Seputih Salju Switzerland : Hari Pertama : Part 1

Yes, finally akak berjaya menggagah dan menggigihkan jugak diri ini untuk menulis pasal trip ke Switzerland aritu. Dah masuk bulan baru, baru tehegeh-hegeh nak sambung. Keji betol!

So, macam biasa. Memula nak panjatkan dulu kesyukuran kepada Allah. Alhamdulillah, akak melayakkan dirrieeww sekali lagi bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain untuk join trip Prudential BSN Takaful ke Switzerland. Ni bukan keje akak sorang. Ramai kawan-kawan, sedara-mara dan client-client yang banyak membantu akak untuk qualify trip ni. Thenksss uols!

Teruja betul nak pegi Swiss kali ni. Maklumlah, bila tengok gamba dalam poster promotion yang disediakan oleh kampeni, lawa gila tempatnya. Gunung salji, tasik membiru, naik cable car besar dan macam-macam lagilah. Akhirnya 3 – 10 Mac aritu, impian akak menjadi kenyataan.

Ok, macam biasalah, kitorang kena berkumpul kat KLIA awal-awal untuk urusan group check in dan luggage walaupun flight hanya berlepas dari KLIA jam 2 pagi 4 Mac. Pukul 10.30 malam kot akak sampai KLIA. Sampai-sampai je, tengok kawan-kawan lain dah ada. Kali ni agent yang pegi dalam 66 orang dan termasuk pihak management dan boss sekali dalam 77 orang. Tak ramai sangat berbanding ke Turki tahun lepas.

So, sementara nak tunggu pihak travel agent uruskan tiket dan tag kitorang, mehla amik gamba dulu..

Cam biasa.. Amik gamba reramai dulu..

Dah setel semua, dah dapat tiket masing-masing, jomlah kita naik kapal terobang. Trip kali ni kitorang naik Emirates Airline.

Kalau dulu trip ke London/Paris dan Turki naik MAS je. So, sekali lagi teruja sebab masa briefing, diwar-warkan flite Emirates ni best sebab ada WiFi, ada tempat nak caj handphone, caj laptop dan macam-macamlah.

Jam 2 pagi, flite meninggalkan landasan. Kami akan mendarat dulu di Dubai sebelum menyambung lagi perjalanan ke Geneva, Switzerland. Perjalanan KL-Dubai mengambil masa selama 7 jam.

Seat akak dua dari depan. Kat depan sekali biasanya dorang bagi kat ibu yang ada anak-anak kecik. Senang nak letak baby coat yang flite sediakan. Rasanya semua flite ada servis ni kan? Ke Emirates je? Entah, akak pun tatau. Depan akak Minah Salleh, agak muda dengan dua orang anak kecik. Sorang dia letak dalam baby coat. Kecik lagi. Rasanya tak sampai setahun. Yang sorang lagi duduk sebelah dia. Maybe dalam 2 tahun lebih.

Akak dah cakap dalam hati. Alamak, macam tak boleh nak tido jela. Kot dorang meragam dan menangis. Akan tetapi, bukan itu yang berlaku. Ada perkara yang lagi mendebarkan terjadi. Nak tau apa kisahnya. Sila baca hingga ke akhir perenggan. Haha poyo!

Ok, jom tengok ape rupa dalam Emirates ni..

Awek Emirates.. Pakai tarbus daa..

Haa, plug point ada.. tempat cucuk USB cable ada..

Route

Sebenarnya, naik je flite akak terus membuta. Gila kau! Pukul 2 pagi tak tido-tido kan? Sampaikan kawan yang dok sebelah-sebelah dapat air dengan roti, akak tak sedar hape pun. Layan mata lagi syok. Hehe.. Tapi macam biasalah, tido dalam flite janganlah nak bajet lena bagai. Kejap-kejap terbangun. Budak kecik kat depan akak pun merengek sikit-sikit je.

Lagi dua jam nak mendarat, kami dihidangkan dengan makanan yang agak berat. Pilih la nak nasik lemak ke nak scramble egg. Akak cam biasalah, poyo. Haruslah makan scramble egg. Ai dun eat rice! Puii!! Haha..

Menu pun dalam Bahasa Arab lah..

Tengah syok-syok makan, tetiba ada sorang stewardess ni duduk depan akak sambil pegang anak Minah Salleh yang besar sikit tu. Baby dia still dalam baby coat. Akak tengok mak bebudak ni dah macam sesak nafas. Ada 2-3 orang lagi stewardess datang bagi bantuan. Bagi benda yang letak kat hidung dan mulut untuk bernafas tu. Memula nampak macam dah cool down sikit. Stewardess tu pegang tangan dia. Urut-urut sikit. Suruh dia bernafas elok-elok.

Tak lama lepas tu, akak tengok pompan tu macam dah meronta-ronta. Macam dah tak boleh nak bernafas langsung. Akak dengan member-member sebaris ni dah cuak dah (tapi mulut tetap mengunyah makanan ni. Huhu keji!), kot tetiba ada pulak yang meninggal dalam flite. Depan kitorang pulak tuh..

Page 1 of 3 | Next page