Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Wahhh. Tajuk entry macam tajuk buku cite kanak-kanak je. Konon macam Kokopelli ni nama watak utamalah. Yg The Big Bad Wolf konon-konon watak serigala jahat. Gituhh. Takde makna okeh. Dua benda ni takde kaitan langsung. Wakakka..

Kokopelli atau nama sebenar dia Kokopelli Bistro adalah nama restoran kat PJ. Dah banyak kali member akak ajak makan kat sini. Pernah gak kitorang datang nak makan kat situ sebelum ni tapi tutup. Rasanya masa kitorang pegi tu dalam bulan Syawal kalau tak silap. Cuti raya lama sangat dorang ni. So, akhirnya malam semalam lebih kurang pukul 9.30, barulah berjaya kami menjejakkan kaki kat sini.

Restoran ni terletak agak dekat jugak dengan masjid kuning Seksyen 14 PJ tu. Kokopelli ni asalnya rumah banglo yang dah ditransform jadi restoran. Nak tengok apa yang kami order?

Dipersilakan masuk.. Seafood Marinara. Akak order ni..

20131207-162139.jpg

Ni pulak member akak order.. Kueyteow dan pizza..

20131207-162200.jpg

20131207-162216.jpg

Appetizer.. Garlic bread. Akak tak rasa pun..

20131207-162236.jpg

Dessert.. Creme brulè dan pisang apentah. Atas dia krim. Dalam dia mcm ada pisang yang dah dikaramelkan

20131207-162255.jpg

20131207-162307.jpg

Sementara tunggu makanan sampai, akak sempat bergamba untuk menayangkan baju I ❤️ MONGOLIA untuk tatapan umum di FB akak. Vangga siottt. Ingat senang ke nak dapat baju cop ni? Ala-ala Altantuya gitu.. Hiks!!

20131207-163018.jpg

Tq uols sebab bagi baju ni. Suke sangat..

Makanan boleh tahan tapi paling sedap opkoslah creme brulènya.. Nanti boleh repeat. Total kitorang makan termasuk dengan air ialah RM115.50 sekali dengan 10% service charge. Haiyohh fengsan!!

Lepas makan, lebih kurang dekat pukul 11 malam, kami meneruskan lagi aktiviti kami malam tu. Destinasi seterusnya ialah The Mines Convention Centre Seri Kembangan. Apa kejadahnya ke sana malam-malam buta kan? Adalah sebabnya..

Ni dia..

20131208-000708.jpg

Yeahh! The Big Bad Wolf Book Sale!! Biasalah. Hujung tahun.. Sale sana sini.. Takkan asyik benda lain je yg ada sale. Buku pun nak bagi harga runtuh gak.

Ini merupakan tahun ke-5 jualan gudang buku ni diadakan bermula pada tahun 2009. Kali ni lagi melampau. Pihak penganjur nak pecahkan rekod tahun lepas so, tahun ni amekkawww!! 230 jam non-stop kita boleh shopping buku start 7 pagi 6 Disember dan akan berakhir pada 9 malam 15 Disember nanti.

Walaupun ni kali kelima jualan gudang ni diadakan, tapi untuk akak baru kali pertama. Bley? Tahun lepas tak pegi sebab dengar cerita kena bersesak-sesak nak ke sana. Terus terbantut hajat di hati. Tapi disebabkan semalam ada member yang gigih, maka jomlah kita pegi..

Selepas menempuh jem yang panjang, lebih kurang jam 12.15 tengah malam macam tu baru kami berjaya masuk ke dalam dewan. Orang ramai mak oiii. Macam ada pesta. Tak reti tido ke hape orang KL ni? Segar bugar lagi nampaknya.. *termasukla yostruli ni. Hiks!

Memula masuk je, nampak ada orang bawak trolila, bawak beg travel beroda la, bawak kotak sume. Disebabkan pertama kali akak sampai, so agak bodow jugaklah akak jadinya. Macam pelik je tengok dorang ke hulu ke hilir bawak beg balik kampung. Bila dah masuk…. Barulah tau.. Rasa macam sume buku akak nak capai. Bila dah banyak-banyak tu, berat okeh!! Lenguh tangan. Patutlah dorang siap bawak beg!

Nak tengok cemana meriahnya dalam dewan tu? Nah!!

20131208-002819.jpg

Amacam?? Macam kat pasar borong tak? Haha. Masa ni dah pukul 1 pagi kot. Ilang akal wehh. Barisan nak membayar pun bukan main panjang akak tengok. Ada 40 kaunter semua. Akak baca kat sokkabar, tahun ni dorang hire 550 orang petugas nak melicinkan perjalanan acara tahunan ni.

Jom tengok gamba..

20131208-003527.jpg

Siri Nancy Drew.. Terus rasa mengimbau zaman kanak-kanak dulu..

20131208-003542.jpg

Lebih kurang dua jam kat dalam tu, setelah ditapis, akak telah merembat 8 bijik buku. 3 buku resepi (ko mampu?), 3 buku cite kanak-kanak (bukan untuk akak ye. Ni nak bagi kat anak member), sebuah buku motivasi dan satu lagi novel Inggeris. Novel Melayu tahape-hape yang ada. Nyampah!

20131208-003832.jpg

Dah! Jom bayar..

20131208-003917.jpg

Aikk!?? Tetiba ada beg IKEA? Member akak sorang tu dah biasa pegi, so dia dah tau permainan duniawi kat sini. So, dia dah bawak beg guni tu siap-siap. Bagus! Boleh tumpang. Berat wokeh. Kena jinjing berdua.

Tibalah masa nak beratur membayar..

20131208-004221.jpg

Kalau tadi bersesak nak pilih buku, ni nak kena bersesak beratur membayar pulak. Tips yang dibagi oleh DJ bertugas (DJ ni tugas dia bagi info, umumkan budak hilang, carik kawan yang sesat tak jumpa-jumpa. Huhu) ialah “Susun buku ikut harga yang sama” supaya senang masa cashier tu nak kira.

Setel semuanya lebih kurang pukul 2 pagi. Gila tak? Haha. Tapi seronotlaaa. Mana tak gila, diskaun buku 70%-95%. Buku-buku yang akak beli harganya semurah RM3 sampailah paling mahal yang akak beli berharga RM12. So total 8 buku tu hanya berharga RM59!

Sampai rumah lebih kurang pukul 3 pagi. Pengsan!! Sampai rumah, susun buku untuk dihapdet di FB. Wakakakkaa..

20131208-005001.jpg

Rasa macam tak cukuplah. Nak kena repeat lagi ni. Tapi tak nak pegi peak hourlah. Nak pegi time orang lain keje. Barulah aman akak rasa.

So, sape-sape yang suka buku, silalah terjah sekarang! Dia kat sebelah The Mines je.

Ok, selamat bershopping.. Daa…

One comment on “Kokopelli & The Big Bad Wolf

  1. sharinginfoz on said:

    boleh pergi nanti ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.