Archive for the Category » Entertainment «

Saturday, July 31st, 2010 | Author: Ujie

Haha..ni bukan nak cerita pasal garam sebenarnya. Ni nak cerita tentang filem Salt lakonan Angelina Jolie.

Selasa malam (27 Julai 2010) baru-baru ini, ex-housemate saya, Nurul mempelawa saya untuk menonton tayangan preview filem Salt yang ditayangkan di pawagam-pawagam bermula pada hari Khamis 29 Julai 2010. Bila tau yang saya dapat menonton lebih awal daripada kebanyakan orang yang lain, ofkoslah saya tak akan melepaskan peluang ni kan? Nurul mendapat tiket tayangan preview ini daripada rakannya yang menang peraduan yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Oleh kerana rakannya itu tinggal di Kedah, tak kuasalah dorang nak datang KL semata-mata nak tengok wayang, kan? Ape kejadahnya!

Kami menonton di Cathay Cineplexes, Cineleisure Damansara. Nurul datang ambil saya selepas Maghrib dan kami makan-makan, lepak-lepak dulu di McD sementara menunggu waktu tayangan pada jam 9.30 malam.


The Tickets. Macam poskad


The Tickets bersama burger baru McD – GCB


Nurul yang baik. Tq!


Weee….

Secara peribadi, saya suka filem ini walaupun ada review yang menyatakan filem ini biasa-biasa saja kerana menurut mereka, aksi Angelina Jolie sudah tidak tangkas lagi seperti karakternya dalam filem-filem Tomb Raider dan Mr. & Mrs. Smith. Apa pun komen mereka, bagi kaki wayang, saya amat menyarankan filem ini untuk ditonton. Enjoice!

Poster Salt

Angelina Jolie stars in ‘Salt,’ a contemporary espionage thriller about a CIA agent who is accused of being a Russian spy and becomes a federal fugitive.

Selamat menonton!

Saturday, July 17th, 2010 | Author: Ujie

Dah lama saya tak tengok wayang. Kebetulan, seorang rakan saya dari Kota Bharu datang ke KL dan berhasrat nak belanja saya tengok wayang. Apa lagi, kecik tadah tangan nyiru hamba tadahkan. Huhu. Dia teringin sangat nak tengok Inception lakonan Leonardo de Caprio. So, layankan aje.

Saya book tiket wayang secara online je. Tayangan pukul 8 malam di TGV 1 Utama. Pukul 6.45 petang baru terhegeh-hegeh kuar rumah. Nasib baik dekat je. Itupun sampai lambat jugak sebab kena parking kat 1 Utama New Wing. So, kenalah menapak agak jauh sebab TGV kat belah Old Wing. Nasib baik dorang tak open tiket tu untuk dijual kat orang lain. Kalau tak, sesia je.

Saya memang tatau ape-ape pasal cerita ni sebab tak sempat pun nak baca sinopsis ke hape cuma member cakap Leonardo boleh masuk dalam mimpi orang lain. Wah, macam best je. Tagline filem ni pun THE DREAM IS REAL.

Memula macam pening nak pahamkan jalan cerita dia sebab dia berbelit-belit. Sebab dalam mimpi, ada mimpi lagi. Bukan setakat macam lagu Damasutra – Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Yang ni, Umpama Mimpi Dalam Mimpi Dalam Mimpi Dalam Mimpi. Wahh..4 layer gitu. Hah, pening tak pening?

Secara keseluruhan, filem ni memang menarik sebab banyak aksi dan lain dari yang lain dan jugak sebab ada Watanabe. Ntahlah, saya memang suke tengok lelaki sepet-sepet. Huhu. Filem ni jugak bagi saya, setiap minit tak boleh nak tinggal sebab nanti takut tak paham dah. Rasa nak terkucil pon ku tahan, Jebat! Hee hee. Tapi kalaulah benda ni memang betul-betul boleh terjadi (ke memang ada eh?), best gak sebab boleh masuk dalam mimpi orang dan berkongsi mimpi yang sama. * Dasar busy body! Wakaka..


Ken Watanabe – Love you. Muahh!! ;)

Filem ni mengambil masa 2 jam setengah dan habis pada pukul 10.30 malam. Panggung agak penuh sampai saya kesian kat penonton-penonton yang duduk seat depan sekali. Mau lumpuh leher dok mendongak 2 jam lebih. Kalau teman, idakle..

Ni sinopsis cerita ni :-

Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) is a skilled thief, the absolute best in the dangerous art of extraction, stealing valuable secrets from deep within the subconscious during the dream state, when the mind is at its most vulnerable. Cobb’s rare ability has made him a coveted player in this treacherous new world of corporate espionage, but it has also made him an international fugitive and cost him everything he has ever loved.

Now Cobb is being offered a chance at redemption. One last job could give him his life back but only if he can accomplish the impossible: inception. Instead of the perfect heist, Cobb and his team of specialists have to pull off the reverse: their task is not to steal an idea but to plant one. If they succeed, it could be the perfect crime. But no amount of careful planning or expertise can prepare the team for the dangerous enemy that seems to predict their every move. An enemy that only Cobb could have seen coming.

Tapi last sekali, pengarah filem ni biarkan penonton meneka sendiri sama ada Leo masih dalam mimpi atau tidak. Tensen gue! So, korang, pegilah tengok sendiri cerita ini. Anda pasti tidak menyesal! Saya bagi 4 1/2 **** sebab 1/2 * lagi saya bengang sebab nak kena pikir part yang last sekali tu. Hergghh!!

Monday, July 12th, 2010 | Author: Ujie

Gembira betul hati dapat jenjalan kat SCV. Selepas berehat dan solat Jamak Maghrib dan Isyak, saya minta Wal amik kami di hotel pukul 8.30 malam. Agenda malam ini akan diteruskan untuk makan Ayam Penyet di Kedai Raja Ayam Penyet. Acara malam ini tidak disertai oleh The Neneks. Sebab dorang berdua lepas solat je dah terbaring kepenatan. Maklumlah, seharian kepenatan di SCV. So, hanya The Daras dan The Teruna je.

Meskipun ada sedikit kontroversi tentang Raja Ayam Penyet tu (rasanya tak perlu saya ulas di sini – tak pasal aku kena saman kang. Huhu), kami tetap makan di situ. Sebelum masuk, mulut saya terkumat kamit baca segala Ayat Kursi dengan harapan takdelah apa-apa yang mengganggu. Hehe (*matila aku makan kencing setan…opsss)

Seperti kata Mirah, saya lihat gerai Raja Ayam Penyet ini memang tak henti-henti dikunjungi pengunjung yang ingin merasakan sendiri kesedapan makanan yang berasal dari Surabaya Indonesia itu. Gerai ini terletak berhampiran dengan Masjid Bahagian Kuching.

Satu set Ayam Penyet ini berharga RM7 yang terdiri daripada nasi putih, ayam berempah, sambal, sayur-sayuran seperti ulam raja dan kobes. Sambal dia nauzubillah, pedas gilerrr. Saya cuit sikit-sikit je. Memang makanan dia kering camni ye Mirah oii? Kami juga turut tapau sebungkus untuk The Neneks. Jadilah, sorang sikit merasa.


Rupa Raja Ayam Penyetcurik dari Google sebab gamba yang saya amik pakai henpon tak terang. Nyesal tak soh Wal bawak kamera dia..

Selesai makan, jeng jeng jeng…Aktiviti seterusnya ialah berkaraoke. Haha! Bak kata seorang rakan saya, “Aii..Trip 3 hari pun sempat ko berkaraoke?”. Haha, yelah..ape lagi nak dibuat malam-malam buta. Apa salahnya berjimba sekali-sekala kan?

Selepas beberapa kali berpusing-pusing (nampak sangat aktiviti ni tak diredhai Allah), akhirnya Wal menemui juga tempat karaoke. Dia ni nama je orang Sarawak, banyak tempat dia fail. Lagipun mamat ni baik. Tak pernah pegi tempat-tempat lagha macam ni. Bagus kalo dibuat menantu mamat nih. Heehee..

Yang menggeletek nak melalak cuma saya sorang. Ana memang dari dalam kereta lagi tak nak join nyanyi. Hampeh. Saya paksa-paksa jugak Wal. Macam-macam alasan. Suara tak sedaplah. Tatau nyanyi lah.. Sekali, haa…hambek ko. Lagu Gun N Roses ngan Metallica dibantainya. Siap head banging lagik.. Terus saya simpan mikrofon. Haha!


Di minit-minit pertama. Cool je nyanyi. Nyanyi pon sambil duduk


Roh Gun N Roses dah meresap sikit


Ohh wo wooo..Sweet Child of Mine…Ohh wo wooo..Sweet Child of Mine…Yeaahhh!!

Saya seperti biasa lagu wajib – Curiga (Ning Baizura), Setiaku di Sini (Ziana Zain) dan Laguku Untukmu (Meet Uncle Hussin). Stok lagu pilihan tak nak kalah. Sume high pitch. Bila tak sampai, budak-budak berdua tu jadi tukang gelak. Arrrgghh!! Fedullikkk!!

Oh, ya..Bayaran sorang? RM8 satu kepala untuk satu jam. So, 3 orang RM24 la. Okla tu kot. Bilik pon besar. Boleh masuk 6-7 orang kot.

Lepas melalak, kami balik ke hotel. Sampai hotel lebih kurang 11.30 malam. Besok, hari terakhir di Kuching, nak kena kemas-kemas beg. Malasnya..

Thursday, January 14th, 2010 | Author: Ujie

4 hari lepas punye cerita, baru sibuk nak blog.  Hehe, ape nak buat. Busy memanjang..Seperti tahun-tahun lepas, saya dapat lagi tiket ke AJL untuk tahun ni. 2 tiket VIP. Tahun ni saya ke AJL berdua dengan Nadia.

ajl-2010-048

ajl-2010-056
Cantik kad jemputan yang berkonsepkan Origami

Kami bergerak dari rumah lebih kurang pukul 6 petang dan sampai ke Bukit Jalil hampir waktu Maghrib. Oleh kerana hikmat menahan kentut telah mencapai tahap dewa (sebab dah siap-siap amik wudhuk dan siap bermekap kat rumah), masuk je waktu Maghrib, kami solat dulu. Duniawi-duniawi, jugak. Akhirat jangan dilupa. At least kalo stadium kena bom, kami mati dalam iman. Ahaks..

ajl-2010-042
Dalam keta sambil menahan kentut

Lepas solat, kami berjalan kaki ke Stadium Putra. Jauh gak nak kena jalan sebab kami park kereta di Stadium Nasional. Sampai sahaja di hadapan Stadium Putra, punyelah ramai umat manusia tengah berebut nak masuk. Dengan para artis tengah sibuk berjalan dan diinterview di red carpet. Peminat-peminat pulak sibuk nak amik gambar artis. Setelah berkepam ketiak dan bergesel-gesel antara satu sama lain, saya dan Nadia berjaya meloloskan diri ke dalam stadium.

ajl-2010-061
Punyelah ramai umat manusia

ajl-2010-059
Bersedia untuk bergasak-gasak masuk stadium

Tiket VIP kami bukanlah tiket VIP di kawasan ARENA (tempat para artis duduk) tetapi VIP Aras 3. Agak selesa dan betul-betul menghadap pentas. Mujur juga tak duduk di ARENA sebab punyelah padat sampai krew-krew TV3 terpaksa tambah kerusi untuk mereka. Tak pasti sama ada, ada mereka-mereka yg mengelat masuk ke ARENA walaupun takde tiket.

ajl-2010-079
Macam ulat. Kalau seramai inilah yang tengok Akademi Al-Quran kan bagus (termasuklah saye..huhu)

Kalau nak diikutkan logik, sepatutnya pihak TV3 tak bolehlah cetak tiket VIP ARENA lebih daripada kapasiti dewan. Serupa jugak dengan tiket VIP untuk Aras 3. Sudahnya tangga di sebelah tempat duduk saya pun penuh dengan pemegang-pemegang tiket VIP (kononnya) tapi terpaksa duduk atas tangga je. Kesian..

ajl-2010-068
Sementara tunggu acara start, wajibla kita bercam-whore dulu

Tepat jam 9 malam, macam yang korang tengok kat TV, persembahan pembukaan oleh Siti dan Lan & The Typewriter memangla power nak nampos. Kalau dengar live kat dalam dewan, lagilah malatop. Meremang bulu roma. Begegar-gegar kerusi. Seterusnya persembahan daripada artis-artis yang bertanding hingga ke artis penutup iaitu Jeffrey Din & The Siglap Five, Jay Jay & Carefree, Search dan MUH. Masa kesilapan teknikal berlaku waktu Jay Jay membuat persembahan tu, cuak jugak. Ingatkan takde elektrik sebab keadaan dalam dewan jadi gelap. Maybe masa dorang menari-nari tu terpijak kabel kot.

ajl-2010-090
Siti dan Lan yang malatop

Sementara penonton di rumah menonton siaran iklan, kami di dalam stadium dihiburkan oleh Nabil (Raja Lawak), Sharifah Shahirah dan seorang lagi yang dipanggil Angah (tak kenal). Topik dorang ialah memperkatakan kategori-kategori lagu yang dipertandingkan (tahun ni kan takde kategori-kategori macam tahun-tahun lepas. So, semua bertanding sekali harung je..) Boleh tahanlah kelakar tapi Nabil tu laser gakla mulut dia. Kesian Sharifah Shahirah kena buli.

Camnila lebih kurang lawak dorang..

Segmen Pertama

Lepas persembahan pembukaan oleh Siti dan Lan & The Typewriter

Nabil : Ya, kategori lagu selepas ini ialah LAGU YANG ADA HURUF JAWI.

Angah : Cemana lagu tu?

Nabil : Mengapa bah kau berubah, mengapa bah?

Sharifah Shahirah : Mana huruf jawinya?

Nabil : Tu, mengapa bah (huruf “ba”)

Angah : Cuba ko tukar huruf “ya”

Nabil : Mengapa ya, kau beruya (suka-suka hati je “beruya”). mengapa ya..

Sabo jela..

Lagi satu segmen last sebelum keputusan diumumkan

SEGMEN TERAKHIR

Nabil : Tahun ni kita ada kategori LAGU KONTROVERSI

Sharifah Shahirah : Cuba nyanyi

Lagu ni dinyanyikan ikut rentak Wassini – Waheeda

Angah : Lu mana…..

Nabil : Wassini…

Angah : Lu dengan sapa…

Nabil : Wa dengan Akhil Hayy…

Lawak ok. Satu dewan gelak besar. Pastu terus dorang lari gi belakang pentas.

Siti antara yang menjadi juri malam tu tapi lepas Faizal Tahir habis buat persembahan je, Siti pun balik. Saya tau sebab nampak dia melintas kat bawah kitorang. Maybe dia nak celebrate birthday kot. Yelah, tepat pukul 12 kan dah masuk 11 Januari – tarikh lahir dia. Saya agak je. Huhu

ajl-2010-339
Sebelum blah, kenalah amik gamba dulu

Secara keseluruhan, saya sangat terhibur dengan persembahan AJL kali ni. Lepas je penyampaian hadiah, saya dan Nadia cepat-cepat keluar sebab takut jem. Bila sampai kat parking lot, tak jumpa kereta sebab tak ingat letak kat mana. Maklumlah, masa siang bila sampai, kereta tak banyak lagi. Bila dah malam, punyelah penuh kereta. Dekat setengah jam jugakla baru jumpa kereta. Mujur juga jammed tak lama. Akhirnya kami sampai ke rumah pukul 1 pagi. Ape punye anak dara daa…

Sunday, April 12th, 2009 | Author: Ujie

Semalam, saya dipelawa oleh Nadia untuk menjadi peserta The Great Makeover yang dianjurkan oleh Guardian. Dengan hanya berbelanja RM30 di Guardian (dan harga tiket RM10), anda boleh menjadi peserta The Great Makeover. Kebetulan Nadia ada 2 tiket. Bolehlah saya join sekali. Acara bermula pada pukul 11 pagi-9 malam (11 & 12 April 2009).

Kami sampai di One Utama lebih kurang pukul 11.30 pagi. Ramai yang dah mula dimekap oleh jurumekap-jurumekap yang bertugas. Setelah mendaftarkan diri dan mendapat goodies bag, kami pun meninjau-ninjau kaunter mekap yang kosong. Huh! Semua penuh, so kenalah beratur. Ada lebih kurang 20 kaunter semuanya. Setelah menunggu lebih kurang 3 peserta, tibalah giliran saya. Berdebar-debar siot. Nak gak tengok muka yang berlopak-lopak ni bertukar jadi apa..Heeheee..So, mohlah kita tengok Ujie Before The Makeover…


Eeeyekkk.

The Great Makeover ini diacarakan oleh pengacara-pengacara 3R iaitu Kartini, Celina dan Rafidah yang merupakan Duta Guardian. Ada sesi soal jawab dan siapa yang berjaya menjawab dengan betul akan memenangi hadiah baucar Guardian bernilai RM20.


Pengacara 3R


Nadia tengah menjawab soalan dan yeay, menang!


Start dimekap


Amoi : Nampak atas..nampak atas…

Saya : (Dalam hati…nampak atas?? Oooo..Dia soh pandang atas…sabar jelah aku amoi nih..)


Masa ni punyelah hazab amoi ni nak mengepit bulu mata saya. Maklumlah, bulu mata kontotsss…


Ni lah rupa amoi yang mekapkan saya…


Tara..siap sudah…

Kami juga berpeluang diambil gambar oleh jurugambar profesional dan mendapat gambar berukuran poskad sekeping seorang. Cuma nak menunggu gambar tu dicetak, hazablah kena beratur kan…


Sambil beratur menunggu gambar siap dicetak


Sama tak macam logo Guardian?


Masa ni sesi photoshoot. Tapi masa ni Nadia yang ambilkan..


Ha, gambar ni lah yang dicetak..Diambil oleh jurugambar professional. Ada tak macam Rafidah 3R? Tetiba…Haha…

Pastu, ada pulak pertunjukan fesyen oleh Butik Nichii yang diacarakan oleh Duta Guardian iaitu Kartini, Celina dan Rafidah 3R..


Di antara pakaian yang diperagakan oleh model-model..

Pastu, apa lagi, balik lah kan…Sampai rumah lebih kurang pukul 3 petang. Bermulalah sesi menggodek goodies bag. Banyak jugak barang-barang yang ada dalam goodies bag tu. Kalau dikira-kira, kesemua barang tu lebih RM100..


Ada botol air, Body Lotion Nivea, Facial Mask (MiLab Easi Facial), Detox Mask (Nutox), Sun Block Avene, Loreal Care Shampoo, Lipstick Maybelline dan RM50 Discount Voucher SPA.

Kiranya, tak sia-sialah kami menyertai The Great Makeover tu. Tengkiu Guardian!