Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Eloooo.. Blog ni dah macam hidup segan mati tak mau. Kan? Bersawang siap! Adakah hidup akak tak gembira kebelakangan ni? Haha takde makna. Sedih ke gembira takde kena mengena dengan sifat pemalas diriku. Haha kantoi pemalas rupanya..

Oklah, daripada dibiarkan bersawang, mehlah akak cerita sikit pasal event PruBSN 11 Januari aritu. Macam biasa, setiap awal tahun pihak PruBSN akan buat kick off event. Ala-ala sepak mula gitu. Yelah, tahun baru, semangat baru, target baru..

Kali ni kick off 2014 dibuat di KL Convention Centre. Lebih kurang 600 orang agent yang hadir sama. Kali ni akak bawak 3 orang agent baru. 2 orang dari Johor yang akak jumpa masa karnival kerjaya kat PWTC tahun lepas dan sorang lagi anak buah akak..

Kitorang gerak dari Kotadem pukul 7.30 pagi dan sampai KLCC dalam pukul 8. Oklah, jalan pun tak jem.. Sampai je, setelkan urusan pendaftaran dan ambil T-Shirt event. Lepas tu cam biasalah, bergambo. Kah kah..

20140121-080345.jpg

Comelkan kitorang? Wakkakaa. Sempena World Cup tahun ni, tema kick off kitorang pon bola jugak.. GO FOR GOAL katanya.. Yeahh!!

20140121-081308.jpg

Event start dalam pukul 9 pagi. Seperti biasa, memula opening speech daripada CEO kami – Mr. Azim Mithani. Alhamdulillah, PruBSN masih mengekalkan kejuaraan sebagai penyedia takaful terbaik di Malaysia.

20140121-081000.jpg

Pastu tak sangka, tetiba akak naik pentas terima sijil dan hadiah sebagai salah seorang pengguna pertama PruBSN Mobility (ni entry lain nanti)

20140121-085059.jpg

Sebelum rehat untuk minum pagi, destinasi Elite untuk 2015 diumumkan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

20140121-081027.jpg

Yeah, destinasi kami seterusnya ialah Maghribi dan Sepanyol. Haha Maghribi katanya. Oklah, Morocco sedap sikit.. So, Morocco & Spain! Mu tunggu aku datang!

Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, kami dihiburkan dengan keletah Prof. Izzi Haji Ali. Memang pecah perot dengan gelagat ala-ala cekpon dia tu. Sambil dia berlawak, sambil dia bagi semangat kat kitorang. Tapi, mesti CEO akak tak paham apa yang Prof. Izzi melawak dan kenapa kitorang gelak cam haramjadah. Haha.
CEO akak cakap Melayu pon pelat-pelat. Seksa betul bila dia try cakap Melayu. Hik hik.. Maklumlah, London mari..

20140121-082529.jpg

20140121-082617.jpg

Akak sempat snap kasut Prof. Izzi. Bukan main lagi. Baju pon dah macam M.Daud Kilau.. Hiks!

20140121-082737.jpg

Lepas dah puas ketawa berdekah-dekah, rehat untuk lunch pulak..

Lepas lunch, event kami digegarkan lagi dengan kehadiran motivator seterusnya iaitu..

20140121-085635.jpg

Dollah Salleh. Moteeeep? Ada kena mengena ke? Opkoslah ada. Kata tema bola kan? Hehe.. Kalau nak ikutkan, memanglah Dollah Salleh ni tak reti nak motivate agent-agent insurans ni tapi rasanya pendekatan dia sama je bila dia motivate anak-anak buah dia kat atas padang. Dia cakap, dia anggap anak-anak didik dia macam kawan. Biar dorang happy masa main bola. So, takdelah main bola dalam keadaan tertekan. Sebab tu tak hairan bila dia boleh bawak pasukan underdog macam MPPJ menjuarai Piala Malaysia. So, kalau nak relatekan dalam bidang insurans, leader-leader kena anggap agent bawah dorang macam kawan. Barulah kitorang semangat nak buat sales. Gitu..

Event berakhir lebih kurang pukul 5 petang. Patutnya boleh je terus balik tapi lepas tu menggedik ramai-ramai pegi minum kat fudkot KLCC. Dan hasilnya, parking yang kena bayo ialah….

20140121-090704.jpg

THORbaikk!!!!

Tu je.. Sekian. Eh dah habes? Dah arrr.. Haha. Adios!

No Comments :(