Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Penatla akak dengan PruBSN ni.. Asyik nak kuarkan produk yang best-best je.. Letih akak nak kejar. Haha.. Baru kuar plan untuk baby dalam perut, ni dia pegi kuarkan pulak “O” DEDUCTIBLE MEDICAL CARD!

Uols yang ada medical card ni aware tak yang korang still kena bayar co-takaful/co-insurance untuk bil hospital korang? Jap-jap.. Co-takaful tu hape? Uols tatau? Hepppp!! Nak kena ni..

Co-takaful/co-insurans adalah satu perjanjian antara client dan syarikat takaful/insurans di mana pembayaran dikongsi untuk semua tuntutan  polisi. Perjanjian biasa adalah sebanyak 90% / 10%  daripada jumlah bil. Syarikat insurans membayar 90% dan client membayar 10%. Sesetengah syarikat insurans/takaful mengenakan co-insurans/co-takaful sehingga RM3,000. Tapi di PruBSN, 10% co-takaful kami tak kurang dari RM300 dan tak lebih dari RM1,000.

Ini bermakna, sekiranya bil keseluruhan yang dicaj oleh hospital adalah sebanyak RM2,000, client tetap kena bayar RM300 (walaupun 10% daripada RM2,000 hanya RM200) dan PruBSN akan bayar bil yang selebihnya iaitu RM1,700. Walau bagaimanapun, sekiranya bil keseluruhan yang dicaj oleh hospital adalah RM50,000, 10% co-takaful yang perlu dibayar oleh client hanya RM1,000 sahaja. Baki bil RM49,000 akan dibayar oleh PruBSN kepada hospital.

So, clear tak sekarang apabenda co-takaful ni? AKAN TETAPI! Sekarang tak payah pening-pening dah. Mulai 1 November 2012, PruBSN menawarkan Medical Card “0” Deductible.. Haa kau.. Masuk je spital.. Tunjuk je kad (make sure polisi uols tak lapse la ye. Huhu). Bil semua kami tanggung! Ini terpakai untuk medical card yang bermula dari TH200 ke atas. So untuk pakej TH200, TH250, TH300, TH400 boleh le dapat pelan “0” Deductible ni. Sape yang amik TH150, takde pilihan ni. Ala, alang-alang tu, upgrade la terus jadi TH200. Bukan mahal sangat pun beza dia.

Ni pelan Medical Card Takaful Health2 (TH2) sedia ada

Maklumat tambahan :-

Ciri-ciri penting Takaful Health2 yang dinaiktaraf:

1. Pilihan Deduktibel Zero Melindungi semua manfaat yang layak di bawah Takaful Health2.

2. Tidak perlu membayar sebahagian amaun melainkan bagi perkara yang tidak dilindungi di bawah pelan ini.

3. Bonus Tiada Tuntutan (NCB) tidak diberikan bagi pilihan ini.

4. Disediakan untuk TH2 Pelan200 ke atas. Pilihan ini tidak disediakan bagi TH2 Pelan150.

5. Disediakan bagi individu yang dilindungi dari umur 19 hingga 70 tahun (pada hari jadi berikutnya).

6. Disediakan bagi umur tamat tempoh 70 atau 80 tahun (pada hari jadi berikutnya).

7. Nombor maksimum Hospital Benefit + Medical Cover adalah terhad kepada empat (4) unit.

8. Tidak boleh disertakan bersama TH Annual Limit Waiver dan / atau TH Retirement.

9. Peserta boleh memohon untuk menukar pilihan Deduktibel Zero kepada ko-takaful / deduktibel RM 3,000 / deduktibel RM 10,000 selepas 12 bulan sela dari tarikh kuatkuasa

So, apa tunggu lagi? Dapatkan Medical card anda sekarang!

4 comments on “Letih Dengan PruBSN!!

  1. gua kena tukar jugak kah?

  2. kak…ada tak pelan utk 1 family (suami,isteri,anak 2 orang)?
    letih nak bayar utk satu2 kepala…duit banyak nak guna..hehe
    reply me ye kak…tq

  3. Nil daling,

    Ko takyah tukau le. Wpun kalo masuk spital ko kena byr 10%, tp ko ada bonus lain. NCB tu. kalo tak claim, dpt duit rebate. Tambah lah savings ko

  4. Senah,

    Buat masa ni PruBSN takde lg produk camtu. Sebab kita mmg fokus individu punye.. Lgpun kalo individu coverage utk setiap sorang tgi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.