Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Dah lama akak carik gamba lama mak dan arwah abah akak ni. Gamba ni adalah gamba akak yang scan dan print semula. Gamba asal mana entah. Mungkin hilang masa kitorang pindah dari Sungai Choh ke Bukit Beruntung dulu.. Fuhh!! Nasib baik jugakla akak jumpa balik gamba yang discan ni. Kalau tak, memang takde kenanganlah..

Masa ni mak dan abah akak baru kawen kot. Tahun 1960. Masa tu umur mak 17 tahun. Abah pulak 21 tahun. Young couple gitu. Tapi dulu biasalah kot kawen muda ni kan?

Ada yang tanya akak ikut muka siapa. Entahlah pulak. Rasanya mata ikut keturunan sebelah abah. Bengkulu. So mata adalah sepet! Huhu..

Hmm.. Sayang sangat dorang berdua ni. Muahhh!! Abah, semoga kau tenang di samping Maha Pencipta.. Amin..

20130930-081147.jpg

Al-Fatihah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.