Archive for the Category » Financial «

Kesian Kan?

Ramai yang ingat Pelan 3 in 1 (Income Protection + Medical Card + Savings) Prudential BSN Takaful mahal. Tapi tadi akak baru buat proposal utk prospect yang umur 26 tahun. Buat masa ni bajet dia sangat tight. So, akak buat beberapa option ikut bajet dia. Surprisingly, dengan hanya SIMPAN RM100/sebulan kat PruBSN, ni benefit yang budak ni akan dapat. :-

1. Perlindungan Pendapatan (meninggal)  = RM20,000
2. Perlindungan Pendapatan (hilang upaya kekal) = RM20,000
3. Terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal = RM10,000
4. Pampasan Kemalangan (kematian/hilang upaya kekal) = RM20,000
5. Kad Perubatan = RM50,000 setahun / RM500,000 seumur hidup
6. Room & Board = RM150/sehari (rasanya ni bilik twin sharing)
7. Elaun Hospital = RM50/sehari (tak kira spital swasta ke kerajaan)
8. Sumbangan PERCUMA sekiranya terkena penyakit kritikal
9. Non-claim bonus = RM100/setahun (dapat duit balik tetiap tahun kalau tak pernah claim dalam tahun tu. Ala, macam NCD kereta)
10. Anggaran simpanan selepas 30 tahun = RM24,000

Tak sangka pulak banyak macam ni. Sampai 10 benefit. Tu baru simpan RM100/sebulan. Walaupun amount yang dia dapat taklah berapa besar, at least for a start, dia ada comprehensive plan berserta dengan medical card. Bayangkan kalau dia simpan lebih daripada RM100/sebulan, lagi besarla protection yang dia akan dapat.

Ahkak pernah tanye pendapat member akak yang jadi doktor. Yelah, macam doktor, biasanya banyak dapat privillege kalo masuk spital kan. Maybe caj surgery tu free, ubat free..

Akak : Kalau ko bukan doktor, ko amik tak medical card?

Member : WAJIB AMIK!! Sebab kalo ko nak tau, caj ubat, hospital sume makin mahal. Tetiap tahun naik. Pastu pulak, kalo ko pegi gov. hospital, ko kena Q sekali dengan Bangla, Indon, Nepal. Kalo ko sanggup tunggu, takyahla amik medical card. Pegi je spital gomen.. Hehe..

Dan walaupun dia doktor, dia tetap ada INSURANS. =) Tapi more to life insurance la to protect income dia..

RM100/sebulan tu bg akak untuk zaman sekarang, NOTHING! Seriously, NOTHING! Sebab, kenapa bila gaji sebulan sekali boleh beli baju baru, tapi reward untuk diri sendiri takde? Kesian tak? Kesian kan?

Jimat RM300 Dalam 30 Hari

Nak baki wang dalam bank kekal empat angka atau lebih? Rahsianya : Kurangkan perbelanjaan. Jom laksanakan seruan pepatah Melayu : “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Oleh Aisyah Wahid & Aini Liyana Abdul Hadi

- Dipetik dari Cosmo Cash, Cosmopolitan, Oktober 2011

Jimat RM5 ke RM10

Jangan beli sayur atau buah-buahan yang sudah dipotong siap, sebaliknya pilih yang belum dibungkus. Kamu mungkin ambil masa lebih lama untuk memotong dan mendadu, tapi kamu juga yang untung sebab dapat berjimat.

Jimat RM15 ke RM20

Kalau nak tahu, harga satu sesi potong rambut di salun akan termasuk sekali dengan bayaran keringkan rambut. Jika kamu minta rambut dibiarkan basah, jurudandan akan kurangkan bayaran. Atau kamu boleh pergi ke salun dengan rambut masih basah, jadi kamu tidak akan dikenakan caj mencuci rambut.

Jimat RM20

Kongsi “pustaka” iTunes kamu – pergi ke preferences dan pilih share – dengan teman-teman serta rakan sepejabat dan minta mereka lakukan yang sama. Jadi kamu tak perlu keluar duit lebih untuk beli CD sbb kamu dapat akses kepada banyak lagu yang dimiliki mereka.

Jimat RM40 ke RM100

Minta tukang kasut “cantikkan” semula kasut lama milikmu. Kamu hanya perlu keluarkan kira-kira RM5 hingga RM20 untuk menggantikan tapak atau tumit kasut – jauh lebih murah dari beli yang baru, betul tak?

Jimat RM60

Ambil giliran untuk anjurkan parti makan malam seminggu sekali dengan teman-teman baikmu. Kos beli barang dapur lebih murah dari keluar makan di restoran. Hanya sekali saja dalam beberapa minggu kamu perlu masak dan jamu mereka makan di rumah, hujung minggu yang lain kamu dapat makan secara percuma di rumah mereka.

Jimat RM15 ke RM50

Kamu “gilakan” aksesori? Dari beli baru, lebih baik tunjukkan kreativiti dengan menggubah stail baru dari aksesori yg lama dan suaikan dgn personalitimu. Anting-anting tinggal sebelah? Gayakannya sebagai loket. Ada rantai yang sudah lama tak pakai? Berikannya sentuhan segar dengan menggantikan talinya dengan reben mengikut warna kesukaanmu.

Switch to our mobile site