Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Akak dah letak cite ni kat FB tapi nak jugak share kat sini..

KALAU DAH BUKAN REZEKI, DALAM MULUT PUN BOLEH TERKELUAR JUGA.. So, mari bersyukur…

————————————–

Semalam akak balik Sg Choh kejap. Pegi beraya rumah member. Borak-boraklah dengan member sorang lagi ni. Member akak cite. Raya bebaru ni, Bangla-Bangla kat Sg Choh tu kongsi-kongsi beli lembu. RM5,000 sekor lembu tu. Gemok sangat lembunya. Tak macam lembu korban yang akak selalu nampak.. Selalu kurus je. Biasa-biasa je. Yang lembu Bangla tu beli, gemok! Tataula dorang share bape orang. Kalo 10 orang, RM500 sorang la kot.

Lembu tu dorang tambat kat pokok pelam dalam kawasan masjid Sg Choh. Pastu kan, sementara menunggu tukang sembelih sampai, Bangla-Bangla tu lepak dulu la kat mana-mana ntah. Maybe dorang balik rumah dulu ke. Yelah, takkan nak mengadap muka lembu tu 24 jam pulak. So, dorang tak perasanlah lembu tu buat ape.. Apa aktiviti si lembu ni tadi..

Alih-alih, tak lama tu, masa dorang datang balik kat masjid sebab nak start sembelih, dorang tengok kepala lembu tu dah tersandar kat pokok tempat dia ditambat tu. DAH MATI!!!! Rupanya lembu tu berjalan pusing-pusing keliling pokok tu agaknya, terbelit sendiri leher dia..

By the way, ni bukan gambar lembu sebenar dalam kejadian ni. Hehe..

20130815-125404.jpg

Kesian sangat kat Bangla-Bangla tu. Takde rezeki dorang nak buat kenduri. Sudahnya kena panggil lori. Angkat lembu tu pegi tanam. Yelah dah jadi bangkai. Kalo tengah nazak, bleh jugak la disembelih lagi..

Sedih kan? Takde rezeki dorang nak makan lembu di pagi raya..

So, marilah bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Sebab kalau Allah nak tarik, bebila masa pun boleh. Walau apa pun, mungkin di sebalik kejadian ni, ada rahsia Allah yang tersembunyi. Entah lembu tu ada penyakit ke, ape ke. Kot kalau Bangla-Bangla tu makan, akan memudaratkan dorang ke. Kita tatau..

So, tu jelah cerita akak. Hiks! Daa…

One comment on “Kalau Dah Bukan Rezeki

  1. Assalamualaikum,
    Ishhhh! tetiba tajuk entri kita dah sama hu hu huhu

    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.