Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Nampak tak tahap kemalasan akak? Dah nak akhir tahun kan? Baru terhegeh-hegeh nak cerita kisah tahun lepas. Ni kisah trip PruBSN tahun 2014 okeh. Kah kah kah… Adoii memang tak boleh nak ditolong perangai pemalas ni.

Yelah, sekarang zaman Pesbok. Apa-apa pun hapdet kat situ je. Kesian blog ni bersawang. I am koriii blog :-(

Oklah, sebelum bertambah basi dan berkulat, mehla kita sambung lagi.. So, ni cerita hari keempat akak kat Italy..

Lepas sarapan, kitorang check out terus sebab lepas melawat sekitar Florence, destinasi kitorang seterusnya ke Maranello pulak.


Depan hotel dengan beg masing-masing

Dari hotel ke bandar Florence tu dekat je. Perjalanan dengan bas dari hotel lebih kurang 15 minit macam tu. Dah sampai. Kami pun diturunkan di tengah bandar Florence dan kena berjalan kaki je.


Berbondong-bondong


Omputeh dan orang cekelat (weols la tu)


Onggila.. Hahaha


Beratur nak masuk muzium. Bukan kitorang. Orang lain.. Hihi


Apa tujuan akak angkat ketiak pon tatau.. Lupa dah.. Maklumlah cite tahun lepas.. Hiks!

Kat sini kami melawat Accademia Gallery serta Uffizi yang merupakan muzium yang paling kerap dilawati di Florence. Yang paling menarik muzium ni memaparkan karya agung pelukis genius terkenal – Michelangelo. Tapi sayang seribu kali sayang, kitorang tak masuk pun dalam muzium tu. Amik gambo dari luar-luar je. Hewhewhew.. So takyah banyak bunyi. Jom tengok gamba…


Duomo di Santa Maria del Fiore – Florence




Cantik sangat senibina dia. Kan?




“Gates of Paradise” nama pintu ni.. Gituh..


Sorry uols. “Gates of Paradise” tengah under construction katanya… Pintu neraka ada. Nak?



Tak puas-puas amik gambo gereja ni. Apa nak jadi pun tataula. Hahaa…




Bata pun ada uols.. Jangan marah..


Kat area tu, ada jugak kedai-kedai untuk kita mengabehkan duit. Butik Furla pun ada. Murah jugaklah harga dia kalau compare harga kat KL.






Palazzo Vecchio, Florence

















Opppsss…


Kat sini ada macam dataran tempat dorang melukis. Cool jugak..









Tengah dengar tourist guide membebel pasal sejarah..

 








Florence jugak terkenal dengan barangan kulit. Akak pun sempat sambar satu beg sandang yg diperbuat dari kulit lembu.

Lepas dah shopping, kitorang dibawa untuk lunch kat Palazzo Borghese Restaurant.






Risoto. Selalu tengok dalam Masterchef US je..



Lepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Maranello. Dua jam jugak le perjalanan. Apa ada kat Maranello? Lets!

Sampai kat Maranello dekat pukul 4 petang jugak…


Sampai-sampai je, terus nampak orang tengah test drive Ferrari

Yezzah! Kat Maranello ni kami dibawak melawat Muzium Ferarri okeh… Gila ko, seumur hidup first time sampai.. Hiks!

Sampai je, terus dapat tiket untuk tour dalam muzium tu sorang satu.




Amik gambo dengan krew pun jadi. Haha..


Ni keluaran 1966 punye




1989


2009



Pelumba lagenda Ferrari







Comel je tahun 1957 punye



Piala-piala yang pernah dimenangi pasukan Ferrari






Degil kan? Orang kata jangan sentuh. Siap sandar lagi.. Isk!



Encik Enzo Ferrari. Patung dia jela tapi..













Sian Schumacher. Tak bangun-bangun lagi sampai sekarang..











Kusi pun ada dipamerkan




Lawa nak mampos!! 1 million euro okeh.. Gulp!






Weols..


Pehhh!! Memang puas hati btol! Mimpi jadi kenyataan. Kena kompol duwet banyak-banyak. Kot mana tau bleh angkat Ferrari sebijik. Ala, berangan bukan kena baya pun. Hihi…

Dah puas kat Muzium Ferrari, kami meneruskan lagi perjalanan yang mengambil masa 3 jam. Jauh okeh. Destinasi seterusnya ialah Mogliano Veneto tempat kami akan bermalam.

Sampai di Mogliano Veneto dah malam. Rasanya dalam pukul 8 malam camtu. Perut pun dah lapar. Tibalah masanya untuk dinner pulak.. Kali ni kat Venexian Restaurant..

Meja-meja dalam restoran ni ada yang bentuk kapal. Kiranya macam tema laut la.. So, makanannya apa lagi. Opkos la seafood.





Lepas makan, perut pun kenyang. Mohle balik hotel. Tido! Penat seharian berjalan.. Kaki pun dah tak rasa jejak tanah.. Huhu..

Ok, sambung lagi nanti.. Tata… *hopefully akak tak pemalas sampai tahun 2016