Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Holaaa… Tak abes lagi cite pasal Trip Melaka ni okeh. Hiks!!

Keluar dari sekolah, kami terus menuju ke Bandar Melaka. Sebelum tu, saje round-round Bandar Jasin (bandar ke? Huhu). Saje nak mengimbas kenangan dolu-dolu.

Dulu kalau outing hari Sabtu, memang ini jelah tempatnya. Selalunya ada kereta sapu yang akan angkut kami dari sekolah ke Bandar Jasin. Tambang 50 sen sorang. Tunggu je tepi jalan kat luar pagar sekolah, nanti adalah pakcik kereta sapu yang lalu..

So, jomlah kita tengok apa perubahan Bandar Jasin setelah sekian lama akak tinggalkan..

20130628-130632.jpg

20130628-130655.jpg

20130628-130714.jpg

20130628-130731.jpg

20130628-130746.jpg

20130628-130803.jpg

20130628-130816.jpg

20130628-130827.jpg

Ada la jugak berubah sikit-sikit. Tapi masih la nampak macam pekan koboi jugak. Huhu..

Dulu mana ada McD KFC sume ni. Tak sampai lagi kat Jasin. Paling glamer pun Mc Dota. Ko hado? Ayam dia up sikit daripada ayam kita goreng sendiri guna tepung Kentaki. Oklah tu. Daripada takde. Satu set dengan air masa tu baru RM4 kot. Murahhh la tu banding dengan KFC McD, harga 8-9 hengget. Kan?

Selain Mc Dota, yang paling glamer kat Bandar Jasin ialah pasar Sabtu yang nama loochahnya Pasar Gesel. Keji nama pasar tu. Pasar tu dapat nama Pasar Gesel sebab kalau kita jalan kat pasar tu, mesti akan bergesel ponggog antara satu sama lain sebab lorong tempat laluan tu sempit. Haha.. Pasar tu atas bukit sikit. So, jalan kat bukit tu tak berapa luas. Merasalah menjadi mangsa sexual harrasment tanpa disedari. Hik hik..

Makanan paling glamz kat pasar tu adalah soto. Tataula ade ke tidak lagi orang yang jual soto tu entah.. Tapi menurut Cikgu Muhibbah, Pasar Gesel tu dah tak bergesel lagi dah sebab dah dipindahkan ke bawah bukit. Luas sikit kot kawasannya.

Sekejap je kami pusing-pusing kat situ. Sebab masing-masing dah kebuluran. Dah la masa tu panas berdenting dengan jerebunya. Memang haus dan sakit tekak.

Lepas tersilap jalan sikit, akhirnya dekat pukul 4 petang, sampailah kami ke Bandar Melaka. Masing-masing tatau makan kat mana, nampak pulak cafe Upin Upin, kitorang try je makan kat situ walaupun Sherry dah bagitau tak berapa sedap sangat. Hmm, bila dah makan, memang pun tak sedap sangat. Bubur ayam akak banyak je tak abes. Isskk membazir betul.

Lepas makan, kitorang masuk kejap dalam Mahkota Parade sebab akak nak carik charger Aipon sebab charger yang ada dah nazak bebeno.

20130628-131735.jpg

Ko hado charger sebegini rupa? Huhu..

Masa beli charger tu, budak Cina yang jual charger tu offer akak wayar charger yang panjang dia 2 meter. Dia cakap senang kalau nak charge sambil tengok TV. Tak payah nak duduk dekat-dekat dengan plug point. Akak cakap tak payahla. Bagi yang biasa je. Pastu dia bagi yang biasa tu. Akak pun ukur la dengan wayar charger akak yang dah rupa kena gigit tikus tu..

Akak : Apa ni? Tak sama panjang pun macam saya punya ni. Memang pendek sikit ke? Kasi yang sama panjang macam saya punya la..

Budak Cina : U tengoklah u punya ni. Dia sama panjang tapi u punya charger sudah jadi macam ini. Memang nampak yang baru ni pendeklah..

Akak : Hahahaa.. Sorry arr..

Oppsss!! Hahaah dasar tak sedar diri. Wayar yang dah tak rupa wayar, lagi mau banyak bunyi. Oke pastu akak redho, dik!

Lepas dah beli charger tu, tibalah masa kami nak check in hotel. Padahal hotel tak book lagi ni. Konfidensi tahap tertinggi nih. Sherry pun call hotel yang kami nak duduk tu. Bilik untuk 3 orang dalam RM250 kot. Akak cakap try tengok kat Agoda untuk hotel yang sama. Bila cek, untuk bilik yang sama baru RM190 termasuk tax. Huii jimat banyak!!

Terus book, bayar guna kad kedit Kak Norm, shoot ke hotel, taraaaa!!! Dah boleh check in. Patutnya kan kena print confirmation booking bagai, kan? Tak payah!! Tunjuk terus dari henpon je sudah.

Nama hotel kami – Syaz Meridien Hotel. Hotel bajet yang tak berapa bajet. Kira oklah jugak. Asal boleh tido sudah.. Hotel ni mengada laut yang sedang ditambak. Haaii, entah-entah tak lama lagi dah tak nampak laut dah. Tanah dan bangunan semata. Iskk!!

Lepas dah berehat-rehat, bergosif liar, mandi dan solat, dalam pukul 8 malam kami plan nak keluar dan jenjalan kat bazaar berhampiran hotel tu. Boleh jugak carik makanan ke ape.

Bazaar tu taklah jauh sangat dari hotel kami. Nak cakap dekat sangat pun takla jugak. Tapi kalau jalan kaki boleh sampai..

Kat bazaar tu takdelah banyak sangat gerai makanan. Tapi bolehlah. Yang banyak kain baju, kasut, tudung-tudung macam tu. Dalam pada tak banyak makanan pun, banyak jugaklah yang kitorang bimbit bawak balik bilik.. Heehee..

Jom saksikan kemeriahan bazaar..

20130628-192431.jpg

20130628-192449.jpg

Nah Supermeng Malaya! Selipar ni untuk uols!

20130628-192713.jpg

Gembira jumpa makanan!

20130628-192739.jpg

20130628-192754.jpg

20130628-192814.jpg

20130628-192836.jpg

Sherry yang marah bila Kak Norm cuba enterprem dalam gambar beliau tengah membeli kebab.. Huhu

20130628-192903.jpg

Muka atak senyum sebab berjaya mengconquer gamba sorang-sorang

20130628-192925.jpg

20130628-192939.jpg

Diva Divana sangat ko kan?

20130628-192953.jpg

Cencalok sotonnn

20130628-193009.jpg

Paste asam pedas. Akak beli sebab budak yang jual tu cakap orang restoran pun pakai yang ni. Entah ye ke tidak tu..

20130628-193023.jpg

20130628-193043.jpg

Sherry yang paling banyak borong *matila pitnah semata-mata

20130628-193100.jpg

Makanan pilihan Kak Norm – pizza

20130628-193113.jpg

20130628-193133.jpg

Akak pulak pilih Yong Tau Foo

20130628-193154.jpg

Kat bazaar tu akak berjaya membeli belacan dengan kerepek rangginang yang dipesan oleh mak akak. Jadilah buah tangan untuk dia..

Dah lah! Moh kita balik bilik. Kami jalan balik ke hotel sambil menahan napas. Jerebu makin teruk. Siap bau asap lagi. Kena minum air kosong banyak-banyak.

Jalan punya jalan, dalam pukul 9.15, sampailah kami ke bilik. Masing-masing bukak makanan yang dibeli. Hambek ko berlambak-lambak tak abes. Yong Tau Foo akak je abes. Tu pun memula Sherry nak beli kebab sampai tiga! Akak cakap jangan nak mengada. Kang tak abes. Haaa!! Memang betul pon kebab dia tak berusik.

20130628-193235.jpg

20130628-193249.jpg

Sambil makan sambil tengok Aku Sebenarnya Isteri Dia.. Haha sabo jela. Lepas makan akak pun baring sambil dengar dua orang pompan tu sambung bergosip. Gossip Girls sangat! Huhu.. Akak tak sedar bila terlelap..

Okla, stop sini dulu. Nantikan sambungan hari terakhir kami di Melaka..

No Comments :(