Archive for the Category » Family «

Wednesday, July 14th, 2010 | Author: Ujie

Walaupun mata ni rasa bagai digam-gam (sekarang jam menunjukkan pukul 1.45 pagi), saya harus gigih menghapdet entry ni supaya tidak ditanye-tanye lagi oleh seorang rakan saya (Boboi – bukan nama sebenar) – “Eh, entry Sarawak ko sampai Part 6 je ke?”. Vavavava..ko hengat senang nak mengarang? Hehe, sebenarnya saya nak mengucapkan terima kasih kepada dia sebab rupa-rupanya dia sudi jugak nak baca walaupun pada hakikatnya dia seorang yang kekwat. Haha..Ampun..Nanti aku banje ko karoke ye..

Dan terima kasih juga kepada para pembaca yang lain, kerana dengan entry Sayang Sarawak ini jugalah statistik di blog saya menunjukkan jumlah pembaca yang tinggi. Mungkin ada yang tengok-tengok gambar saja atau mungkin ada juga yang khatamkan setiap baris tulisan saya. Terima kasih. I love you all (tetiba..over!! Huhu)

Okeh, stop mengarut. Back to our business. So, pagi Selasa tu, selesai berkemas-kemas, saya SMS Wal bertanyakan pukul berapa dia nak datang ambil kami. Wal memberitahu yang dia akan mengambil kami pada pukul 9.30 pagi. Sementara menanti Wal, saya menguruskan bayaran penginapan hotel terlebih dahulu dan urusan beg-beg kami. Sebaik sahaja Wal sampai, kami bersarapan buat kali terakhir di Chilipeppers.

Agenda kami pada pagi itu ialah sesi fotografi bersama landmark Bandaraya Kuching iaitu kucing! Haha. Apa guna ke Kuching kalo tak amik gamba dengan kucing sebagai bukti?? Wajib okeh. So, dengan tak menghiraukan terik mentari pagi, dengan keadaan jalanraya yang sibuk (maklumlah, hari bekerja), kami pon berposing-posing la depan kucing-kucing tu. Kalau kucing-kucing tu boleh bercakap, mesti dia dah naik menyampah. Nasiblah ko kucing.. Sape soh ko jadi batu…

So, lets cekidaut..


Hari nak balik, baru sibuk nak amik gambar kat Selamat Datang ke Sarawak. Huhu

Cubaan menjadi poyo. Excuse my lobang idong!

Inilah tugu tanda Bandaraya Kuching iaitu kucing.. ;)

Ape motip amik gamba cenggini pon saya tatau

The Neneks

As always..The Daras

Neneks n Daras

Selepas mata pijar-pijar dek panahan cahaya matahari pagi, kami pun mengambil keputusan menaiki sampan dari Waterfront merentasi Sungai Sarawak untuk ke Kampung Gersik bagi mencari sesuatu untuk di bawa pulang ke KL.

Ha, naik naik naik…Tambang hanya 30 sen

Bila saya tanya pakcik kat hujung tu nak pegi mane, jawapannya sama macam kami. Ke destinasi yang sama.
Menuju ke destinasi yeahh yeahh!! (Tetiba..)

Lebih kurang 5 minit, dah sampai

Ye, inilah destinasi kami…

KEK LAPIS DAYANG SALHAH - Klik sini untuk website mereka.

Seperti biasa..gambar untuk bahan bukti

Meh ramai-ramai

Banyaknye…


Boleh rasa dulu…


Duta Kek Lapis (lantikan sendiri)

Bayar time

Lepas setel urusan kek lapis, mohle kita balik. Tapi dalam perjalanan menuju ke jeti sampan tu, sempat lagi menyinggah kedai cenderamata. Sabo jelah..

Belek-belek untuk kali terakhir

Mak saya jelah yang beli

Spot the difference between this picture and the picture below

Hampeh punye Wal. Dia soh kami posing cium dinding. Saya pun bersungguh-sungguhlah. Cuba tengok makcik ngan anak kat belakang tu, dorang siap gelak lagi..Mesti dorang kata kami budak sewel. Cis Wal!

Lagi sekali posing please

Nak jugakkk….

Masa kami balik, budak-budak sekolah pun baru balik sekolah. Pengangkutan dorang ke sekolah pon menggunakan sampan. Ada buaya ke dalam Sungai Sarawak ni ye?

Sampai semula ke Waterfront

Destinasi kami seterusnya ialah UiTM Kota Samarahan untuk menghantar budak nih…

Ha, ko peace-peace la..Ko tatau nasib ko dok asrama tu!! Haha

Memula Ana agak cuak sebab bila dia call pejabat asrama, namanya tak ada dalam senarai pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Bila dah cek balik, barulah ada. Lega! Kalau tak, dudulah umah sewa atau menumpang bilik kawan secara haram. Huhu

Kami anak beranak pon nak jugak kenangan di sini

Nenek dan cucu

Selesai menghantar barang-barang Ana, akhirnya kami makan tengahari dahulu di Singapore Chicken Rice. Sedaplah. Rasa macam takde kat KL. Tapi menyesal tak amik gamba. Isk..

Kami bertolak dari Kota Samarahan lebih kurang 3.40 petang dan sampai ke airport lebih kurang 4.30. Selesai urusan check in luggage, kami solat dan menanti untuk berlepas.

Berdebar-debar takut beg tak lepas. Maklumlah sekelian macam ikan masin, kek lapis bagai

Oleh kerana saya sorang menjaga The Neneks, kelam kabut jugalah

The Neneks

Yours truly – Ujie Mapia


My Hero sepanjang kami berada di Kuching. Thanks so much bro!

Ada cerita sebenarnya sebelum kami menaiki flight. Flight kami pada jam 5.35 petang. Masa bergambar-gambar ni, jam dah menunjukkan pukul 5.10 petang. Saya tanye Wal, takpe ke duduk-duduk lepak kat sini lagi. Kan patutnya dah kena masuk. Wal cakap, takpe, tak panggil lagi. So lepak punye lepak, Wal suruh saya tengok kat monitor yang ada tulis-tulis masa dan senarai flight tu. Sekali, saya tengok, flight kami dah berkelip-kelip, CALLING pastu terdengar pulak PANGGILAN TERAKHIR UNTUK PESAWAT AK5211 DARI KUCHING KE KUALA LUMPUR. Tak ke berdebar bagai nak luruh jantung ni dibuatnya? Masa tu lah baru nak uruskan imegresen, masa tu lah nak berlari ke flight. Jauh pulak tu. Kalau saya sorang takpe. Ni nak suruh The Neneks lari-lari, tak ke mencungap?

Finally, lari punye lari sampai jugaklah kami ke flight. Kami antara orang terakhir. Merasa glamer kejap. Haha. Nasib baik sampai. Kalau kena tinggal? Wal siap buat lawak bila saya SMS dia pasal tu. Dia boleh cakap – TINGGAL TERUS KAT SINI. Banyaklah ko punye tinggal. Hehe..


Babai Kuching!

Kami meninggalkan bumi Kenyalang dengan perasaan yang tak boleh digambarkan. Puas dan gembira. Alhamdulillah, saya gembira dapat bawak mak saya berjalan-jalan walaupun tak dapat nak bermewah-mewah semasa di sana. Terima kasih Wal. Terima kasih Kuching. Terima Kasih Sarawak. Terima kasih AirAsia. Andai dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, saya pasti ke sana lagi. InsyaAllah

p/s: Seperti kata seorang rakan di Facebook, saya juga mengagumi Bandaraya Kuching yang bersih dan susah nak jumpa seketul sampah pun! Syabbasss Kuching!

Pheww!! Siap gak

Monday, July 12th, 2010 | Author: Ujie

Amaran : Entry ni panjang gilerr sebab banyak gambar yang nak disumbatkan. Harap maklum.

Sejak dari KL lagi saya dah bercadang ingin melawat Perkampungan Budaya Sarawak atau Sarawak Cultural Village (SCV) yang terletak di  kaki Gunung Santubong, kira-kira 35km dari Kuching. Sebelum pergi, kami sempat bersarapan terlebih dahulu di Kopi-O Korner.

Pepehal kena amik gambo dulu sebagai bahan bukti

Apsal haku cam preknen? Ni sume salah baju!!

Lepas makan, kami terus gerak ke SCV. Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Santubong mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sepanjang jalan kami ditemani deretan pokok nipah yang merimbun. Sebelum sampai ke SCV, kami melintasi Damai Beach Resort. Dengar je ada beach mulalah hati menggeletek nak main air dan pose-pose maut kat tepi pantai.


Depan pintu masuk Damai Beach Resort

Untuk Day Guest, bayaran masuk adalah RM3 seorang dan kami dikehendaki memakai pelekat Damai Beach Resort. Bayaran ini dikenakan mungkin untuk mengelakkan orang awam terlalu bebas keluar masuk ke pantai ini. Pantainya bersih dan ombak tidak terlalu kuat. Ramai pelancong asing je yang saya nampak.


Pantai yang bersih


Berlatarbelakangkan Gunung Santubong


Kononnya nak jugak ada gambar melompat, tapi bukan main berat vontots ni nak diangkat. Haih!

Berjaya!! Sekali nampak pusat daaa…Terpaksa dicensored. Hiks!

Angkat berat

Penat berjalan kami duduk


L.O.V.E

Tak jadi mulut seksi, jadi mulut buntut ayam plak..

Kena buli..sob sob sob

Lepas penat melompat-lompat kat tepi pantai, minum air kelapa pulak. Mahal!! 5 hengget sebijik!!


Rasa macam nak terjun je dalam pool tuh

Jarak antara Damai Beach Resort dengan SCV tak jauh sangat. Kalau berkereta, lebih kurang 2-3 minit aje. Sampai saja di SCV, terus kami beli tiket masuk. Jumlah keseluruhan harga tiket yang dibayar ialah RM160

Tiket Dewasa : RM60 (Saya)
Tiket Warga Emas : RM30 (2 orang so RM60)
Tiket Pelajar : RM15 (Ana)
Tiket Rakyat Tempatan : RM25 (Wal)

Saya nasihatkan siapa-siapa nak masuk ke SCV dan membawa warga emas (berumur 45 tahun ke atas), sila tanya harga untuk warga emas. Kalau tak, nanti dorang buat tatau je. Yelah, dah orang tak tanye, buat ape nak bagitau. Ye tak?


Bersama tukang jaga kaunter tiket

Kami diberi passport masuk sebagai ganti tiket. Dalam passport ni tertulis info-info ringkas tentang setiap rumah di SVC, info tentang persembahan budaya dan juga ruang untuk pelawat-pelawat mengambil setiap cop bagi rumah yang disinggahi.

Rupa passport untuk masuk ke SCV

Info tentang rumah-rumah suku kaum Sarawak yang terdapat di SCV


Ruang untuk cop bagi setiap rumah yang dilawati

Kami sampai 5 minit sebelum persembahan kebudayaan di Panggung Budaya ditunjukkan.  Kagum siot tengok persembahan-persembahan mereka. Ada yang angkat lesung seberat 20kg pakai gigi. Ada yang berpusing-pusing dia atas buluh. Dan macam-macam lagi.


Di hadapan Panggung Budaya

Orang Iban – Tarian Ngajat Lesung
Tarian dari suku kaum Iban. Pahlawan Iban mengangkat lesung seberat 20kg menggunakan gigi (kekuatan luar biasa). Menunjukkan kekuatan dan kepahlawan seorang wira.

Selamba je dia angkat lesung 20kg pakai gigi. Kagum siot..

Orang Ulu – Tarian Kanjet Ngeleput
Kelincahan seorang pahlawan yang memburu mencari mangsa di hutan menggunakan sumpitan.

Ready nak menyumpit

Fuhhh!! Tiup dari perut bukan dari mulut. Itu petuanya..

Orang Bidayuh – Tarian Langgi Julang
Tarian dari suku kaum Bidayuh. Ini adalah tarian ritual yang dipersembahkan semasa acara pemilihan ketua kampung.


Aksi akrobatik

Orang Melanau – Tarian Menyak
Tarian dari suku kaum Melanau. Tarian ini menunjukkan aktiviti-aktiviti memproses sago

Di akhir persembahan, penonton dijemput untuk menari bersama-sama di atas pentas. Benci dengan Wal! Dia paksa saya naik atas pentas sebab dia nak amik gambar. Nasib baik jugak dia paksa, ada jugaklah kenangan saya. Hehe

Keras kejung saya kat atas pentas


Peace…

Alamak, entry kat SCV je dah berjela-jelas. Saya publish ni dulu la. Lawatan ke rumah-rumah suku kaum Sarawak, saya tulis di entry seterusnya ya..


Saturday, July 10th, 2010 | Author: Ujie

Selepas membeli belah di Pasar Minggu Satok, tiba masanya saya carik hotel untuk kami menginap sepanjang 3 hari 2 malam di Kuching ini. Hotel pertama yang kami terjah ialah Kuching Waterfront Lodge. Tengok dari luar nampak macam menarik dengan binaan kayunya. Tapi bila ditanya, hanya sebuah bilik yang tinggal. Itupun tak boleh nak menampung kami seramai 4 orang nih. Wal kata takpe, pusing dulu cari hotel lain.

Akhirnya kami mencuba Liwah Hotel (ewah ewah..). Nampaknya ada kekosongan tapi kami kena tunggu selepas pukul 2 petang kerana tetamu yang menginap bilik hotel itu belum check out lagi. Ketika itu jam sudah 1 lebih. Kebetulan pula di sebelah Liwah Hotel tersebut ada restoran. So, baik kami makan tengahari dulu. Nama restoran itu Chilipeppers. Bagus betul kedudukan Restoran Chilipeppers ni. Strategik. Betul-betul bersebelahan hotel yang tidak menyediakan cafe. So, semua tetamu di Liwah Hotel nak makan, makan je kat Chilipeppers.

First time saya makan mee kolok. Rupa dia macam mee segera. Halus. Rasanya boleh tahan sedap. Sesuailah dengan tekak saya yang baru first time makan ni.


Saya makan Chicken Butter with Rice dan Ana pulak makan mee kolok


Muka yang kepuasan dalam kekenyanyan

Selepas makan tengahari, kami dibenarkan masuk ke bilik hotel. Fullamakkkk!! Besar giler bilik dia. Ada satu king size bed dan single bed. Lepas tu ada sofa dan meja. Selain tu, ada ruang lagi untuk duduk-duduk di lantai. Memang puas hatilah. Harga satu malam RM145. Duduk 2 malam, so RM290. Berbaloi-baloi!

Sementara kami berehat sekejap di bilik hotel, Wal akan pulang dulu ke rumahnya (nasib baik tak jauh sangat) dan berjanji akan mengambil kami pada pukul 5 petang untuk berjalan-jalan di Waterfront. Pemandangan sekitar Waterfront pada waktu petang, sangatlah mendamaikan dan romantik. Matahari yang dah malu-malu nak memunculkan diri, menerbitkan effect yang sangat cantik apabila dilihat pantulannya di Sungai Sarawak. Sungai Sarawak tu saya tengok besarlah jugak. Mane ntah dapat lagu Sayang Sarawak Sungainya Sempit tu. Hiks! Tengok jelah gambar-gambar poyo kami di sekitar Waterfront ni ye.. Cekidaut!


Aksi wajib


Fantastic 4. Huhu


3 Dara Pingitan


Sila abaikan dabelcin itteww


Kalo buaya ni idop, ilang akal nak buat camnih


Bersama Buaya Darat


Sib baik masa saye julurkan kepala dalam mulut buaya tu dia tak pancut camnih..Huhu


Berlatarbelakangkan Dewan Undangan Negeri Sarawak


Cantek giler fountain nih..


The Nenekss


The Darass..


Photographer of the day..Wal the Macho Man

Aktiviti sebelah malam seperti menggendutkan perut akan disambung ke Part 3..

Saturday, July 10th, 2010 | Author: Ujie

Sejak balik dari Hokkaido, saya berazam nak bawak emak saya jenjalan makan angin. Bukan ape, ralat juga di hati sebab tak dapat bawak mak ke Hokkaido sekali hari tu. 

So, saya janji dengan mak nak bawak dia ke Sarawak. Tambahan pula nak hantar adik Bakal Roomate (Ana) ke UiTM Kota Samarahan untuk final semester. Bermulalah misi saya membooking tiket AirAsia. Saya booking lebih kurang 2 minggu sebelum pergi. So, tiket pergi balik untuk seorang ialah RM280.

Lepas tiket dah settle, nak pikir tempat tinggal pulak. Saya call beberapa hotel sekitar Kuching, kebanyakannya dah fully book. Padahal bukannya waktu cuti sekolah pun.

Kebetulan pula, saya berYM dengan ex-classmate semasa di MRSM Jasin dulu – Wal Ismi. Dia memang orang Sarawak dan sekarang dia bekerja di Kuching. Saya ceritakan kepada dia yang saya nak makan angin ke Kuching dan kalau boleh nak soh dia bawak saya berjalan. Selepas saya berjaya menggoda dan memaksanya *ok, tipu Wal pun sanggup amik cuti 3 hari untuk bawa saya berjalan-jalan. Yeay!!

Selain saya, mak saya dan Ana, ahli rombongan yang lain adalah nenek Bakal Roomate. Nampaknya saya dan Ana kena membawa dua orang warga emas berjalan-jalan. Hee hee..

Flight berlepas lebih kurang 7.30 pagi walaupun sepatutnya pukul 7.10 pagi dan sampai di Kuching lebih kurang jam 9 pagi. First time saya naik AirAsia nih. Not bad!

Sebaik sampai di Kuching, saya menelefon Wal. Berdebar-debar juga nak jumpa mamat nih selepas 15 tahun tak berjumpa. Tah hape rupa mamat tuh. Sebaik terpandang saja Wal, terus saya bagitau dia, “kurusnya ngko..“. Memang slim giler berbanding masa sekolah dulu. Masa sekolah dulu, Wal salah seorang budak lelaki yang berbadan mantap gitteww dan saya salah seorang peminat rahsia beliau. Haha. Berbeza dengan saya yang berubah menjadi seekor badak berbanding masa sekolah seperti cicak kubing. *Haih!! Tensen siot gemuk-gemuk nih

Oleh kerana dasar orang gemuk, settle je urusan kat airport, terus saya soh Wal bawak kami pegi makan. Lapar woo.. Nak beli makanan dalam flight, tak kuasa aku bayar 9 hengget untuk nasik lemak. *kedekut. Akhirnya Wal bawa kami ke restoran mamak je sebab kedai makan yang sepatutnya kami nak pergi tu, tutup pulak.

Selepas sarapan, Wal terus bawa kami ke Pasar Minggu Satok. Ya, bermulalah misi mencari terubuk ikan masin dan cenderamata. Saya sempat menyambar kain batik bercorak pua kumbu. Lawa dan lembut kainnya. Boleh buat baju raya. Wal dengan kameranya mula men’snap’ gambar kami. Sampaikan pakcik kat pasar tu ingat si Wal ni reporter. Haha!


Inilah Pasar Minggu Satok!! - Duta Pasar

Mak saya pulak macam nak berniaga aksesori kat Semenanjung. Segala cincin, gelang mutiara dibelinya.


Khusyuk mak saye memilih cincin gelang sebagai persediaan untuk berniaga di KL..
hee hee ampun mak


Dibantu pula oleh Nenet..


Kami posing jela..

Tak lupa juga kopi kisar yang sedap dan wangi. Oleh kerana harga sekilo RM21, maka, mak saya beli 200g saja. Jadilah ;)


Wangi dan sedapppp kopinya

Kami juga ada membeli beberapa kilo buah salak. Nyam! Nyam!


Di gerai menjual buah salak tapi tak ingat kenapa mulut saya macam tu..


The terubuksss..

Bercakap pasal ikan masin terubuk ni, seorang rakan ada memberi cadangan lain selain goreng cili api yang macam selalu kita buat. Caranya ialah ikan terubuk masin steam! Ya, cara lain ialah dengan mengukus ikan terubuk ni. Nak lagi sedap, letak daun kunyit katanya. Maybe daun kunyit tu dibalut kat badan ikan tu kot. Tak sure, nanti nak kena tanye balik. Thanks Mirah (I know you read this! :) )

Baru separuh hari kat Kuching, entry dah berjela. So, update yang ni dulu..Nanti sambung lagi ye..

Like father

Category: Family, Vacation |  Tags: , , | 5 Comments
Monday, September 28th, 2009 | Author: Ujie

Salam sayang kepada bucuk-bucuk sekalian. Cemana raya? Banyak habis? Ke banyak kompol duwet raya? Sape yang banyak abes, sila bersedia dengan Maggi satu katon. Huhu..

Mesti pembaca semua tahu apa makna “Menangguk di air yang keruh” kan? Ertinya, mengambil kesempatan atau cuba untuk mencari peluang tatkala di dalam keadaan genting mahupun sukar. Tapi kali ni, saya bukanlah nak cerita tentang sape-sape yang cuba menangguk di air yang keruh ke atas diri saya, tapi saya nak cerita kisah saya menangguk anak udang di Sungai Selangor yang keruh airnya. Huhu..

Seperti biasa tahun ni, seperti tahun-tahun sebelumnya, saya dan emak wajib balik beraya ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Kami berada di Kuala Selangor hingga hari raya ke-4. Pada hari raya ke-4, sebelum balik semula ke Bukit Beruntung, saya saja mengikut sepupu saya, Kak Kiah (tokey sampan) dan suaminya menangguk anak udang untuk dibuat umpan memancing udang galah bagi kaki-kaki pancing yang akan datang menyewa sampannya.

Lebih kurang jam 12 tengahari (matahari tengah tegak di atas kepala), kami bertiga bergerak ke pelantar sungai yang tidak jauh dari rumah. Dengan topi nyonya, baju lengan panjang, ketupat dan rendang (untuk berkelah dalam sampan), besen dan tangguk besar, kami turun ke dalam sampan. Sebelum bergerak, saya minta anak buah saya (anak Kak Kiah) untuk ambil gambar kami. Pes taim okeh! Bukti! Bukti!

photo3255
Peace!! (gaya tetap)

Menyusuri Sungai Selangor yang keruh, kadangkala timbul juga rasa seram sejuk kalau-kalau terserempak dengan “Sang Libas”. Tapi, InsyaAllah kalau niat kita ikhlas nak beberja, Allah akan memudahkan dan menyelamatkan perjalanan kita. Betul tak? Maklumlah, saya pernah melihat Sang Libas selebar meja makan dalam sungai itu pada tahun 2003 kalau tak silap. Agak kecoh keadaan pada waktu itu. Sampai masuk berita tentangnya dalam suratkhabar Cina.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Walaupun air sungai tersebut keruh, airnya masih dalam kategori Gred A. Saya percaya, ramai pembaca yang tahu bahawa sekiranya udang galah boleh hidup dalam sesebuah sungai, maknanya air sungai tersebut adalah bergred A dan boleh diminum begitu sahaja tanpa dimasak. Tapi yelah, dah keruh macam teh tarik, tak tergamak pulak kita nak minum kan? Tapi, bagi pendapat saya, sungai tersebut masih boleh ditingkatkan lagi kualitinya andai penduduk setempat tidak membuang sampah merata-rata ke dalam sungai. Sesekali apabila suami Kak Kiah membuat drift untuk mengelak batang kayu dan sampah sarap yang terapung di dalam sungai itu, kecut perut jugak saya. Menurut suami Kak Kiah, sampan berenjin sangkut itu boleh menandingi kelajuan sebuah motosikal. Laju kan?

photo3257
Macam teh tarik kan? Tapi gred A okeh..

photo3258
Pemandangan dari depan bot

photo3260
Laju woo sampan nih…

photo3261
Kak Kiah sedang menangguk di air keruh..menangguk anak udang…;)

photo3264
Waweeee…banyaknye…(termasuk sampah sarap daun-daun)

photo3262
Tugas saya membuang sampah sarap yang dikaut sekali dengan anak udang

photo3265
Punyelah panas sampai mata, idong dan mulut saya ilang…

photo3267
Ni baru sikit..sebenarnya 2 besen tau

Setelah sejam menangguk udang, kami pun berehat dan makan bekalan ketupat dan rendang yang dibawa. Pes taim makan dalam sampan. Jakun sikit..Hiks! Selesai makan, kami beralih ke port lain dan sambung lagi..Akhirnya dapat 2 besen anak udang..Lebih kurang pukul 3 petang, kami mula bergerak balik dan sampai ke kampung semula 45 minit kemudian.

photo3270
Wajah seorang tokey sampan (selalu masuk Majalah Pancing, Joran tah ape lagi)

Barulah saya tau ke’hazaban’ Kak Kiah menjalankan kerja-kerja menangguk di air keruh ni. Bukan senang woo, tertonggeng-tonggeng. Jadi, sebungkus anak udang bernilai RM5 untuk dibuat umpan, janganlah dianggap mahal. Perlukan tenaga fizikal yang kuat..

IKLAN KEJAP…

OK, bagi kaki-kaki pancing, kalau berminat nak memancing di Sungai Selangor dan nak menyewa sampan, bolehlah menghubungi Kak Kiah (017-3867376). Anda pasti tidak akan kecewa!

So, ni lah saje kenangan beraya saya. Yang lain, sama macam tahun-tahun lepas. So, takyah ceritala kan..Cerita anda bagaimana?