Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Update 15 November 2011 : Blom ada sape-sape submit lagi Kisah Sedih 11-11-11. Sama ada entry ni tak laku atau memang takde benda-benda sedih yang berlaku. Wakakaka… Jimat teket wayang ahkak.. Hiks

Ada member saya, Boboi (bukan nama sebenar) memekak-mekak soh buat contest sempena tarikh yang cantik lawa arini. Sebok je kan nak mencapap kat blog orang? Buatla blog sendiri :-p

Okla, sebagai tak menghampakan beliau, kita ikutkan ajela. Ni tajuk contest pun, dia yang bagi iaitu Kisah Sedih 11-11-11. Keji gila tajuk dia. Sebab dia cakap, kebanyakan orang ada cite yang best-best je untuk tarikh ni. Contohnya, tarikh nikah la, tarikh beranak (ada yang sanggup bersalin operate sebab nak dapatkan tarikh hari ni), tarikh bertunang dan sebagainya. Tapi mungkin jugak, ada orang yang tarikh hari ni sepatutnya menjadi satu hari yang menggembirakan untuknya tetapi tak kesampaian. Contohnya saya sendiri. Konon-konon nak menikah hari ni tapi apakan daya, kita merancang, Allah yang menentukan. So, lepas ni saya nak pilih tarikh 12-12-12 plak..Hiks!

Ok, caranya mudah je. Hantarkan cerita anda yang bertajuk Kisah Sedih 11-11-11 ke email ujie@ujie.com. Panjang karangan, tak kurang 100 patah perkataan. Okla tu kan, tak panjang sangat tapi kalo lagi panjang, lagi bagus. Kalo nak bubuh gamba, kita bagi extra marks. Jurinya, sudah tentu si Boboi Gila tu. Dah dia yang nak sangat kan? Huhu. Hadiahnya, berupa 2 Teket Wayang FREE! Tetapi! Ada syarat. Cerita ni mestilah kisah benar. Kalau tipu dosa, mati seksa! Ingat tu! Huhu..

Tapi saya ada bagitau Boboi, reader blog saya ni tak ramai. Dalam 300 orang je camtu. Bukan beribu-ribu pon. Kang buat malu je takde sape nak amik bahagian. Haha.. Tapi, mamat tu siap dah sms-sms, kita layankan je la. So, korang yang baca entry ni, rajin-rajinla email cerita korang kat saya. Sape tau, peserta contest ni dua orang je yang anta, saya bagi dedua sekali hadiah teket. Haha, nampak sangat bukan blog glamer.

Oh, lupa.. Tarikh tutup? Ok, kita kasi sampai Jumaat depan (17-11-11). Seminggu tu… Kalau dua peserta gak yang anto, tataulah haku. Kah kah..

Okla, selamat mengarang.. Ingat.. Ni hadiah dia..

 Hadiah yang bakal dimenangi oleh Kisah Paling Sedih 11-11-11

No Comments :(