Archive for the Category » Entertainment «

Pengembaraan Si Tintin

Sape dah tengok movie ni? Best kan? Malam tadi saya tengok The Adventures of Tintin ni kat GSC One Utama. Katanya dapat teket berlambak-lambak kan. Haruslah digunakan. Dah tatau nak ajak sape, saya ajaklah member saya merangkap upline  saya di PruBSN Takaful. Sape lagi kalo bukan Pejal. Dah alang-alang dia dok kat Kotadem gak, senangla nak pegi. Sebenarnya dah janji ngan member lain, tapi sian dia penat bertraining dua hari, so tak jadila pegi ngan dia. Takpe beb, aku bawak ko tengok yang 3D punye plak. Huhu..

Ni sedikit ulasan yang saya petik dari Utusan Online yang menyebabkan saya meronta-ronta nak tengok jugak malam tadi punye tayangan..

MENURUT Wikipedia, Herge atau nama sebenarnya Georges Remi percaya, jika ada pengarah yang mahu bikin filem Tintin, Steven Spielberg adalah satu-satunya orang yang paling sesuai.

Spielberg yang juga peminat komik itu, membeli hak cipta daripada pelukis tersebut selepas kematiannya pada 1983. Selepas melalui pelbagai proses lebih dua dekad, akhirnya Tintin versi filem berjaya direalisasikan.

Dibantu kepakaran Peter Jackson (The Lord of the Rings, 2001-2003) yang bertindak selaku penerbit, filem yang menggunakan tajuk The Adventures of Tintin ini menggunakan teknik performance capture seperti mana Avatar (2009).

Untuk tempoh tayangan dua jam, mereka harus menggabungkan tiga album komik sekali gus iaitu The Crab with the Golden Claws, The Secret of the Unicorn dan Red Rackham’s Treasure.

Kisah bermula apabila Tintin membeli sebuah model kapal layar di sebuah pasar. Dia didatangi dua orang yang mahu membeli semula daripadanya – seorang menasihatkannya supaya berjaga-jaga, manakala seorang lagi menawarkan harga yang jauh lebih tinggi.

Menyedari kapal itu menjadi rebutan, Tintin enggan menjualnya dan cuba mencari jawapan. Tintin kemudian diculik dan kapalnya dicuri.

Pertemuannya secara tidak sengaja dengan Kapten Haddock menjadikan mereka pelarian dalam meneruskan misi untuk membongkar rahsia di sebalik kapal tersebut.

Kedua-dua hero ini mencari harta karun; di mana mereka mempunyai sedikit pembayang, manakala pembayang yang separuh lagi ada pada penjahat. Mereka juga terpaksa mengelilingi dunia menggunakan apa saja medium pengangkutan untuk menjayakan misi yang dicapai.

The Adventures of Tintin adalah bukti betapa dahsyatnya teknologi perfileman moden. Peminat animasi pernah dikagumkan dengan teknik motion-capture dalam hasil kerja Robert Zemeckis seperti The Polar Express (2004) dan A Christmas Carol (2009). Namun, Tintin menjangkaui lebih daripada itu.

Penonton seolah-olah terlupa bahawa apa yang disaksikan sekadar satu helah digital. Sama ada di lautan dengan kapal besar dan sampan; di udara dengan helikopter; menunggang unta di padang pasir atau babak kejar-mengejar di daratan – segalanya kelihatan realistik.

Tanpa ragu, ini adalah kerja animasi terbaik tahun ini dan bakal melalui jalan yang mudah untuk ke anugerah Oscar.

Saya setuju sangat dengan ulasan ni. Memang bila tengok cite ni, aduhai… Macam tengok orang betul-betul. Belum tengok yang 3D punye lagi. Kalo 3D mesti lagi melampau bestnye. Ada part-part masa si Tin Tin kena kejar dengan orang jahat tu, sampai saya terjerit sikit sebab punyelah saspen. Poyo! Hee..

Kasi amik gambo dulu dengan air dan popcorn free!

Dan tak lupa…

Rakan sepejuangan merangkap upline – Pejal

Korang kena pegi tengok cite ni tau. Best sangat. Bawak budak-budak pun oke kot. Lagipun tak lama lagi kan cuti sekolah. :-)

Bunuh Vavi Angry Bird? Kacang Je Tuhhh…

Sape kat sini main Angry Bird? Korang angry tak bila try nak bunuh vavi-vavi, monyet-monyet semua tu tapi tak dapat-dapat? Kalau dapat pun, kadang-kadang tak dapat 3 star. Dah cuba patploh kali pun, sampai naik lenguh tangan ni melastik, 1 star je yang lekat. Memang boleh stress, kan?

Takpe, jangan risau! Saya ada penyelesaiannya. Ni pun hasil bantuan rakan saya – Pompan Girang Kotadem yang berotak geliga (sampai boleh buat batu cincin daa). Dia jumpa website yang ajar trick-trick melastik untuk memastikan semua vavi dan monyet akan dapat dibunuh. Bukan setakat dapat dibunuh, malah dapat pulak 3 star dan golden award yang lain. Tapi make sure korang guna website ni kalau dah try banyak kali melastik sendiri la. Janganlah baru try sekali dua dah give up. Tak thrill la camtu kan?

Malam tadi saya mengkhatamkan level-level yang sebelum ni saya try beratus kali tapi masih tak dapat 3 star. Wallahhh!! Dengan dua kali percubaan je, terus sukses. Yeay! Suke…

Ehh, membebel panjang-panjang, tapi tak tunjuk lagi website dia kan. Ok, ni dia..

Ya, website dia www.angrybirdsnest.com. Haa.. Dalam website ni, setiap Season Angry Bird dia ada tunjukkan step-step cemana nak dapat 3 star, nak dapat award sume tu. Siap ada video lagi. Memang tabik spring la kat mamat yang buat benda alah ni. Selamat mencuba. Kah kah kah. Ok bai..

Radio : Kenangan Mengusik Jiwa

Arini saya nak cerita kenangan saya dengan radio. Entry pasal radio ni saya tulis hasil meniru idea daripada entry Encik Iwan : Hanya Di Radio Ku Terdengar Suaramu. Entry Encik Iwan yang menarik tentang rancangan-rancangan kesukaan beliau di radio, membuatkan saya mengimbau semula kenangan lama, masa saya kecik-kecik dulu dengan radio.

Dulu-dulu, rancangan TV mana ada yang disiarkan 24 jam. Pukul 12 malam je dah abes siaran. Pukul 9 pagi besoknya baru ada siaran semula kan? So, memang radio la yang akan menjadi peneman mak saya membuat kerja-kerja rumah di kala Subuh. Kiranya kalau kat rumah tu, radio tu memang sentiasa on 24 jam la.

Seawal 6 pagi, akan berkumandang lagu Negaraku. Diikuti dengan berita jam 6. Masa tu saya biasanya akan terjaga dan mengeliat sambil terguling-guling lagi atas tilam. Sejukkkk, nak mandi pegi sekolah. Lepas berita jam 6, dorang akan siarkan senaman pagi. Bagai terngiang-ngiang lagi lagu tema Senaman Pagi tu di telinga saya. Nanti instructor senaman tu akan bagi instruction senaman apa yang nak kena buat. Kalau saya faham masa tu, saya ikutlah senaman dorang. Kalau tak, saya dengar aje. Huhu.. “Satu, dua, tiga empat, lima, enam, tujuh, lapan. Lapan lagi!” dan seterusnya. Hahaha.. Masa ni saya sibuk mandi dan bersiap-siap nak pergi sekolah kebangsaan.

Masa kecik-kecik, rancangan yang paling ditunggu-tunggu mestilah rancangan Permintaan Apa Itu? yang dikendalikan oleh Kak Yong. Ingat tak? Apa lah khabar Kak Yong sekarang ye. Saya ada terbaca di artikel yang dia dah berumur 50an sekarang. Eemm.. Sebenarnya saya ada kenangan tersendiri dengan rancangan Kak Yong ni.

Kak Yong yang manis

Seperti biasa dalam rancangan Kak Yong tu, ada segmen teka tajuk buku tajaan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). So, Kak Yong akan bacakan sinopsis satu buku cerita, dan kita (kanak-kanak) sebagai pendengar hendaklah menelefon untuk meneka tajuk buku cerita tersebut. So, satu hari dalam tahun 1988 (ketika itu saya darjah 4), apabila saya mendengar Kak Yong membacakan sinopsis satu buku cerita, terus saya tau tajuk bukunya sebab seminggu sebelum itu saya baru mengikuti rombongan sekolah ke DBP dan ketika di DBP, kebetulan pula saya ada membaca buku cerita tersebut. Saya apa lagi, terus excited nak call Kak Yong.

Saya pun dail nombor telefon Radio 1.

Trooooo troooot.. Trooooot trooottt….

(Masa ni belum on air, baru cakap dengan penerbit)
Penerbit Rancangan : Hello, siapa di talian?

Saya : Suzilah

Penerbit Rancangan : Ya adik, apa jawapannya?

Saya : Jawapannya ialah Siapa Dulu? (ni tajuk buku cerita yang Kak Yong bacakan sinopsis tu)

Penerbit Rancangan : Ya, betul. Ok, sekarang boleh bercakap dengan Kak Yong ye.

Talian pun dipasskan kepada Kak Yong.

Kak Yong : Ya, kita ada pemanggil.. Siapa nama adik?

Saya : Suzilah (bangga gile masa ni suara kuar kat radio)

Kak Yong : Ok adik, apa jawapannya? Apa tajuk buku tadi?

Saya : Jawapannya Siapa Dulu?

Kak Yong : Ya.. Betul jawapan tu.. Ok, kita ada satu lagi soalan ye (masa ni saya dah cuak, apahal plak tetiba ada soalan lain nihhh?? Mana aci!!!)

Saya : Haa, oke..

Kak Yong : Berapa harga buku tersebut?

Saya : (Ahhh sudah, mana saya tau!!) Aaaaa… Errrmmm… RM3.50 (Sumpah!! Masa ni saya bantai je teka. Main agak-agak ikut buku lain yang pernah saya  beli)

Kak Yong : Yaaa, betullllllll!!!! (tepukan bergemuruh!!). Ok, sila beri nama dan alamat adik kepada penerbit untuk penghantaran hadiah ye.

Saya : Oke.. (happy nak mamposss masa ni!)

Saya pun bagila nama dan alamat saya kat penerbit. Rasa macam terawangan-awangan masa tu. Dah la first time berjaya menembusi talian, dapat bercakap dengan Kak Yong yang bersuara serak-serak basah dan lemak merdu, pastu betul pulak jawapan yang saya bagi tu. Dapat hadiah pulak lagi. Budak mana yang tak happy kan? Saya terus kuar, carik mak saya kat kebun sebab nak mengkhabarkan berita kemenangan saya.

Saya : Mak, mak!!! Adik menang rancangan Kak Yong! Adik teka soalan tu betul, mak… Yeayy!!!

Mak : Ye ke? Haaa.. Bagusla tu..

Bila pegi sekolah hari Isnin tu, saya dok bergebang pulak dengan kawan-kawan sekolah pasal saya kemenangan saya tu. Hahaha memang dasar! Kecik-kecik dah keji riak sana sini. Yelah, theyols mampoooo?? Hhahha…

So, beberapa hari lepas tu, saya pun penuh debaran menanti hadiah daripada RTM/DBP seperti yang dijanjikan. Hari berganti hari… Minggu berganti minggu, hadiah untukku tidak kunjung tiba. Beberapa minggu berlalu, bulan pun berganti bulan. Saya sedapkan hati sendiri, “Agaknya memang lama kot proses penghantaran hadiah ni“. Tak pun kadang-kadang bila suara syaitan berbisik “Agaknye posmen salah hantar kat rumah jiran sebelah. Lepas tu makcik tu tanak bagi aku balik hadiah tu“. Sebab alamat saya dengan alamat rumah jiran, dekat-dekat nak sama. Alamat jiran saya 903 Kg Sg Choh, saya 903-A Kg Sg Choh. Jiran sebelah lagi pulak 903-B..

Akhirnya tahun berganti tahun.. Dekad berganti dekad. Sudahnya.. Uwaaaaaaaaaa!!!! :-( Dah 23 tahun ni, mana hadiah aku woiiiiiiiii!!!!!????? Keji kau RTM/DBP!!! Sanggup kau mempermainkan hati seorang budak kecil dan comel (nak jugaakkkk….perasan!) dengan kata-kata manismu. Dahla bil telefon rumah aku naik. Kena marah dengan kakak plak tu sebab guna telefon. Dulu-dulu kan telefon ada bekas dia, lepas tu siap ada mangga tanak bagi adik dia guna tepon. Tepon rumah korang ada bermangga-mangga tak? Hahaha… Ok, sambung balik marah RTM/DBP/Kak Yong. Haha tetiba Kak Yong pun jadi mangsa. Yela, mana tak hangen, 23 tahun kot! Tak boleh aku nak meriak-riak kat sekolah dapat hadiah buku daripada radio. Huh! I hate you!!

Sudahnya, memang sampai sekaranglah hadiah kemenangan tu saya tak terima. Hahaha..Tapi saya tak marah pun sebenarnya sekarang. Halalkan ajelah. Cuma memori tu boleh jadi kenanganlah untuk diceritakan kat anak cucu nanti. Ceh!! Tetap jugak nak riak dengan anak cucu tu! Memang dasar betul! Kah kah..

So, cerita kenangan pasal Kak Yong pun dah habis. Saya nak cerita pulak pasal Rancangan Rrrrrrrreeeentak (Rentak) yang dikelolakan oleh DJ Isma Halil Hamzah bermula setiap 12 tengah malam. Memang DJ tu akan sebut Rentak tu dengan hurup R yang diidghamkan. Haha.. Rancangan Rentak ni biasanya akan menyiarkan lagu-lagu jiwang karat dan mutiara kata untuk dibacakan kepada pendengar. Nanti DJ tu akan mintak pendengar hantarkan email atau call dia untuk bagi mutiara kata.

So, kenangan ni berlaku semasa saya masih menuntut di UTM, Skudai. Tak salah saya, tahun 2000. Masa tu saya dan kawan-kawan duduk menyewa di Taman Universiti. Satu malam, masa tengah ulangkaji, saya pun dengar rancangan Rentak ni melalui walkman. Entah macamana masa DJ Isma Halil Hamzah mintak pendengar hantar mutiara kata tu, so saya pun emailkan satu mutiara kata kat rancangan tu. Tak lama kemudian, email itu dibacakan oleh DJ Isma Halil Hamzah.

Ya, email pertama yang kita terima ialah daripada Ujie, Taman Universiti Skudai. Mutiara katanya berbunyi “Malam itu panjang, jangan engkau pendekkannya dengan banyak tidur. Siang itu terang, jangan engkau gelapkannya dengan dosa”.

Hellamaaaakkkkk!!! Sedapp tuh mutiara kata tu. Pandai kan saya mengarang? Hahaha.. Jangan harap! Tu bukan saya karang. Saya cilok je daripada Diari Islam yang kebetulan memang ada atas meja study saya masa tu. Kah kah.. Siap Isma Halil puji-puji la saya masa tu. Poyo! Dia tatau saya cilok je. Hiks..

Ohh, dah dua kenangan saya dengan radio. Ye, ada last sekali. Dengan radio Sinar.fm pulak. Saya kan memang peminat tegar Sinar.fm. Maklumlah, dah tua. Huhu. Satu hari masa bulan raya 3-4 tahun lepas, petang Sabtu, saya berjalan-jalan pegi beraya dengan Illa Sabry (penyanyi Keranamu Kekasih tu) dan anak buah saya dua orang Salyna dan Azlyna. Dalam kereta masa tu, tengah ke udara rancangan yang dikendalikan oleh Jamal Jamaluddin. Saya cakap dengan Illa, call la Abang Jamal, buat permintaan lagu ke, buat ucapan ke. So, Illa pun call handphone Abang Jamal. Bila Illa dapat bercakap dengan dia, Abang Jamal bagitau bahawa rancangan yang sedang ke udara tu sebenarnya rakaman je. Ceh!! Baru saya tau. Patutlah dorang putar lagu je. Takde pun pendengar lain yang call. Abang Jamal cakap, kalau nak buat ucapan, malam Isnin berikutnya dia memang ke udara siaran langsung. So, nanti dia bacakan ucapan yang kitorang bagi, malam Isnin nanti.

So, malam Isnin tu, Illa call saya soh bukak Sinar.fm sebab Abang Jamal dah bagitau dia. Aahh, sudah! Kat rumah mana ada radio. Mujur ada Astro. So, saya bukak channel Astro 857 kat TV. Dapatlah dengar Sinar.

Ok, kita ada pendengar istimewa yang nak nama mereka disebut iaitu Illa Sabry, Salyna, Azlyna dan Ujie Mapia.

Hahaa, yes! Memang saya soh Illa bagi nama saya Ujie Mapia kat Abang Jamal. Keh keh keh.. Tergelak-gelak dan tersenyum sumbing saya dengar nama Ujie Mapia dikeudarakan. Nasib baik Abang Jamal tak bagi Ganda 23! Pommmm!!! (Ini pendengar Cetusan Hati Dan Dedikasi kat Sinar.fm je yang tau apa dia Ganda 23 ni.. Hiks!)

So, setakat ni, inilah saja kenangan saya bersama radio. Korang pun mesti ada kenangan yang best-best kan? Sharela!

Ujie vs Leonardo da Vinci

Tajuk entry nak best aje.. Hiks.. Ye, sayalah bakal pengganti Leonardo da Vinci abad ke 21 ni. Dipersembahkan hasil lukisan saya……

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hasil seniku

Shantek tak? Shantekkk kan? Well, orang seni macam saya memang terer bab-bab melukis ni. Apa? Saya riak? Memang pun! Korang mampooo? Hahaha..

Opsss! Jangan keji dulu.  Bagi saya citer sampai abis oke..

Setelah 4 bulan bertungkus lumus menyiapkan lukisan saya, akhirnya siap jugak semalam. Sejak dari pagi saya mulakan kerja-kerja mewarna yang tertangguh sekian lama, dah malam baru setel. Sambil tengok rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa kat TV3 tu, saya tertonggeng-tonggeng lagi menyiapkan lukisan tu. Dah siap kaler, tunggu kering sikit, saya varniskan pulak. Nanti boleh la hantar kedai untuk dibingkaikan.

Sebenarnya lukisan ni bukan saya lukis. :-) Saya kaler aje. Ayat-ayat riak di atas saje je nak bagi gempak. Nama lukisan jenis ni ialah Paint By Numbers. Daripada nama je kita dah tau yang lukisan ni kita warnakan ikut nombor kan? Saya beli benda alah ni disebabkan pengaruh rakan sebaya. Saya jeles bila tengok member saya tu dah menyiapkan 2-3 buah lukisan dia. Dia cakap dia beli kat Ikano.

Satu hari dalam bulan Jun (lama giler dah saya simpan citer ni), saya pun pegi Ikano nak carik benda tu, tapi tak jumpa kedai lukisan tu. Nak tanye kat member tu semula takut kantoi sebab tujuan saya nak pegi kedai tu pun nak carik lukisan untuk hadiah besday dia jugak. So, sampai kat Ikano, puas saya carik dari tingkat bawah, sampailah tingkat atas, takde jugak. Sampailah akhirnya saya tanye sorang budak India, kat mane nak beli lukisan yang boleh kita kaler-kaler. Dia tunjukkan arah dan bila saya carik.. Yeay!!! Jumpa..

Inilah kedainya..

 

Pre-Sen-Te -  a unique gift shop. Sorry tuan tanah tetap gak nak enterframe walaupun tujuan asal nak ambik gamba kedai je..Huhu

Kalau sape-sape nak carik, kedai dia belah bawah sekali kat Ikano, jalan macam nak menuju ke Ikea tu..

Gila tengok sume lukisan dalam ni.. Ni lukisan-lukisan yang dah siap. Ada di antara lukisan ni yang dijual semula kepada kedai ni oleh pelanggan apabila dah siap diwarnakan. Pastu kedai ni pulak, jual kat pelanggan-pelanggan lain yang mahukan lukisan yang sudah siap diwarna.

Lawa kan lukisan-lukisan tu?

Saya beli dua set. Satu untuk diri sendiri, satu lagi untuk besday member

Lukisan ni ada macam-macam saiz dan harga. Paling kecik rasanya besar kertas A4 dan harganya lebih kurang RM40. yang saya beli ni saiz sederhana, mungkin 2 kali saiz A3 kot. Harga dalam RM80+. Paling besar saya tanya orang kedai tu, ada saiz pintu rumah. Mungkin dalam RM400-500. Oke, lukisan ni sebenarnya memang dah siap dicetak di atas kanvas. Lepas tu, memang dah ada siap-siap nombor warna yang perlu diikut untuk diwarnakan di atas kanvas tu. Sebab tu nama dia Paint By Numbers. Panduan kertas pun ada diberi supaya senang kita rujuk nombor dan warnanya. Lepas tu ada pulak pelbagai warna watercolor dibekalkan bersama-sama dengan berus lukisan. Tak lupa juga set varnis untuk kita varniskan di atas lukisan bila dah siap nanti.

DIY – Do It Yourself. Ha gitteww.. Ni kotak yang berisi kanvas dan segala mak nenek alatan  melukis mewarna

Arahan dan panduan kat belakang kotak

Kertas rujukan bernombor

Set watercolor, varnis dan berus

Set varnis

Lukisan yang masih belum dikalerkan sepenuhnya. Saya baru kaler bantal.. Huhu

Sebenarnya terlupa nak amik gambar kanvas tu masa lukisan ni belum dikalerkan sebab sampai umah je terus tak sabar nak kaler..hiks.. Tu yang bila dah start kaler tu baru teringat nak amik gambo. Amik gamba pun pakai henpon je, so merasa la kabur pandangan. Nampak tak nombor-nombor di setiap area tu? Ha, dia dah siap letak nombor. Kita tinggal kalerkan aje ikut nombor yang ada pada penutup watercolor tu.

Ha, bantal dah nampak sikit. Tengah kaler bunga pulak

Saya mula mewarna sejak bulan Jun kan? Mula-mula memang bersemangat. Siap bawak balik kampung. Konon-konon tak nak buang masa kat kampung, kita buatla aktiviti mewarna… Sudahnya malas, akhirnya saya stop.

Sampai setakat ni, saya stop sebab malas.. Padahal sikit lagi nak siap

Sampailah akhirnya semalam roh nak mengaler tu datang balik. So, saya start pagi semalam dan hanya berhenti untuk mandi, makan dan solat je. Sampai rasa nak patah pinggang. Kejap saya mencangkung, kejap meniarap, kejap saya duduk. Punyelah gigih nak siapkan.

Akhirnya……. Kita persilakan sekali lagi lukisan saya masuk mengadap…

Taraaaaa……

Apa lagi!! Korang tryla pulak.. Saya ingat nanti saya nak pegi lagila. Nak beli yang ni pulak..

Opsss!! Haha..

Emosi

Tadi lepak dalam keta sementara tunggu keta member siap kat workshop, tetiba dengar lagu lama Sheila Majid ni. Terus carik lirik dia. Sedap pulak..


Di Dalam Emosi Ini – Sheila Majid

Kiranya ku diberi
Sehari bersamamu
Kan ku buka kembali hatiku
Kiranya ku diam
Tak meninggalkan dirimu sendiri
Tak mungkinkan begini
Menyesali kesalahanku
Yang menurut perasaan selalu

Kau di dalam emosi ini
Dan perasaan ku seolah tak mengerti
Kau di dalam emosi ini
Terpanggil menangis ku mengenangkan mu
Kiranya ku kembali
Sambutlah diriku
Peluklah daku
Ampunilah diri

Kiranya ku diberi
Mencari kepastian
Ku berdoa, engkau bersama ku
Menanti selalu
Kau umpama teman yg ku cari
Tak mungkin kan begini
Menyesali kesalahanku
Dan menurut perasaan selalu

YouTube Preview Image
Category: Entertainment  Tags:  2 Comments