Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Fuh! Penat! Akak penat sebab pagi tadi akak gedix join UNITAR Costumes Charity Run dengan tema WE CARE, WE RUN, HAVE FUN, RAISE FUNDS! Kena lari 6km okeh. Hongeh!! Larian amal ni untuk kutip derma untuk diserahkan kepada Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah dan Pusat Penjagaan Suci Rohani. Acara ni dianjurkan oleh student-student UNITAR.

Teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu masuk acara merentas desa. Tapi kali ni kita merentas kota. Merentas kota katanya. Hak hak.. Yelah, dah namanya lari kat area bandar. Mestilah jadi merentas kota. Hehhe..

Cemana akak boleh terjebak dalam larian ni? Ni sume member akak punye pasal! Dia staff UNITAR. So, sajelah dia nak memeriahkan majlis. Dia paksa akak masuk. Akak pun apa lagi, paksa pulak client akak (sekarang dah jadi member) masuk gak. Dia memang suka benda-benda macam ni. Kira ok lah..

Yang bestnya, kena lari pakai costumes..

20130609-104631.jpg

Tapi akak tak koser lah pakai costumes kan.. Akak pakai baju biasa je..

Seawal jam 5.30 pagi akak dah keluar rumah menuju ke UNITAR new campus kat Kelana Jaya. Semangat hoccay! Haha.. Lepas park kereta, akak berjalanlah ke tempat registration. Tetiba nampak sorang pompuan pakai gaun pengantin. Seriously? Nak lari pakai baju pengantin? Memang gigih! Pastu ada Pak Aji. Ada Superwoman dan memacam costumes lagi lah. Hehe sporting betul dorang. Best!

20130609-132610.jpg

Runaway bride..

20130609-132628.jpg

Pak Aji..

20130609-132655.jpg

Spiderman pun ada. Ni mesti tak lari. Gayut-gayut kat bangunan jelah ni..

20130609-132737.jpg

Paling tak boleh blah.. Supergirl!!!!!!! Dengan bootnya. Akak tanye dia, lari ke? Dia cakap tak lari pun. Dia escort je dalam van. Chaitt!!

20130609-132810.jpg

Superman kecik pon ada.. Hehe..

20130609-132749.jpg

Lepas dah register, duduk lepak-lepak dengan member akak sementara tunggu peserta-peserta lain. Flag off sepatutnya pukul 6.45 pagi tapi biasalah. Hitu hini, pukul 7 gak baru start.

6km kami bermula dari pintu masuk bangunan baru UNITAR, melalui Plaza Glomac, lalu kat kawasan perumahan Kelana Jaya, Kompleks Tabung Haji, Bangunan Angkasa dan seterusnya, sampai semula ke UNITAR.

Memula tu akak semangat jugaklah lari tapi lepas tu dah semput. Terus jalan je. Akak pesan kat kawan-kawan yang sama berjalan dengan akak, tak menang pun takpe. Lambat pun takpe, asalkan jangan kalah dengan pompuan yang pakai costumes pengantin tu. Hehe. Malu la kalo dia yang menang. Dahla sarat dengan baju pengantin, tapi laju pulak dari kita.. Heehee..

Moteeeep runaway bride lagi laju dari hakak??!!

20130609-133034.jpg

Masa lalu kat kawasan perumahan Kelana Jaya tu, seram sejuk je rasa. Mana taknya. Hanjeng punyelah banyak asyik menyalak. Nasib baik dalam rumah. Tapi ada sekor tu duduk luar pagar. Masa lalu depan dia, akak jalan je. Takut kena kejar. Hehe

Ambulans pun memang dah ready je lalu-lalang kot ada peserta yang pengsan. Akak nak je buat-buat pengsan tapi kejilah pulak, kan?

Pegawai Rela dan polis trafik pun ada ikut kitorang untuk jaga keselamatan dan stopkan trafik kat kawasan laluan kereta time kitorang lari..

Lepas dah berjalan dan berlari lebih kurang sejam lebih, akhirnya sampailah jugak akak ke garisan penamat. Member akak dah sampai awal lagi dah. Sorang tu dapat nombor 4, sorang lagi yang staff UNITAR tu dapat nombor 6. Akak je takde nombor. Hehe..

20130609-133959.jpg

Kak Zila – staff UNITAR dapat nombor 6..

20130609-134010.jpg

Jumpa pulak kawan lama yang masih keje UNITAR – Marina

20130609-134048.jpg

Akhirnya runaway bride pun sampai..

20130609-134110.jpg

Lepas semua dah sampai, kami diarahkan masuk ke bahagian dalam bangunan untuk penyampaian hadiah kepada pemenang dan cek kepada pusat penjagaan kanak-kanak malang tu..

20130609-134240.jpg

Wahhh!! Spiderman menang nombor 2!

20130609-134256.jpg

Member akak merangkap client dapat nombor 4!! Yeay!!!

20130609-134314.jpg

20130609-134340.jpg

Runaway Bride dapat Naib Johan costume menarik..

20130609-134358.jpg

Cer teka sape dapat Juara? Ye, tak lain tak bukan..

SPIDERMAN….

20130609-134409.jpg

Spiderman bila dah bukak topeng.. Hiks!

20130609-134421.jpg

Dapat hadiah TV okehhhh!! Menyesal pulak akak tak pakai baju Catwoman!!

Penyampaian cek kepada Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah dan Pusat Penjagaan Suci Rohani..

20130609-134439.jpg

Selesai penyampaian hadiah, terus akak balik. Overall, memang fun la bila join event macam ni sekali sekala.. Setahun sekali je bersenam. Haha.. Walaupun akak tak menang dan tak dapat medal, tetap jugak nak tunjuk sijil.. Huhu..

20130609-143731.jpg

7 comments on “Merentas Kota – UNITAR Costumes Charity Run

  1. Belog Pena Maya on said:

    Lepas ni boleh la join running event yang lain.. hehe.. lawat blog saya fazzmiee.blogspot.com

  2. Karine on said:

    Terima kasih akak sbb join kita TRUMP punya event (walaupon terpaksa..hahah..) Dan juga terima kasih sbb blog pasal event nie dgn details-nya =) Congratulation because you did finish 6km run!!woot wooot

  3. zila on said:

    Hehehe… thanks ujie kerna menjoin event nie huhuhu….

  4. Kamil Rafi on said:

    thanks for taking picture of my kids.Please do join us for other fun events..-ayah Superman kecik-

  5. Ujie on said:

    Hehhe tq all for inviting me 😉

  6. hakakkk….saya bayangkan runaway bride tu kena kejo di hanjing tu …camne la rupenye dia lari yer….terguling guling gaknye…* x larat nak gelak* hahhahaha

  7. Ujie on said:

    heehee..tak baik gelakkan..hahahhaaa..oopppsss!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.