Archive for the Category » Experience «

Aku & Henpon : Kenangan Mengusik Jiwa

Sempena hari bersejarah saya kehilangan henpon kelmarin (seperti yang telah diwar-warkan di FB), saya nak bawa anda semua mengimbau kembali kenangan saya bersama-sama henpon yang telah menjadi peneman hidup saya bermula tahun 2001. Kah kah..

Sebelum tu, untuk yang tatau, kelmarin (Khamis) saya tercicir henpon terlatest saya. Kali terakhir beliau dilihat adalah di Stesen Petronas ketika saya berhenti Maghrib. Saya memang takde idea langsung kat mana saya cicirkan. Mungkin tertinggal masa saya letak handbag, tudung dan henpon tu kat atas lantai. Agaknye lepas sauk tudung, angkat handbag, saya biarkan je henpon itu terlantar kesepian sorang-sorang. Maafkan i, sayang..

Lepas dah bape jam, baru teringat. Bila call semula “THE NUMBER YOU HAVE DIALED IS NOT REACHABLE“. Konfem dah Sodaqallah la tu.. Redha ajelah cuma sayang sebab nombor handphone client banyak dalam tu. Pastu pandai sangat saya ni tak buat backup. Rasain!

Walaupun sedih tapi taklah berapa ralat sebab handphone tu dah pakai agak lama, 2 tahun lebih dan dah kokak-kokak saya kejekan. Tapi, being a Nokia handphone, campak kot mane pun, dia still tough. Pernah termasuk dalam lopak air, pernah jatuh dari katil, pernah terpelanting atas jalan tar, dia rilek je. Boleh on macam biasa. Dialah penawar jantung hatiku…Nokia E63…

Oke, saya mulakan dengan sejarah handphone pertama saya ye.. Tengok gambo dulu..

Henpon pertama : Nokia 3210

Nokia 3210 ni adalah henpon terpaling terkuat yang pernah saya pakai. Badan dia besi dan agak berat. Ni kalau setakat baling dinding takde hal lah! Henpon ni saya guna pada tahun 2001. Baru-baru start keje gitu. Bangga siot ada henpon dan nombor henpon sendiri. Kah kah.. Lagi pun henpon ni saya tak beli. Dapat free sebab sign up kad kredit Citibank. Dasar!! Muda-muda dah ada hati nak berhutang. Pastu kena pulak pakai line Celcom. Memang terbaekkk ahhh jumlah hutang yang dimiliki ketika ittew. Pendek kata sampai blacklist lah.. Muahahhaa.. Bil Celcom tu pun baru saya bayar beberapa tahun lepas sebab Celcom ada buat diskaun 50%. Keji gila! Hiks..

Korang ingat tak dulu-dulu kita boleh compose sendiri ringtone. Ilang akal baiiii.. Muda-muda lagi dah boleh buat lagu. Muahahahha. Siap carik kat internet lagu best-best. Pastu print. Seperti biasa, gunakan kemudahan opis. Astaghfirullah.. Ok, lepas dah print, balik umah start compose. Bila kita compose lagu ikut note-note tu, kan dia akan kuar bunyi “tett..tott..titt..tett..” sampailah lagu tu habis kan. Pastu saya kena jerit ngan kakak saya “Oiii diamlah! Memekak je!”. Muahahahha.. Ada aku kesah?!! Pastu compose banyak-banyak lagu. Save. Boleh tukar tetiap minggu. Boleh pulak disetkan lagu ni kalau mak yang call. Kalau lagu yang jiwang sikit, khas untuk nama bopren. Kih kih..

Lama jugak saya pakai henpon ni. Tak silap sampai tahun 2004 kot. Lepas tu saya bagi mak saya pakai. Yang mak saya ni pulak, kalau keluar rumah, dia tinggalkan henpon. Satu hari, rumah kitorang kat Bukit Beruntung kena pecah masuk. Habes sume henpon dua bijik, mat pet tu kebas. Mujur TV yang saya baru beli seminggu sebelum tu tak kena rembat sekali. Kalau tak, pengsan haku! Begitulah sejarah henpon ni dengan saya.

Henpon kedua : Nokia 8210

Henpon ni saya beli pada tahun 2004. Yang ni pun ok, tahan lasak. Rasanya semua Nokia pun camtu kot. Sebab tu saya sayang Nokia. Yang ni tak banyak sangat kenangan. Macam biasa-biasa je. Tak silap masa ni saya pakai prepaid. Maklumlah, nama dah kena blacklist dengan seluruh persatuan penyamun Telco masa tu. Kah kah.. Tapi boleh tahan lama gaklah saya pakai henpon ni, sampai tahun 2007 rasanya. 3 tahun! Wuuu.. Saya try carik henpon baru pun sebab bateri dia selalu cepat abes..

Henpon ketiga : HP iPaq Voice Messenger

Kalau orang lain dah lama pakai henpon berwarna-warni, saya mula pakai henpon berwarna pada tahun 2007. Entahlah, bagi saya asalkan boleh buat call dan SMS pun dah cukuplah masa tu. Masa ni ringtone bukan lagi monophonic atau polyphonic tones tapi dah berevolusi kepada truetone. Rujuk Wikipedia di sini. So, masa ni takdelah boring kalau orang call. Tak silap saya, saya guna lagu “Can’t Take My Eyes Off of You” waktu tu. Lagu nak jiwang aje.. Hihi.. Saya pakai henpon ni sampai 2009 rasanya.

Henpon ni saya beli dari orang. Member saya carikan contact kat lowyat.net. Sorang pakcik Cina. Dia nakkan line Digi tu je tapi hepon dia tanak pakai. So dia jual. 800 hengget gak terbang masa tu.

Henpon keempat : Samsung SGH-z170

Henpon ni saya pakai semasa saya masih pakai henpon HP iPaq tu. So, kiranya masa ni pakai dua henpon la. Dua nombor. Nama pun dah bersih kononnya daripada seluruh persatuan Telco sebab dah langsaikan hutang Celcom. Oh ya, henpon ni pun tak beli. Dia dapat pakej kalau register U-Mobile. Sebulan bayo RM98 untk 2 tahun. So, yang HP tu saya pakai dengan prepaid Maxis, yang Samsung ni saya pakai dengan U-Mobile. Memang dasar suke mengabeskan duit. Lama-lama tu, yang HP tu pun dah tak boleh menjalankan tugas dengan baik. Bateri asyik kong, kang tengah bercakap-cakap ngan client, tetiba dia kojol. Stress haku.. So, buat sementara tu, saya pakai si Samsung ni jelah..

Lepas tu, dah memang namanya Sujilah kan, hidup ni tak lengkap kalau tak pakai dua nombor. Kebetulan pulak ada promo, saya sambar satu lagi henpon. Ni kejap lagi cerita. So, Samsung ni berkhidmat sampai tahun 2010. Tu pun sebab lubang tempat nak sumbat charger tu dah tak boleh pakai. Pegi anto repair 2 minggu, orang Samsung tu cakap tak boleh jugak. So, redha jelah dengan nombor-nombor yang terkubur dalam tu.

Satu yang saya suka dengan Samsung ni sebab dia slim je. Senang masuk kat poket belakang seluar. Tak menggelembung. Memang senang sangat tercicir. Huhu. Pernah sekali tu saya tersalah letak. Dahlah tersalah letak, pastu pe’el saya suka silentkan phone pulak tu. Masa tu saya jumpa client kat restoran mamak. Dah keluar dari restoran tu, jauh jugaklah kiranya, baru sedar henpon satu lagi takde. Saya call client tu, mintak tolong dia pegi restoran mamak tu semula sebab nak suruh tengokkan kalau saya ada tertinggal. Dia pegi dan bagitau takde. Ahh sudah. Saya siap call U-mobile masa tu soh blockkan nombor. Lepas tu, saya berenti kat tepi jalan, saya cuba-cuba call guna henpon satu lagi. Disebabkan silent so takde dengar ringtone tapi ada bunyi “tooot toot..” Pastu saya dengar elok-elok, ada bunyi vibrate “terrrrr terrrr”. Rupa-rupanya kat mana dia terselit? Dalam file presentation saya tadi. Tulah, kurus sangat. Kan dah tersepit.

Henpon kelima : Nokia E63

Yaa… Inilah henpon terakhir yang menyinari hidup saya selama 2 tahun. Sebenarnya masa saya memula join PruBSN Takaful tu lah saya amik henpon ni. Sebab ada promo Celcom Biz Plan. Guna je namecard PruBSN, boleh subscribe line Celcom dan dapat free Nokia E63 ni. Kena amik pakej yang RM148 sebulan. Tapi saya biasa pakai RM300-400 sebulan (baru sedar banyaknye duwet haku abes kat bill), so RM148 tu memang sap-sap soii la untuk diabeskan. Membazir je kan? Saya ni gila SMS. Saya tak suka sangat call sebab panas telinga. Satu lagi saya suka browse internet thru phone. Pakej ni, kalo kita surf internet thru phone, Celcom bagi unlimited cuma kalau download something je baru dia caj.

So sekarang ni, henpon ni dah takde. Nombor client dan kawan-kawan sume dah takde. Tengah kumpul sikit-sikit kat FB. Saya masih pakai nombor lama. Masa hari yang hilang tu, saya sempat blockkan nombor tu kejap. Semalam saya aktifkan semula masa amik simkad baru. Selain nombor contact, nombor akaun bank tuan rumah untuk masukkan sewa rumah pun dah takde tapi saya ada Add Favourite kat maybank2u, so takde masalah. Pastu nombor akaun bank kawan-kawan yang lain, nombor akaun bank kampeni dan sekalian macam nomborlah. Sume yillek! Gamba-gamba porno takde dalam tu. Sume gamba sucheee murneee.. Kah kah.. Tapi tetiba kalau ada gamba muka saya berbadan togel, korang tengok je, percaya jangan. Itu sume pelesu.

So, sekarang saya pinjam henpon member dulu sementara nak pikir-pikir beli henpon ape. Semalam ada gak merayau kat Wangsa Walk tengok-tengok booth henpon. Saje usha Samsung Galaxy Note, umanggg aii.. Bapak bosa. Separuh kepala dah kena tutup kalau buat call. Hhaha takdelah sampai separuh tapi tetap besar. Memanglah boleh pakai si gigi biru tu, tapi saya tak sukalah ada benda selit-selit kat lubang telinga walaupun saya suka selitkan henpon kat celah tudung kalau jawab call sambil drive. Konon-konon handsfree. Haha cacat!

Blackberry pulak buat masa ni saya belum terbukak hati nak beli. Entah ye, macam sumorang je pakai BB. Boring! Iphone nampak macam menarik. Poyo je nak macam-macam kan? Sudahnya saya amik Nokia gak nanti.

Ohh ya, kalau direnung-renungkan, saya banyak beli tepon yang ada pakej. Nama nak beli sendiri, takde sangat. 2 kali tu jelah. Nokia 8210 dengan HP iPaq tu je. Yang lain, pakej Citibank/Celcom la, pakej U-mobile la, pakej PruBSN/Celcom la.. Apa kata kali ni saya usha pakej lain plak. Ada yang menarik tak?

Hmm… Oklah, saya nak kena stop. Ada mamat call saya dari bawah rumah, mintak alih kereta sebab dorang nak pasang khemah orang kawen. Saya memang selalu tinggalkan nombor henpon kat atas panel dashboard. Senang kalau ada apa-apa, orang boleh call.

Ohh! Lagi satu, nak bagitau, takde sape yang menyertai Contest Kisah Sedih 11-11-11 tu. Hahaha.. Alamdulillah, baguslah.. Nampaknya takde kisah sedih yang berlaku pada tarikh yang cantik tu. So, jimat teket wayang gua. Hee hee.. Ok tata..

Category: Experience  Tags:  5 Comments

Sepetang di Bukit Melawati Kuala Selangor

Korang dah balik KL? Saya dah ada kat Kotadem ni. Cuti sampai Isnin je sebab petang Selasa saya ada satu presentation.

Dalam entry sebelum ni, saya ada bagitau yang saya dan mak akan balik beraya kat Kuala Selangor kan? Oh, kali ni kami balik Kuala Selangor disertai oleh geng mak, seorang cek mek Kelate bernama Ain dan anaknya. Kan kononnya nak pegi melawat makcik saya kat Putrajaya kan.. Tapi tak jadi. So, plan bertukar pegi naik Bukit Melawati kat pekan Kuala Selangor tu je. Sebenarnya boleh dikatakan tiap kali balik Kuala Selangor memang akan naik ke Bukit Melawati ni, tapi kali ni, mak saya saja nak ajak Ain dan anaknya tu naik Bukit Melawati pulak.

Oleh kerana hari Isnin cuti umum, jadi kami tidak dibenarkan membawa kereta ke atas bukit, sebaliknya dikehendaki naik keretapi yang disediakan. Tiket dewasa RM2. Kanak-kanak 4-12 tahun separuh harga. Kanak-kanak 1-3 tahun PERCUMA.

Mehla kita tengok gamba dari kamera baru iols ni. Konon-konon nak test features yang ada dalam kamera tu. Main belasah je. Cekidaut!

Pemandangan semasa naik ke atas Bukit Melawati dari dalam ketapi – Vivid Colors

Poster Effects

Ni sume Poster Effects

Baitulhilal @ Tempat mencerap anak bulan – Monochrome

Tempat-tempat yang boleh dilawati di atas Bukit Melawati

Ni la rupa ketapi dia

Beruk yang kesepian – Monochrome

Masih menggunakan model yang sama – ni tatau guna features apa tapi kat kamera tu tulis Beach : Shoot natural scenes in strong sunlight

Ni pun features Beach

Cek Mek Kelate, Ain & anaknya

Ni nak berebut anak ke hape?

Happy family!

Mak dan anak. Rasa nak lempang anak dia sebab comel sangat

Rumah api

Pokok yang jadi tempat lepak beruk-beruk

Tangga nak naik ke Batu Hampar

Meriam

Lepas setengah jam kat atas tu, kitorang pun turun. Memula ingatkan perhidmatan ketapi dah abes sebab masa tu dah pukul 6.30. So, kitorang jalan kaki je la nak turun ke bawah. Tengah berjalan-jalan tu, lalu pulak ketapi tu. So, naik jela. Jimat tenaga.

Dah sampai bawah, beli barang sikit, pastu terus balik. Daa.. Tu je.. Babai..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit Sejarah Bukit Melawati

Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, negeri Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor , menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra , Indonesia.

Bukit Melawati ialah bukit bersejarah dan salah satu tarikan pelancong paling popular di Kuala Selangor pada masakini. Kemuncak ini pernah menjadi kubu yang kuat dan dibina oleh Sultan Ibrahim pada akhir abad ke-17, merupakan satu usaha untuk melindungi negara daripada kuasa-kuasa Belanda yang telah menakluki Melaka.

Bukit yang menarik  ini merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung .

Bukit Melawati juga pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad pindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.

Keistimewaan

Di atas Bukit Melawati terdapat :

* Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor
* Rumah api
* Kubu pertahanan
* Beberapa buah meriam lama
* Menara tinjau
* Kereta api mengelilingi Bukit Melawati
* Makam Sultan dan kerabat diraja
* Batu pancung
* Perigi
* Ratusan ekor lotong

Di bahagian bawah pula terdapatnya :

* Masjid Kuala Selangor
* Taman Alam Kuala Selangor
* bandar Kuala Selangor
* pangkalan nelayan Permatang
* jeti istirahat Kuala Selangor

Mengaji : Kenangan Mengusik Jiwa

Kali ni saya nak cite pasal mengaji masa zaman kecik-kecik dulu. Asyik cite kenangan masa kecik-kecik je kan.. Nampak sangat tanak terima hakikat diriku ini sudah kertu.. Hak hak..

Saya dah dihantar belajar mengaji oleh mak saya seawal umur 6 tahun. Pengalaman pertama belajar mengaji Muqaddam adalah dengan seorang nenek di kampung saya. Pastu tak ingat cemana boleh stop dengan nenek tu. Lepas tu mengaji pulak dengan ustazah sekolah agama saya. Saya akan datang ke rumah dia setiap kali lepas Maghrib. Yang ni pun sama, tak ingat kenapa saya berhenti. Mungkin sebab ustazah tu berpindah kot.

Sampailah akhirnya saya naik Al-Quran masa darjah 4. Lambat kan? Orang lain dah start mengaji Al-Quran dari darjah satu kot. Kali ni saya mengaji dengan mak member saya. Cik Enon namanya. Saya mengaji dengan dia sampai saya darjah 6. Hahaha, hilang akal nak abeskan satu Al-Quran sampai 3 tahun. Cik Enon akan start mengajar setiap kali lepas Maghrib dan kami akan cuti mengaji setiap Malam Jumaat. Time ni lah baru boleh tengok TV kat rumah. Heaven!

Ramai gak budak-budak yang belajar mengaji dengan Cik Enon. So setiap orang akan dapat giliran masing-masing mengikut siapa yang sampai dulu kat rumah Cik Enon. Kalau kebetulan kami terserempak depan umah Cik Enon, kami akan memecut lari untuk pastikan yang masing-masing akan sampai dulu. Termengah-mengah dibuatnya.

Sape dapat giliran pertama, bestla. Lepas mengaji boleh balik awal. Kalau lambat, biasanya dekat pukul 10 malam baru dapat balik. Kalau pegi mengaji dengan member, kenalah pulak tunggu member abes mengaji. Kang nak balik sorang-sorang, takut pulak. Lebih-lebih lagi bila saya ingatkan nak kena lalu depan pokok kekabu sebelum sampai rumah saya.

Bercakap pasal berebut siapa dulu nak mengaji ni, memanglah kelakar. Saya biasanya akan bergaduh berebut giliran dengan seorang budak lelaki yang kami panggil Oden (nama sebenar Nordin). Camnila lebih kurang ilustrasi di tempat kejadian.

Merujuk kepada rajah di atas, si A sedang mengaji dengan Cik Enon. Saya di sebelah kiri dan Oden di sebelah kanan sedang menunggu giliran. Masing-masing dalam keadaan bersiap sedia nak berebut tempat lepas si A abes mengaji. Kiranya rehal akan bertemu rehal lah. Punyelah rapat. Bila si A abes mengaji dan angkat je rehal dan Al-Quran dia, saya dan Oden akan cepat-cepat tarik rehal masing-masing untuk dibawak ke hadapan Cik Enon. Biasanya akan berlaku pertembungan dahsyat begini..

Hahaha.. Keji kan? Pastu Cik Enon akan mula bantai rotan dia kat lantai bagi kami takut. Pastu mulalah berebut “Saya sampai dulu, cik“. Yang si Oden pulak, “Saya cik“. Sudahnya Ck Enon yang akan menentukan giliran. Selalunya saya menang sebab rumah saya jauh. Rumah Oden dekat je dengan rumah Ck Enon tu. Hhaha puas hati beta! Tak pun, lepas tarik je rehal, terus baca Bismillahirahmanirrahim dengan harapan sebagai tanda yang dah cop dulu giliran. Padahal tak bukak lagi mukasurat nak dibaca. Pastu baru terkial-kial carik. Nasib baik ada penanda/penunjuk duri landak. Hihi..

Masa balik mengaji pulak, biasanya kalau lalu je kat tempat gelap, masing-masing akan takut. Kang mulalah yang sorang ni jerit, dah masing-masing lari terkincit-kincit ketakutan. Ada sekali tu saya pakai spende yang dah longgar getahnya. Terus tercicir spenda haku tengah jalan. Muahahhaa bongok giler..

Saya khatam Al-Quran pertengahan tahun darjah 6. Masa hari khatam tu, mak saya buat pulut kuning untuk disedekahkan kat kawan-kawan yang sama mengaji dengan Cik Enon.

Camtulah pengalaman saya mengaji.. Uols cemana pulak?

Misi Mencari Kedai Rakyat 1 Malaysia

Sape-sape yang baca status FB saya siang semalam, mesti tau dah aktiviti saya pada cuti Hari Deepavali ni iaitu mencari Kedai Rakyat 1 Malaysia. Moteeeepp? Ye, mak iols punye hajatlah ni. Dia dah call dari malam tadi lagi..

“Dik, ko tau kat mane Kedai 1 Malaysia dik? Cik No (member mak saya) cakap dia dah pegi. Murah-murah dik barang dia… Beras sekampit 10kg tu baru RM21.90″

Yang saya perasan Kedai 1 Malaysia ni ada dalam stesen LRT Kelana Jaya je. Dorang buat macam Kedai 7E lebih kurang. Tapi tak pernahlah pulak saya jejak. Takkan nak bawak mak saya shopping dalam stesen LRT pulak kan.

Pastu mak saya sambung lagi dengan dialog kesian dia, “Tapi kalau ko penat takpelah, ko rehat jelah”

Gitteww ayat pancing dia. Yelah mak oiiii.. Jomla kita carik Kedai 1 Malaysia tu. So, saya Google la dulu, kot ada lokasi lagi dekat dengan Rawang kan. Akhirnya jumpalah website dorang – Kedai Rakyat 1 Malaysia. Selain LRT Kelana Jaya, Kedai 1 Malaysia ada kat Pantai Dalam, Wangsa Maju, Putrajaya dan Bandar Tun Razak. Ilang akal la sampai nak pegi Putrajaya kan.

Website Kedai Rakyat 1 Malaysia

So, lepas Zohor, saya call mak saya soh dia bersiap-siap. Saya gerak dari Kota Damansara lebih kurang pukul 2 petang, amik mak saya dan geng dia kat Sungai Choh. Lebih kurang pukul 3 kami bertolak dari Sungai Choh. Dalam perjalanan tu, saya masih berpikir-pikir lagi nak bawak dorang ke mana. LRT KJ ke, Wangsa Maju. Akhirnya saya pilih Wangsa Maju sebab bolehlah saya tunjuk ofis Prudential BSN Takaful kat mak. Lepas tanye member saya Tasya kat mana lokasi sebenar Kedai Rakyat 1 Malaysia kat Wangsa Maju tu, saya taulah kat mane tempat tu. So, let’s go, mummy!!

Kami ikut MRR2. So, sampai je kat Kedai 1 Malaysia Wangsa Maju tu, saya paksa mak saya pose kat depan kedai tu. Sebenarnya tak payah paksa pun, mak saya pun memang hantu gamba. Kah kah.. Sebab tu menurun kat anak dia. Hiks!

Depan Kedai 1 Malaysia

Kedai dia kecik je. Rasanya adalah dalam 5-6 lorong kot. Masuk-masuk je kedai tu, saya tengok punyelah ramai orang tengah beratur nak bayar. Pastu yang tengah mencarik barang pun ramai. Rak barang pulak banyak yang kosong dan pekerja-pekerja sibuk menambah semula barang-barang yang dah habis. Dalam hati saya, “Wah!! Laku gilerr. Berkualiti ke?”. Saya pun amik kesempatan snap sana-sini. Takut gak, kot kena halau dengan supervisor kedai tu kan.

Mak, oo mak.. Kalo setakat bawang, baik orang bawak mak pegi Tesco Bukit Beruntung je..

Tengah saya tengok-tengok barang dengan geng mak saya, mak saya hilang. Tetiba dia muncul dengan ini…

Yezzah! Dia dah angkut troli siap-siap.. Huhu

Haaa.. Shoppinglah mak oiii..

Barang dah abes

Detergent 1Malaysia

Minyak sapi 1 Malaysia. Mahal gak. RM12.90. Minyak sapi memang mahal eh?

Barang-barang cap lain pun ada gak..

Diapers 1 Malaysia

Ye.. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!

Ikan bilis 1 Malaysia. Aiii?? Ada jugak?!!

Produk-produk 1 Malaysia

Bihun 1 Malaysia pun ada?

Nak tengok apa yang mak saya dan geng dia borong?

Cuba tengok, celah mana barang-barang 1 Malaysia ni yang dorang borong ni? Kah kah

Lepas dah abes shooping tu, kat muka masing-masing terpancar kegembiraan sebab hajat hati dah dipenuhi kan? Siap cakap “Haa, kalau orang tanye, kami dah sampai ke Kedai 1 Malaysia? Kitorang jawablah nanti.. Dahhhhhh!!!!”. Hahaha lawak je dorang ni..

Happy je kan?

Haha, sebenarnya adalah jugak barang 1 Malaysia yang dorang beli. Ni buktinya..

Haa, okla ni kan.. Ada la jugak yang dibelinya..

Total harga barang RM10.30. murah tak uols? Murah gakla kot. Setiap barang murah dalam 4-50 sen dari yang berjenama terkenal.

Alang-alang dah sampai ke Wangsa Maju tu, saya bawak dorang makan kat Restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.

Restoran Mee Udang Mak Jah

Saya orderkan Nasik Goreng Udang Special. Order tiga pinggan, tapi makan dua pinggan je sebab banyak. Sudahnya, sepinggan lagi bungkus bawak balik. Ni lah rupa Nasik Goreng Udang Special kami…

Atau patut saya panggil seperahu nasik goreng? Haha.. Kiut je pinggan dia berbentuk perahu. Tapi mana udangnya? Kata Nasik Goreng Udang Special sangat. Sebenarnya ada 6 ekor besar-besar dia sorokkan dalam timbunan nasik tu..

Geng mak

My mummy

“Dik, cuba ko amik gamba mak tengah makan”. Moteep? mak sape lah ni..huhu..

Lepas makan, saya tunjukkan pulak ofis saya di PruBSN Takaful yang memang terletak sebaris dengan Restoran Mee Udang Mak Jah tu. Tunjuk dari bawah je. Lepas tu, kitorang terus balik.

Bangunan ofis Prudential BSN Takaful

Saya ikut DUKE dan kemudian masuk PLUS. Singgah solat Asar jap kat R & R DUKE tu. Kat dalam surau pun sempat lagi amik gambo tu.. Sabo je aku..

Cantik langsir surau tu..

Kami sampai Sungai Choh semula dalam pukul 6.30 petang. Saya happy tengok mak saya and the geng happy. So, tu jelah cerita aktiviti Hari Deepavali saya.. Daa….

Oppss, sebelum tu. Nak tunjuk gak barang yang saya beli dari Kedai Rakyat 1 Malaysia tu.. Dipersilakan masuk…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Cuka 1 Malaysia

Bley? Dalam banyak-banyak barang kat kedai tu, saya beli cuka je. Sebenarnya saya dah lama carik cuka ni tapi kalau pegi Giant atau kedai runcit tu asyik lupa je nak beli. Tu yang bila ternampak cuka 1 Malaysia ni saya terus beli. Hak hak hak.. Okela, bai..

Radio : Kenangan Mengusik Jiwa

Arini saya nak cerita kenangan saya dengan radio. Entry pasal radio ni saya tulis hasil meniru idea daripada entry Encik Iwan : Hanya Di Radio Ku Terdengar Suaramu. Entry Encik Iwan yang menarik tentang rancangan-rancangan kesukaan beliau di radio, membuatkan saya mengimbau semula kenangan lama, masa saya kecik-kecik dulu dengan radio.

Dulu-dulu, rancangan TV mana ada yang disiarkan 24 jam. Pukul 12 malam je dah abes siaran. Pukul 9 pagi besoknya baru ada siaran semula kan? So, memang radio la yang akan menjadi peneman mak saya membuat kerja-kerja rumah di kala Subuh. Kiranya kalau kat rumah tu, radio tu memang sentiasa on 24 jam la.

Seawal 6 pagi, akan berkumandang lagu Negaraku. Diikuti dengan berita jam 6. Masa tu saya biasanya akan terjaga dan mengeliat sambil terguling-guling lagi atas tilam. Sejukkkk, nak mandi pegi sekolah. Lepas berita jam 6, dorang akan siarkan senaman pagi. Bagai terngiang-ngiang lagi lagu tema Senaman Pagi tu di telinga saya. Nanti instructor senaman tu akan bagi instruction senaman apa yang nak kena buat. Kalau saya faham masa tu, saya ikutlah senaman dorang. Kalau tak, saya dengar aje. Huhu.. “Satu, dua, tiga empat, lima, enam, tujuh, lapan. Lapan lagi!” dan seterusnya. Hahaha.. Masa ni saya sibuk mandi dan bersiap-siap nak pergi sekolah kebangsaan.

Masa kecik-kecik, rancangan yang paling ditunggu-tunggu mestilah rancangan Permintaan Apa Itu? yang dikendalikan oleh Kak Yong. Ingat tak? Apa lah khabar Kak Yong sekarang ye. Saya ada terbaca di artikel yang dia dah berumur 50an sekarang. Eemm.. Sebenarnya saya ada kenangan tersendiri dengan rancangan Kak Yong ni.

Kak Yong yang manis

Seperti biasa dalam rancangan Kak Yong tu, ada segmen teka tajuk buku tajaan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). So, Kak Yong akan bacakan sinopsis satu buku cerita, dan kita (kanak-kanak) sebagai pendengar hendaklah menelefon untuk meneka tajuk buku cerita tersebut. So, satu hari dalam tahun 1988 (ketika itu saya darjah 4), apabila saya mendengar Kak Yong membacakan sinopsis satu buku cerita, terus saya tau tajuk bukunya sebab seminggu sebelum itu saya baru mengikuti rombongan sekolah ke DBP dan ketika di DBP, kebetulan pula saya ada membaca buku cerita tersebut. Saya apa lagi, terus excited nak call Kak Yong.

Saya pun dail nombor telefon Radio 1.

Trooooo troooot.. Trooooot trooottt….

(Masa ni belum on air, baru cakap dengan penerbit)
Penerbit Rancangan : Hello, siapa di talian?

Saya : Suzilah

Penerbit Rancangan : Ya adik, apa jawapannya?

Saya : Jawapannya ialah Siapa Dulu? (ni tajuk buku cerita yang Kak Yong bacakan sinopsis tu)

Penerbit Rancangan : Ya, betul. Ok, sekarang boleh bercakap dengan Kak Yong ye.

Talian pun dipasskan kepada Kak Yong.

Kak Yong : Ya, kita ada pemanggil.. Siapa nama adik?

Saya : Suzilah (bangga gile masa ni suara kuar kat radio)

Kak Yong : Ok adik, apa jawapannya? Apa tajuk buku tadi?

Saya : Jawapannya Siapa Dulu?

Kak Yong : Ya.. Betul jawapan tu.. Ok, kita ada satu lagi soalan ye (masa ni saya dah cuak, apahal plak tetiba ada soalan lain nihhh?? Mana aci!!!)

Saya : Haa, oke..

Kak Yong : Berapa harga buku tersebut?

Saya : (Ahhh sudah, mana saya tau!!) Aaaaa… Errrmmm… RM3.50 (Sumpah!! Masa ni saya bantai je teka. Main agak-agak ikut buku lain yang pernah saya  beli)

Kak Yong : Yaaa, betullllllll!!!! (tepukan bergemuruh!!). Ok, sila beri nama dan alamat adik kepada penerbit untuk penghantaran hadiah ye.

Saya : Oke.. (happy nak mamposss masa ni!)

Saya pun bagila nama dan alamat saya kat penerbit. Rasa macam terawangan-awangan masa tu. Dah la first time berjaya menembusi talian, dapat bercakap dengan Kak Yong yang bersuara serak-serak basah dan lemak merdu, pastu betul pulak jawapan yang saya bagi tu. Dapat hadiah pulak lagi. Budak mana yang tak happy kan? Saya terus kuar, carik mak saya kat kebun sebab nak mengkhabarkan berita kemenangan saya.

Saya : Mak, mak!!! Adik menang rancangan Kak Yong! Adik teka soalan tu betul, mak… Yeayy!!!

Mak : Ye ke? Haaa.. Bagusla tu..

Bila pegi sekolah hari Isnin tu, saya dok bergebang pulak dengan kawan-kawan sekolah pasal saya kemenangan saya tu. Hahaha memang dasar! Kecik-kecik dah keji riak sana sini. Yelah, theyols mampoooo?? Hhahha…

So, beberapa hari lepas tu, saya pun penuh debaran menanti hadiah daripada RTM/DBP seperti yang dijanjikan. Hari berganti hari… Minggu berganti minggu, hadiah untukku tidak kunjung tiba. Beberapa minggu berlalu, bulan pun berganti bulan. Saya sedapkan hati sendiri, “Agaknya memang lama kot proses penghantaran hadiah ni“. Tak pun kadang-kadang bila suara syaitan berbisik “Agaknye posmen salah hantar kat rumah jiran sebelah. Lepas tu makcik tu tanak bagi aku balik hadiah tu“. Sebab alamat saya dengan alamat rumah jiran, dekat-dekat nak sama. Alamat jiran saya 903 Kg Sg Choh, saya 903-A Kg Sg Choh. Jiran sebelah lagi pulak 903-B..

Akhirnya tahun berganti tahun.. Dekad berganti dekad. Sudahnya.. Uwaaaaaaaaaa!!!! :-( Dah 23 tahun ni, mana hadiah aku woiiiiiiiii!!!!!????? Keji kau RTM/DBP!!! Sanggup kau mempermainkan hati seorang budak kecil dan comel (nak jugaakkkk….perasan!) dengan kata-kata manismu. Dahla bil telefon rumah aku naik. Kena marah dengan kakak plak tu sebab guna telefon. Dulu-dulu kan telefon ada bekas dia, lepas tu siap ada mangga tanak bagi adik dia guna tepon. Tepon rumah korang ada bermangga-mangga tak? Hahaha… Ok, sambung balik marah RTM/DBP/Kak Yong. Haha tetiba Kak Yong pun jadi mangsa. Yela, mana tak hangen, 23 tahun kot! Tak boleh aku nak meriak-riak kat sekolah dapat hadiah buku daripada radio. Huh! I hate you!!

Sudahnya, memang sampai sekaranglah hadiah kemenangan tu saya tak terima. Hahaha..Tapi saya tak marah pun sebenarnya sekarang. Halalkan ajelah. Cuma memori tu boleh jadi kenanganlah untuk diceritakan kat anak cucu nanti. Ceh!! Tetap jugak nak riak dengan anak cucu tu! Memang dasar betul! Kah kah..

So, cerita kenangan pasal Kak Yong pun dah habis. Saya nak cerita pulak pasal Rancangan Rrrrrrrreeeentak (Rentak) yang dikelolakan oleh DJ Isma Halil Hamzah bermula setiap 12 tengah malam. Memang DJ tu akan sebut Rentak tu dengan hurup R yang diidghamkan. Haha.. Rancangan Rentak ni biasanya akan menyiarkan lagu-lagu jiwang karat dan mutiara kata untuk dibacakan kepada pendengar. Nanti DJ tu akan mintak pendengar hantarkan email atau call dia untuk bagi mutiara kata.

So, kenangan ni berlaku semasa saya masih menuntut di UTM, Skudai. Tak salah saya, tahun 2000. Masa tu saya dan kawan-kawan duduk menyewa di Taman Universiti. Satu malam, masa tengah ulangkaji, saya pun dengar rancangan Rentak ni melalui walkman. Entah macamana masa DJ Isma Halil Hamzah mintak pendengar hantar mutiara kata tu, so saya pun emailkan satu mutiara kata kat rancangan tu. Tak lama kemudian, email itu dibacakan oleh DJ Isma Halil Hamzah.

Ya, email pertama yang kita terima ialah daripada Ujie, Taman Universiti Skudai. Mutiara katanya berbunyi “Malam itu panjang, jangan engkau pendekkannya dengan banyak tidur. Siang itu terang, jangan engkau gelapkannya dengan dosa”.

Hellamaaaakkkkk!!! Sedapp tuh mutiara kata tu. Pandai kan saya mengarang? Hahaha.. Jangan harap! Tu bukan saya karang. Saya cilok je daripada Diari Islam yang kebetulan memang ada atas meja study saya masa tu. Kah kah.. Siap Isma Halil puji-puji la saya masa tu. Poyo! Dia tatau saya cilok je. Hiks..

Ohh, dah dua kenangan saya dengan radio. Ye, ada last sekali. Dengan radio Sinar.fm pulak. Saya kan memang peminat tegar Sinar.fm. Maklumlah, dah tua. Huhu. Satu hari masa bulan raya 3-4 tahun lepas, petang Sabtu, saya berjalan-jalan pegi beraya dengan Illa Sabry (penyanyi Keranamu Kekasih tu) dan anak buah saya dua orang Salyna dan Azlyna. Dalam kereta masa tu, tengah ke udara rancangan yang dikendalikan oleh Jamal Jamaluddin. Saya cakap dengan Illa, call la Abang Jamal, buat permintaan lagu ke, buat ucapan ke. So, Illa pun call handphone Abang Jamal. Bila Illa dapat bercakap dengan dia, Abang Jamal bagitau bahawa rancangan yang sedang ke udara tu sebenarnya rakaman je. Ceh!! Baru saya tau. Patutlah dorang putar lagu je. Takde pun pendengar lain yang call. Abang Jamal cakap, kalau nak buat ucapan, malam Isnin berikutnya dia memang ke udara siaran langsung. So, nanti dia bacakan ucapan yang kitorang bagi, malam Isnin nanti.

So, malam Isnin tu, Illa call saya soh bukak Sinar.fm sebab Abang Jamal dah bagitau dia. Aahh, sudah! Kat rumah mana ada radio. Mujur ada Astro. So, saya bukak channel Astro 857 kat TV. Dapatlah dengar Sinar.

Ok, kita ada pendengar istimewa yang nak nama mereka disebut iaitu Illa Sabry, Salyna, Azlyna dan Ujie Mapia.

Hahaa, yes! Memang saya soh Illa bagi nama saya Ujie Mapia kat Abang Jamal. Keh keh keh.. Tergelak-gelak dan tersenyum sumbing saya dengar nama Ujie Mapia dikeudarakan. Nasib baik Abang Jamal tak bagi Ganda 23! Pommmm!!! (Ini pendengar Cetusan Hati Dan Dedikasi kat Sinar.fm je yang tau apa dia Ganda 23 ni.. Hiks!)

So, setakat ni, inilah saja kenangan saya bersama radio. Korang pun mesti ada kenangan yang best-best kan? Sharela!