Archive for the Category » Funny «

Kisah Asep Yang Gagap

Pernah tak dengar kisah Asep Yang Gagap? Haa..Kisah ini diceritakan oleh Pak Widi yang dijemput oleh PruBSN Takaful bagi memberi semangat kepada kami untuk terus berusaha pada tahun 2012 ini. Alhamdulillah, pada tahun ini sekali lagi Prudential BSN Takaful telah menjadi Syarikat Penyedia Takaful No. 1 Malaysia dari segi jualan untuk pemegang polisi baru (lebih daripada RM200 juta!) dan meninggalkan jauh pesaing kami yang lain. Takyahla sebut nama dorang kan..

So, Pak Widi ni merupakan Pengurus Agensi Prudential yang sangat berjaya di Indonesia. Seronok sangat dengar dia bagi motivasi dan bercerita. Dia cakap, masa memula dia join jadi agent Prudential, dia terpaksa buat 168 presentation kat client. Semuanya kena reject sampailah ke presentation yang ke-168, baru close satu kes. Kalau saya jadi dia, dah lama give up kot. Yelah, duit tak ada, kena reject pulak tu. Cemana tak down. Tapi tu la, Pak Widi cakap, kalau dia give up sebelum presentation yang ke-168 tu, agaknya dia tak akan jadi macam sekarang. So, dia nasihatkan kami supaya jangan give up. Usaha sebaik mungkin. Usaha sampai titisan darah terkahir. Haa.. gitu..

Ok, kembali kepada Kisah Asep Yang Gagap.

Macam nilah lebih kurang ceritanya.. *mainkan lagu Ombak Rindu plis! Matila takde kena mengena.

Asep ni seorang lelaki yang gagap. Satu hari dia dibuang kerja. Bila dah dibuang kerja, dia pun carik kerja lain. Dia mintak kerja kat satu syarikat pengedar suratkhabar (atau disebut sebagai koran di Indonesia). Sape-sape yang pernah pegi Jakarta mesti tau cemana budak-budak kat sana jual suratkhabar kan? Biasanya di jalanan, dorang akan ketuk cermin kereta dan jual suratkhabar kat orang-orang yang tengah stuck dalam jem (macet) tu sambil jerit “Koraannn!!! Koraaannn!!!”.

Camnilah lebih kurang dialog Asep dengan bos suratkhabar tu..

Asep : Assa.. assalamu.. alaikum.. Naa.. naa..nama saya.. Aaaa..aa..sepp.. Saa.. saa.. saya.. mau min..min..ta kerja..

Bos : *dalam hati (Bagaimana mau kerja kalau gagap?). Oke, kamu boleh berkerja di sini. Nah, ambil ni 10 keping koran ini untuk dijual (bos dia tetap bagi peluang kat Asep)

Asep pun amik suratkhabar tu, dan mula pergi menjual. Bila petang tu, dia kembali ke pejabat dengan kesemua suratkhabarnya habis dijual. Bos dia terkejut.

Pagi besoknya, bos dia naikkan lagi jadi 15 naskhah. Petang besoknya, bila dia balik ke pejabat, suratkhabarnya habis lagi. Dan seterusnya, hari-hari suratkhabarnya habis dijual. Lepas seminggu, bos dia buat satu meeting bersama-sama dengan penjual-penjual koran yang lain. Ada yang lebih senior dari Asep.

Bos : Baiklah, hari ini kita akan dengar rahsia daripada Asep bagaimana dia boleh menjual koran walaupun dia gagap.

Budak-budak lain pun mencebik. Maklumlah, Asep kan junior lagi. “Anak baru” kata orang Indonesia. Asep pun ke depan dan mula berkongsi rahsianya.

Asep : Hai… Saa..saa…saya Aa..Aasep… *budak-budak lain dah bantai gelakkan dia. Sa..sa..saya anak ba..ba..baru di sini.. Ti.. tiap ha..hari, Asep aaa..akan per..pergi da..dari apart..aparment ke apartment un..untuk ju..jual koran.. *orang lain dengar dia nak mengabeskan ayat pun penat.

 

Arrgghh…gua taip pun penat.. Haha..okla, taip cam biasa.. Ok, sambung balik..

Asep : Begini.. Asep akan ketuk pintu-pintu aparment “Tok! Tok! Tok!”. Maka bila ibu atau bapak yang keluar, Asep akan bertanya sama ada mereka mahu membeli koran atau enggak. Sekiranya mereka tidak mahu membeli koran Asep, Asep tidak akan berputus asa. Asep akan bilang kepada mereka “Tak mengapa ibu..bapak.. Kaa..kaa..kalau i..ibu..atau baa..bapak enggak mau beli koran, Asep enggak apa-apa. Asep boleh bacakan untuk ibu dan bapak koran ini dari halaman pertama sehingga habis. Biar Asep bacakan ya?

Ibu/Bapak : Eh, kalau begitu enggak apa-apa. Kami beli..kami beli..

Hahaa.. Bila dengar je Asep nak tolong bacakan suratkhabar tu untuk dorang, terus je dorang beli suratkhabar tu. Gilerr kau! nak tunggu sampai Asep abes baca, mau pagi besok pun tak abes-abes dia baca. Hahahaa….

So, menyedari dirinya yang kekurangan dan tidak mampu menjual suratkhabar seperti rakan-rakannya yang lain, Asep menukar strategi menggunakan cara dan pendekatan yang berbeza. Kreatif kan! Kalau dia jual suratkhabar kat jalanan, serupa macam kawan-kawan dia yang lain, mesti suratkhabar dia tak abes dijual. Sape nak beli dari budak gagap. Nak jerit “Kor..kor..koran” pun lama..

So, kesimpulan daripada cerita Asep ni tadi, saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain, kalau kita berdepan dengan masalah atau halangan dalam menempuh apa-apa yang kita nak buat, janganlah kita berputus asa. Think out of the box! Tak dapat cara ni, guna cara lain. Orang yang berjaya biasanya dia tak buat cara yang sama dengan orang biasa. Dorang buat benda yang sama dengan cara yang berbeza! Don’t do different things, but do things differently! Wah gitu..

Ok, sama-samalah kita berusaha untuk lebih berjaya tahun ni okeh.. Oh ya, PruBSN Takaful punye contest tahun ni pegi trip ke Switzerland. So, kalau ada kawan-kawan, atau adik-adik, atau ada sedara mara yang nak try jadi agent PruBSN Takaful, jangan malu-malu dan segan silu nak contact saya. InsyaAllah kita akan berjaya bersama-sama. Amin..

Daaa….

Mengaji : Kenangan Mengusik Jiwa

Kali ni saya nak cite pasal mengaji masa zaman kecik-kecik dulu. Asyik cite kenangan masa kecik-kecik je kan.. Nampak sangat tanak terima hakikat diriku ini sudah kertu.. Hak hak..

Saya dah dihantar belajar mengaji oleh mak saya seawal umur 6 tahun. Pengalaman pertama belajar mengaji Muqaddam adalah dengan seorang nenek di kampung saya. Pastu tak ingat cemana boleh stop dengan nenek tu. Lepas tu mengaji pulak dengan ustazah sekolah agama saya. Saya akan datang ke rumah dia setiap kali lepas Maghrib. Yang ni pun sama, tak ingat kenapa saya berhenti. Mungkin sebab ustazah tu berpindah kot.

Sampailah akhirnya saya naik Al-Quran masa darjah 4. Lambat kan? Orang lain dah start mengaji Al-Quran dari darjah satu kot. Kali ni saya mengaji dengan mak member saya. Cik Enon namanya. Saya mengaji dengan dia sampai saya darjah 6. Hahaha, hilang akal nak abeskan satu Al-Quran sampai 3 tahun. Cik Enon akan start mengajar setiap kali lepas Maghrib dan kami akan cuti mengaji setiap Malam Jumaat. Time ni lah baru boleh tengok TV kat rumah. Heaven!

Ramai gak budak-budak yang belajar mengaji dengan Cik Enon. So setiap orang akan dapat giliran masing-masing mengikut siapa yang sampai dulu kat rumah Cik Enon. Kalau kebetulan kami terserempak depan umah Cik Enon, kami akan memecut lari untuk pastikan yang masing-masing akan sampai dulu. Termengah-mengah dibuatnya.

Sape dapat giliran pertama, bestla. Lepas mengaji boleh balik awal. Kalau lambat, biasanya dekat pukul 10 malam baru dapat balik. Kalau pegi mengaji dengan member, kenalah pulak tunggu member abes mengaji. Kang nak balik sorang-sorang, takut pulak. Lebih-lebih lagi bila saya ingatkan nak kena lalu depan pokok kekabu sebelum sampai rumah saya.

Bercakap pasal berebut siapa dulu nak mengaji ni, memanglah kelakar. Saya biasanya akan bergaduh berebut giliran dengan seorang budak lelaki yang kami panggil Oden (nama sebenar Nordin). Camnila lebih kurang ilustrasi di tempat kejadian.

Merujuk kepada rajah di atas, si A sedang mengaji dengan Cik Enon. Saya di sebelah kiri dan Oden di sebelah kanan sedang menunggu giliran. Masing-masing dalam keadaan bersiap sedia nak berebut tempat lepas si A abes mengaji. Kiranya rehal akan bertemu rehal lah. Punyelah rapat. Bila si A abes mengaji dan angkat je rehal dan Al-Quran dia, saya dan Oden akan cepat-cepat tarik rehal masing-masing untuk dibawak ke hadapan Cik Enon. Biasanya akan berlaku pertembungan dahsyat begini..

Hahaha.. Keji kan? Pastu Cik Enon akan mula bantai rotan dia kat lantai bagi kami takut. Pastu mulalah berebut “Saya sampai dulu, cik“. Yang si Oden pulak, “Saya cik“. Sudahnya Ck Enon yang akan menentukan giliran. Selalunya saya menang sebab rumah saya jauh. Rumah Oden dekat je dengan rumah Ck Enon tu. Hhaha puas hati beta! Tak pun, lepas tarik je rehal, terus baca Bismillahirahmanirrahim dengan harapan sebagai tanda yang dah cop dulu giliran. Padahal tak bukak lagi mukasurat nak dibaca. Pastu baru terkial-kial carik. Nasib baik ada penanda/penunjuk duri landak. Hihi..

Masa balik mengaji pulak, biasanya kalau lalu je kat tempat gelap, masing-masing akan takut. Kang mulalah yang sorang ni jerit, dah masing-masing lari terkincit-kincit ketakutan. Ada sekali tu saya pakai spende yang dah longgar getahnya. Terus tercicir spenda haku tengah jalan. Muahahhaa bongok giler..

Saya khatam Al-Quran pertengahan tahun darjah 6. Masa hari khatam tu, mak saya buat pulut kuning untuk disedekahkan kat kawan-kawan yang sama mengaji dengan Cik Enon.

Camtulah pengalaman saya mengaji.. Uols cemana pulak?

Ujie Yang Keji!

Pada entry semalam, saya ada cerita sikit tentang misi saya mencarik hadiah besday untuk member saya tu kan? Marilah kita namakan beliau sebagai Pompan Girang Kotadem (sebab dia dok kat Kota Damansara jugak). Sebenarnya ada peristiwa ngeri yang berlaku semasa nak menyerahkan hadiah tu kat dia. Cerita di bawah saya kopes (kopi pes) semula daripada entry blog seorang rakan kami di mana saya menjadi penulis undangan untuk menceritakan detik-detik sambutan besday Pompan Girang Kotadem tersebut. Peristiwa ini berlaku pada 8 Jun yang lepas dan entrynya ditulis pada 9 Jun. Cekidaut!!!

Opppp sebelum tu, sebagai panduan untuk pemahaman teks di bawah, saya akan senaraikan watak-watak yang terlibat dalam entry tersebut :-

BA = Pompan Girang Kotadem a.k.a Besday Girl

Cikdu (sebutan manja untuk Cikgu) = Pemilik blog yang bagi saya tumpang jadi Penulis Undangan

Kawan Baik a.k.a KB = Suami BA

Budak Havoc = Pembaca-pembaca blog Cikdu

BW, Mak Inah & Ungu = Rakan Havoc

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Pompuan Girang’s Besday Selebrasi oleh Penulis Undangan Si Budak Ujie Yang Keji

8 Jun 2011

Berikut merupakan kronologi peristiwa sambutan birthday pompan girang Kotadem.. Seawal 6.30 pagi semalam, aku dah sms BA untuk wish birthday dia. Tapi aku pelik kenapa cikdu tak wish pun kat entry dia semalam. Bila aku cek kat senarai birthday budak-budak Havoc, rupanya birthday BA, cikdu tulis 9 Jun (arini). Sama ada cikdu silap, atau BA feeling-feeling muda sehari. Hiks

So, semalam jugak dalam pukul 9 pagi, aku sms pulak Kawan Baik ~ “BA pegi spital jaga mak dia kan? Dia tido sana ke, balik Kotadem?. Sebab kitorang ingat nak buat surprise untuk dia. Nak datang rumah bagi hadiah

Kawan Baik reply “Dia balik tapi tatau lagi pukul berapa. Petang nanti saya inform

Nanti delete sms ni tau. Takut BA baca, kantoi pulak“, aku bagi pesanan kat Kawan Baik.

So, macam biasa aku sambunglah buat keje-keje aku. Siap pegi amik kawan aku yang datang dari Tioman kat Stesen Bandar Tasik Selatan sume. Dalam pukul 5.30 petang, Kawan Baik sms. “BA balik malam ni dalam kul 7.30. Apakata saya bawak dia kuar makan, korang duduk dalam rumah. Saya tinggalkan kunci dalam kasut“.

Aku forward sms tu kat cikdu. Cikdu memberi suggestion ~ “Ok gak tu. Ko buat rumah dia alala dirampok. Biar dia masuk dulu, KB masuk lambat. Mau meroyan dia. Hahahha.. Jangan lupa sesi telur“.

Hahaha BA, keji kan cikdu? Ni semua dia punye angkara!

Aku sms tanye Kawan Baik, ok ke idea merompak tu. Ko tau ape Kawan Baik reply, ha BA?

Ok sangat ler tu. Nanti pape saya bagitau

Wah gitu… Ada ko dapat laki macam ni Mak Inah? Haha

Wahhh!!! Dapat je idea tu, terus cargas susun plan dengan BW sume. Disebabkan kehazaban nak amik BW kat umah dia, senang citer aku kutip je BW kat LRT Kelana Jaya. Dari Kotadem nak ke LRT tu pun agak hazab gak tapi aku berjaya kutip dia lebih kurang kul 7.15. Kawan Baik plak sms bagitau BA stuck dalam jem kat Subang. Maybe lambat sikit sampai.

Masuk je keta, BW cakap “Nyah, nyah..aku nak beli belon la. Memang dah tugas aku tiup belon kalau GBS buat party“.

Hhahha.. Ko ada kawan segigih ni meraikan besday ko Ungu? So sampai je semula kat Kotadem, aku ngan BW terjah Speedmart carik belon ngan benda letup-letup tu. Lepas tu, terus tapau makanan bawak balik makan kat rumah sementara tunggu Kawan Baik bagi signal untuk merompak rumah dia. Hahah macam Ali Baba Bujang Lapok daaaa.. Sempatlah balut hadiah BA yang berupa i-Pad ittew dengan sokkabar.. Berserta dengan hadiah sampingan yang lain. Hiks

Lebih kurang 8.30 malam, Kawan Baik sms “Baru kuar rumah. Kunci dalam kasut ijau“.

Kitorang pun menggelupur kuar dari rumah aku nak merampok rumah BA. On the way tu, baru teringat pulak telur tak bawak. Singgah la pulak kedai Aceh beli telur 3 bijik. Memula aku suruh BW beli 2 bijik je tapi orang kedai tu bagitau, 3 bijik singgit. Amik jela 3 bijik terus.

Sampai je rumah BA, terus raba-raba kasut ijau. Yes!! Jumpa kunci. Bila masuk je, lampu hall terbukak. Puasla pulak carik suis kipas. Panas dowhh.. Nak merompak pun, kenalah sejuk-sejuk sikit. Cuit sana tak jalan, cuit sini tak jalan. Rupanya kipas BA pakai remote control daa… Yeaayy!! Happy bila kipas dah boleh on.

So, memula kitorang terbalikkan kusi makan BA. Pastu patung Elmo anak dia kita kasi tunggang terbalik kat atas lantai. Patung bear yang berat sebab ada duit syiling kitorang sorok, konon-konon dah kena kebas. Pastu pikir lagi apa perompak selalu buat. Member aku dari Tioman plak bagi cadangan kitorang sorok TV BA dalam bilik supaya betul-betul nampak kena rompak. Yelah, takkan motip rumah je berterabur tapi barang tak ilang kan?

 

So bersusah payahlah kitorang angkut 2 bijik TV masuk dalam bilik belakang. Yang BW still busy meniup belon kat dapo sampai kebas-kebas mulut. Gila banyak dia tiup. Adalah 15 bijik agaknye. Bravo!!

So, setiap benda yang kitorang buat, aku amik gamba SEBELUM dan SELEPAS ala-ala Eric Leong Cantekk Tak?

Sebelum…. Ada TV…

Taraaaa… Selepas takde TV dah.

Sebelum…. Ada TV…

Selepas…. Abes togel

http://i5.photobucket.com/albums/y189/diarisuperman/5-1.jpg

Sebelum susun cantik.

Selepas tunggang terbalik. Matila ko BA!

Lepas dah tunggang terbalikkan rumah BA, kitorang confuse, lampu nak bukak ke tak. Pintu rumah nak tutup ke tak. Kasut selipar nak sorok kat mane sume. Hahaha kelakar giler. Siap tanye, orang merompak biasanya dia buat apa eh. Hahaha…Maklumlah takde pengalaman merompak. Oh ya, lukisan agung BA pun aku siap sepahkan atas lantai.

Pastu sementara tunggu Kawan Baik bagi signal nak naik rumah, kitorang lepak ajelah. BW masih kat dapo tiup belon. Bley? Aku plak, eh, rasa macam nak bagi report duty kat cikdu lah. Aku amik gamba rumah BA yang tunggang terbalik tu, pastu aku MMS kat cikdu dengan ucapan.

“Janz! Kitorang buat konon-konon tiwi BA kena rompak tau”

Tetiba Kawan Baik sms bagitau dorang dah nak sampai. Kitorang pun menggelupurlah menyorok kat dapo. Tapi tetiba aku teringat, aku MMS kat sape eh gamba tadi. Aku bukaklah Sent item.

Sekali……………….

AMARAN : Adegan selepas ini, mungkin tidak sanggup dilihat kerana terdapat unsur-unsur ganas.

Bodohhhhhhhhhhh!!!! Bengong!!!!!! &):(/-)$)^#{^%#%%~|%<\~_<>.
Aku pegi MMS gamba tu kat BA!!!!!!!

Jap nak sambung maki diri sendiri.. }€€{]}%_{^*~%^*|{_<_|\

Aku siap doa, mintak-mintak henpon BA abes bateri. Akan tatapi…lepas tu BA reply~ “Apa tu?“.

Eiiii bengang giler aku dia bukak pulak sms tu. Selalunya henpon dia letak ntah mane-mane. Kalo kita sms dia arini, besok lusa baru dia nak reply. Kali ni, cepatlah pulak dia bukak sms. Yang BW dah gelak-gelakkan aku sambil padankan muka aku.

Uwaaaaaa……. Aku stress! Plan yang dah dirancang baik punya. Siap dapat bantuan dari Kawan Baik lagi, aku hancurkan sendiri!!! Babikk!!!! Bodohh!!! Aku yang kantoikan sendiri plan merompak tu. Uwaaaa…. Aku punye bengong ni memang macam ni lah. Pernah sekali tu, aku nak kutuk boss aku, pastu aku sms kat boss aku sendiri. Bley? Sebab, kalau aku tengah pikir pasal si A misalnya, dan aku nak sms si B pasal si A ni, aku khayal ke cemana ntah, aku akan ‘ter’sms si A. Samalah macam kes BA ni. Aku tengah nak cakap pasal BA kat cikdu, pastu aku bongokk pegi sms kat BA sendirik. Eiiiii… Geram giler..

Aku cecepat sms Kawan Baik, bagitau aku dah terkantoi. Tapi aku tataulah apa jadi kat bawah rumah tu kan. Kita orang tetap tunggu kat dapo ni. Sambil pegang telo ngan benda letup-letup tu. Dengarlah bunyi keletup keletap tapak kasut kat luar. Tetiba BA jerit nama aku

“Ujie! Ujie! Hahahha”.

Seth Tan gile gelakkan aku kan? Babikkk!!!

Tapi, rancangan tetap rancangan okeh. Dia masuk je dapo, kitorang letupkan dengan benda letup-letup tu. Pastu aku pecahkan telur kat kepala dia.

Kawan Baik masuk rumah je, dah gelak-gelak. Agaknye dia pun stress dengan aku sebab kantoikan plan sendiri. Pastu, BW plak pecahkan telur atas kepala BA. Kelekukk!! Kat ubun-ubun. Menjerit makcik tu jadi sewel kejap. Hahhaa. Habis karpet dia kena telur. Merasa lepas tu, BW jadi bibik kena bersihkan. Aku pulak, pose-pose merana, mengenang nasib plan tak jadi kat tepi dinding.

Sudahnya, kitorang soh BA bukak hadiah berupa i-Pad dan hadiah sampingan ittew.

i-Pad. Kah kah!

Hadiah lukisan yang dibungkus dengan kertas sokkabar dan belon-belon yang gigih ditiup oleh BW

Hhhaha cukuplah stok mewarna ko sampai tahun depan! M pulak, punyelah suka dapat belon bewarna-warni yang BW tiup.

M yang happy dapat belon

Lepas BA mandi dan basuh rambut sebab dah hanyir kena telur, kitorang pun keluar hantar BW balik umah. Sempat lagi minum-minm kat Old Town sampai kul 11 lebih..

Ha, camtulah dia uols. Plan gempak. Perlaksanaan gempak. Tapi final output hancur!!! Hancur dek tangan sendirik!! Ok, sekarang korang boleh gelakkan aku. Aku nak sambung stress!! Akhir kata

HAPPY BIRTHDAY BA MOGA KO HAPPY NGAN KEJUTAN YG TUNGGANG LANGGANG ITEWWW

Daaa….


Ni M stress mak dia ni tak habis2 pot pet ..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekian saja. Keji kan? Dah, malas nak ingat. Stress!! Haha..

Category: Celebration, Funny  Tags:  2 Comments

Teknologi Purbakala Malaysia

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Apabila Ada Cinta..

Apabila ada cinta, semua perkara akan menjadi mudah dan kita pasti ada masa untuk melakukannya.

Cinta di sini bukan semata-mata bermaksud cinta pada gelpren/boipren je. Kalau cinta yang itu, memang ada je masa, kan? Maksud saya, cinta pada perkara lain. Cinta pada kerjaya misalnya. Atau cinta kepada minat dan hobi. Sekiranya kita cintakan sesuatu pekerjaan yang kita lakukan, pasti kita akan mencari masa untuk membuatnya.

Sebaliknya, jika kita tidak minat kepada sesuatu perkara atau pekerjaan, walaupun kita ada banyak masa sekalipun, mesti rasa malas je nak membuatnya. Betul tak?

Adakah anda cinta dengan apa yang anda lakukan sekarang?

Saya tinggalkan anda dengan sebuah lagu ~ Karena Cinta..

YouTube Preview Image

Hari ini adalah lembaran baru bagiku
Ku di sini karena kau yang memilihku
Tak pernah ku ragu akan cintamu
Inilah diriku dengan melodi untukmu

Dan bila aku berdiri
Tegar sampai hari ini
Bukan karena kuat dan hebatku
Semua karena cinta
Semua karena cinta
Tak mampu diriku berdiri tegak
Terima kasih cinta

Tak pernah ku ragu akan cintamu
Inilah diriku dengan melodi untukmu

Dan bila aku berdiri
Tegar sampai hari ini
Bukan karena kuat dan hebatku
Semua karena cinta
Semua karena cinta
Tak mampu diriku dapat berdiri tegak
Terima kasih cinta
Terima kasih cinta
Terima kasih cinta
Terima kasih cinta

Category: Friend, Funny, Life, Love  Tags:  4 Comments