Archive for the Category » Food «

Sayang Sarawak – Part 6

Gembira betul hati dapat jenjalan kat SCV. Selepas berehat dan solat Jamak Maghrib dan Isyak, saya minta Wal amik kami di hotel pukul 8.30 malam. Agenda malam ini akan diteruskan untuk makan Ayam Penyet di Kedai Raja Ayam Penyet. Acara malam ini tidak disertai oleh The Neneks. Sebab dorang berdua lepas solat je dah terbaring kepenatan. Maklumlah, seharian kepenatan di SCV. So, hanya The Daras dan The Teruna je.

Meskipun ada sedikit kontroversi tentang Raja Ayam Penyet tu (rasanya tak perlu saya ulas di sini – tak pasal aku kena saman kang. Huhu), kami tetap makan di situ. Sebelum masuk, mulut saya terkumat kamit baca segala Ayat Kursi dengan harapan takdelah apa-apa yang mengganggu. Hehe (*matila aku makan kencing setan…opsss)

Seperti kata Mirah, saya lihat gerai Raja Ayam Penyet ini memang tak henti-henti dikunjungi pengunjung yang ingin merasakan sendiri kesedapan makanan yang berasal dari Surabaya Indonesia itu. Gerai ini terletak berhampiran dengan Masjid Bahagian Kuching.

Satu set Ayam Penyet ini berharga RM7 yang terdiri daripada nasi putih, ayam berempah, sambal, sayur-sayuran seperti ulam raja dan kobes. Sambal dia nauzubillah, pedas gilerrr. Saya cuit sikit-sikit je. Memang makanan dia kering camni ye Mirah oii? Kami juga turut tapau sebungkus untuk The Neneks. Jadilah, sorang sikit merasa.


Rupa Raja Ayam Penyetcurik dari Google sebab gamba yang saya amik pakai henpon tak terang. Nyesal tak soh Wal bawak kamera dia..

Selesai makan, jeng jeng jeng…Aktiviti seterusnya ialah berkaraoke. Haha! Bak kata seorang rakan saya, “Aii..Trip 3 hari pun sempat ko berkaraoke?”. Haha, yelah..ape lagi nak dibuat malam-malam buta. Apa salahnya berjimba sekali-sekala kan?

Selepas beberapa kali berpusing-pusing (nampak sangat aktiviti ni tak diredhai Allah), akhirnya Wal menemui juga tempat karaoke. Dia ni nama je orang Sarawak, banyak tempat dia fail. Lagipun mamat ni baik. Tak pernah pegi tempat-tempat lagha macam ni. Bagus kalo dibuat menantu mamat nih. Heehee..

Yang menggeletek nak melalak cuma saya sorang. Ana memang dari dalam kereta lagi tak nak join nyanyi. Hampeh. Saya paksa-paksa jugak Wal. Macam-macam alasan. Suara tak sedaplah. Tatau nyanyi lah.. Sekali, haa…hambek ko. Lagu Gun N Roses ngan Metallica dibantainya. Siap head banging lagik.. Terus saya simpan mikrofon. Haha!


Di minit-minit pertama. Cool je nyanyi. Nyanyi pon sambil duduk


Roh Gun N Roses dah meresap sikit


Ohh wo wooo..Sweet Child of Mine…Ohh wo wooo..Sweet Child of Mine…Yeaahhh!!

Saya seperti biasa lagu wajib – Curiga (Ning Baizura), Setiaku di Sini (Ziana Zain) dan Laguku Untukmu (Meet Uncle Hussin). Stok lagu pilihan tak nak kalah. Sume high pitch. Bila tak sampai, budak-budak berdua tu jadi tukang gelak. Arrrgghh!! Fedullikkk!!

Oh, ya..Bayaran sorang? RM8 satu kepala untuk satu jam. So, 3 orang RM24 la. Okla tu kot. Bilik pon besar. Boleh masuk 6-7 orang kot.

Lepas melalak, kami balik ke hotel. Sampai hotel lebih kurang 11.30 malam. Besok, hari terakhir di Kuching, nak kena kemas-kemas beg. Malasnya..

Sayang Sarawak – Part 3

Lebih kurang jam 8 malam, selepas puas berposing di Waterfront, kami dibawa Wal ke Medan Ikan Bakar Top Spot untuk menjamu selera. Sepenuh-penuh manusia dalam tu. Pelbagai deretan gerai ikan bakar dan makanan laut ada di Top Spot. Pilih saja mana yang berkenan di hati. Wal telah memilih gerai No 25 sebagai tempat kami menjamu selera malam itu.

Apa-apa pun, kena pose dulu kat pintu masuk.. :)

Kami yang laparrrrrrrrrr


Top Spot Seafood


Pelbagai jenis makanan laut sedia untuk dipilih

Yang tengah-tengah tu timun laut (gamat??)


Rasa macam nak makan sume..boley??


Gerai No. 25


Tensen tunggu makanan belom sampai..


Budak paling kuat makan malam tu *Fitnah..Hee..

Malam itu, ramai betul orang. Siap ada meja yang dah direserved lagi. Kami terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit untuk dapat makanan (kira cepat gak ni kan?). Dan inilah makanan yang kami pilih..

Terubuk Bakar

Butter Prawn


Oyster Omelette - First time makan menda alah ni..

Tomyam Campur


Sayur Midinbentuk dan rasa dia macam pucuk paku


Licinnn!!!

Total harga makanan malam itu untuk kami berlima ialah RM120. Bagi saya harganya murah kalau nak dibandingkan dengan Muara Ikan Bakar Port Klang dan Umbai, Melaka.

Selepas makan, kami pulang ke hotel dan berehat sebab aktiviti keesokan hari lagi best..

Goli Den!

Ingat tak iklan cat beberapa tahun nan silam? Iklan cat Glidden. Goli den..tapi kali ni saya bukan nak cerita pasal iklan cat Glidden…tapi…

AMARAN : Entry di bawah berkemungkinan akan menimbulkan huru-hara di kalangan pelanggan-pelanggan tegar restoran mamak. Sebarang komplikasi seperti muntah, pening atau loya akibat membaca entry ini adalah di bawah tanggungjawab masing-masing. Selaku tuan tanah kepada ujie.com, penulis tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Sekian, trima kasut..

Kita semua memang biasa makan di restoran mamak, kan? Kalau bukan sehari sekali, mungkin seminggu sekali atau sebulan sekali pastinya. Sarapan pagi ataupun saja-saja supper sambil menonton perlawanan bola. Menu utama yang dipesan? Pastinya roti canai.

roti-canai
Roti canai mamak yang menggiurkan

TETAPI, sejak diceritakan satu kes oleh kawan saya sendiri tentang kejadian yang disaksikan sendiri oleh mata kepalanya, saya telah boikot restoran mamak. Tapi, roti canai sajalah. Hiks!

Bagi sesiapa yang pernah sampai ke pekan Rawang, mungkin perasan sebuah restoran mamak Ali Maju (takpe ke sebut nama restoran ni eh? Kang kena saman pulak..) di selekoh berhadapan dengan Balai Polis Rawang. Suatu hari seorang rakan saya minum-minum di restoran tersebut. Dah puas lepak-lepak, dia terasa nak ke tandas. Dalam perjalanan ke tandas, dia melintas dapur. Tiba-tiba, jeng jeng jeng…BAEEKKKK punya mamak tu tengah uli doh roti canai pakai kaki. KAKI!!!! Uweekkkkkk……….terus dia rasa nak muntah. Bila ditanya, mamak tu cakap, mana larat pakai tangan.

Teori saya : Penat wooo…nak uli pakai tangan. Tambahan pula restoran mamak yang beroperasi 24 jam. 7 hari seminggu. 365 hari setahun.

Sejak itu, saya pangkah makan roti canai di kedai mamak. Maybe kalau nak makan sangat pun kat kedai mamak, kita order mee goreng ke, tosai ke (tosai tak yah uli-uli kan? dia bancuh je kan…).Sebelum ni saya memang pernah dengar cerita je pasal ni. Tapi bila kawan saya sendiri yang tengok, barulah saya percaya. Agaknya bape banyak kuman kat kaki mamaklah yang saya dah telan. Kalau kaki tu ada cagu? Sendiri jawab. Haha..

Sekarang, kalau teringin nak makan roti canai, saya makan kat kedai Melayu yang ada jual roti canai. Tapi, kalau dorang uli gak pakai kaki, memang syaitonirrojim la…Kuang ajaq!

Hmm…ada yang muntah? Sekian saja cerita saya. Lepas ni, terpulang kepada anda. Nak bedal roti canai kat mamak lagi atau tidak. Tepuk dada, tanya selera..

Jap, jap…Cuba korang bayangkan kaki mamak yang uli roti canai tu camni..

kaki

UWEKKKKKKKKKK!!!!!!!!!

Haha, jangan marah haa….Sila muntah di luar. Kang abes kibod korang..

Category: Food  Tags: ,  4 Comments

Cikgu Norkiah Hanum

Haha! Saya baru balik dari Padang Jawa. Menjadi Cikgu Norkiah Hanum. Cikgu kelas masak-memasak macam dalam cerita Masam-masam Manis. Hiks!

Sebenarnya saya dijemput oleh makcik saya untuk mengajar sekumpulan surirumah untuk membuat Triffle. Biasanya setiap hari Selasa, mereka akan berkumpul di Tadika Padang Jawa untuk kelas memasak. Dalam sebulan tu, 2 kali mereka akan diajar oleh seorang guru yang didatangkan dari KEMAS dan lagi 2 kali tu, pandai-pandailah mereka nak jemput sesiapa. Takpun, di antara mereka juga kadang-kadang yang jadi cikgu. Kongsi-kongsi resipi kata orang.

Kelas memasak tadi bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Anak murid saya semuanya 13 orang tadi. Sorang satu saya bagi salinan resipi. Senang kalau mereka nak buat sendiri nanti.

resipi
Salinan resipi

Bahan-bahan untuk membuat triffle, saya dah beli siap-siap di Giant Kotadem. Mujur periuk belanga, senduk, sudu, dapur masak semua dah tersedia di Tadika tersebut. Jadi senang kerja. Yang bestnya lagi, saya tunjuk sikit-sikit je. Makcik-makcik tu lah yang bergilir-gilir mengacau kastard – part yang paling menyeksakan. Huhu. Lenguh weii. 4 orang makcik-makcik bergilir-gilir pass senduk. Huhu..

Setelah bertungkus-lumus selama sejam, akhirnya siap jugak. Dan terima kasih juga kepada peti ais yang ada kat dalam Tadika tu. Kira complete macam rumahlah. Senang nak sejukkan triffle. Bila dah sejuk, makcik-makcik tu bawak balik sorang sikit. Triffle tu kan lembut, so, korek pakai senduk dan masukkan dalam plastik. Belasah jelah, janji sorang sikit dapat merasa. Sorry, takda gambar sebab henpon saya kong plak. Tensen siut!!

Dan yang paling best, tetiba saya dapat upah! Haha! Ingatkan tolong ajar gitu-gitu aje. Tak sangka pulak ada saguhati. Blehla, kaver duit minyak.

Ye, saya jadi Cikgu Norkiah. Cikgu kelas masak-memasak. Bukan pompan kabaret yang menyanyi di Copa Cabana Nite Club, ok..Huhu…

Cubaan Pertama Membuat Trifle

Member sefakulti saya di UTM dulu menjemput saya dan beberapa orang rakan lagi ke rumah barunya di Taman Nusa Rhu semalam. Ala-ala open house @ house warming. Tapi kena bawak makanan sendiri. Bley?? Oklah, potluck party..

Tuan rumah dah cop Sate Kajang Hj Samuri. So, orang lain kena bawak makanan lainlah. Ada yang nak bawak spagethi lah, kek lah. Saya fikir-fikir nak bawak apa ye. Pikir punya pikir, akhirnya saya plan nak buat trifle cocktail. Pes taim nak buat nih…Neves ok…

Maka, malam semalam saya bertungkus-lumuslah membuat trifle cocktail ni untuk kali pertama. Bila dah siap, cam sedap pulak. Huhu..Rasa berbaloi duduk kat dapur tak bergerak-gerak. Lama siot nak buat dia..

Ni lah rupa trifle..

Opp…tapi yang ni bukan saya buat…ni gambar saya Google..Saya punya kejap lagi kita tengok ok..

Sebelum tu, meh saya share cara buat dia..

Bahan-bahan

1. Kek gulung vanilla (kat kedai kek KING’S tu sedap)

2. Tepung kastard (Bird’s Custard)

3. 1 tin susu cair Ideal

4. Jelly Nona

5. Cocktail campuran

6. Gula

7. Air

Cara-cara nak buat

1. Potong kek gulung kepada 12 bahagian.

2. Susun kek gulung ke dalam bekas yang lutsinar (supaya nampak cantik bila dah siap nanti).

3. Masukkan 1 tin susu cair Ideal ke dalam periuk.

4. Masukkan 1 setengah tin air ke dalam periuk yang sama. Guna tin susu tadi untuk sukatan.

5. Masukkan 7 sudu besar tepung kastard ke dalam campuran susu dan air tadi. Jangan membukit. Biarkan rata je dengan sudu. Kang terlebih, keras pulak jadinya.

6. Masukkan 5 sudu besar gula. Serupa jugak. Sukatan gula tu jangan membukit. Rata je dengan sudu. Kalau manis sangat tak sedap. Sebab kek gulung tu dah manis.

7. Kacau campuran tadi sampai larut.

8. Letakkan campuran tadi atas api yang kuat. Kacau selama 10 minit.

9. Kecilkan api dan kacau lagi selama 45 minit. Diulangi, 45 minit. Pendek kata, saya sampai bawak kerusi duduk tepi dapur. Lenguh siot tangan nak mengacaunya.

10. Matikan api dan tuang atas kek yang dah disusun tadi. Biar kek tenggelam.

11. Biarkan sejuk selama 10 minit.

12. Taburkan cocktail buah-buahan atas trifle yang separuh siap tadi.


13. Larutkan jelly ke dalam 400ml air panas. Tak payah masak atas dapur.

14. Tuangkan atas campuran kek, kastard dan cocktail tadi.

15. Sejukkan dalam peti sejuk.

16. Sendiri pikirla. Mustilah MAKAN TIME. Sedap makan masa sejuk.


Trifle yang saya letakkan dalam bekas kecik sesuai untuk dimakan sekali ngap sahaja!

** Baru saya tau, dessert ni diberi nama TRIFFLE sebab ada 3 bahan utama untuk membuatnya iaitu KEK, KASTARD dan JELLY..

SELAMAT MENCUBA…

Category: Food  Tags: , ,  9 Comments