Archive for the Category » Business «

Mak Menang Cabutan Bertuah Uols!

Alhamdulillah.. Semalam merupakan hari bertuah saya sebab kali ni nama saya naik untuk menang Cabutan Bertuah. Walaupun bukan menang Grand Prize, tapi bersyukur sangat-sangat sebab biasanya saya jarang dapat hadiah kalau ada cabutan-cabutan bertuah ni. Tapi semalam, mak menang uols! Jadilah,dapat kamera Canon.. Heehee..

Hadiah kemenangan iols..

Hepppp!!! Ini bukan Gores & Menang ye. Ni Cabutan Bertuah atau lebih dikenali sebagai Rezeki Draw yang dianjurkan oleh PruBSN Takaful. Rezeki Draw ni terbuka kepada semua agent Takaful PruBSN yang berjaya membuat jualan sekurang-kurangnya RM25,000 NPC dalam tempoh yang ditetapkan. Alhamdulillah saya qualify untuk cabutan bertuah tu dan Alhamdulillah jugak sebab berjaya pulak menang salah satu hadiah yang ditawarkan. Agent lain ada yang menang iPad 2, Blackberry, peti sejuk, TV 40 inci, aircond dan lain-lain. Tapi 4 Grand Prize yang paling best ialah trip ke Bali, Gold Coast, Rome dan Los Angeles!!!! Uwaaaaa….. Bestnya yang menang trip nih…. Congrats korang!

Lepas je dapat hadiah kamera tu, terus saya amik gamba kawan-kawan sume. So cekidaut..

Encik Razak & wife

Abang Din & the geng

Kakak-kakak yang power dari JB

Bersama entiti yang nak low profile

Geng karok!

Geng Kecoh..

Abang Nazri & Reen

Erin & Kak Emi

Encik Wan Zam – Chief Agency Officer

Cantik gak gamba-gamba guna Canon ni kan? Harga dia saya tengok kat web Canon dalam RM599. Campur memory card sume, dalam RM700 gakla. Alhamdulillah! Jadila.. Tapi kalau dapat gi LA lagi best.. *lempang diri sendiri, padahal dah bersyukur tadi!

Sebenarnya semalam (8 Oktober), PruBSN Takaful mengadakan acara tahunan kami iaitu Super Performance Conference. Pada tahun ini, acara tersebut diadakan di Sunway Resort & Spa. Acara ini merupakan sebuah majlis bagi meraikan top performers dalam PruBSN Takaful di samping pihak pengurusan PruBSN Takaful akan mengupdate kami dengan maklumat-maklumat terkini syarikat, kedudukan PruBSN Takaful sebagai salah satu operator takaful di Malaysia, maklumat hasil jualan keseluruhan, contest-contest baru dan sebagainya.

Pada tahun ini juga, PruBSN Takaful telah menjemput dua orang speaker undangan – angkasawan Malaysia pertama yang tak asing lagi iaitu Dato’ Dr. Sheikh Muzaffar dan Top GAM CIMB Wealth Advisors iaitu Dr. Niki Shuhada (alamak, ni nenek aku kat CWA ni.. Hiks). Mereka berdua telah berkongsi rahsia kejayaan mereka masing-masing dan memberikan inspirasi kepada kami agar terus berusaha mencapai matlamat kami untuk menjadi agent yang terbaik.

Ketibaan Dr. SMS.. Penuh sesakkk daa…

Dr. SMS tengah berkongsi pengalaman dia kat angkasa lepas

Sempatlah jugak saya bergambar dan minta Dr. Sheikh Muzaffar sain otograp kat CD beliau yang saya beli. Hensemnye lah ko ni Dr. :-)

Benci tengok dagu sendiri. Muka Dr. SMS dah penat layan kitorang..

CD yang saya beli bersama poskad percuma

Senang je sain dia. Lebih kurang sain saya je.. *nak jugaaakkkkkk tuhh..

Pada sebelah petang, Chief Agency Officer kami, Encik Wan Zam mengumumkan pulak contest-contest baru yang membuatkan kami tak senang duduk nak carik client! Salah satunya ialah trip 3 hari 2 malam ke Bangkok. Selain contest Bangkok trip, ada juga contest untuk memenangi laptop Sony Vaio. Bestnye kalo dapat menang yang ni jugak. Ish, tak boleh jadi ni. Kena buat sales laju-laju bulan ni!

Contest untuk mendapatkan laptop & e-pad

Contest ke Bangkok!

Majlis berakhir pada jam 6 petang. Secara keseluruhannya, Super C kali ni memang best di samping speaker jemputan yang sangat memberi inspirasi, hadiah-hadiah yang lumayan dan contest-contest yang tak patut dilepaskan. Terima kasih PruBSN Takaful kerana memberikan banyak peluang dan ganjaran kepada kami. Love u!

PruBSN Takaful Carik Pasal Lagi!!!

Tanjat tak boboi baca tajuk entry ni?? Memang betul pon PruBSN Takaful carik pasal! Carik pasal merompak kat Giant Kinrara! Kalau perompak-perompak lain merompak dengan 5-6 orang geng je, tapi kami merompak beramai-ramai. Dekat 100 orang sumenye geng merompak kami. Jangan panik jangan takut, ni merompak berlesen punye. Keh keh keh…

Seperti tahun-tahun sebelumya, bila tibanya Ramadhan, PruBSN Takaful biasanya akan mengadakan contest Shopping Sakan yang terbuka kepada semua agent. Shopping Sakan merupakan satu contest yang mana agent akan pulun habis-habisan buat sales dan apabila target berjaya dicapai, ganjarannya ialah bershopping secara PERCUMA di mana-mana pasaraya yang terpilih. Macam tahun ni, PruBSN telah memilih Giant Kinrara untuk kami serang.

Kalau ditengok kat flyers ni, ada target sales yang perlu dibuat supaya kitorang dapat mengumpul sebanyak mana masa yang boleh untuk bershopping. Saya layak untuk 1 minit je sebab sales saya hanya RM23,000 NPC. Rasa macam menyesal je sebab kalau dapat RM25,000 NPC boleh dapat bershopping selama 3 minit. Apa-apa pun Alhamdulillah, rezeki!

So, pada 20 Ogos, lepas lebih kurang 10 hari lagi nak raya, tibalah masanya untuk agent-agent yang layak, pergi bershopping sakan. Acara dijadualkan bermula selepas bersahur dan solat Subuh iaitu lebih kurang jam 6.30 pagi dan mestilah berakhir sebelum pukul 8 pagi sebab Giant akan dibuka kepada pelanggan pukul 8 pagi kan? So, seawal jam 3 pagi lagi saya dah bergerak ke Giant Kinrara dengan seorang lagi rakan.  Subuh Sepi’ei kata orang. Bangun Qiamullail pun tak seawal ini. Ish ish ish! So, sampai je kat Giant Kinrara, juadah untuk bersahur dah tersedia. Nasik lemak ayam berempah dan kuih muih. Apa lagi.. Isi perut dulu sebab kang nak tolak troli tak larat pulak. Heehee..

Sahur time

Masing-masing perut dah kenyang

Selepas bersahur, kaunter pendaftaran dibuka dan masing-masing kena amik tag dan nombor giliran. Saya mendapat tag yang bertulis 1 MINUTE dan berada di dalam kumpulan ke-5 yang akan menolak troli. Sempatlah bergambar dulu kan. Macam tak biasa.. :-D

Beratur nak register

Happyyyyy!!!

1 minit je. Ada aku kesahh??

Team 1 minute

Sebelum acara dimulakan, Alison telah memberikan penerangan dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk mengelakkan daripada didisqualify. Contohnya, barang-barang yang tidak boleh diambil adalah barang-barang elektrik, kosmetik, lampin pakai buang, susu formula, makanan basah dan beberapa barang lagi. Lepas tu, setiap item tu pulak tak boleh diambil lebih daripada 2. Misalnya beras Cap Rambutan 10 kg hanya dibenarkan untuk diambil 2 kampit je. Tapi kalau ada yang 5 kg, bolehla diambil lagi 2 kampit. Ha, cenggitu.

Alison tengah mengexplain DOs & DON’Ts

So, pada jam 6.30 pagi kumpulan pertama yang mendapat 8 minit untuk bershopping, dilepaskan terlebih dahulu. 8 minit baii…. Lama tu. Lepas satu troli penuh, dia amik lagi satu troli. Sudahnya agent tu dapat dalam 3 troli penuh kalau tak silap. Total harga barang-barang yang dia amik dalam RM1,200. Ditaja sepenuhnya oleh PruBSN Takaful.

Bila giliran saya sampai, aduiiii… Kecut betul perut rasanya. Saya bersedia di lane yang banyak cokelat. Haha. So, bila wisel ditiup je, saya terus capai gula-gula apentah 2 bungkus. Pastu lari lagi, saya songlap dua bekas Coklat Ferrero Rocher. Dah tu saya terus ke belakang capai 2 kampit beras Cap Rambutan 10 kg. Pusing pulak saya sebat sabun basuh Fab 4kg dengan sabun basuh Top 4kg. Pastu ada masa lagi sikit saya capai pulak sabun Breeze 3kg 2 kampit. Terus pulak lari ke depan balik amik Coklat Cadbury, Van Houten, tah macam-macam coklat lagi. Kacang Pistachio Tong Garden pun ada. Tapi yang paling kelakar, masa beratur nak kira jumlah tu, baru perasan saya tersapu sekali Maruku Cap Giant. Motip sangatss. Sabo jelah…

Bila cukup je seminit, wisel dibunyikan dan kitorang kena berhenti kat mana kitorang berdiri. Lepas tu ada masa 30 saat untuk berlari ke kaunter bayaran. Sambil-sambil beratur tu ada jugak yang mengelat. Ada mamat kat depan saya tu, dia terambil 3 botol minyak masak yang sama berat. So, daripada kena reject kat kaunter bayaran, dia bagi saya satu botol. Yeayyy!!! Tengkiu bro!

Mamat yang baik hati.. Tak tau nama.. Huhu

Pose wajib. Kaki kasi angkat!

So, selesai dikira, jumlah barang yang berjaya saya amik dalam masa 1 minit ialah RM384. Alhamdulillah. Banyak jugak. Save belanja bulan ni. Hihi.

Subtotal RM384.10

So, selesai semua dalam pukul 7.30 pagi dan sambung amik gamba lagi. Setel sume, apa lagi… Balik dan sambung tido! Huaarggghhh… Mengantuk la kan pagi-pagi buta dah bangun.

Bergambar bersama anak & cucu

Tengok, penuh seat belakang!

Di kesempatan ini saya nak mengucapkan tengkiu banyak-banyak kepada Prudential BSN Takaful sebab mengadakan contest ni. Di samping dapat komisen untuk sales tu, dapat pulak extra bonus untuk belanja FREE! So, sape-sape nak jadi sebahagian daripada kami, jangan malu jangan segan, JOIN US!!! :-D

</p>

PruBSN Link Series : Produk Terhangat Di Pasaran

Assalamualaikum darling-darling I semuahhhh….

Alhamdulillah, produk terbaru daripada Prudential BSN Takaful yang ditunggu-tunggu sekian lama dah dilancarkan juga akhirnya. Semalam (5 September) promosi besar-besaran dah mula disiarkan di akhbar seperti Harian Metro, The Star, The Edge dan website rasmi PruBSN Takaful serta di Facebook PruBSN Takaful.

Kalau dulu, produk invesment-link PruBSN terdiri daripada dua je iaitu Takafulink & Takafulink Cerdik (untuk 1-18 tahun) tapi sekarang PruBSN Takaful dah asing-asingkan ikutkan umur dan keperluan. So, client boleh pilih pelan ikut kesesuaian umur masing-masing di samping keperluan semasa mereka. Contohnya kalau budak-budak yang baru lepas grad dan baru bekerja, gaji pun tak besar lagi, so produk yang sesuai untuk dorang ialah PruBSN FirstLink. Kira macam First Protection Plan untuk dorangla. Monthly payment pun tak mahal. Minimum RM100. Kira affordable la untuk yang baru start keje dan mula nak membina kehidupan.

Untuk budak-budak umur 1-18 tahun pulak, PruBSN cadangkan untuk amik PruBSN SmartLink. Yang bestnya produk ni, kalau anak-anak ni tadi cemerlang dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah, tiap-tiap tahun periksa tu dorang akan dapat bonus dalam bentuk wang tunai, 50-200% daripada premium tahunan. Contohnya, Encik A amikkan pelan PruBSN SmartLink ni untuk anak dia dengan sumbangan tahunan RM2,400 (atau RM200 sebulan), so bila anak dia dapat UPSR 5A, anak dia akan dpt 50% daripada RM2,400 tu iaitu RM1,200. Nanti PMR dapat pulak 7A, anak dia akan dapat pulak 100% daripada RM2,400 tu iaitu RM2,400 gak dan seterusnya sampai SPM/Diploma/Ijazah. Best tak? Seb baik aku takde anak lagi.. Heehee..

Dan seterusnya produk ketiga PruBSN Link Series iaitu TakafulLink. TakafulLink ni serupa jugak macam Takafulink (satu je L) yang lama cuma ada penambahbaikan dan manfaat tambahan yang lagi best untuk client. Eiii..tak sabarnya nak jual produk-produk ni.

So, kawan-kawan sume, kalau ada masa tu, silalah jenguk-jenguk apa yang ada kat bawah ni. Sebenarnya semua benda ni ada dalam website rasmi PruBSN cuma yang ni saya extract dan ringkaskan aje. So, cekidaut uols!!

 

Untuk temujanji, sila hubungi saya Ujie di 019-388 9306 atau email ujie@ujie.com

Yang Teruja,

Aspiring Unit Manager
PruBSN Takaful

firstlink smartlink takafullink

Lihatlah Insurans Dari Sudut Pandangan Berbeza

YouTube Preview Image

TV komersial di atas menunjukkan 3 segmen iklan bagaimana seorang ejen insurans dilayan oleh prospek yang cuba diapproach olehnya.


Segmen 1

Segmen 1 menunjukkan yang ejen insurans ni berjumpa dengan prospek semata-mata nak menjual insurans. Padahnya, dia kena reject dan dia dianggap sebagai lipas yang menjijikkan. Kesian kan?


Segmen 2

Ejen tu cuba membantu prospek tapi masih ada niat nak jual produk insuransnya. Akhirnya dengan niat yang tak betul, kena jugak reject dan masih dianggap lipas. Double kesian.


Segmen 3

Dalam segmen ketiga, akhirnya ejen insurans tu benar-benar jujur untuk membantu prospek tanpa ada niat yang lain. Akhirnya, prospek itu sendiri dapat melihat keikhlasan yang ditunjukkan oleh ejen insurans itu lalu dia dengan rela hati nak membeli insurans daripada ejen tersebut. Yang paling penting, ejen insurans tu sudah tidak dianggap sebagai lipas yang menjijikkan lagi.

Jadi, anda di luar sana, janganlah memandang rendah kepada ejen insurans/takaful macam kami ye. Kami bukan lipas. Haha tetiba..

Category: Business  Tags: ,  One Comment

Siapa Kata Melabur Dalam Unit Amanah Merugikan?

Sebagai consultant Unit Trust CIMB Wealth Advisors (CWA), saya pun mestilah kena invest jugak, kan? Takkan suruh orang lain invest, diri sendiri tak buat? So, ni saya just nak share ledger investment EPF saya dengan CWA.

Saya mula invest pada tahun 2008 apabila EPF membenarkan semua pekerja yang mempunyai EPF melabur mengikut syarat dan had pengeluaran yang ditetapkan untuk umur masing-masing. Ini kerana, sebelum Februari 2008, hanya mereka yang mempunyai baki di dalam Akaun 1 yang melebihi RM55,000 saja yang boleh membuat pengeluaran bagi tujuan pelaburan dalam Unit Amanah.

Dapat dilihat di dalam ledger di atas, jumlah pelaburan saya untuk 5 kali pengeluaran (yang ada tanda X tu tak diambil kira sebab investment tu kena reject sebab baki EPF tak cukup, haha) ialah RM7,980 dan jumlah nilai semasa pada 14 April 2011 adalah RM11,092.

Apabila jumlah nilai semasa ditolak dengan jumlah pelaburan, keuntungan yang saya perolehi adalah sebanyak RM3,112 atau 39%! Saya mula membuat pelaburan pada Februari 2008 dan setakat hari ni, lebih kurang 3 tahun la kan? So, 39% adalah jumlah keuntungan untuk 3 tahun atau purata keuntungan setahun sebanyak 13%. Bagus kan? Saya invest dalam dana yang menjadi darling (kesayangan) konsultan-konsultan CWA iaitu DALI (Dana Al-Ihsan) atau nama barunya CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund.

Hello, EPF nak bagi 5% setahun pun tekincit, inikan pulak nak bagi lebih 10% macam apa yang Unit Trust boleh bagi kan? So, sape kata Unit Trust merugikan? Untung maa… Dengan syarat, pelabur ada “holding power“. Maksudnya, duit yang dilaburkan tu bukan nak dipakai dalam jangkamasa pendek sebab Unit Trust ni memang didesign untuk pelaburan jangkamasa sederhana-panjang. Setuju tak kalau saya kata Unit Trust pun lebih baik dari ASB? Hehe, jangan marah haa…

Oke, anda tau mana nak carik saya kan? Invest EPF anda sekarang. Jangan bagi dia dok statik tak bergerak dalam akaun EPF tu. Nanti sape yang rugi??