putih biasa je. Lauk dia ayam goreng je. Pastu ada sambal yang diperbuat dari ikan tamban atau ikan bilis. Pilih je yang mana satu.. Harga pun murah. $B1 je. Ringkas dan sedap! Nak tengok makanan lain yang ada? Nah!!

Lepas beli makanan, tetiba dengar bunyi azan. Kenalah bebuka sikit dalam kereta sebelum carik tempat proper sikit nak makan. Sambil tu, sempatla amik gamba masjid di waktu Maghrib. Cantek kan?

Sebelum tu, PP nak kuarkan duit dulu sebab tak cukup duit dah. Singgah kejap kat Giant sebab situ ada ATM.

Dah kuar duit tu, nak isi minyak kereta pulak. Tapi semua stesen minyak kat sana tutup pulak waktu berbuka (Maghrib). Mungkin sebagai menghormati waktu berbuka. Kena isi lepas Maghrib macam tu..

Hasrat nak mengisi minyak tak kesampaian, kitorang terus carik tempat makan. Pusing punya pusing, sampailah kitorang kat Jerudong Park yang pada satu ketika dulu sangat popular sebagai salah satu taman tema. Tapi sekarang nasibnya dah jauh berbeza. Dah tinggal sejarah. Permainan semua dah kena jual dan ada yang dah berkarat-karat. Tapi tempat makan dan lepak-lepak ada lagi. Bila sampai je, org lain pon dah abes makan. Terus kitorang selamba je duduk kat satu meja ni. Padahal dah tulis dah amaran makanan luar tak dibenarkan. Huhu. Dah dasar degil. Tapi kitorang orderla jugak air..

Burrrppp.. Kenyang Alhamdulillah. Jangan lupa buang sampah..

Kucing yang sama menyebok nak berbuka..

Lepas makan, sementara tunggu Lilon abes mengajar, kitorang lepak-lepak dulu kat taman situ.

Lepas tu baru isi minyak..

1 liter = 53 sen!

Lepas makan, isi minyak dan setel semua, baru amik Lilon dan bawak dia ke hotel kami. Tujuan bawak Lilon ke hotel kami? Sebab nak tengok wayangggggg. Jangan jeles oke. Dalam hotel tu ada disediakan pawagam mini untuk tengok wayang tau. Org luar pon boleh masuk gak. Harga tiket pun sama je. Ke lg murah? Yelah, sape-sape yang tanak bersesak tengok wayang kat shopping mall, blehla tengok kat dalam hotel. Cuma jauhla sikit nak datang ke sini dari bandar.

Show time dlm kul 11.30 kot. So, sempatlah balik mandi solat sume. Kitorang berjalan kaki je pegi tengok wayang tu..

Pemandangan persekitaran hotel di waktu malam..

Sampai….Haa.. Nila rupa pawagam mini tu..

Sebelum cerita start, seperti biasa aktiviti mengabadikan kenangan… Hak hak hak..

Perasan tak tangan akak tak pernah lepas dari henpon? Hahaa.. Sampai kawan-kawan bengkek je dengan haku..

Kitorang tengok cite Total Recall..

Pastu sempat pulak berurut kejap.. 3 minit = $B1.

Ha, nilah rupa dalam wayang tu.. Macam bilik seminar je.. Kui kui..

Habes cerita lebih kurang 1.30 pagi.. Soooooooooooooo???!!!! Hasrat utk BERTERAWIKH di Masjid Sultan Hassanal Bolkiah adalah Gagal!! Big time FAIL!! Haha keji sungguh!

Lepas abes tengok wayang, kami pun balik ke bilik hotel semula. Alex dan Lilon balik semula ke bandar. Kami berehat dan tido sebab besok paginya kami nak merentas lautan. Ke mana destinasi kami? Sama2 kita nantikan .. Vavai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.