Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Aloha! Masuk-masuk je, terus jadi Gadis Hawaii. Huhu..

Akak tengah menahan mata yang mengantuk ni. Tengah tunggu Syahir and the gang sampai dari Arau. Ala, bebudak UiTM Arau.. Kenapa akak kena tunggu theyols? Cenggini ceritanya..

Kelmarin, Syahir mintak tolong akak recce kalau-kalau ada homestay area Subang ke, Shah Alam ke, yang dorang boleh sewa untuk dua malam. Akak rasa dorang ada event kat UiTM Shah Alam kot. Kalau boleh nak dua rumah sebab ada lelaki dan pompan. Tak kan nak lepak satu rumah walaupun dalam rumah tu banyak bilik. Kan?

So, akak pun tanya pakcik Google. Adalah jumpa beberapa nombor. Ada kat Subang Bestari. Ada kat PJ. Tapi malangnya, semua yang available tu, ada satu rumah je. Ala-ala rumah desa gitu. Lokasi tepi surau. Ko gila nak bersekedudukan satu rumah? Memang kawen free la jawabnya.

So, akak suggest kat Syahir, bagi yang pompan tido umah akak je. Yang lelaki duduklah homestay kat Subang Bestari tu. Tapi yang jadi masalahnya, susah nak bergerak nanti. Kang nak kena amik pulak budak-budak pompan tu kat Kota Damansara. Buang masa la pulak, kan?

Akak pun tak putus asa. Terus Google lagi. Sekali!!!! Uols tau akak jumpa homestay kat mane? Hah!! Atas rumah akak ni je. Kat D’Shire Villa ni ha jugak. Taklah atas betul-betul. Sama blok, cuma satu tingkat atas dari rumah akak dan rumah yang dijadikan homestay tu terletak kat hujung sebelah sana. Rumah akak kat hujung sebelah sini. *matila korang tatau hujung kiri ke, kanan. Hahah setel masalah. Yang lelaki 12 orang, boleh duduk kat rumah tu. Yang pompan 6 orang termasuk sorang lecturer, tumpang umah akak. Senang dorang nak bergerak sekali nanti.

Yang mengkagumkan akak ialah, akak tak sangka ada orang jadikan apartment sebagai homestay. Kalau area pelancongan macam Port Dickson ke, logikla jugak. Ini kat Kotadem kot! Kota okeh. Haha. Dan akak tak sangka jugak akan ada orang yang carik homestay kat tetengah bandar. Selalunya dalam pikiran akak, mesti orang akan carik hotel. Kalau bukan hotel mewah pun, mesti orang carik hotel bajet. Kan? Ke akak sorang je pikir camni? Huhu

By the way, bila dapat je rumah tu, akak pun call nombor dalam iklan tu. Luckily tuan rumah tu angkat. Sembang lebih kurang, akak bagitaulah nak sewa untuk dua malam. Tapi bila bagitau 12 orang yang nak duduk, tuan rumah tu agak kagetla jugak. Haha. Dah macam rumah kongsi. Dia siap pesan suruh bagitau bebudak tu jangan buat bising nanti sebab takut jiran sebelah marah. Betul jugak. Lantai kita, bumbung orang. Dinding kita, dinding dia jugak. So, kalau dapat aduan dorang bising, awas!!

So, sewa untuk satu malam ialah RM220. Tapi oleh sebab lebih dari 10 orang, so dia caj yang dua orang lagi tu RM10 satu kepala untuk satu malam. Total untuk dua malam RM480. Ok, kan? Daripada nak sewa hotel. Satu bilik boleh isi berapa orang je. Takkan nak sewa sampai 5-6 bilik. Bankrap UiTM nanti. Hiks!

So, pagi semalam, akak pun amik kunci dari anak tuan rumah tu. Oh ya! Tuan rumah tu duduk kat Johor sekarang. Anak dia je keje KL. Mungkin dulu pakcik tu duduk sini tapi bila dia dah pindah Johor, maybe dia terpikir untuk sewakan jadi homestay. Nak suruh anak duduk pun, mungkin jauh dari ofis ke. Tataulah tu kan. Masa sembang-sembang dengan tuan rumah tu, akak sempat tanya berapa harga rumah ni masa dia beli dulu. Dia cakap dalam RM160,000+ kot. Uols tau sekarang rumah tu berapa harga? RM380,000! Gila! Padahal apartment je kot. Memang sewel la harga rumah-rumah kat Kotadem ni..

So, petang semalam, akak pun sajelah nak tengok ape rupa homestay tu kan? Jom kita buat lawatan!

20121109-005547.jpg

20121109-005604.jpg

20121109-005613.jpg

20121109-005622.jpg

20121109-005639.jpg

20121109-005653.jpg

20121109-005700.jpg

20121109-005707.jpg

20121109-005714.jpg

20121109-005729.jpg

20121109-005741.jpg

Amacam? Ok tak? Kelengkapan rumah semua lengkaplah. Ada sofa, katil kat tiga-tiga bilik, ada Astro lagi u! Bolehlah sewa kalau ada kenduri kawen area KL ke, Subang, Shah Alam, PJ. Sebab dekat dengan Kota Damansara. Tak payah nak sewa hotel mahal-mahal.

So, sape-sape nak sewa, bolehlah contact En. Ghafar 019-713 4678. Dia tak soh iklankan pun. Akak saje suka-suka. Kotlah boleh jadi panduan untuk bukan orang KL yang nak datang bercuti ke KL.

Okla, akak stop dulu. Ni dah pukul 1 pagi ni. Manalah dorang tak sampai-sampai lagi nih. Hoiii!! Gua dah ngantuk ni..

No Comments :(