Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Well, sejak dah boleh berFB thru henpon, asyik nak Check In places je. Ini nama dia POYOOOOOOOOOOO!! Haha..

Ahad lepas hari paling bizi dalam hidup akak. Cewah! Bukan bizi keje pon. Bizi bersosial je..

Check in Restoran Subaidah, Seksyen 6, Kota Damansara

Seawal pagi, taklah pagi sangat sebenarnya. Dalam pukul 8.45 pagi akak dengan memember akak (BW & Tasya) pegi brekpes kat Restoran Subaidah Kotadem sempena meraikan member kami (Eli) yang datang dari Osaka (lah sangatz! – read : Jerantut) mencemar duli datang Kotadem. Dengan anak-anak dan hasben dia. Dorang sukati je tapau nasik kerabu ayam bakar yang ada jual kat tepi jalan dekat dengan mamak tu bawak makan kat situ. Akak je yang menjaga kechantekan dengan hanya memakan janji di’capati’ sekeping sebagai salah satu usaha mengawal berat badan. Wah gitooooohhh!!

20130123-142415.jpg
Anak Eli yang wajib dimakan pipinya setiap kali datang Kotadem

20130123-142538.jpg
Stokin baru yang Makcik Tasya beli untuk Amanda (saje dengki panggil makcik)

Lepas dah bersembang, bergossif liar dan membuat ketupat serba sedikit, Eli ajak kitorang pegi tengok-tengok tudung kat butik al-Humaira pulak. Dulu butik lama al-Humaira opposite mamak tu je. Tapi butik tu dah berpindah ke The Strand Kota Damansra. Idokle jauh beno. Mohle kita pegi.

Check In al-Humaira Contemporary, The Strand Kota Damansara

Punyelah bersemangat, kedai tak bukak lagi (bukak pukul 10 pagi), pukul 9.50 kami dah terpacak depan kedai. Sempat akak ketip-ketip kuku dulu. Lepas kedai bukak, kitorang la pelanggan pertama yang serbu. Banyak gaklah pilihan shawl dalam tu tapi disebabkan akak tak kuasa nak beli tudung jenis lilit-lilit, takdelah akak terpedaya nak membeli.

 

20130123-142604.jpg
Standby sebelum serbu

20130123-142704.jpg

20130123-142717.jpg
Di antara pilihan shawl yang ada

20130123-142733.jpg
Eli kat belakang tu tengah rambang mata nak pilih tudung. Maklumlah bini tokeh

20130123-142759.jpg
Sempatlah akak menggayakan salah satu baju kat situ. Tetiba akak nampak kurus *ilusi optik

20130123-142843.jpg

20130123-143000.jpg
Ni pulak tudung yang macam telekung, sesuai bawak pegi buat Umrah/Haji

20130123-143009.jpg


Weols

Lepas dah setel, kitorang pun bersurai. Akak dengan BW je yang meneruskan aktiviti berjimba. Akak nak bawak minah tu pegi Sports Direct kat Subang Jaya. Minah tu sebok nak beli yoga ball bila dia tengok akak ada yoga ball kat rumah. Lets!

Check In Sports Direct.com, Subang Jaya


Perhatikan baju asal beliau

20130123-143039.jpg

20130123-143101.jpg

20130123-143120.jpg

Masa tengah sebok begambo-gambo kat luar Sports Direct tu, akak perasan yang skirt BW pakai terkoyak kat belakang. Hiahiahiaahhh!! Tak pasal-pasal pompan tu kena beli baju dan tracksuit kat situ. Asalnya nak beli bola je. Huhu..

20130123-143139.jpg

20130123-143150.jpg
Taraaa… Baju varu…Kah kah

Dah setel kat Sports Direct, akak hangkut pulak BW pegi rumah client akak kat Bandar Baru Bangi hantar polisi.

Check In Bandar Baru Bangi

Sempatlah usha henpon client akak. Iphone 5!! Jeless aii!! Hehe

20130123-143211.jpg
Iphone 5 yang sedikit lampai dari Aipon akak

20130123-143219.jpg

20130123-143226.jpg

20130123-143234.jpg

Dah setel kat Bangi, akak nak hantar la si BW tu balik rumah. Entah cemana akak cakap kat dia jomlah ikut akak jenjalan balik Sungai Choh. Boleh makan rojak sedap kat Serendah. Lepas tu akak nak jumpa mak akak sekali. Pompan tu laju je..

Kami sampai Sungai Choh dekat pukul 3 petang camtu. Memang sesuai sangatlah nak makan rojak pepetang tu kan. Akak order rojak. BW order bihun sup. Sume mabeles!!

Check In Kedai Rojak Serendah

20130123-143251.jpg

20130123-143300.jpg
Bihun sup

20130123-143319.jpg
Rojak

20130123-143326.jpg
ABC

20130123-143404.jpg

20130123-143412.jpg

Lepas makan tu, tetiba menggedik pulak dedua ekor ni nak cuci rambut. Pegilah pulak cuci rambut kat salon kat Serendah tu.

 Check In Kedai Gunting Rambut, Serendah

20130123-143444.jpg

20130123-143504.jpg

Sebenarnya on the way nak ke Sungai Choh tu, masa sibuk-sibuk amik gamba tetiba simkad BW tu tetiba rosak. Tataulah nape jadi camtu. Akak pun call la Celcom, tanya kat mana branch Blue Cube paling dekat kat Rawang. Bolehlah tukar terus. Sekali, kitorang sampai, tutup daaa.. Sabo je..

Lepas dah tak berjaya misi menukar simkad tu, kitorang patah balik ke Sungai Choh sebab nak amik mak akak hantar dia balik Bukit Beruntung. Sebab kalau weekend, mak akak memang lepak kat Sungai Choh dengan geng dia. Hari Ahad baru balik Bukit Beruntung semula.

Lepas dah hanta mak akak balik Bukit Beruntung tu, akak balik semula ke Kota Damansara. Oppppsss perjalanan tak berhenti setakat tu okeh. Dari Bukit Beruntung, teruslah pulak ke Kelana Jaya sebab nak pegi Blue Cube kat Paradigm Mall Kelana Jaya tu untuk tukar simkad. Masa tu seko-seko badan dah bau kambing gurun. Kah kah. Masing-masing sebok tanye “Eh, aku busuk tak?” tetapi… Tetap CHECK IN!!!

Check In Blue Cube, Paradigm Mall, Kelana Jaya

20130123-143622.jpg

Fuh!! Seharian berjalan.. Penat Ya Rabbi.. So, jomlah kita Check In kat rumah masing-masing.. Hiks! So, akak hanta BW kat LRT Kelana Jaya.. Akak balik rumah..

Tu je citer wiken akak.. Daaa…

One comment on “Check In Situ, Check In Sana, Check In Sini

  1. BelogPenaMaya on said:

    melets memasing dari pagi sampai malam..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.