Archive for the Category » Food «

Good Evening Bangkok!

Memo : Entry Turki ditangguhkan sebentar bagi memberi laluan kepada Entry Jalan-Jalan Carik Makan.. Huhu..

Sawadeeka.. Motip akak berbahasa Siam? Baru balik dari Bangkokkah? Jangan buat pasal uols. Entry Turki tak abes lagi, dah nak berjalan ke Bangkok plak.. *Pengsan!

Sebenarnya akak bukan pegi Bangkok tapi akak makan kat salah satu restoran Thai kat One Utama tengahari semalam. Nama restoran tu Good Evening Bangkok. Tujuan makan kat situ sebab nak rasa appetizer yang berupa daun kaduk yang digembar-gemburkan sebagai tersangat best oleh kawan akak. So, mari kita coba!

Ni la rupa restoran dia..

Dicilok dari Google – sixthseal.com

Lampu yang romantis

Tempat duduk yang selesa

Kitorang makan nasik dan lauk pauknya dipilih oleh member akak yang kalo kita tengok daripada saiz badannya, macam tak percaya dia boleh makan sebanyak itu lalu kita akan bersyak wasangka adakah beliau membela hantu raya.. *larikkkk…hahaha…

Jom tengok lauk ape yang kitorang amik. Nama makanan ni kalo ikut dalam buku menu dia akak tak ingat sebab nama-nama Siam.. So, belasah je oke.. Baiklah, dipersilakan masuk…

Daun kaduk and the geng

Kaduk ye, bukan sireh!

Sumbatkan dengan kawan-kawan dia yang lain

Haa.. Cara dia macam nenek-nenek kita makan sireh zaman dolu-dolu. Ala-ala sapu dengan kapur, letak gambir, letak pinang.. Gituu.. Tapi yang ni kita sapu dengan sambal dia, pastu letak kacang, letak halia sikit, letak cili api, bawang, limau, udang kering dan kelapa..

Ha, apa macam? Teruja tak? Itu baru appetizer. Meh tengok menu utama pulak.. Dipersilakan masuk mengadap..

Baekk punye rilek udang ni duduk bersandar kan? Siap berenang-renang dalam air kelapa lagi.. Ni tomyam udang..

Daging blackpepper.. Lembut je daging dia..

Asparagus garlic

Ni sape tatau saje la tu kan. Telo dadar ye..

Tak dilupakan teman lelaki mereka… *Tetiba

Mangga laici dan air kelapa berpayung

So, apa macam? Meleleh air liur tak?

Nak tau sedap ke tak?

  • Daun Kaduk & The Geng – Sedap.. Memang layan bila makan walaupun first time cuba..Feeling-feeling makan sireh!
  • Tomyam Udang – Menangessss!! Sedap melampau-lampau!  Lain dari tomyam yang lain..Nak lagi!!
  • Daging Blackpepper – Daging lembotttt.. Senang nak kunyah untuk yang bergigi pelesu.. Rasa pon sedap
  • Asparagus garlic – Sedap jugak
  • Telo Dadar – Motip tatau rasa telo dadar? Ok, tak masin, tak berminyak.. Perfect!
  • Minuman – Mangga laici sedap. Air kelapa tatau. Lupa tanye member akak..

VERDICT OVERALL : Terbaekkk!! Makan sambil meroyan!! Sila lah pegi!!

Harga makanan? Total dua orang makan ni RM144.10. Mahal sikit tapi akak mengambil konsep – Hidup biar sedap!! Hiks..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Good Evening Bangkok
Lot G343A, Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel> 03 – 7727 8708 | Fax> 03 – 7727 8710 | Email> admin@seacuisine.com.my
Business hours :
Monday to Sunday 12:00 noon till 10:00 pm

Gambar Dari FB

Halooo.. Entry kali ni saya nak sumbatkan gambar-gambar dari FB sepanjang cuti empat hari baru-baru ni. Kawan-kawan FB mesti dah menyampah sebab ulang tayang. Wakakkaa.. Sebab dah tatau nak tulis ape, bubuh jela ape yang ada kan..

So lets uols..

Spek Baru

Dah dekat 3 tahun saya tak tukar spek. So, kali ni saya try balik frameless spec. Dulu pernah pakai masa tahun 2004 camtu kot. Tak ingatla.. Ok gak pakai frameless ni cuma kena berhati-hati sebab dia agak fragile. Dahla saya ganas. Tido main himpit-himpit je.. Hiks!

Sila abaikan hidung yang bulat macam jambu air tu.. Soalan yang nak ditanya : Mane lebih makcik? Spek ada frame ke, frameless? Ke sama je ke’makcik’kannya? *Nangesss

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

REM

PM antara saya dan Rem. Ko ada? Haha

Sila rujuk entry Artis Kesayanganku di sini. Last week, member saya Jimmy jadi photographer masa Rem diundang ke konti Gaol.FM. Saya pun paksa dia tunjuk blog saya kat Rem tapi dia tak sempat (atau dia dengki! Muahhaa). Fine! Akak redho. Tapi oleh kerana untuk tidak menghampakan saya, Jimmy pun bagi FB Rem kat saya. Saya pun dengan cargasssssnya meng’add’ dan memPM Abang Remku itteww lalu dijawabnya seperti gambar di atas. Gedixkah aku? Huhu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kawen-kawen

No no no.. Bukan ahkak yang kawen tapi sepupu ahkak yang kami panggil Uteh. Saksikanlah gamba-gamba beliau ;-)

Pose wajib lepas akad nikah

Motip tunjuk tangan macam Dr. Rozmey??

Uteh bersama mak pengantin dan mak saya

Mak saya dan kakaknya

4 Dara Pingitan. Eh choppp!! Yang baju biru tu mak dara!

Pengantin

Bakal pengantin. Opssss!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Soping @ Pasar Pagi Tanjung Karang

Pagi Isnin kami ke Pasar Pagi Tanjung Karang. Macam biasalah, beli ikan sayur, buah-buahan. Sempat jugakla mak saya sebat kasut. Bukan sepasang, tapi dua! Dia cakap kasut yang mula-mula dia beli tu dia ter’beli’ sebab ikut nafsu. Yang kasut kedua tu, baru memang betul-betul dia nak beli. Ok, fine mummy! Haha..

On the way nak ke Tanjung Karang

Muka hepi dapat bersoping

Selipa Facebook. Moteeep?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jalan-jalan Carik Makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram Kuala Selangor

Petang Isnin pulak, saya ajak mak, sepupu, anak buah dan makcik saya makan kat Aroma Ikan Bakar. Kebetulan makcik saya puasa. Bolehla bukak puasa sekali. Kami sampai lebih kurang pukul 6.30 petang. Ingatkan dah abes awal la tu. Sekali, dah penuh daa.. Nasib baik ada satu meja tu dah abes makan. Terus saya chop kat situ. Lepas dah dapat tempat duduk, baru pilih binatang yang nak dimakan.

Lepas dah order makanan, kami lepak sambil amik gamba pemandangan matahari jatuh. Matahari jatuh katanya. Huhu.. Sunset okeh..Cantek sangat ciptaan Allah! Subhanallah..

Oh ya.. Kali ni kami order ikan terubuk, cencaru dan sotong besar. Sayur pulak kami amik kailan ikan masin. Air fresh orange satu jag, air epal dua gelas, air bali segelas. Total lima orang makan RM90! Okla kot. Makanan pun sedap. Puas hati gakla..

 Tengah beratur pilih binatang yang nak dimakan

Tantek kan?

 

 

 

 Tuan tanah kedaung

Pemandangan waktu malam

 Sepupu dan mak saya

 Mem besar

 Ini sotonnn.. Gemuk gile sotong dia

 Kailan ikan masin

 Terubuk bakar nyam nyam

 Masa kitorang nak balik, ramai lagi yang tengah beratur. Tataula pukul bape dorang dapat makan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kemas Keta

Semalam saya kemas boot keta yang dah sipi-sipi macam pusat pelupusan sampah. Keadaan asal takdela seteruk macam ni. Ni lepas saya dah punggah. Pastu baru teringat nak amik gamba dan mengeji diri sendiri di FB. Tu yang rupa macam ni… *Matila penafian sangatzz..Kih kih

Ilang akal macam sarang ularr

Harap-harap dapat bertahan selama sebulan. Wakakka..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saka?

Signbod ni saya jumpa masa amik umpan anak udang dari anak buah saya yang menangguk di Jambatan Kuala Selangor. Ni mesti kes ramai yang dah jumpa ‘mahkluk Allah’ kat sungai tu. Sebab tu signbod ni diletakkan kat situ. Eiii serammmm….

Uols beranii???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thaipussam

Bukan main meriah lagi sambutan Thaipussam kat kuil-kuil sekitar kampung saya kat Kuala Selangor tu. Gamba ni saya snap dari dalam keta masa nak balik Rawang. Macam hari raya kita la jugak. Baju warna-warni. Kunjung-mengunjung. Rasanya kunjung-mengunjung ke kuil je kot. Ke rumah jiran tak pasti pulak. Hiks

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, tamat…

Kemaruk

Saya sekarang tengah kemaruk dengan benda ni…PANNA COTTA!

Padahal pernah rasa sekali je. Tapi dia punya rasa tu, pergghhhh!!! Teringat-ingat sampai sekarang. I want!!!! First time rasa panna cotta ni kat kedai makan William Kelana Jaya tu. Semangkuk kecik tu harga dia RM2. Rupa dia bodoh je tapi bila dimakan dengan coklat cair, mak datuk sedap nak mati! Panna cotta ni merupakan dessert dari Spain.

Saya berazam nak buat sendiri. Bahan-bahan dia pun tak banyak. Nak buat pun amik masa dalam 10-15 minit je kot. Tetapi, ada antara bahan nak buat dia tu, susah nak carik iaitu vanilla extract atau pun boleh jugak guna vanilla bean.

Saya pernah try carik vanilla extract kat Giant. Haram nak jumpa. Semalam, lepas bersenam kat gym, saya pun merayau kat Village Groceries dalam Sunway Giza tu sebab saya tau selalunya dalam Village Groceries tu memang akan jumpa herba-herba atau bahan-bahan masakan western yang kat tempat lain tak ada. Finally! Ada uols, vanilla extract tu. Dalam bentuk serbuk. Harga sekotak kecik (besar kotak tu lebih kurang kotak cokelat Ding Dang) RM38! saya berangan-angan la nak beli. Belek punya belek, ingredients dia 40% alkohol! Hampeh!!! Terus kecewa. Sob sob.. Saya merayau lagi, pegi pulak bahagian sayur-sayuran kot terjumpa vanilla bean (padahal rupa vanilla bean pun tatau cemana). Hampa lagi, sebab tak jumpa.

So, Subuh tadi saya mengGoogle “vanilla extraxt halal” lalu terjumpa website ni http://greenvanillastore.com/. Dia ada jual vanilla bean. Tapi 10 batang harga dia 78 hengget! Koma. Tapi takpe, akan kubeli jugak, Jebat!

Ni dia rupa vanilla bean..

So, nantikan hasil masakan akak. Tahun bila tu tataula.. Hhaha.. Tunggu saya order vanilla bean dulu.. Sebelum tu, saksikan dulu pelbagai rupa dan bentuk panna cotta yang sempat saya Google. Memang menggiurkan!!!



Menarik kan? Ok, nanti kalau yang saya buat tu menjadi, saya akan riak di sini. Kalo tak jadi, haku senyap-senyap je.. Hiks.. Ok, daa…

Category: Food, Recipe  Tags: ,  2 Comments

Puding Triffle Untuk Pengantin

Besok hari Ahad, makcik saya akan melangsungkan perkahwinan anak lelaki dia. So, saya ditugaskan untuk membuat Puding Triffle untuk meja pengantin. Dah baper bulan dah dia pesan supaya bila dekat-dekat nak sampai hari majlis tu, datang rumah dia untuk buatkan triffle tu. So, petang semalam saya dengan sorang member pegilah umah makcik saya kat Padang Jawa.

Sebelum pegi umah dia, saya dah siap-siap dulu beli bahan-bahan untuk buat triffle tu kat Tesco. So, bila sampai je rumah dia, saya mula sinsing lengan buatkan triffle tu. Oleh kerana nak membuat triffle (part kastard dia) ni sedikit hazab, saya dan member saya pun bergilir-gilir mengacau kastard tu selama 1 jam! Sabo jela..

Ni lah hasil dia..

Menggiurkan tak?

15 cawan triffle

Sebelum ni saya pernah tepek resepi nak buat triffle ni. Takpe, saya tepek lagi sekali.. Ni yang lama punye sebab semalam masa buat tu, saya tak sempat nak amik-amik gambo.. Nah!

Bahan-bahan

1. Kek gulung vanilla (kat kedai kek KING’S tu sedap)

2. Tepung kastard (Bird’s Custard)

3. 1 tin susu cair Ideal

4. Jelly Nona – carik yang strawberry atau raspberry. Baru lawa kaler merah

5. Cocktail campuran

6. Gula

7. Air

Cara-cara nak buat

1. Potong kek gulung kepada 12 bahagian.

2. Susun kek gulung ke dalam bekas yang lutsinar (supaya nampak cantik bila dah siap nanti).

3. Masukkan 1 tin susu cair Ideal ke dalam periuk.

4. Masukkan 1 setengah tin air ke dalam periuk yang sama. Guna tin susu tadi untuk sukatan.

5. Masukkan 7 sudu besar tepung kastard ke dalam campuran susu dan air tadi. Jangan membukit. Biarkan rata je dengan sudu. Kang terlebih, keras pulak jadinya.

6. Masukkan 5 sudu besar gula. Serupa jugak. Sukatan gula tu jangan membukit. Rata je dengan sudu. Kalau manis sangat tak sedap. Sebab kek gulung tu dah manis.

7. Kacau campuran tadi sampai larut.

8. Letakkan campuran tadi atas api yang kuat. Kacau selama 10 minit.

9. Kecilkan api dan kacau lagi selama 45 minit. Diulangi, 45 minit. Pendek kata, saya sampai bawak kerusi duduk tepi dapur. Lenguh siot tangan nak mengacaunya.

10. Matikan api dan tuang atas kek yang dah disusun tadi. Biar kek tenggelam.

11. Biarkan sejuk selama 10 minit.

12. Taburkan cocktail buah-buahan atas trifle yang separuh siap tadi.

 

13. Larutkan jelly ke dalam 400ml air panas. Tak payah masak atas dapur.

14. Tuangkan atas campuran kek, kastard dan cocktail tadi.

15. Sejukkan dalam peti sejuk.

16. Sendiri pikirla. Mustilah MAKAN TIME. Sedap makan masa sejuk.


Trifle yang saya letakkan dalam bekas kecik sesuai untuk dimakan sekali ngap sahaja!

Selamat mencuba!

 

Category: Food, Recipe  Tags:  Leave a Comment

Misi Mencari Mille Crêpes

Tajuk entry kali ni saya tiru daripada tajuk entry blog orang yang bertanggungjawab membawa saya ke kancah ketagihan terhadap Mille Crêpes. Uols tau tak kejadah apakah Mille Crêpes ittew?

Mille Crêpes bermaksud “a thousand crêpes” dalam bahasa Peranchis. Mille Crêpes ni bolehlah dikatakan sejenis kek yang terdiri daripada beberapa lapisan. Di antara lapisan tu pulak disapu krim berperisa tertentu. Ada perisa mangga, strawberry, coklat, vanilla dan lain-lain lagi. Dia macam kek lapis tapi bukan kek lapis tau. Dia lagi sedap dari kek lapis. Haa, gitu. Mehla saya tunjuk sikit gamba yang saya Google untuk menunjukkan apalah rupa Mille Crêpes yang saya bebel-bebel nih.

 

Nanges tak tengok gamba-gamba ni? Mesti tak, kan? Sebab rupa dia macam kek lapis biasa je. Akan tatapiiii! Rasa dia Ya Allah, sedap nak mati. Lepas mati, tanam, hidup balik, mati balik, bangun balik. Haa macam tulah.. *Overnye ko bergebang! Tapi memang sedap sangat.

So, berbalik kepada misi mencari benda alah ni tadi. Kebetulan saya dan kawan saya ada urusan di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Tetiba ternampak pulak kedai yang ada menjual Mille Crêpes ni. Try la masuk. Selama ni tak nampak pun kedai ni. Nampak sebenarnya tapi tak teringin nak masuk. Oh lupa plak, nama restoran tu ialah Austin Chase. Dia bersetentangan dengan George Town White Coffee. Selama ni ingatkan restoran omputeh mane. Rupanya Austin Chase ni start kat Malaysia dan Singapore daa..

Untuk website rasmi Austin Chase, klik sini!

Selain kat Austin Chase, ada gak tempat lain yang jual Mille Crêpes tu iaitu satu lagi kat Food Foundry, PJ Seksyen 17 menurut kata orang yang bertanggungjawab ittew.

Sebaik melangkah masuk ke Austin Chase tu, saya dan kawan saya carik tempat duduk yang tersorok sikit. So, kalau nak buat perangai ala-ala K.G.com tu takla malu sangat kan.. Saya dah SMS siap-siap orang yang bertanggungjawab tu. “Iols kat Wangsa Walk. Ada Austin Chase. Ape sajesyen uols?” dan direplynya “Peanut butter berry“. Malangnya flavor tu takde. Saya tanya budak waiter tu mane yang sedap. Dia cakap Swiss Chocholate Velvet. So atas dasar kepercayaan sebab tak pernah makan, maka saya ikut je cakap budak tu. Saya order sepotong bersama Ice Blended Mocha. Kawan saya pulak order Spagethi Carbonara dan Passion Mango.

Sampai je makanan, perkara pertama yang dibuat ialah amik gamba. Biasalah jakun kan. Lagipun sebagai bukti beb..Bukti. Keh keh.. Baiklah, kita persilakan masuk ……. (tiru ayat member blog)

 

Ya.. Cik Adik Manis Swiss Chocholate Velvet Mille Crêpes

Dan rakan seperjuangan beliau..

Encik Spaghetti Carbonara yang sedap gileeee…. Nak lagiiiii!!!

Tak dilupakan pengapit mereka..

Ice Blended Mocha dan Passion Manggo. Nampak pulak beg laptop pink member saya tu..

Memula saya potong sikit, masuk dalam mulut. Ya Allah sedapnya. Potong lagi, sumbat lagi dalam mulut. Sedapnya. Pastu kawan saya pulak rasa. Haahla, sedap kata dia. Rasa macam kita makan kain. Kain yang kenyal. Haha. Cemana tah nak explain rasa tekstur dia. Pastu saya pun nak tengok apebenda dia letak antara lapisan tu. Saya pun selak satu-satu. Kalau kek lapis biasa, bila kita selak, mesti dia berderai kan? Ni tak, dia macam kita selak kain. Oppss!

Cik Mille Crêpes yang telah diselak satu persatu..

Harga sepotong Mille Crêpes tu kat Austin Chase ni ialah RM14.90. Yang kat Food Foundry tu dalam RM9 camtu. Try laa.. Korang mesti tak akan menyesal. Saya rasa pasni nak makan lagi sekali. Rupanya area Kota Damansara ni ada Austin Chase ni. Kat Sunway Giza. Takpe, nanti boleh gi makan lagi. Ko tunggu ye Mille Crêpes!!!

Dan mestilah diakhiri dengan muka tuan tanah kedaung yang kegembiraan dan kepuasan tidak terperi lepas melantak Mille Crêpes!!!