Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Heyyy uols! Meh sambung lagi okeh..

Oke, ke mana destinasi seberang lautan kami yang akak gembar-gemburkan di entri sebelum ni? Nak tau.. Lets!!

Seawal jam 8 pagi, Alex dah jemput kami kat hotel. So cemana dengan hotel kami? Shantek tak? Ok, lepas sume dah siap, bergegaslah kami ke bawah mendapatkan Alex..

Oh, akak tak cite lagi kitorang nak pegi mana kan? Haa.. Kitorang akan menyeberangi lautan pegi ke…..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Labuan…

Yes uols! Balik ke Malaysia semula. Moteeep sangat, kan? Haha ada sedikit penyesalan di situ walaupun kat Labuan tu bestla jugak. Sesal bukan ape. Banyak tempat menarik kat Brunei tak sempat pegi. Contohnya tapak cari gali minyak pertama kat Brunei. Sob! Sob! Tapi takpela. Mungkin Allah nak bagi akak pegi Brunei lagi sekali kot. Sape tau? Hehe..

So, Alex bawak keta agak laju sebab kitorang memang dah lambat.

AWAS KENDERAAN BERPUSING DI HADAPAN. Moteeeeep? Padahal nak cakap boleh u-turn je pon.. Hihi

Untuk pengetahuan, feri nak ke Labuan tu tak banyak sangat. Kalau feri laju, ada satu pukul 7.45 pagi, satu lagi pukul 8.30 pagi. Kami sampai ke Terminal Feri Serasa dalam pukul 8.40 pagi. So jawabnya. Kem salam, selamat malam lah!!! Kena tinggal..

Terminal Feri Serasa Brunei Darussalam

Dah kuchiwa gak masa tu, tapi kakak tiket tu kata, ada satu lagi ferry. Tapi ferry lambat. Yang bawak kenderaan dan penumpang sekali tu. Senang kata ferry barang la.. Tak kisahlah kan.. Asal boleh sampai Labuan, sudah.. Wah! Cerah balik harapan weols.

So, berlari-lari emaklah kitorang ke jeti satu lagi. Bila dah kata naik ferry barang, kitorang plan nak bawak sekali keta sewa kitorang ke Labuan, so tak payahla pulak nak sewa kereta kat Labuan nanti. Jimat sikit kononnya..

Sekali… Tengok, punyelah banyak kereta yang tengah berbaris nak masuk dalam ferry tu. Dahlah tiket tak beli lagi. Borang kastam la apelah tak isi lagi. So, akak kata, takpelah. Akak pegi beli tiket. Yang lain buatlah apa-apa yang patut isi borang ke ape..

Berderet-deret…

Lepas dah kumpul semua passport dari dorang, akak pun pegilah beratur nak beli tiket…

Shuttle Hope yang menjadi harapan kami.. Hope sangat.. Hehe..

Masa beli tiket pon sekejapan je..

Sekali, kakak kaunter tu cakap, kalau nak bawak kenderaan, kena call untuk booking dulu. Bukan boleh main terjah je. Kalau terjah, kena tunggu dalam waiting list. Kalau masa dorang susun-susun kereta/lori dalam ferry tu ada kosong lagi, so yang gatal tak booking dalam waiting list ni, bolehlah sumbat sekali. Kalau tak, sekali lagi jawabnya kem salam, selamat malam!

Masa ni akak pun dah berbelah bagi. Tapi bila tengok rate nak bawak kereta ke Labuan tu, harga one way sampai $B50! Belum lagi dari Labuan ke Brunei semula. Huh!! Tak payah!!! $B50 tu harga untuk kereta sebijik dengan sorang driver je. Penumpang lain, sorang kena bayar $B13 pulak. Akhirnya, tinggallah dikau wahai kereta. Kitorang jelah yang pegi..

Rupa tiket dan kena cop passport dulu kat kaunter imegresen

Oleh kerana kami tak bawak kereta, so tak payah isi form ni..

Untuk panduan uols, kalau tetiba uols nak pegi Labuan bawak kereta dari Brunei, kena siap-siap isi form ni. Jangan nanti dah berbaris panjang-panjang duduk dalam kereta, tapi form ni tak isi lagi. Memang nahaslah..

So, lepas setel semua, berlari-lari bapaklah pula kami ke terminal ferry tu. Sebelum tu ada adegan kami kena jerit dengan kakak imegresen sebab menonong je masuk sampai lupa nak cop passport. Semua gara-gara takut kena tinggal dengan ferry. Hihi..

Sementara tunggu krew-krew susun kereta/lori/barang dalam ferry, sempatlah kami berpoyosing dulu..

Ferry meninggalkan terminal tepat jam 9.30 pagi..

Weols – Alex, PP, Akak, BW

Perjalanan dengan ferry barang ni, amik masa 2 jam jugak. Kematu gaklah vontot weols dalam tu. Ferry tu ada ruang dalam, dengan ruang kat luar. Akak duduk kat luar je sambil menghirup angin laut. Yang bestnya, tengah laut tu, Celcom coverage full bar. Barulah boleh berpesbuk, bercall dan berSMS bagai. Kalau masa kat Brunei, pengsan nak membayar bil kalau on 3G. Heeehee..

Tapi duduk dalam pun okey jugak. Ada TV dorang pasang DVD. Boleh beli jajan semua..

Ragam penumpang

Jajan

Toilet dan lori panjang

Burung di tengah lautan

Dah nak sampai Labuan

Sampai dah..

Lebih kurang jam 11.30 pagi kami tiba di Labuan. We’re going back to Malaysia, bebeh!

Sempat!

Sebaik tiba ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan, kami terus mendapatkan kereta sewa kami. Nasib baik Alex dah sewa siap-siap. Tapi yang kelakarnya, boleh tak tuan kereta tu, main tinggal je kereta dia dengan kunci (dalam kereta) kat terminal tu. Tapi yelah, kalau ada yang curik pun, bukan boleh pegi mana pun. Still dalam pulau. So, selamatlah kan.. Harga sewa kereta ialah RM80. Share 4 orang, baru 20 hengget sorang. Okla tu..

Destinasi pertama kami ialah War Memorial Park yang terletak di Jalan Pahlawan. Kuburan ini menempatkan tentera-tentera yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua dahulu..

Lawa pulak dorang susun kubur-kubur ni kan?

Kubur-kubur ni main campur je antara tentera Islam, Kristian, India, Australia dan sume-sumelah.. Tapi rasanya ni tugu peringatan je pun.. Bukan ada mayat pun dalam tu..

1 Labuan.. *tetiba..

Dah sudah tu, kami nak pegi pulak satu lagi tempat bersejarah yang ada di Labuan iaitu Surrender Point Memorial. Tapi tetiba terlalu pulak kat masjid. Masa tu dah pukul 12.30 tengahari. Dah masuk waktu Zuhur pun. Alang-alang tu, teruslah singgah solat dulu…

Masjid Jamek An-Nur, Labuan


Masjid yang terletak di pusat bandar Labuan ni, memang cantik senibinanya. Macam roket pun ada. Memang unik!

Ni la kereta weols. Vios!

Sekolah

Lepas solat, barulah kami bergerak ke Surrender Point Memorial. Surrender Point Memorial ni terletak di tepi laut di mana ia merupakan tempat tentera Jepun menyerah kepada tentera Australia yang memerintah Labuan. Nak ke sana, melintas jugaklah kat tempat-tempat ni..

Ujana Kewangan (Financial Park) yang menempatkan shopping complex, pejabat-pejabat dan kedai-kedai

Labuan Teleport

Ok, dah sampai…


Lautan yang boleh dilihat dari tapak Surrender Point

Laluan keluar dari Surrender Point. Cantek kan? Suke gilerr akak tengok pokok-pokok kat kiri kanan ni…

Dan akhirnya, tibalah masa untuk aktiviti kami seterusnya iaitu SHOPPINGGGGG!!! Nak shopping ape pun tatau. Tapi orang kata Labuan ni popular dengan mutiara. Joms!

Akhirnya Alex bawa kami ke Bazar Labuan. Di Bazar ni terdapat deretan kedai yang menjual mutiara, baju bajan, pasar dan sebagainya. Best jugak..

Pekan (ke bandar?) Labuan..

Kat sini akak beli brooch dan butang baju Melayu, Tshirt, ikan bilis, udang kering (makcik-makcik sangatz!) dan kuih cincin. Jadilah, untuk buah tangan kat mak akak.

Dah puas membeli kat sini, kami akhirnya balik semula ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan tu sebab masa sampai akak tengok ada satu kedai Duty Free. Akak ada nampak cokelat dan minyak wangi murah-murah. Tak boleh jadi ni. Kena beli!! Heehee.. Lagipun nanti takdelah terkejar-kejar sangat nak naik feri balik Brunei. Shopping area situ pun dah oke..

Meriah uols!

Minyak wangi yang berbagai-bagai brand dan wangian..

Dah penat memborong, tibalah masa untuk balik semula ke Brunei. Kali ni kami naik feri laju yang sebenarnya lebih kurang je masa perjalanannya. Cis!!

Tajuk feri kami ialah Seri Anna. Tapi bila tengok badan feri ni, tak berseri pon. Kah kah!

Kami bertolak dari Labuan ke Brunei pada jam 4.15 petang dan tiba di Brunei lebih kurang pukul 6 petang..

Sampai dah. Kena cop passport masuk ke Brunei sekali lagi. Ko ada?

Lepas amik kereta, menggagau carik Pasar Ramadhan. Memang dah lambat giler dah ni tapi tetap tabah. Gitu.. Memula tak nak pegi Param yang semalam tu. Nak try tempat lain pulak. Pegilah kami ke Param dekat dengan stadium. Tapi sebaik sampai je, tengok tak meriah langsung, Orang jual baju raya, adalah. Makanan macam takde je. Uwaaaaa… Dahlah lambat, salah tempat pulak tu..

Akhirnya, pegilah jugak Param yang semalam tu…

Hari memang dah gelap ni. Nasib baik ada spare air dalam kereta. Bila azan je, berbukalah kami dalam kereta. Pasar Ramadhannya tak sampai-sampai lagi nih..

Rumah-rumah kat Brunei. Semua besau-besau. Takdela nampak yang kecik-kecik..

Sebagai bukti dah malam!

Sampai je kat Param, banyak gerai dah habis makanan. Tapi ada jugaklah gerai yang ada makanan lagi.

Akak beli kuey teow goreng, telur sotong dengan popia Milo. Haa.. Mesti uols tak pernah tengok..

Popia Milo. Ya Allah, sedapnya popia Milo ni.. Dalam dia pisang yang dibalut dengan kulit popia dan disira dengan Milo. Sedap woiii!! Nak masaklah macam ni nanti

Telur sotong dan kuey teow

Lepas makan, akak mandi, solat dan berehat-rehat je. PP keluar jumpa member dia kat Brunei dan BW pulak ikut Alex balik ke bandar sebab BW nak tido kat rumah Lilon. Tinggallah akak sorang-sorang kat bilik. Dorang ajak jugak akak keluar, tapi haku yang tak kuasa. Keh keh..

Oppps.. Nak tengok perfume yang akak beli. Nah hambekk!!

Sepuluh botol derrr!!!

Haha. Gila kan? Okla, nanti sambung lagi.. Bai..

2 Comments

  1. Sha
    2:17 pm on September 28th, 2012

    Akk, popia tu guna pisang apa eh? Nk try buat jgk sbb Awal tweet ckp kuih tu sedap 🙂

  2. wan
    2:33 pm on September 28th, 2012

    salam, sampai jugak ko kat kampung aku ye. Selamat datang ke labuan dan selamat berangkat kembali…