Archive for the Category » Education «

Wajarkah Melabur Sekarang? Dalam Suasana Ekonomi Yang Tidak Menentu?

Dengan keadaan pasaran saham yang tidak menentu sekarang, ramai di antara kita yang takut nak membuat pelaburan. Dengan kesan daripada keadaan ekonomi global yang terjejas teruk, harga saham-saham mewah tempatan juga banyak yang jatuh merudum. Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan juga kepada harga dana-dana Unit Amanah (Unit Trust) bagi semua syarikat Unit Amanah. Ada beberapa orang client Unit Trust saya yang sepatutnya boleh melabur untuk kali ke-2 atau ke-3 melalui potongan KWSP, sudah tidak mahu melabur kerana takut harga saham yang mereka invest akan jatuh dan semakin susut nilai. Saya faham gelodak hati mereka kerana maklumlah, bukan senang nak mengumpul duit, kan?

Bila saya call atau SMS mereka untuk mengingatkan pelaburan mereka seterusnya, ada yang menjawab :-

Taubat aku, Jie

Wat masa ni akak hold dululah. Thanks

No re-investment for this moment. TQ

Saya tak berkecil hati langsung dan apa yang saya buat, hanya memberi nasihat yang terbaik untuk mereka. Walaupun begitu, ada juga yang tak sabar-sabar SMS dan email saya.

Eh, harga DALI (salah satu dana yang diuruskan oleh CIMB WA) turun lagi kan? Bila ko nak datang ofis? Aku punya dah boleh buat next investment, kan?

Eh, aku dengar kat iklan radio, masa ni sesuai untuk invest dalam Unit Trust. Aku nak cubalah.

Salam, Cik Ujie. Saya baca blog awak. Saya nak mula buat investment. Please contact me.

Begitulah. Ada yang berani mengambil risiko. Ada yang tidak. Untuk mula melabur dalam Unit Trust, beberapa perkara perlu difahami dahulu. Seperti yang berulang-kali saya terangkan kepada pelabur-pelabur saya, Unit Trust adalah simpanan/pelaburan untuk jangkamasa sederhana/panjang iaitu sekitar 3-5 tahun. Sekiranya kita berumur 30 tahun, kita mempunyai 25 tahun lagi untuk pencen. Dan kita mempunyai 25 tahun lagi untuk mencarum dengan KWSP. Jadi, apalah sangat 3-5 tahun itu untuk kekal melabur dengan Unit Trust melalui potongan KWSP setiap 3 bulan. Betul tak? Tambahan pula, Unit Trust boleh memberi pulangan yang jauh lebih tinggi daripada apa yang diberi oleh KWSP.

KALKULATOR PELABURAN MELALUI EPF

(anda boleh kira sendiri jumlah yang layak untuk anda melabur)

Satu perkara lagi, Unit Trust merupakan medium terbaik untuk menjana keuntungan yang tinggi dengan risiko yang boleh diuruskan. Ini kerana, Unit Trust bukan terdedah secara langsung kepada pasaran saham. Misalnya bagi dana Islamik paling popular di CIMB Wealth Advisors kerana kestabilan dan pulangan purata yang melebihi 15% setiap tahun iaitu CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund (dahulu dikenali sebagai Dana Al-Ihsan) , terdapat lebih 30 kaunter saham mewah terpilih yang dilaburkan oleh dana ini. Dalam 30 kaunter ni, takkanlah semua yang rugi kan. Ada juga yang untung. Berbanding kalau kita main saham secara direct misalnya kita beli saham-saham yang berkaitan dengan minyak, harus terduduk waktu ni. Yelah, masa harga minyak melambung dulu, sedaplah mengaut keuntungan. Masa harga minyak jatuh, sendiri jawab.

Wajarkah Melabur Sekarang? Dalam Suasana Ekonomi Yang Tidak Menentu?

1. Berita Harian
2. Harian Metro
3. Bernama online
4. Dwindling Trust, The Star_29Oct08

Untuk pengetahuan saudara pembaca, berikut merupakan KLCI performance pada 2006 dan 2007

Bagaimana pula dengan indeks komposit sekarang?

Jadi, sekarang adalah masa yang terbaik untuk MELABUR! Ini adalah kerana keadaan pasaran saham yang mengalami kejatuhan kini, mempunyai potensi untuk naik semula.

BAGAIMANA KITA BOLEH MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN PASARAN KEWANGAN SEMASA?

  • Peraturan 1 : Beli Dana pada harga yang rendah

  • Peraturan 2 : Ringgit Cost Averaging (Puratakan kos pelaburan anda)

  • Peraturan 3 : Melabur dalam jangkamasa panjang (3-5 tahun)

Melabur sekarang dan tukarkan ketidak tentuan pasaran kewangan kepada peluang pelaburan!

RAHSIA RINGGIT COST AVERAGING
(Purata Kos Pelaburan)

Anda sentiasa membeli pada harga rendah/murah tidak kira apa jua keadaan pasaran dengan melabur secara kerap/berkala!! Dan pelaburan kerap/berkala membuatkan anda sentiasa UNTUNG!!!

Malang Tidak Berbau – Sudahkah Harta Anda Diletakkan Penama?

Seorang rakan saya yang baru kematian suami akibat kemalangan jalanraya 2 minggu lepas, bercerita tentang harta yang ditinggalkan oleh suaminya untuk dia dan 2 orang anak perempuan yang masih kecil..

“Kak, suami saya ada beli insurans dari syarikat insurans XXX. Jumlah pampasan RM60,000. Mujur dia letak nama saya sebagai penama, kak. Lega sikit. Bolehlah nak tampung belanja saya dengan anak-anak “

“Baguslah tu, senang sikit ngko nanti”, jawab saya.

Rakan saya itu berumur 24 tahun, mempunyai 2 orang anak yang berusia setahun dan 5 tahun. Suaminya yang baru berumur 31 tahun, merupakan seorang pemandu di sebuah syarikat ternama di Malaysia. Beliau mengalami kemalangan jalanraya sewaktu hendak mengambil bosnya pada pagi 5 November lepas. Selepas koma selama seminggu, doktor mengambil keputusan untuk membuka bantuan pernafasan suaminya. Menurut rakan saya, pada hari suaminya kemalangan itu pun, sebenarnya hanya jasad yang terbaring kaku di atas katil, hakikatnya otak suaminya sudah tidak berfungsi lagi (dead brain) atau dalam erti kata lain, sudah meninggal.

Saya sempat melawat suaminya pada petang hari kemalangan. Bila saya tanya pembantu doktor kat situ, dorang tak nak komen, suruh tanya doktor sendiri. Dari luaran, memang langsung takde luka-luka, patah riuk. Cuma pendarahan dalaman. Otak bengkak dan satu urat terputus. Apelah banyak benar kawan-kawan saya terputus urat otak ni. Erm…

Berbalik kepada cerita harta peninggalan si arwah, menurut cerita rakan saya, ada satu lagi insurans yang memang disediakan oleh syarikat suaminya bekerja, tidak sempat diletakkan nama rakan saya sebagai penama. Insurans tersebut berjumlah 96 kali ganda daripada gaji. Dengan gaji suaminya sebanyak RM1,800, jumlah keseluruhan yang patut diterima oleh rakan saya ialah RM172,800.

Di dalam akaun KWSP suaminya juga, ada dalam RM60,000. Pun tak ada penama. Menurut pegawai KWSP, duit tersebut tidak boleh diserahkan kepada penuntut (rakan saya) sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh kematian. Ini untuk memberi peluang kepada isteri-isteri si mati yang lain (yang tidak diketahui oleh isteri pertama) untuk membuat tuntutan juga. Ingat para suami! Buat penama untuk isteri pertama ok. Ha, yang si isteri pulak, baik cek, suami ada isteri lain tak? Hiks!

Selain daripada insurans dan KWSP yang tidak ada penama, satu lagi harta yang ditinggalkan oleh suaminya ialah sebuah rumah (belum siap). Rumah tersebut atas nama suaminya dan nama kedua ialah nama rakan saya. TETAPI, insurans untuk rumah tersebut hanya atas nama rakan saya, bley? So, disebabkan suaminya yang meninggal dunia, maka tak dapatlah benefit MRTA yang sepatutnya pembayaran rumah tersebut ditanggung oleh pihak insurans.

Apa yang saya tahu, daripada pembacaan dan pengalaman kawan-kawan saya, semua harta yang tidak berpenama, akan diserahkan kepada Amanah Raya Berhad. Amanah Raya Berhad akan mengagihkan harta-harta tersebut kepada yang berhak melalui hukum Faraid. Oleh kerana rakan saya tidak mempunyai anak lelaki, maka agihan tersebut mula-mula akan jatuh kepada bapa si mati (bapa mertua rakan saya), diikuti oleh adik beradik lelaki si mati, adik beradik perempuan, ibu si mati, anak perempuan si mati dan akhir sekali barulah kepada rakan saya. Mujur rakan saya ni baik dengan mertuanya. Kalau tidak, tataulah nak cakap. Kesian! Lagipun menurut rakan saya, bapa mertuanya siang-siang lagi dah beritahu yang dia tak nak satu sen pun duit arwah. Tak nak makan harta anak yatim. Dia nak serahkan semuanya kepada rakan saya tu.

Begitu juga dengan insurans yang disediakan oleh syarikat suaminya. Oleh kerana tidak ada penama, sepatutnya pampasan tersebut juga akan diserahkan kepada Amanah Raya Berhad. Caj yang dikenakan oleh Amanah Raya Berhad untuk proses pengagihan itu ialah 10% daripada jumlah harta tersebut iaitu lebih kurang RM17,000 (pampasan insurans keseluruhan ialah RM172,800). Jangkamasa yang diambil juga bukan sebulan dua. Mungkin memakan masa bertahun-tahun. Tapi Alhamdulillah, syarikat arwah bersedia untuk menguruskan tuntutan pampasan tersebut tanpa menyerahkan kepada Amanah Raya Berhad. Walau bagaimanapun, pengagihan masih mengikut hukum Faraid seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Cuma tak perlu bayar caj Amanah Raya Berhad sampai 10% tu!!

Teringat saya cerita seorang rakan baik saya, Jaja. Arwah ibunya meninggal dunia lebih kurang 3 tahun yang lalu. Simpanan arwah ibunya di ASB saya rasa lebih daripada RM250,000. Tapi setahu saya, duit simpanan tersebut masih tidak diperolehi sampai sekarang. Sebabnya, tak lain tak bukan ASB memang tidak menyediakan penama kepada pelabur-pelaburnya. Oleh itu, menurut Jaja, simpanan tersebut telah diserahkan kepada Amanah Raya Berhad. Proses yang diambil untuk pengagihan memakan masa bertahun-tahun. Kena masuk mahkamah syariah, ikut hukum Faraid, angkat sumpah dan bla..bla..Susah kan? Hmm, tak setel-setel juga sampai sekarang. Kalau ada pembaca atau rakan rakan yang bekerja atau ada pengalaman dengan Amanah Raya Berhad, tolong confirmkan kesasihan cerita ni ya? Mana tau, saya bagi salah maklumat.

Hmm, bagaimana dengan harta-harta anda? Duit simpanan di Tabung Haji, ASB, KWSP, Unit Amanah, semua dah letak penama? Jangan susahkan keluarga, anak isteri yang kita tinggalkan. (Tapi, kalau susahkan sikit suami, takpa. Haha!). Susah sikit-sikit takpelah, tapi janganlah seksa orang yang masih tinggal ni sampai bertahun-tahun, ye tak?

Ni nak promot sikit, sesiapa yang belum ada insurans, ha, apa lagi. Tak reti-reti nak tanya gua? Hehe. Selain Unit Amanah, saya juga menyediakan perkhidmatan insurans, iaitu Insurans CIMB-AIA. Gabungan terbaik syarikat insurans di Malaysia. Anda boleh dapatkan perlindungan takaful dan kad kesihatan dengan Insurans CIMB-AIA. Dan yang paling penting, jangan lupa letak PENAMA/PEWARIS. Walaupun mungkin tidak beratus ribu atau berjuta, tapi sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang tinggal.

Ramai yang tidak sedar kepentingan insurans kecuali apabila malang menimpa. Bukan satu dua kisah yang kita pernah dengar, malah beratus-ratus kes isteri yang ditinggalkan (suami meninggal) tanpa harta sesen (hutang…banyak), anak-anak terpaksa menamatkan persekolahan apabila hilang tempat bergantung dan sebagainya. Tidak rugi mempunyai 2-3 polisi insurans. Macam saya sendiri, insurans saya bersama Prudential (sebab masa ni saya belum jadi CIMB Consultant lagi.Huhu). Lepas ni saya memang nak ambil polisi insurans CIMB-AIA pula. Selain sebagai perlindungan, insurans juga boleh dijadikan tabung untuk kita menyimpan untuk masa hadapan yang tidak pasti.

Erm, panjang pulak celoteh saya kali ini. Sehingga jumpa di lain masa. Renung-renungkan dan selamat beramal. Tetiba.. ;)

Balasungkawa

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. 3 hari sebelum Ramadhan, iaitu pada 29 Ogos 2008 bersamaan hari Jumaat, salah seorang sepupu saya, Asmah binti Mohd Sadik atau lebih mesra dipanggil Awie, telah meninggal dunia akibat kanser payudara. Beliau meninggalkan seorang suami dan 2 orang anak lelaki. Kak Awie meninggal dunia selepas Asar dan dikebumikan pada hari Sabtu.

Mak saya balik ke Kuala Selangor pada pagi Jumaat. Mak dan saudara-mara yang lain sempat melihat Kak Awie menghembuskan nafasnya yang terakhir. Alhamdulillah, beliau pergi dengan keadaan yang tenang dan dalam senyuman tergambar di wajah arwah. Saya pula hanya sempat balik ke Kuala Selangor pada sebelah malam dan sampai ke Kuala Selangor hampir jam 11 malam.

Alhamdulillah, ramai saudara-mara dan rakan-rakannya datang menziarahi dan membaca Yassin untuknya.
Saya juga menghadiri pengkebumian jenazah di kubur. Saya lihat, tanah kuburnya berlebih-lebih. Selepas kuburnya ditimbus pun, ada lagi lebihan tanah. Ada orang cakap itu adalah satu petanda yang baik. Betul atau tidak, tak taulah. Bukan apa, ada juga yang mana apabila ditanam dan dikambus kuburnya, tanah tak cukup-cukup. Sampai berlubang pun ada. Kena cari tanah lain pula. Walau apa pun, semua Allah punya kuasa. Allah Maha Mengetahui.

Bagi saya, Kak Awie seorang sepupu yang baik. Walaupun mulutnya bising sedikit, tapi dia baik hati. Tak kedekut dan tak berkira. Semasa saya nak bertunang dulu, dia beriya-iya suruh saya sewa kanopi dan nak sponsor. Saya ikutkan aje tapi tak jadi kerana kebetulan beberapa hari sebelum majlis bertunang tu, arwah terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kansernya tiba-tiba menyerang dan doktor mengesan terdapat ketumbuhan kecil di belakang kepalanya.

Kak Awie, bertudung hitam berbunga merah bersama adik-beradiknya, ibunya dan mak saya semasa hari raya tahun lepas.

Kak Awie juga sangat pembersih dan rumahnya sentiasa kemas dan teratur. Saya sangat suka melepak di rumahnya di tepi sungai. Kalau saya bawak kawan-kawan dari KL, memang ke rumahnya lah saya tuju (selain markas tetap-rumah mak Azlyna). Macam terbayang-bayang pulak dia duduk di kerusi rehat di beranda rumahnya.

Nampaknya, raya tahun ni, tak dapatlah kami bergurau-senda dengannya. Kak Awie, semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Kami akan selalu merinduimu…Al-Fatihah

———————————————————

Sedikit pengetahuan tentang kanser payudara.

Penyakit barah payudara (breast cancer) merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut.

Baca seterusnya di sini.

Juga di sini.

Oh! Jerawat, Bila Kau Nak Hilang??

Saya mula mendapat jerawat agak lambat. Kalau gadis-gadis lain mula berjerawat semasa mula akil baligh (yang tak berjerawat langsung tak yah citer ek. Hiks!), saya pula mula berjerawat ketika nak masuk umur 20an. Seingat saya puncanya sebab memakai krim pelindung matahari. Kononnya nak memutihkan kulit muka dan mengelakkan kulit menjadi gelap. Maklumlah, kadang-kadang pergi ke kuliah berjalan kaki di bawah terik mentari.

Ketika itu, jerawat mula tumbuh satu-persatu. Kat dahi jangan cakap lah. Besar-besar dan keras. Eeeyekkk…Masa tu, macam-macam ubat saya guna. Hampeh, tak berkesan langsung. Kat bahagian pipi takde sangat. Salah satu punca jugak jerawat tak hilang, mungkin disebabkan saya selalu picit dan korek-korek pakai jari. Huhu..

Lepas dah start kerja, jerawat di bahagian dahi dah agak kurang, tapi berjangkit pula di bahagian pipi. Pipi saya dah jadi macam track jalan untuk suspension test, bak kata kawan saya mengutuk muka saya. Seorang rakan lagi cakap muka saya macam ladybird. Sebab ada tompok-tompok hitam sambil dia tergelak-gelak. Hehe..Sabo jelah..

Bila dah masuk umur 30 tahun ni, jerawat masih ada seketul dua. Ala-ala manja gitu. Parut-parut lama pun masih ada sikit-sikit lagi. Kadang-kadang hangen jugak menengoknya.

Menurut artikel yang saya baca, dan anda juga sudah pasti sedia maklum, golongan yang paling mudah mengalami jerawat adalah remaja iaitu sekitar 80-90 peratus. Malah lebih teruk, kira-kira 30 peratus remaja yang berjerawat akan terus mempunyai masalah itu sehingga mereka dewasa.

——————————————————

Menurut Profesor Perubatan Mikrobiologi dari Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU), Prof. Ong Kok Hai berkata, untuk mengatasi masalah jerawat, seseorang terlebih dahulu perlu mengetahui punca yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

Secara umum katanya, jerawat adalah keadaan abnormal pada kulit akibat gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak (sebaceous gland) hingga menyebabkan saluran folikel rambut atau liang roma tersumbat.

Ini menyebabkan radang (bengkak) yang biasanya terjadi pada dada, belakang badan dan muka – bahagian paling kerap dijangkiti.

“Kita perlu faham bahawa kulit mempunyai banyak lapisan. Lapisan paling atas akan bertukar setiap 28 hari dan mengelupas sebagai sel mati. Dalam keadaan tertentu sel mati ini termasuk ke dalam liang-liang roma.

“Apabila liang-liang roma ini mengeluarkan minyak ia bercampur dengan sel-sel mati lalu membentuk gumpalan yang menyekat liang-liang roma,” katanya.

Menurut Kok Hai, jika tidak dikeluarkan, gumpalan ini memerangkap bakteria P. acnes di dalam liang roma tersebut sehingga menyebabkan radang dan seterusnya timbul jerawat.

Menurut Kok Hai, kebiasaannya jerawat bermula dengan kelihatan seperti bisul atau benjolan kecil pada kulit berwarna keputihan atau kemerahan.

Menurutnya lagi, punca sebenar terbentuknya jerawat tidak diketahui, bagaimanapun para doktor telah menyatakan beberapa faktor yang mungkin boleh dikaitkan sebagai penyebab masalah kulit itu.

Antaranya, peningkatan hormon di peringkat remaja menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak sebum, oleh itu liang roma tersumbat dengan lebih kerap.

Menurutnya, hasil penelitian menunjukkan sebanyak 85 peratus mengalami jerawat pada usia 12-25 tahun, 15 peratus mengalaminya hingga usia 25 tahun.

“Jika tidak diatasi dengan baik, gangguan jerawat boleh berlarutan sehingga usia seseorang mencecah 40 tahun,” katanya.

Jerawat juga kerap berlaku ketika wanita hamil berikutan perubahan hormon atau ketika permulaan dan pemberhentian penggunaan pil perancang kehamilan.

“Jerawat juga dikaitkan dengan keturunan di mana biasanya jika ibu bapa mempunyai masalah tersebut anaknya juga mungkin menghadapi masalah yang sama,” katanya.

Keyakinan

Kok Hai berkata, selain menimbulkan bekas yang menjejaskan penampilan, kesan utamanya adalah pada jiwa seseorang, seperti krisis keyakinan diri yang rendah dan kemurungan.
Justeru menurutnya masalah tersebut tidak harus dipandang remeh khususnya oleh golongan remaja dengan mengharapkan ia hilang sendiri apabila meningkat usia.

Rawatan biasa bagi jerawat adalah dengan menyapu krim yang mengandungi bahan-bahan kimia aktif seperti antiseptik atau antibakteria yang berfungsi untuk membunuh bakteria.

Namun katanya, krim hanya bertindak membunuh bakteria dari luar dan ia jarang menyelesaikan masalah jerawat hingga ke akar umbi.

“Sebab itu kita akan lihat dalam jangka masa singkat bengkak jerawat kering tetapi jerawat baru tumbuh lagi,” katanya.

Bagi yang mengalami masalah jerawat yang lebih serius biasanya mereka akan berjumpa doktor di mana akan diberi oral antibiotik (untuk dimakan).

Ia akan bertindak melawan jerawat dari dalam ke luar dan cara ini lebih berkesan berbanding sapuan krim.

Begitupun pengambilan antibiotik yang berlarutan akan menimbul kesan sampingan pada tubuh badan.

Jenis jerawat

* Whiteheads – jenis jerawat yang kekal tinggal di bawah permukaan kulit.

* Blackheads - jerawat ini timbul ke permukaan kulit dan kehitaman.

* Papul – bonjolan kecil berwarna merah jambu yang mungkin berasa sakit jika disentuh.

* Pustul - jerawat ini berwarna kemerahan di pangkal dan bernanah di bahagian atas.

* Nodul - jerawat yang besar, menyakitkan dan padu yang terdapat di dalam kulit.

* Sista - jerawat bernanah yang dalam dan menyakitkan dan boleh meninggalkan parut.

——————————————————

Oh! Jerawat, bila kau nak hilang??

Fakta Mengenai Kencing

Tahukah anda???

1. Kencing manis ketika hamil biasanya berlaku pada bulan kelima atau keenam kehamilan tetapi pada sesetengah wanita, kandungan gula dalam darah akan meningkat secara mendadak pada minggu ke-32 (lapan bulan kehamilan). Ia terjadi kerana perubahan paras puncak hormon dan adalah di luar kawalan setiap individu.

2. Sekiranya air kencing kita tidak berbuih, ia bermaksud kita mengalami masalah pada buah pinggang. Air kencing yang sihat akan berbuih apabila kita kencing. Jika ingin buih yang lebih cantik dan menawan, kencinglah secara berdiri dan duduk bergilir gilir, tarik air kencing anda seperti membuat teh tarik.. Wallla…. anda pasti akan kagum dengan buih buih nya.

3. Seorang ahli akademik Thailand berkata, meminum segelas air kencing sehari dapat membantu kita menghilangkan masalah resdung, menghitamkan rambut dan melambatkan proses penuaan serta mampu merawat kanser. Tapi masalahnya…. lalu ke nak minum air kencing?? Uwekkkk yek yek yek !!

4. Air kencing yang sihat berwarna putih jernih. Sekiranya kencing anda berwarna kuning, ini bermakna tubuh anda kekurangan air. Tapi awas jika kencing anda berwarna putih susu, jika ia berlaku anda sebenarnya mengalami gangguan sexual.

5. Kita di galakkan berdehem ketika kencing. Ini kerana ketika berdehem, otot kita mengecut dan ia akan merembes keluar saki baki air kencing yang terperangkap dalam terowong laluannya. Berdehem lah sesuka hati anda tanpa menganggu jiran di tandas sebelah.

6. Anak murid biasanya lebih aktif ketika kencing daripada guru. Sebab itulah adanya peribahasa Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

7. Salah satu tanda kencing manis ialah anggota badan terutamanya kaki sentiasa terasa semut semut. Sebenarnya sewaktu itu, semut telah dapat mengesan kemanisan air kencing kita dan mereka secara invisiblenya datang untuk menyemut nyemutkan diri mereka di anggota badan kita.

8. Hati hati dengan orang yang kuat kencing. Orang yang kuat kencing itu biasanya penipu. Mereka lebih glamer di kenali sebagai Kaki Kencing.

Berikut adalah pemahaman mengenai cara LELAKI kencing.

Lelaki normal : Masuk ke toilet, sekiranya penuh, keluar dan kencing di balik pokok.

Lelaki rempit : Selalu ikut member member nya ke toilet walaupun dia tidak nak buang air kecil.

Lelaki juling : Curi2 pandang lelaki di sebelahnya ketika sedang kencing.

Lelaki pemalu : Jika merasa di lihat di intai oleh orang lain, air kencingnya tidak keluar,
tapi pura2 kencing, kemudian keluar dan kembali lagi kemudian untuk kencing sesi kedua.

Lelaki suka berangan: Membuka seluar dalam dan lalu kencing di atas seluar sendiri.

Lelaki effisien : Meskipun terasa nak kencing, tapi ditahan dulu sampai masa untuk
buang air besar, baru kemudian melakukan keduanya dalam satu waktu. Sungguh effisien.

Lelaki pemabuk : Suka kencing atas kaki sendiri.

Lelaki palsu: Kencing di toilet wanita!

Lelaki cover : Pakai seluar yang abis dikencinginya.

Lelaki serabai : Pakai seluar yang dikencinginya dulu tapi di cium dulu seluar dalamnya
kot kot sudah bertukar bau durian.

Lelaki kreatif : Kalau kencing kakinya diangkat satu…

Lelaki rambu : Suka kencing jiran tetangga

Lelaki funky: Kencing di tempat public.

Lelaki sial : Selalu kencing kawan kawannya

Lelaki kaki enjoy : Kencing sambil mengeluarkan bunyi bunyi ghairah

Lelaki jimat masa : Cuma buka zip, keluarkan anu dia pastu terus pancutt

Lelaki moody : Biasanya pakai pampers

Lelaki kurang ajar : Kencing dan di ikuti dengan kentut.

Lelaki buta huruf : Kencing di toilet yang di letakkan sign ROSAK atau Tandas Sedang Di Bersihkan.

Lelaki hiphop : Kencing sambil kejang2 breakdance

Lelaki pembenci : Kencing dah ludah kencing sendiri

Lelaki ramah : Suka ajak orang sebelah bersembang sambil kencing, tak kira sapa kat sebelah dia.

Lelaki percaya diri : Selepas kencing, anunya dibawa berjalan jalan ke sinki.

Lelaki pelupa : Selepas kencing, keluar toilet, terburu buru masuk balik sebab ada beberapa titis lagi air kencing yang tertinggal.

Lelaki dermawan : Kencing tak keluar tapi tetap bayar 20 sen.

Category: Education, General  Tags:  13 Comments