Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ok, sambung lagi…

Dah puas berjalan menengok beruang, mengusha rumah Einstein, bergambo-gambo dekat Astronomical Clock, kami dibawa ke Kornhaus Keller untuk makan tengahari. Ilang akal. Masa tu baru pukul 11.40 pagi kot. Arrgghh belasah jelah. Rejeki jangan ditolak.

Melangkah je masuk dalam restoran tu, terus akak terkesima ketakjuban sebab bukan main lawalah lagi dalam restoran tu. Ala-ala dewan makan di Raja gitu. Terus feeling-feeling Queen Elizabeth! Kan..

Restoran udah lawa, makanan cemana pulak? Lets!

Burrrrpppp!! Alhamdulillah. Kenyang. Sodapla jugak. Idokle sama je macam 2-3 hari lepas. Hehe.. Walaupun sedap, tetap jugak ada makanan tambahan ni..

Sambal ikan bilis.. Heehee..

Hiks!

Abes makan lebih kurang sejam kemudian. Dalam 12.40 tengahari. Lepas makan, kitorang kena jalan lagi. Pendek kata, memang jalan jelah hari tu. Seb baik sejuk.. Bukan jalan ke mana pun. Jalan ke tempat bas kitorang..

On the way nak ke bas tu, sempat jugak singgah kat satu dataran ni. Kat sini ada bangunan Curia Confoederationis Helveticae yang merupakan bangunan parlimen dan jabatan-jabatan kerajaan ditempatkan. Ada Credit Suisse bank. Lawa je bangunan dorang.. Tenang je menengoknya..

Sekali…

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ada Bersih 2.0 okeh. Haha.. Takdelah, dorang buat tunjuk perasaan sikit je. Tajuknya – Equal Pay Day. Akak tau sebab nampak ada geng kitorang yang dapat paperbag yang bertulis Equal Pay Day tu. Ingatkan nak mintak ape. Rupanya dorang mintak gaji pompan dengan lelaki sama rata. Gitu pulak..

Bersih 2.0. Kah kah..

Moteeeep bendera Kelantan nak enterprem? Hahaha ada-ada je..

Yang bagusnya, perhimpunan dorang ni aman je. Polis yang jaga pun 2 orang je. Lepas 15 minit, lepas dah bagitau menteri ape yang dorang nak, dorang bersurai. Kalau kat tempat kita, selagi takde bebunuh-bunuh (ok, akak over sikit), selagi takde luka benjol, selagi tulah dok berkumpul lagi. Huh!

Lepas dah kepochi sikit, kitorang jalan lagi. Jalan punya jalan, sampailah kami ke bas masing-masing. Destinasi seterusnya ialah ke masjid untuk menunaikan solat jamak Zohor/Asar. Masjid ni kecik je. Macam rumah dua tingkat je. Masjid ni dibina oleh orang Sri Lanka yang dah bermastautin kat sini.

Rumah je masjidnya..

Comel kan cebok dia.. Cam gajah.. Hehe

Lepas solat, dalam jam 2.15 petang, kitorang naik bas semula dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Lucerne. Tourist guide bagitau, dalam banyak-banyak tempat kat Swiss, Lucern ni tempat paling murah kalau nak shopping atau beli souvenir. Kalau tempat lain, sebijik fridge magnet boleh mencecah CHF9.50 (RM32). *Koma! Tapi kat Lucerne ni bolehlah dapat dalam CHF3.50 (RM12). *Fengsanla jugak tapi boleh bangun balik! Huhu…

Perjalanan dari Bern ke Lucerne mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit.

Dalam bas nak ke Lucerne tu, Sam (tourist guide kami) share satu fakta menarik kat Swiss ni. Menurut Sam, kat Swiss, sape-sape yang tinggal kat apartment, lepas pukul 9 malam, tak boleh mandi atau tarik flush toilet sebab bunyi flush atau air mandi tu akan mengganggu jiran tetangga. Bley? Kalau nak terberry, cane tu? Lagi satu, dia cerita gak, ada satu kisah orang Malaysia yang tinggal kat Swiss ni. Orang ni buat sambal belacan dan sebelum tu, dia bakar belacan tu. So, jiran dia bau benda pelik. Yelah, kan kalau kita bakar belacan, bau dia naik, kan? So, jiran ni tadi call polis bagitau yang dia ada bau benda pelik. Lepas tu, polis datang menyiasat. Tak pepasal orang Malaysia yang bakar belacan tu kena saman. Smell polution katanya.. Haha.. Sabo jela.. Macam-macam.. Ni kisah benar tau. Bukan chobaan!

Akhirnya jam 3.30 petang sampailah kami ke Lucerne. Dari dalam bas lagi akak dah rasa nak terkucil sangat dah tapi ku tahan Jebat!

Turun je dari bas, akak cakap kat Sam, akak nak gi toilet dulu sebab akak nampak ada public toilet kat situ tapi orang yang beratur nak masuk toilet punyelah panjang. Sam cakap tak sempat. Ada masa sekejap je sebab kitorang kena melawat satu tempat bersejarah dulu kat Lucerne ni. Sam cakap, maybe kat tempat bersejarah tu, ada toilet.

Akak pun menabahkan hati dan pundi kencing untuk sampai ke tempat bersejarah ittteeww. Dahla kena berjalan kaki. Rasa cam nak menanges. Mesti korang pernah rasa cam akak kan. Jalan pun terpaksa kontrol tekepit-kepit. Sabo jelah. Sampai-sampai je, rupanya nak menengok menatang ni…. Bersejarahlah sangat!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sampai akhirnya…

Gletschergarten Löwendenkmal

Singa ni je? Cisss!!!

Gletschergarten Löwendenkmal atau Lion Monument dalam bahasa omputehnya merupakan sebuah tugu peringatan berbentuk singa yang dibina pada tahun 1820-1821 bagi memperingati tentera-tentera Swiss yang telah dibunuh pada tahun 1792 semasa Revolusi Peranchis. Sebab tu lah muka singa ni sedeh je.. Jom close up..

Alolololo.. Cedehnye dia, ye..

Yang lagi sedehhh, boleh tak masa tu pulaklah toilet kat area singa sedeh tu tengah under renovation. Memang saje je menyeksa jiwa dan raga akak. Terus akak cakap kat Sam, akak nak blah dulu. Akak nak pegi toilet kat tempat memula turun bas tu. Sam kata okay.

So, akak bergerak secara pantas meninggalkan yang lain bergamba-gamba dengan singa tu. Akak sempat snap sekeping dua je gamba singa yang tengah bersedih lara tu. Demyu lion! *tetiba singa jadi mangsa

Dah sudah tu, akak tunggulah kat situ sampai dorang datang. Rupanya ramai jugak yang nak terkucil. Haha.. Dah settle semua, kami naik bas semula dan dibawa ke tempat shopping di Bucherer. Bucherer ni kat Lucerne la jugak. Selain Bucherer, ada banyak lagi kedai-kedai souvenir kat area tu. Tak sabar nak memborong. Maklumlah, dah dorang cakap tempat lain mahal-mahal. Kat sini je murah. Jomlah kita habeskan duit kat sini.

Turun je bas, kami diberi kupon sorang satu dan diarahkan untuk naik ke tingkat 1 di Bucherer untuk mengambil souvenir berupa sudu Rolex yang tertulis Lucerne. Bagi kupon tu kat orang yang jaga tu, dia akan bagi kita sudu Rolex. Comel je.. Souvenir ni memang akan dapat secara percuma kalau datang secara berkumpulan.

Actually, Bucherer ni tempat jual jam dan barang-barang perhiasan jenama mewah yang lain macam Rolex, Chopard, TAG Heuer, Longines, Gucci dan banyak lagi. So, sambil kita collect souvenir tu, mesti kita nak tengok gak barang-barang dalam tu. Kot ada yang berkenan, mesti kita terbeli. Haa, marketing beb.. Marketing..

Pandang je.. Nak membeli, tak sanggup lagi.. Huhu

Lepas dah collect sudu tu, teruslah kitorang merayau sepanjang-panjang kedai-kedai souvenir kat situ. Memula usha dulu, carik kedai mana jual fridge magnet paling murah. Bley? Ada yang sebijik CHF5 (RM17). Ada yg mahal lagi. Ada yang murah sikit. Sampailah satu kedai ni. Semua souvenir. Selain souvenir, ada jugak dia jual jam. So, malas nak pegi tempat lain, akak memborong dalam tu jela.

Kami diberi masa lebih kurang dua jam je untuk bershopping sebab nak kena cepat-cepat blah dari Lucerne untuk ke Zurich. Kalau lambat, alamatnya akan sampai lambatlah jugak kat Zurich sebab nak masuk Zurich tu kalo pepetang, memang jalan akan sesak gila. Maklumlah, Zurich merupakan pusat ekonomi Switzerland dan tumpuan penduduk Swiss mencari rezeki. Ala-ala KL gitu. Asal petang je, makan la roti cicah jem. Kan?

Borong… Yeahhh!!

Lepas dah pokai, lebih kurang 6.30 petang bergeraklah kami ke Zurich.Haha lambat jugak sebenarnya. Nak menyampaikan ke Zurich tu, amik masa sejam setengah. Kalau time tak jem, dalam 50 minit je dah boleh sampai…

Babai Lucerne..

So, sampai je Zurich lebih kurang pukul 8 malam. Kami terus dibawak ke tempat dinner – Restaurant Basserie Johanniter.

Jom tengok makanan apa pulak malam ni..

Haaa.. Okla kan, ada ayam nugget. Huhu..

Dah makan, kena jalan kaki lagi ke bas.. Sempat lagi tu snappy-snappy..

Malam di Zurich..

Dah tu, terus balik hotel. Penat gila wehhhh…

Masuk je bilik hotel, terus nampak ni..

Kelaasss sangat bercoklat bagai. Lawa sangat ke hotelnya sampai bercoklat-coklat ni. Tunggguuuuuu….

Daaaa… Sambung lagi nanti okeh..

No Comments :(