Archive for the Category » General «

Misi Mencari Kedai Rakyat 1 Malaysia

Sape-sape yang baca status FB saya siang semalam, mesti tau dah aktiviti saya pada cuti Hari Deepavali ni iaitu mencari Kedai Rakyat 1 Malaysia. Moteeeepp? Ye, mak iols punye hajatlah ni. Dia dah call dari malam tadi lagi..

“Dik, ko tau kat mane Kedai 1 Malaysia dik? Cik No (member mak saya) cakap dia dah pegi. Murah-murah dik barang dia… Beras sekampit 10kg tu baru RM21.90″

Yang saya perasan Kedai 1 Malaysia ni ada dalam stesen LRT Kelana Jaya je. Dorang buat macam Kedai 7E lebih kurang. Tapi tak pernahlah pulak saya jejak. Takkan nak bawak mak saya shopping dalam stesen LRT pulak kan.

Pastu mak saya sambung lagi dengan dialog kesian dia, “Tapi kalau ko penat takpelah, ko rehat jelah”

Gitteww ayat pancing dia. Yelah mak oiiii.. Jomla kita carik Kedai 1 Malaysia tu. So, saya Google la dulu, kot ada lokasi lagi dekat dengan Rawang kan. Akhirnya jumpalah website dorang – Kedai Rakyat 1 Malaysia. Selain LRT Kelana Jaya, Kedai 1 Malaysia ada kat Pantai Dalam, Wangsa Maju, Putrajaya dan Bandar Tun Razak. Ilang akal la sampai nak pegi Putrajaya kan.

Website Kedai Rakyat 1 Malaysia

So, lepas Zohor, saya call mak saya soh dia bersiap-siap. Saya gerak dari Kota Damansara lebih kurang pukul 2 petang, amik mak saya dan geng dia kat Sungai Choh. Lebih kurang pukul 3 kami bertolak dari Sungai Choh. Dalam perjalanan tu, saya masih berpikir-pikir lagi nak bawak dorang ke mana. LRT KJ ke, Wangsa Maju. Akhirnya saya pilih Wangsa Maju sebab bolehlah saya tunjuk ofis Prudential BSN Takaful kat mak. Lepas tanye member saya Tasya kat mana lokasi sebenar Kedai Rakyat 1 Malaysia kat Wangsa Maju tu, saya taulah kat mane tempat tu. So, let’s go, mummy!!

Kami ikut MRR2. So, sampai je kat Kedai 1 Malaysia Wangsa Maju tu, saya paksa mak saya pose kat depan kedai tu. Sebenarnya tak payah paksa pun, mak saya pun memang hantu gamba. Kah kah.. Sebab tu menurun kat anak dia. Hiks!

Depan Kedai 1 Malaysia

Kedai dia kecik je. Rasanya adalah dalam 5-6 lorong kot. Masuk-masuk je kedai tu, saya tengok punyelah ramai orang tengah beratur nak bayar. Pastu yang tengah mencarik barang pun ramai. Rak barang pulak banyak yang kosong dan pekerja-pekerja sibuk menambah semula barang-barang yang dah habis. Dalam hati saya, “Wah!! Laku gilerr. Berkualiti ke?”. Saya pun amik kesempatan snap sana-sini. Takut gak, kot kena halau dengan supervisor kedai tu kan.

Mak, oo mak.. Kalo setakat bawang, baik orang bawak mak pegi Tesco Bukit Beruntung je..

Tengah saya tengok-tengok barang dengan geng mak saya, mak saya hilang. Tetiba dia muncul dengan ini…

Yezzah! Dia dah angkut troli siap-siap.. Huhu

Haaa.. Shoppinglah mak oiii..

Barang dah abes

Detergent 1Malaysia

Minyak sapi 1 Malaysia. Mahal gak. RM12.90. Minyak sapi memang mahal eh?

Barang-barang cap lain pun ada gak..

Diapers 1 Malaysia

Ye.. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!

Ikan bilis 1 Malaysia. Aiii?? Ada jugak?!!

Produk-produk 1 Malaysia

Bihun 1 Malaysia pun ada?

Nak tengok apa yang mak saya dan geng dia borong?

Cuba tengok, celah mana barang-barang 1 Malaysia ni yang dorang borong ni? Kah kah

Lepas dah abes shooping tu, kat muka masing-masing terpancar kegembiraan sebab hajat hati dah dipenuhi kan? Siap cakap “Haa, kalau orang tanye, kami dah sampai ke Kedai 1 Malaysia? Kitorang jawablah nanti.. Dahhhhhh!!!!”. Hahaha lawak je dorang ni..

Happy je kan?

Haha, sebenarnya adalah jugak barang 1 Malaysia yang dorang beli. Ni buktinya..

Haa, okla ni kan.. Ada la jugak yang dibelinya..

Total harga barang RM10.30. murah tak uols? Murah gakla kot. Setiap barang murah dalam 4-50 sen dari yang berjenama terkenal.

Alang-alang dah sampai ke Wangsa Maju tu, saya bawak dorang makan kat Restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.

Restoran Mee Udang Mak Jah

Saya orderkan Nasik Goreng Udang Special. Order tiga pinggan, tapi makan dua pinggan je sebab banyak. Sudahnya, sepinggan lagi bungkus bawak balik. Ni lah rupa Nasik Goreng Udang Special kami…

Atau patut saya panggil seperahu nasik goreng? Haha.. Kiut je pinggan dia berbentuk perahu. Tapi mana udangnya? Kata Nasik Goreng Udang Special sangat. Sebenarnya ada 6 ekor besar-besar dia sorokkan dalam timbunan nasik tu..

Geng mak

My mummy

“Dik, cuba ko amik gamba mak tengah makan”. Moteep? mak sape lah ni..huhu..

Lepas makan, saya tunjukkan pulak ofis saya di PruBSN Takaful yang memang terletak sebaris dengan Restoran Mee Udang Mak Jah tu. Tunjuk dari bawah je. Lepas tu, kitorang terus balik.

Bangunan ofis Prudential BSN Takaful

Saya ikut DUKE dan kemudian masuk PLUS. Singgah solat Asar jap kat R & R DUKE tu. Kat dalam surau pun sempat lagi amik gambo tu.. Sabo je aku..

Cantik langsir surau tu..

Kami sampai Sungai Choh semula dalam pukul 6.30 petang. Saya happy tengok mak saya and the geng happy. So, tu jelah cerita aktiviti Hari Deepavali saya.. Daa….

Oppss, sebelum tu. Nak tunjuk gak barang yang saya beli dari Kedai Rakyat 1 Malaysia tu.. Dipersilakan masuk…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Cuka 1 Malaysia

Bley? Dalam banyak-banyak barang kat kedai tu, saya beli cuka je. Sebenarnya saya dah lama carik cuka ni tapi kalau pegi Giant atau kedai runcit tu asyik lupa je nak beli. Tu yang bila ternampak cuka 1 Malaysia ni saya terus beli. Hak hak hak.. Okela, bai..

Hidu ‘Bau’ Curang Pasangan

Artikel di bawah, dicopy bulat-bulat dari Utusan Online dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Artikel ini mungkin boleh menjadi pengajaran atau tips untuk kita dalam memelihara sesebuah hubungan. Jom baca!

Hidu ‘bau’ curang pasangan

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
KECURANGAN dalam sebuah rumah tangga tidak kiralah berpunca daripada si suami atau isteri memang boleh ‘dihidu’ sebenarnya. Hanya mungkin individu yang mengalaminya berada dalam situasi penafian untuk menerima kenyataan bahawa pasangan mereka telah melakukan sesuatu yang buruk di belakang mereka. Siapalah yang mahu rumah tangga yang dibina menjadi mangsa orang ketiga bukan?

Tapi apa yang anda mampu buat bila ikatan murni itu terputus di tengah jalan kerana pasangan anda sudah mula curang.

Siapa yang mampu menafikan mangsa dari kecurangan ini pasti menghadapi tekanan yang begitu meluap-luap akibat pasangan yang curang ini.

Bagi si suami atau isteri yang sudah mula berteka teki tentang kejujuran pasangan masing-masing boleh mengawasi tanda seperti di bawah, jika ada, maknanya pasti si dia telah curang terhadap anda.

Tanda yang pertama yang boleh dikesan ialah apabila pasangan anda itu begitu berhati-hati dengan aktiviti komputernya. Kalau dulu dia tidak pernah log keluar pada aktiviti laman sosial yang dikunjunginya namun kebelakangan ini dia begitu berhati-hati dengan aktiviti Internetnya. Kadang-kadang jika anda perhati dia akan memadamkan semua ‘history’ aktiviti di komputer supaya anda tidak akan dapat mengesan apa yang dibuatnya. Namun anda pasti boleh berfikir sendiri, jika sekali pun dia memadamkannya, kenapa dia perlu berbuat begitu? pasti ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.

Tanda yang kedua ialah perubahan dalam rutin atau jadual hariannya. Kalau dulu rutinnya sama saja, anda pun sudah masak dengan segala aktiviti hariannya. Mungkin bangun pagi, pergi ke pejabat dan pulang. Kadangkala dia pulang lambat itu pun kerana menyiapkan kerja yang bertimbun di pejabat. Ermm… tapi kali ini dia memberitahu anda bahawa kerjanya terlalu banyak sehingga dia perlu pulang lewat. Atau mungkin juga dia membohongi anda dengan mengatakan bahawa jadual kerjanya telah berubah. Memanglah untuk mendapatkan pangkat atau kredit dari majikan kita perlu rajin bekerja namun apa kaitannya dengan memberitahu anda semua ini, pasti sesuatu yang pelik telah berlaku, fikirkanlah.

Tanda yang ketiga ialah berkaitan dengan emosi yang anda berdua sedang alami. Pada satu peringkat dalam rumah tangga anda akan mengalami saat di mana rumah tangga itu akan menjadi agak hambar kerana kurangnya masa diperuntukkan untuk berdua-duaan. Lihat perubahan pada pasangan anda, adakah dia semakin kurang bercakap, kurang ketawa? dan kurang memberi perhatian kepada apa yang anda tuturkan padanya? Jadi berikan perhatian apabila pasangan anda hanya ada ‘jasad’ di sebelah anda dan fikirannya menerawang entah ke mana.

Tanda seterusnya dan sekali gus satu tanda yang amat perlu diberi perhatian ialah gerak hati. Bukan mahu bersangka buruk tapi apabila kita tergerak untuk dapat mengesan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku memang kita tidak mampu menafikannya.

Tapi awas, jangan bertindak melulu, gunakan juga kewarasan anda untuk bertindak secara berhemah dalam menangani isu ini.

Walau apa pun dugaan yang berlaku dalam perhubungan anda berdua, persoalannya berbaloikah anda untuk mempertahankan hubungan tersebut? Tepuk dada tanya selera.

Unplugged Bersama Najib Tun Razak Versi Budak Mara

Haii korang.. Korang wat ape arini? Saya jumpe PM arini. Tak percaya? Sebenarnya petang tadi saya menghadiri majlis hi-tea bersama PM di PWTC atau lebih tepatnya majlis PM Unplugged Versi Budak Mara. Majlis ini dianjurkan oleh ANSARA iaitu Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia dan ia merupakan program dialog bersama YAB Dato Seri Najib Tun Razak dalam suasana santai. Banyak jugaklah soalan-soalan panas yang dikemukakan oleh bekas pelajar MRSM kepada PM. Tapi takdelah sampai isu cincin RM24 juta Rosmah tu.. Hiks..

Sampai-sampai je terus pose dulu kat backdrop dia

Nampak tak senarai penaja tu? Maybank, Celcom, Air Asia, Shell, Kencana Petroleum, Tabung Haji, Bank Pembangunan. Haa.. Tu semua sebab CEO atau orang-orang besar dalam syarikat tu adalah bekas pelajar-pelajar MRSM.

Sebelum masuk ke dalam Dewan Tun Ismail tempat berlangsungnya majlis tersebut, kena register dulu dan diberi sticker nama yang dilekatkan di baju masing-masing..

Tulis sendiri nama dan MSRM batch mana

Majlis bermula pada jam 2.30 petang tapi biasalah, sebagai VVVVVIP saya datang lambat. Pukul 3.30 petang baru saya tehegeh-hegeh masuk dewan. Masuk-masuk je, Dato’ Mukhriz Mahathir tengah berucap. Dato’ Mukhriz merupakan produk MRSM Pengkalan Chepa (1977-1981). Selain dia, ramai gaklah tokoh-tokoh korporat Malaysia yang merupakan bekas pelajar MRSM. Di antara yang disebut oleh Dato’ Mukhriz ialah Datuk Seri Kamaruddin Meranun – Air Asia – MRSM Kuantan, Datuk Seri Shazly -CEO CELCOM – MRSM Seremban, Dato’ Dr. Sheikh Muzafar – Angkasawan Negara – MRSM Muar dan lain-lain.

Dato’ Mukhriz sedang memberi ucapan

Apsal Tun Mahathir lagi banyak rambut dari anak dia?

Sebenarnya agenda pertama sebelum Dato Mukhriz berucap ialah menyanyikan lagu MRSM tapi disebabkan saya lambat masuk, tak dapatlah nyanyi lagu tu. Rindu nak nyanyi lagu MRSM.. :-( Takpela, saya tepek lirik lagu tu..

Lagu MRSM

Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

Selepas Dato’ Mukhriz berucap, tibalah masa YAB Dato’ Seri Najib pula menyampaikan ucapannya. Rasa macam tengah dengar pembentangan belanjawan pulak. Hihi. Tapi ada gaklah dia buat lawak tadi. So, takdelah boring sangat. Mujur dia tak selit-selit cerita pasal politik. Oh ya, untuk sape-sape yang tatau (saya pun baru tau), PM Najib bekas pelajar MCKK St. John, Kuala Lumpur. Yang sekolah MCKK tu ayah dia, Tun Razak. (TQ Sherrina sebab tolong betulkan fakta :-) )

PM tengah berucap

Kasi close-up sket

Lepas PM bagi ucapan, dewan dibuka dengan forum dialog di antara kami, bekas pelajar dengan PM sendiri. Masa ni lah soalan-soalan panas timbul. Ada yang tanya pasal pendidikan di Malaysia, pasal toilet kat sekolah, pasal sosio-ekonomi dan soalan akhir sekali yang paling panas (tapi bagi saya agak kurang hajar bahasa yang digunakan) ialah soalan yang menyentuh sedikit pasal politik. Rilekla bro. Ni kan majlis santai. Tak yahla nak merempan. Tapi PM rileks je. Jawab pun gelak-gelak. Saya nak gak bagi soalan, tapi takut orang lain ‘booooo’ kan saya. Soalan yang saya nak tanye tapi tak tertanya ialah “Dato Seri suka karok lagu apa?“. Hahaha.. Agak-agak kena baling kerusi tak?

PM tengah berpeluh menjawab soklan budak-budak MSRM

Lepas selesai forum, tibalah masa pelancaran laman web Ansara yang baru iaitu www.ansara.org.my dan juga kad keahlian Ansara oleh YAB PM. Pemegang kad keahlian dengan nombor pertama ialah Presiden Ansara sendiri iaitu Dato Mukhriz Mahathir. Lepas perasmian tu, majlis bersurai dan kami disediakan dengan jamuan ringan di luar dewan.

Macam-macam ada…

Pinggan iols

Sambil makan tu, saya jenguk-jenguklah jugak kalau ada batch saya MRSM Jasin 1994-1995 tapi haram sorang pun tak nampak batang idung. Takpelah, biar saya je yang jadi wakil. Tapi batch lain MRSM Jasin adalah jugak saya nampak. Ada yang batch 1988, ada yang 2007 (ko umo 4 tahun, akak dah form 5 dik.. Huhu..).

Orang lama, orang baru..

Makanan ruji budak asrama. Maggi ni disponsor oleh salah sorang orang kuat Maggi yang jugak ex-student MRSM

Oh lupa pulak, setiap kami diberi goodies bag yang berisi buku JAWAPAN NAJIB. Saya tak sempat baca lagi..

JAWAPAN NAJIB : Merungkai persoalan semalam, konflik hari ini dan cabaran masa depan

Sebelum blah, sempatla bergambar sekeping dua kat dalam PWTC tu…

Ada tak macam Dato’ Suzilah? Kah kah kah muntah!

Saya berangan-angan, anak-anak saya nanti mesti kena masuk MRSM jugak. Poyo tak? Anak pun takde, kawen pun tak lagi, nak berangan sampai ke situ plak. Hihi. Ade aku kesah?

Okla, bai..

Bacaan lain pasal PM Unplugged – klik sini.

Trivia

1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang pertama ditubuhkan ialah MRSM Seremban yang telah dibuka pada tahun 1972

2. Jumlah keseluruhan MRSM yang ada sekarang ialah 46 buah

3. Antara Anak MARA Yang Dibanggakan:

1. Datuk Dr Sheikh Muzaffar – MRSM Muar
2. Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir – MRSM Kota Bharu
3. Datuk Razali Ibrahim – MRSM Terendak
4. Anuar Taib – Chairman Shell Malaysia – MRSM Muar
5. Esmady Esa – DHL UK – MRSM Muar
6. Asmadi Mohd Bakri – CEO Hospital KPJ PERDANA Kota Bahru – MRSM Muar
7. Mohd Azha Abdul Jalil – CFO Malaysia Airlines – MRSM Muar
8. Datuk Seri Kamaruddin Meranun – Air Asia – MRSM Kuantan
9. Datuk Seri Shazly – CELCOM – MRSM Seremban

 

 

Salahkah Menjadi Bujang?

Artikel di bawah disalin dan ditaip semula dari Majalah Anggun yang dibeli oleh rakan saya semasa beliau berkunjung ke Jakarta beberapa bulan lalu. Artikel ini saya terjemahkan supaya senang difahami oleh anda rakan pembaca. Maklumlah, terdapat juga beberapa Bahasa Indonesia yang terpaksa saya ‘Wikipedia’kan sebab saya pun tak faham. Alamak, lupa pulak nak tulis nama penulisnya. Ya ampun, pak!

Saya terpanggil untuk berkongsi artikel ini disebabkan terdapat beberapa orang rakan saya (termasuk saya sendiri) yang masih membujang walaupun usia sudah merangkak ke 30an. Siapa yang tidak ingin berumahtangga dan mempunyai zuriat sendiri, tetapi ketentuan Allah mengatasi segala-galanya.

Kepada yang telah berkeluarga, janganlah terlalu mengasak kami – “golongan bujang”, dengan pertanyaan-pertanyaan yang kadangkala boleh mengguris jiwa kalau diulang berulangkali. Kalau dah sampai jodoh, tentu anda akan dijemput. Dan kepada golongan bujang yang masih belum bertemu jodoh, jangan gundah gulana. Penuhkan aktiviti anda dengan kegiatan-kegiatan yang berfaedah yang dapat menggembirakan hati sendiri. Baca artikel di bawah, dan semoga anda akan lebih tenang selepas ini. ;)

————————————————————–

Dua bulan lalu, sebuah SMS mampir di telefon bimbit saya. Isinya, ‘Tuan, saya takut. Usia saya tidak lama lagi 30 tahun. Jodoh saya belum tiba juga. Apa ada jejaka yang mau dengan wanita seperti saya?’. Hmm, sejenak saya tertegun. Ketika saya hendak menjawabnya, satu SMSnya datang lagi: ‘Hidup saya sepi, Tuan. Kenapa Allah belum juga menjawab doa saya?

Bunga [bukan nama sebenar], si pengirim pesanan ringkas itu, saya tahu bukanlah perempuan yang memiliki kekurangan. Sejumlah kata sifat menempel pada dirinya. Dia yang jelita, yang bergelar graduan master dari sebuah perguruan tinggi negeri, yang kariernya sedang meningkat naik, yang akhlaknya-InsyaAllah-baik. Dia pun, saya tahu, bukan tidak berusaha, bertindak aktif mencari soulmatenya. Ia juga tidak lagi mensyaratkan macam-macam untuk calon suaminya kelak.

Usaha sudah. Doa apalagi. Tak kurang-kurang. Namun, tanda-tanda jodoh belum juga menghampirinya. Maka, jadilah Bunga dan mungkin juga anda-entah perempuan maupun jejaka-para bujang yang kesepian. Betapa tidak. Mereka sudah terlalu merindukan belaian suami [atau isteri] ketika malam beranjak tua. Mereka terlalu mendambakan sambutan hangat isteri [atau suami] ketika pulang ke rumah yang lengang. Dan suasana sepi kembali menyergap.

Sebagai muslim, tentu saja keadaan demikian perlu dicari penyelesaiannya. Kerana itu, sebagai umatNya, kita memang tidak boleh membeli waktu: menuntut sang Khalik mengirim jodoh seperti juga kematian, hanya Allah yang menentukan waktunya.

Kerana itu, apa sebetulnya makna sepi dalam kehidupan? Apakah sebetulnya keadaan manusia itu ketika ia dilahirkan ke dunia? Apakah bersendirian dan juga kesepian, hanya menimpa para bujang semata? Sebab kadangkala kita juga akan merasa kesunyian walaupun dikelilingi oleh ramai orang di sekeliling kita. Bahkan, tak jarang, seorang isteri [atau suami] kadangkala merasa sendiri meski di sampingnya ada pasangannya.

Ini ertinya kesepian dan bersendirian adalah hakikat sejati manusia. Tak salah bila seorang ahli falsafah dan penyair muslim kenamaan, Muhammad Iqbal (1877-1938) pernah berkata bahawa, “Keadaan dasar jiwa manusia adalah kesepian.” Iqbal tak salah. Bila merujuk firman Allah s.w.t dalam Al-Quran, jelas, Allah menunjukkan perkara serupa.

Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu [dunia] apa yang telah Kami kurniakan kepadamu; dan Kami tiada melihat bersertamu pemberi syafaat yang kamu anggap bahawa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kami. Sungguh telah terputuslah [pertalian] antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap [sebagai sekutu Allah].” [QS. Al-An’aam[6]:94]

Ayat tersebut kian menegaskan bahawa kita, sebagai hamba Allah, memang datang mengunjungi dunia dalam bersendirian, kesunyian dan kesepian. Kita tidak membawa suami yang gagah, mengajak isteri yang aduhai-aduhai, atau minta ditemani anak-anak yang kita cintai. Setiap kita dalam sendiri. Semua dalam keadaan ‘single’.

Bila bercermin pada ayat di atas, keadaan berseorangan itu bererti proses belajar menghadap Ilahi kelak. Ertinya, menjadi bujang juga proses ibadah yang harus dijalani secara terhormat. Bila ini menjadi pedomannya, tentu saja seorang bujang tidak akan mengalami lara yang merugikan jiwanya. Ia tidak akan berfokus pada rasa kesendirian itu, pada masa penantian jodoh memang rahsia Allah? Ia justeru akan meresapi ujian ini dengan sikap berserah kepadaNya.

Ia sedar bahawa Allah sedang menguji keimanannya: apakah ia mampu mengolah sepi dan sendirinya menjadi tenaga positif atau negatif? Apakah ia menjerumuskan diri dalam gelumang kemaksiatan, atau sebaliknya, semakin dekat kepada sang Khalik di saat menanti jodohnya itu datang?

Seperti ucapan Mohamad Fauzil Adhim dalam buku “Saatnya Untuk Menikah” : Ada yang tak dapat kita jawab [dalam keadaan belum ada jodoh] kerana semua rahsia ada dalam genggamanNya. Tetapi ada satu hal yang boleh kita cuba telusuri diam-diam, dengan hati yang tenang dan jiwa yang bersih. Kita mencuba merenung sejenak secara jujur , apakah lambatnya jodoh itu merupakan ujian atas ketakwaan kita yang tinggi kepadaNya, sebagai teguran atas kekhilafan-kekhilafan dan bahkan mungkin kesombongan kita terhadap apa yang diberikan Allah kepada kita. Bukankah segala sesuatu ada masanya sendiri? Bukankah kematian juga tidak datang pada saat yang sama, usia yang sama dan keadaan yang sama untuk setiap orang?”

Sikap Sabar
Apakah langkah selanjutnya bila sang bujang sudah menyedari bahwa saat sendiri juga tidak kalah penting nilai ibadahnya?

Bersabar. Inilah sikap utama yang harus dijadikan kompas seorang bujang saat jodoh itu belum tiba. Allah berfirman dalam beberapa ayat berkenaan dengan sabar ini: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.” [QS. Al-Baqarah [2]:153] “Maka bersabarlah hingga Allah menetapkan hukumnya di antara kita…” [QS. Al-A’raf[7]:87]. “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu…” [QS. Ali Imran[3]:200]

Sampai bila harus bersabar? Bukankah sabar ada batasnya? Ya, pertanyaan-pertanyaan sejenis inilah yang sangat keliru. Sabar itu tidak terbatas.Ia tidak melibatkan potongan waktu, semalam, kini dan esok. Ia tidak punya batas minimum atau maksimum. Ia tak berpenghujung hingga sebuah jawapan itu datang, hingga sebuah impian itu tiba.

Seorang bujang hendaknya terus menjalani sifat ini di saat-saat masa menunggu jodohnya itu. Berat? Memang. Bosan? Tentu saja. Oleh kerana itu, kebosanan dan rasa berat itu harus diisi dengan segenap aktiviti yang menyenangkan, yang mendekatkan diri padaNya. Bukankah hidup sebetulnya momen penantian? Persoalannya adalah, apakah yang kita lakukan di saat masa menanti itu? Perumpamaannya seperti naik kenderaan awam. Apakah yang anda lakukan selama duduk di bas sebelum sampai ke destinasi? Apakah anda banyak harap-harap cemas kerana takut kecelakaan, melamun atau membaca buku selama perjalanan itu berlangsung? Manakah yang anda lebih nikmati?

Begitu juga masa penantian jodoh. Anda yang paling tahu akitiviti apa yang terbaik di saat anda bersabar, saat jodoh itu belum tiba. Terkait dengan sikap sabar dan penantian inilah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

Ada tiga macam sikap sabar: sabar ketika menderita, sabar dalam ketaatan dan sabar untuk tidak melakukan maksiat. Bagi yang menanggung derita dengan sabar dan senang hati, maka Allah menuliskan baginya tiga ratus darjat (yang tinggi), ketinggian satu darjat di atas darjat lainnya seperti antara bumi dan langit. Sedang bagi orang yang sabar dalam ketaatan, maka Allah menulis baginya enam ratus darjat (yang tinggi). Ketinggian satu darjat atas darjat yang lain seperti darjat antara dalamnya bumi dan Arasy. Dan terakhir, bagi orang yang sabar untuk tidak berbuat maksiat, maka Allah menuliskan baginya sembilan ratus darjat (yang tinggi), di mana ketinggian satu darjat dengan darjat yang lain seperti jarak antara dalamnya bumi dan batas-batas terjauh Arasy.”

Bagi bujang yang merasa menderita, sabar itu bererti tabah menghadapi musibah dan bencana yang Allah sedang limpahkan sebagai ujian utk meyadarkan diri. Sedang bagi bujang yang bersabar dalam ketaatan itu bererti ia sedang menahan kesusahan dalam penderitaan. Itu bererti sang bujang harus belajar redha atas ketentuan-ketentuan Allah yang belum datang kepadaNya. Kemudian, bila sang bujang bersabar untuk tidak melakukan maksiat selagi masa menanti, maka ia sedang berada pada posisi takwa kepada Allah s.w.t. Jika ini yang menjadi panduannya, tak mustahil jodoh terbaik akan datang kepadanya pada momen dan kesempatan yang tak pernah disangka-sangkanya.

Dan sahabat saya, Bunga, kerana sikap sabarnya itu, menikmati buah sabar ini. Dua minggu yang lalu, hatinya berbunga-bunga. Wajahnya bersinar. Senyumnya selalu mengembang. SMSnya penuh bahasa yang menyenangkan. Ia baru saja dilamar seorang jejaka yang sejak dulu diidam-idamkannya.

Tips Mengusir Sepi Untuk Si Bujang

1. Jangan pernah bosan untuk meningkatkan ketakwaan dengan ibadah. Mulai dari solat-solat sunat seperti solat Tahajud, Hajat dan Dhuha hingga sentiasa berdoa kepadaNya untuk diberikan hal terbaik dalam setiap aktiviti yang anda lakukan.
2. Anda boleh mengisi kesibukan dengan hobi dan minat anda selama ini. Anda yang suka menulis, maka mulailah menulis. Anda yang suka fotografi, maka belajarlah memotret. Anda yang suka mendesign pakaian, ambillah kursus design. Begitu seterusnya.
3. Mulailah menjalin silaturrahim dengan komuniti-komuniti Islam yang mengayakan nutrisi spiritual anda yang semakin mendekatkan diri anda kepada Allah.
4. Terlibat dalam kegiatan-kegiatan sosial yang banyak membantu kaum yatim, dhuafa dan mustadafin. Hal ini dapat mengasah emosi anda agar lebih peka bahawa ada yang lebih menderita berbanding anda, ada yang deritanya lebih sekadar kesepian untuk menjalani kehidupan.
5. Belajar husnuzhan atau positive thinking kepada Allah dan orang-orang yang terlibat dalam kehidupan anda.
6. Jangan merasa bersendirian. Kerana anda bersama Allah, yang selalu setia menemani hati dan fikiran anda.

Category: General, Life, Love  Tags:  6 Comments

Lelaki Gentleman vs Jantanman

Gentleman

Seperti artikel Utusan baru-baru ini – Lelaki Budiman Makin Pupus, saya seakan terpanggil untuk sama-sama menyibuk tentang isu ini.

Menurut artikel tersebut, lelaki budiman atau lebih senang disebut sebagai lelaki Gentleman boleh dikatakan sudah pupus atau hampir pupus di Malaysia. Sebab tu lah pihak KTMB sanggup mengadakan koc khas ntuk wanita bagi mengelakkan lelaki-lelaki Jantanman berperangai keji ini tadi mengganggu ketenteraman dan keselesaan kaum wanita menaiki kenderaan awam. Bukanlah sesuatu senario luar biasa untuk kita tengok lelaki Jantanman yang masih gagah perkasa, badan masih kuat dan sihat buat tatau je bila ada wanita mengandung berdiri di hadapannya di dalam komuter atau LRT. Siap pura-pura tido ataupun baca sokkabar. Nak aje aku baling kepala dia dengan payung!

Senario lain pulak, kalau pegi bershopping dengan isteri atau awek, dia menonong je berjalan kat depan. Takdelah nak tolong-tolong angkatkan barang ke, jinjing beg plastik ke. Yelah, memanglah hasil shopingan itu tadi milik isteri atau awek dia, tapi takkan tak boleh nak angkat barang seplastik dua kan? Patah ke bahu ko nak tolong angkat?

Walaupun begitu, saya respect dengan seorang member lelaki saya. Namanya terpaksa dirahsiakan takut-takut dia segan. Haha.. Satu hari tu saya gi shopping baju kat Midvalley. Masa nak try baju tu, dialah yang tukang pegang handbag saya, tukang pegang barang-barang saya. Selamba je dia sangkut handbag saya kat bahu dia, ikut saya ke hulu hilir carik baju. Sama ada dia memang betul-betul seorang lelaki Gentleman, atau dia sebenarnya adalah wanita yang terperangkap dalam tubuh badan seorang lelaki??? Hhahhaa gurau je beb! Aku tau ko memang Gentleman (ke Gentlewoman? Kih kih)

Nak jadi lelaki Gentleman ni bukannya susah. Tak perlulah sampai nak bukakan pintu keta untuk awek atau tolong tarikkan kerusi kat restoran. Walaupun saya suka kalau ada orang lelaki buatkan macam tu untuk saya, tapi saya rasa geli geleman macam poyo pun ada juga kalau dah sampai macam tu. Cukuplah setakat buatkan kami, kaum hawa ni selesa dan senang dengan kamu. Kamu, ya kamu kaum Adam! Cakap bersopan dan tak memaki hamun, tolong bini jaga anak masa bini masak kat dapo, tolong basuh pinggan kalau bini tengah sibuk, tolong jinjing beg shopping ke.. Benda-benda yang simple tapi memberi makna kepada wanita.

Apa yang ditulis dalam artikel tu bagi saya memang ada betulnya. Rasanya memang susah nak carik lelaki Gentleman sekarang. Cuba kita renungkan, yang banyak mati jadi mat rempit, siapa? Lelaki.. Yang banyak masuk KDK (Kolej Dadah Kebangsaan) siapa? Lelaki.. Yang banyak kita dengar menggerudi kedai emas nak menyamun, siapa? Lelaki.. Kalau dah semua benda-benda ni lelaki yang buat, layakkah kita cakap lelaki kat Malaysia ni Gentleman belaka? Pendek kata (panjang pun kata), memang susahlah sekarang nak carik lelaki Gentleman. Kalau Jantanman ramai!!!

Oppppp!!! Ada yang marah kot lepas ni. Ok-ok, bukanlah semua lelaki Malaysia ni jahat-jahat, ramai lagi yang baik-baik. Saje je saya menyakat uols kaum Adam ni. Jangan marah haaa….

So, listen guys! Antara Gentleman dan Jantanman, anda jatuh kategori mana? Kah kah kah oke bai..