Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Huaaarrghh!!! Sampailah kita di hari terakhir akak kat Swiss.

Jam 7.15 pagi akak turun brekpes dengan roomate akak – Kak Liza. Tak mandi lagi masa ni. Kah kah.. Bukan orang tau, ye tak?

Brekpes akak.. Popia dengan hashbrown tu dijamin halal..

Masa tengah brekpes tu, nampak pulak kat luar tu macam ada pasar tani. Macam best je untuk diusha. Cepat-cepat akak ajak Kak Liza habeskan brekpes sebab dalam hati dah menggeletek nak tengok apa yang ada dijual kat pasar tani tu.

Nampak tak pasar tani tu?

Dari cafe tu memang ada pintu untuk terus keluar ke pasar tani tu. So, kitorang ikut situ je.

Keluar je dari cafe tu, mak oiii sejuknya. Nampak macam cuaca cerah je. Rupanya sejuk. Tapi tengok macam pakcik makcik yang jual sayur kat pasar tani tu rilek je. Takde pun nak berbaju-baju sejuk. Maklumlah,dah biasa.. Yang kita ni, sampai beku-beku kaki sebab tak pakai stokin.

Whateva pun, jom kita tengok ape yang dijual kat pasar tani dorang…

Roti-rotian

Vavi-vavian

Ayam-ayaman

Telur ayam pelbagai kaler.. Takut nak makan.. Huhu

Ada jugak bunga-bungaan…

Buah-buahan

Besar penumbuk strawberry ni. Penumbuk budak la tapinya.. Hiks!

Oittt!! Moteeep bawak hanjeng jalan-jalan pegi pasar??

Sayur-sayuran..

Akak letak kat FB gamba ni dan tanye kawan-kawan sayur ape ni. Ada yang jawab sayur ni ada dalam game tanam-tanaman dalam FB. Ye ke? Entah, akak tak layan game tu.. So, tatau.. Huhu..

Cheese dia gebu-gebu..

Pelbagai jenis cendawan..

Pendek kata, semua ada la.. Tapi satu je yang akak perasan takde jual. Ikan, udang, sotong semua tu. Nape ye? Maybe sebab hanyir kot. Haha tu teori akak je

Sempat jugak akak merayap-rayap kat tepi hotel sebelum naik ke bilik..

Hotel kami dari bawah

Stesen MRT depan hotel

Lepas dah tak tahan sejuk tu, akak pun naik semula ke bilik untuk berkemas-kemas dan bersedia untuk… BALIKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!

Nantikan sambungannya lepas ni.. Sikitttttttttttttttttt je lagi. Stay tune…

2 Comments

  1. zakiah zack
    8:56 am on June 10th, 2013

    Ujie….yg sayur cam munge ko tak tau name tu Artichoke namenyerrrr….haaa pahammm….hehe

  2. Ujie
    10:55 pm on June 10th, 2013

    Hahaha tatau namanya. Ni mesti tau sbb main game kan? Hehe