Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kejadian 17 April 2015.. Hari ni hari terakhir kami di Morocco.

Selepas sarapan kat hotel, lebih kurang pukul 8 pagi, kami bergerak ke Casablanca menaiki bas. Satu bas, akan tinggal satu hari lagi di Casablanca dan akak bersama kawan-kawan yang qualify ke Sepanyol, akan meneruskan perjalanan ke Malaga, Sepanyol.

Nak ke airport Casablanca tu, ada kejadian yang tak diingini berlaku…













Bas rosak uols!! Nak menangis rasa.. Dahla nak kejar flight. Kalau kena tinggal, how?


Akhirnya terpaksa tukar dengan bas yang akan stay kat Casablanca. Yelah, dorang tak payah nak kejar flight. Kitorang ni je yang dah rasa macam masuk Amazing Race. Terkejar-kejar.

Akhirnya, semua beg terpaksa dipunggah. Kesian jugak dengan dorang, terpaksa berkorban untuk kami. Heehe..



Udah rupa jemaah haji.



Babai uols…

Dah tukar bas, kami teruskan lagi perjalanan ke airport. Dah cuak masa ni.. Cuak-cuak pun, sempat amik gamba.. Hiks!









Sampai jugak airport Casablanca. Ni pun ada cite mendebarkan jugak ni..


Nak dijadikan cerita, patutnya flight ke Malaga bertolak jam 2.30 petang camtu. Tapi disebabkan punyelah ramai orang nak check in, dengan imegresennya terhegeh-hegeh, siap berborak seperti di hari raya, kami hampir ketinggalan flight. Bila tengok jam, memang kompem dah kena tinggallah!

Akak nampak sorang tour guide kami yang pompuan, call sapentah. Siap nangis-nangis merayu supaya jangan bagi kapal terbang tu gerak lagi. Tunggu kami semua check in, baru gerak.

Akhirnya, dapat je check in, terus berlari macam Usain Bolt masuk kapal terbang. Dah la boleh tahan jauh.. Tak habis penat Amazing Race bas rosak, kena berlari pulak lagi.. Memang mencabar betol.. Huhu…



Akhirnya, lepas lewat setengah jam dari waktu berlepas, dapatlah kami masuk dalam perut kapal terbang. Kapal terbang kecik je. Ala-ala Firefly gitu. Dari Casablanca, Morocco ke Malaga, Sepanyol tu dalam sejam je kot. Agak dekat jugaklah..

Lebih kurang 5.15 petang, kami tiba di Airport Malaga.

Dari Malaga, kami terus dibawa ke Seville (disebut Se-vi-ya). Jom tengok pemandangan di sepanjang perjalanan ke Seville.









Masa ni pukul 6.40 petang. Akak pun saje cek waktu Maghrib kat Sepanyol ni pukul berapa. Haa, hamekkaww.. 8.55 malam. Dah macam waktu Isyak kat KL.. Hewhewhew..

Sampai kat Seville dalam pukul 8.30 malam, terus dinner kat La Medina.







Matahari terik memanchorrrr ni pukul 8.20 malam ye. Jangan tertipu.. Huhu

Sampai ke restoran.. Jom dinner kat Taj Mahal Indian Restaurant..


Ni pukul 9 malam ye. Akak pun kompius.. Akak dinner ke lunch ni? Hiks!



Alhamdulillah, semua makan sedap-sedap. Kenalah dengan tekak orang Malaysia kan.. Memang sapu bersih semua makanan malam tu.. Huhu..

 

Setel makan, kami dibawa ke hotel untuk check in. Yeayyy.. Penat siot daripada pagi..


Hotel Barcelo Sevilla Renacimiento






Souvenir dari PruBSN

Okla, tido yuk!

No Comments :(