Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Lepas akak upload je entry sebelum ni, sorang rakan akak telah mengutuk sekolah akak tanpa berselindung dan tidak menjaga langsung hatiku ini. Kutukan beliau berbunyi begini:-

“aku nak keji sekolah kau. kenapa sekolah kau buruks???”

Biadap kan? Hahaha tapi memang betul pun. Kata MRSM terbaik kononnya tapi bangunan sekolah macam.. Haha malas nak cakap lebih-lebih.. Kang kena saman pulak haku.. Huhu..

Ok.. Sambung lagi…

Sebelum akak cite kenapa kitorang jadi macam pencuri, mehla tengok dulu rupa Dewan Selera Aspuri yang akak tatau dah jadi tempat apa sekarang..

20130627-210436.jpg

Siap ada meja berpartition bagai. Akak saspek dewan makan ni jadi tempat prep..

Ok, pastu nampak tak signbod kat bawah ni? Ada arrow kat signbod ni kalau jalan terus boleh sampai ke IKM Jasin. Yup! Belakang asrama kitorang terletaknya IKM Jasin..

20130627-210511.jpg

Sebelah Dewan Selera Aspuri menempatkan blok-blok asrama pelajar pompuan. Kalau dulu takde berpagar-pagar. Tapi sekarang, semua dah berpagar. Maybe atas sebab-sebab keselamatan la kot..

Tengok pesanan kat notice board ni..

20130627-232502.jpg

NOTIS : PELAWAT/IBU BAPA DILARANG MEMASUKI KAWASAN ASRAMA

Ada kitorang kisah? Nan hado! Haha.. Dengan secara terhendap-hendap kami menceroboh masuk ke asrama pompuan. Cuak jugak takut-takut kena halau. Tapi nampak macam line clear. Sebab budak-budak pompuan semua kat surau tengah dengar usrah sementara budak lelaki pegi Solat Jumaat. Chantekkk..

So, inilah salah satu rupa blok asrama pompuan..

20130627-234037.jpg

Kolej Saidatina Safiyyah. Dulu kitorang panggil blok F je..

Ni pulak laluan dari blok ke blok. Bukan main lawa bagai dengan pokok bunga.. Kitorang dulu takde pon koridor berbumbung camni. Sobs.. Sobs.. Kalau hujan tu pepandailah menyusup masuk ikut Dewan Selera..

20130627-234150.jpg

Rupa dalam setiap blok… Wahhh!! Meriah korang sidai kain baju kat pagar koridor kan? Kitorang dulu jangan harap boleh buat camni. Gantung hanger spende kat tingkap dalam bilik (nak bagi kering) pun tak boleh. Bila balik sekolah je, tengok spende dah hilang kena kutip dengan LDP masa dorang check bilik tiap-tiap pagi.. Kalo nak tuntut semula kena baya 50 sen!

20130627-234211.jpg

Dah macam rupa rumah kongsi! Blok asrama memang petak macam ni. Tetengah tu padang. Tapi dulu memang padang semata-mata. Sekarang dah ada bangku batu pulak. Maybe tempat dorang lepak-lepak la kot..

20130627-234229.jpg

20130627-234256.jpg

Kolej Saidatina Khadijah. Atau nama omputehnya blok E..

20130627-234330.jpg

Wahh!! Ada public phone kat dalam blok. Senang la uols bergayut dengan bopren ye??!! Kitorang dulu, kalau nak call, nuuuuu depan library sana. Ini tidak adil!!!!

20130627-234351.jpg

Ni bilik belajar. Sape-sape tanak belajar dalam bilik sendiri sebab roomate asyik memekak, bolehlah masuk bilik ni untuk belajar. Tapi akak tak pernah pun belajar dalam bilik ni sepanjang dua tahun kat sana. Maklumlah, akaklah roomate yang memekak itteww. Kih kih..

Ni Blok Saidatina Safiyyah tadi iaitu Blok F. Fantastik katanya. Zaman akak dulu takde pakai nama-nama Saidina Saidatina ni. Panggil blok E, F dan G je…

20130627-234545.jpg

Blok pompuan ada 3 iaitu blok E, F dan G. Blok pelajar lelaki A, B, C dan D. Tak silap, masa Form 4 akak duduk blok F dan masa Form 5 akak duduk blok G.

Setiap bilik dalam blok asrama kami diduduki 4 orang pelajar je. Nak masuk bilik dorang akak takut pulak kena halau. So, tak dapatlah nak tunjuk apa rupa dalam bilik asrama ye.

Oke, dah tengok rupa asrama, jom tengok pulak apa ada depan blok asrama..

Haa.. Ni dia pondok-pondok dan bangku-bangku untuk kitorang lepak masa riadah petang..

20130628-005427.jpg

20130628-005527.jpg

20130628-005610.jpg
Riadah petang adalah wajib okeh. Jangan ko nak feeling-feeling tido lepas Asar. Sume wajib keluar dari asrama. Nak pegi main ke, nak pegi study ke. Sukatila nak buat ape asalkan tak duduk dalam bilik.

So, port akak dan geng-geng biasanya kat atas bukit yang menghadap jalan besar. Angin kuat. Sejuk je. Sesuai untuk bergosif secara liar mahu pun separa liar. Masa kat sekolah dulu akak tak aktif sukan! Memang patutla macam gini rupa badannya sekarang. Kah kah..

Masa sekolah dulu kan kena daftar untuk ko-kurikulum kan? Uols tau akak masuk kelab ape? Untuk badan beruniform akak register jadi ahli Silat Kunci Melayu. Jangan memain dengan akak okeh. Pastu Kelab Usahawan Muda. Suka berniaga kononnya. Tapi yang tak boleh blah, untuk sukan, akak register jadi ahli persatuan Kelab Dart!!! *gelak guling-guling.. Moteeep sangat Kelab Dart kan? Main pun tak pernah. Ni kes asal ada register sudahlah. Haha..

Ok, berbalik kita kepada lawatan akak.. So, kami berjaya memasuki asrama tanpa dapat dikesan. Adalah jugak terserempak dengan dua-tiga orang budak tapi dorang ingat cikgu MRSM lain kot. Hahaha perasan!

So, lepas tu kami turun pulak ke Dataran Cendekiawan semula. Belum nak balik lagi. Banyak lagi nak lawat ni. Salah satunya…

20130628-080813.jpg

Ya.. Kolam renang. Kolam renang ni siap masa akak Form 5. Tahun 1995 la kiranya. Lepas akak habis sekolah, dengar cerita ada junior yang meninggal mati lemas dalam kolam ni masa dorang bersukaria mandi pukul 3 pagi. Ayokkkk!!

Kolam renang ni boleh nampak jelas dari asrama pompuan tau. So, kalo budak lelaki mandi, boleh je kitorang skodeng. Hahaha..

Yang ni pulak rumah Pengetua. Akak malas nak amik dekat-dekat sebab malas nak berjalan. Hehe..

20130628-081201.jpg

Ekceli, dari Dataran Cendekiawan tu boleh nampak surau.. Kiranya kat belah atas je..

20130628-081319.jpg

Lepas tu kitorang berjalan pulak ke Dewan Bendahara. Dewan Bendahara ni tempat perhimpunan kitorang setiap petang Selasa. Masa perhimpunan ni kena nyanyi lagu Maktab dan lagu Negeri Melaka. Akak ingat lagi lagu Maktab sampai sekarang tapi kalau suruh nyanyi lagu Negeri Melaka memang surrender! Selain menjadi tempat perhimpunan, Dewan Bendahara jugak menjadi pentas persembahan, dewan peperiksaan dan gelanggang sukan.

20130628-081942.jpg

Ni laluan masuk ke Dewan Bendahara. Macam chess board pulak. Hehe

20130628-082010.jpg

Kat depan Dewan Bendahara berdiri megah pintu gerbang masuk ke MRSM. Masa memula sampai tak menyaba nak jumpa Cikgu Muhibbah, dah nak balik baru kita amik gamba depan pintu gerbang ye..

20130628-082235.jpg

Turun lagi ke bawah berdekatan dengan pondok pakgad, ada tempat yang paling disukai oleh SEMUA PELAJAR MRSM menjelang hujung bulan iaitu…

20130628-082421.jpg

Yezzah!! Bank Simpanan Nasional!! Bila hujung bulan je boleh cek duit biasiswa yang dimasukkan oleh MARA kat tempat keramat ni. Hehe.. Akak bukan orang senang, so Alhamdulillah dapat bantuan. RM55 sebulan. RM30 untuk bayar yuran sekolah. Lagi RM25, jadi duit poket untuk belanja.

Cukup ke 25 hengget tu? Cukupppppp kalau tak belanja merapu-rapu. Apa nak lagi? Makan dah dibagi 6 kali sehari. Breakfast, makan rehat pukul 10 pagi, makan tengahari, tea-time pukul 4.30 petang, makan malam pukul 7 dan last sekali, supper!! Haa hambek ko. Kalo nak belanja pun, belilah jajan kat koperasi ke. Sebab kitorang memang takde kantin sekolah. Sume makanan disediakan kat Dewan Selera. Haa makanlah sampai terbelahak. Gitu konsep dia..

Oke, ni pulak sekitar pondok pakgad dan kawasan luar pagar MRSM..

20130628-083125.jpg

20130628-083144.jpg

20130628-083207.jpg

20130628-083241.jpg

Selesai bergamba-gamba kat luar pagar MRSM, kami pun naik semula ke Dataran Cendekiawan. Yelah, keta park kat situ, kan?

Dalam pukul 2.30 jugaklah kitorang keluar dari kawasan sekolah. Memang puas rasanya! Sayanngggg sangat kat sekolah akak ni walaupun rupa dia buruk. Haha.. Hopefully satu hari nanti, dorang kasi lawalah lagi sikit ye.. Hehe..

So, berakhirlah sudah lawatan dua jam akak ke MRSM Jasin atau MRSM Tun Ghafar Baba ni. Kenangan-kenangan terindah semasa bersekolah kat sini memang susah nak dikikis dari ingatan.. Cewah!

Dah.. Dah.. Jom blah. Jangan nak jiwang sangat.. So, masuk je kereta, Kak Norm terus memandu keluar dari kawasan sekolah sebab lepas ni kami nak ke Bandar Melaka pulak.. Sherry duduk depan, akak duduk belakang..

Tetibaa.. “Opppp..opppp!! Benti-benti. Tadi lupa la nak amik gamba ni. Penting ni hoiii!! Sherry, ko tolong amikkan. Dari tingkap ko clear sikit..” Begitu akak memberi arahan..

20130628-083308.jpg

Hahaha matila tak abes-abes lagi..

Oke daaaa….

No Comments :(