Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ini pulak kejadian pada 15 April 2015. Masih cite tahun lepas. Ngeh ngeh…

Macam biasa, pagi tu breakfast kat hotel.. Lepas dah breakfast, amik gamba dulu kat sekitar hotel. Hari ni hari last kat Marakesh sebab lepas ni kitorang akan travel ke satu bandar lagi di Morocco iaitu Fez.




Kak Liza yang cumil






Jarak antara Marakech ke Fez hampir 600km. Memang kematu lah duduk dalam bas..

 



Lebih kurang sejam lebih dalam bas, kami pun berhenti minum kat RnR..

Mint tea


Dah minum-minum dan ke toilet, mehla kita teruskan lagi perjalanan kita.. Sepajang perjalanan memang pemandangan cenggini jelah. Pokok zaitun, bangunan dan rumah-rumah petak-petak.







Dalam perjalanan ke Fez, berhenti makan tengahari pulak kat Rim Atlas Restaurant. Macam kat rumah teres je nampaknya. Boleh tahan lawa gak senibina dan perhiasan kat dalam restoran ni. Siap ada fountain bagai depan restoran.


Tempat lepak dan sapkok.. Heehee..







Rupa biasa bagi makanan Morocco. Tapi kali ni boleh tahan sedap gaklah sebab ayam dia tu macam ayam kukus.



Bapak besau limau ni..

Lepas makan, kami kena berjalan kaki sikit untuk ke bas. Lalu depan umah penduduk tempatan. Depan umah siap ada tanam pokok limau. so agak jakun di situ.

Ini pokok bunga kertas ye. Bukan pokok limau. Hiks!


Haa… Ni barulah pokok limau.

Lepas tu, berhenti solat dan seterusnya kitorang melawat Ain Asserdoune yang terletak di Beni Mellal. Beni Mellal ni kedudukan dia agak pedalaman tapi mujurlah bandar ni berada di laluan utama yang menyambungkan antara Marakech dan Fez. So, at least ada lah jugak orang singgah.

Tempat ni best sebenarnya sebab ada taman, ada sungai, ada air terjun tapi tak surelah air terjun buatan ke memang air terjun asli. Tapi memang redup dan sejuklah kat sini. Suke! Pastu dari bawah, kita boleh nampak ada kubu yang dibina kat atas bukit iaitu Kasbah Ras el Ain.

Lets strike the pose! Gittew..







Ramai gak pelancong datang sini. Rasanya penduduk tempatan pun ramai sebab boleh berkelah. Best!

Bersama tourist guide. Lupa dah nama dia









Dah puas bergambo, kami meneruskan lagi perjalanan yang macam tak sampai-sampai gak tu..




Siap ada corak Allah yang dorang buat kat atas bukit..

Nikmati jelah pemandangan nak ke Fez ni ye…

Sungai yang dah cetek airnya..






































Hampir 10 jam perjalanan, tak sampai2 jugak hoi.. Sume dah resah gelisah. Ada yang nak terkucil la, apelah.. Aduii menyeksa jiwa raga btoi.. Akhirnya bas kami singgah kejap kat satu tempat ni. Tak sure la ape namanya. Tapi ada cafe-cafe kecik. Pastu ada pulak monumen singa.






Cafe dia cantek okeh. Kami sempat beli kek. Comel dan sedap pulak tu..








Hmm… Dappp…


Lepas dah mengopi, teruskan lagi perjalanan. Bila tanye driver, macam dah nak sampai sangat dah. Tapi tak sampai-sampai jugak. Masa tu dah malam dah. Gelap betul jalan.. Aduyai.. Bas satu lagi (kami dibahagikan kepada dua bas) dah tak nampak dah. Mungkin dah sampai hotel.

Akhirnya, selepas mengharungi perjalanan lebih 10 jam, barulah kami sampai ke hotel. Perut masing-masing dah berkeroncong. Tapi akak larat makan roti je. Dah tak selera nak makan benda lain. Penat punye pasal!

Setel dinner, naik ke bilik. Tengok bilik lawa, hilang terus penat. Akak dapat duduk bilik sorang-sorang je. Best, boleh conquer satu bilik!! Hiks!

Masa ni dah tak ingat antu ke jembalang ke, yang aku tau nak tido! Hahaha.. Oke, gunite!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.