Archive for the Category » Information «

Sepetang di Bukit Melawati Kuala Selangor

Korang dah balik KL? Saya dah ada kat Kotadem ni. Cuti sampai Isnin je sebab petang Selasa saya ada satu presentation.

Dalam entry sebelum ni, saya ada bagitau yang saya dan mak akan balik beraya kat Kuala Selangor kan? Oh, kali ni kami balik Kuala Selangor disertai oleh geng mak, seorang cek mek Kelate bernama Ain dan anaknya. Kan kononnya nak pegi melawat makcik saya kat Putrajaya kan.. Tapi tak jadi. So, plan bertukar pegi naik Bukit Melawati kat pekan Kuala Selangor tu je. Sebenarnya boleh dikatakan tiap kali balik Kuala Selangor memang akan naik ke Bukit Melawati ni, tapi kali ni, mak saya saja nak ajak Ain dan anaknya tu naik Bukit Melawati pulak.

Oleh kerana hari Isnin cuti umum, jadi kami tidak dibenarkan membawa kereta ke atas bukit, sebaliknya dikehendaki naik keretapi yang disediakan. Tiket dewasa RM2. Kanak-kanak 4-12 tahun separuh harga. Kanak-kanak 1-3 tahun PERCUMA.

Mehla kita tengok gamba dari kamera baru iols ni. Konon-konon nak test features yang ada dalam kamera tu. Main belasah je. Cekidaut!

Pemandangan semasa naik ke atas Bukit Melawati dari dalam ketapi – Vivid Colors

Poster Effects

Ni sume Poster Effects

Baitulhilal @ Tempat mencerap anak bulan – Monochrome

Tempat-tempat yang boleh dilawati di atas Bukit Melawati

Ni la rupa ketapi dia

Beruk yang kesepian – Monochrome

Masih menggunakan model yang sama – ni tatau guna features apa tapi kat kamera tu tulis Beach : Shoot natural scenes in strong sunlight

Ni pun features Beach

Cek Mek Kelate, Ain & anaknya

Ni nak berebut anak ke hape?

Happy family!

Mak dan anak. Rasa nak lempang anak dia sebab comel sangat

Rumah api

Pokok yang jadi tempat lepak beruk-beruk

Tangga nak naik ke Batu Hampar

Meriam

Lepas setengah jam kat atas tu, kitorang pun turun. Memula ingatkan perhidmatan ketapi dah abes sebab masa tu dah pukul 6.30. So, kitorang jalan kaki je la nak turun ke bawah. Tengah berjalan-jalan tu, lalu pulak ketapi tu. So, naik jela. Jimat tenaga.

Dah sampai bawah, beli barang sikit, pastu terus balik. Daa.. Tu je.. Babai..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit Sejarah Bukit Melawati

Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, negeri Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor , menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra , Indonesia.

Bukit Melawati ialah bukit bersejarah dan salah satu tarikan pelancong paling popular di Kuala Selangor pada masakini. Kemuncak ini pernah menjadi kubu yang kuat dan dibina oleh Sultan Ibrahim pada akhir abad ke-17, merupakan satu usaha untuk melindungi negara daripada kuasa-kuasa Belanda yang telah menakluki Melaka.

Bukit yang menarik  ini merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung .

Bukit Melawati juga pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad pindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.

Keistimewaan

Di atas Bukit Melawati terdapat :

* Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor
* Rumah api
* Kubu pertahanan
* Beberapa buah meriam lama
* Menara tinjau
* Kereta api mengelilingi Bukit Melawati
* Makam Sultan dan kerabat diraja
* Batu pancung
* Perigi
* Ratusan ekor lotong

Di bahagian bawah pula terdapatnya :

* Masjid Kuala Selangor
* Taman Alam Kuala Selangor
* bandar Kuala Selangor
* pangkalan nelayan Permatang
* jeti istirahat Kuala Selangor

Jimat RM300 Dalam 30 Hari

Nak baki wang dalam bank kekal empat angka atau lebih? Rahsianya : Kurangkan perbelanjaan. Jom laksanakan seruan pepatah Melayu : “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Oleh Aisyah Wahid & Aini Liyana Abdul Hadi

- Dipetik dari Cosmo Cash, Cosmopolitan, Oktober 2011

Jimat RM5 ke RM10

Jangan beli sayur atau buah-buahan yang sudah dipotong siap, sebaliknya pilih yang belum dibungkus. Kamu mungkin ambil masa lebih lama untuk memotong dan mendadu, tapi kamu juga yang untung sebab dapat berjimat.

Jimat RM15 ke RM20

Kalau nak tahu, harga satu sesi potong rambut di salun akan termasuk sekali dengan bayaran keringkan rambut. Jika kamu minta rambut dibiarkan basah, jurudandan akan kurangkan bayaran. Atau kamu boleh pergi ke salun dengan rambut masih basah, jadi kamu tidak akan dikenakan caj mencuci rambut.

Jimat RM20

Kongsi “pustaka” iTunes kamu – pergi ke preferences dan pilih share – dengan teman-teman serta rakan sepejabat dan minta mereka lakukan yang sama. Jadi kamu tak perlu keluar duit lebih untuk beli CD sbb kamu dapat akses kepada banyak lagu yang dimiliki mereka.

Jimat RM40 ke RM100

Minta tukang kasut “cantikkan” semula kasut lama milikmu. Kamu hanya perlu keluarkan kira-kira RM5 hingga RM20 untuk menggantikan tapak atau tumit kasut – jauh lebih murah dari beli yang baru, betul tak?

Jimat RM60

Ambil giliran untuk anjurkan parti makan malam seminggu sekali dengan teman-teman baikmu. Kos beli barang dapur lebih murah dari keluar makan di restoran. Hanya sekali saja dalam beberapa minggu kamu perlu masak dan jamu mereka makan di rumah, hujung minggu yang lain kamu dapat makan secara percuma di rumah mereka.

Jimat RM15 ke RM50

Kamu “gilakan” aksesori? Dari beli baru, lebih baik tunjukkan kreativiti dengan menggubah stail baru dari aksesori yg lama dan suaikan dgn personalitimu. Anting-anting tinggal sebelah? Gayakannya sebagai loket. Ada rantai yang sudah lama tak pakai? Berikannya sentuhan segar dengan menggantikan talinya dengan reben mengikut warna kesukaanmu.

Misi Mencari Mille Crêpes

Tajuk entry kali ni saya tiru daripada tajuk entry blog orang yang bertanggungjawab membawa saya ke kancah ketagihan terhadap Mille Crêpes. Uols tau tak kejadah apakah Mille Crêpes ittew?

Mille Crêpes bermaksud “a thousand crêpes” dalam bahasa Peranchis. Mille Crêpes ni bolehlah dikatakan sejenis kek yang terdiri daripada beberapa lapisan. Di antara lapisan tu pulak disapu krim berperisa tertentu. Ada perisa mangga, strawberry, coklat, vanilla dan lain-lain lagi. Dia macam kek lapis tapi bukan kek lapis tau. Dia lagi sedap dari kek lapis. Haa, gitu. Mehla saya tunjuk sikit gamba yang saya Google untuk menunjukkan apalah rupa Mille Crêpes yang saya bebel-bebel nih.

 

Nanges tak tengok gamba-gamba ni? Mesti tak, kan? Sebab rupa dia macam kek lapis biasa je. Akan tatapiiii! Rasa dia Ya Allah, sedap nak mati. Lepas mati, tanam, hidup balik, mati balik, bangun balik. Haa macam tulah.. *Overnye ko bergebang! Tapi memang sedap sangat.

So, berbalik kepada misi mencari benda alah ni tadi. Kebetulan saya dan kawan saya ada urusan di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Tetiba ternampak pulak kedai yang ada menjual Mille Crêpes ni. Try la masuk. Selama ni tak nampak pun kedai ni. Nampak sebenarnya tapi tak teringin nak masuk. Oh lupa plak, nama restoran tu ialah Austin Chase. Dia bersetentangan dengan George Town White Coffee. Selama ni ingatkan restoran omputeh mane. Rupanya Austin Chase ni start kat Malaysia dan Singapore daa..

Untuk website rasmi Austin Chase, klik sini!

Selain kat Austin Chase, ada gak tempat lain yang jual Mille Crêpes tu iaitu satu lagi kat Food Foundry, PJ Seksyen 17 menurut kata orang yang bertanggungjawab ittew.

Sebaik melangkah masuk ke Austin Chase tu, saya dan kawan saya carik tempat duduk yang tersorok sikit. So, kalau nak buat perangai ala-ala K.G.com tu takla malu sangat kan.. Saya dah SMS siap-siap orang yang bertanggungjawab tu. “Iols kat Wangsa Walk. Ada Austin Chase. Ape sajesyen uols?” dan direplynya “Peanut butter berry“. Malangnya flavor tu takde. Saya tanya budak waiter tu mane yang sedap. Dia cakap Swiss Chocholate Velvet. So atas dasar kepercayaan sebab tak pernah makan, maka saya ikut je cakap budak tu. Saya order sepotong bersama Ice Blended Mocha. Kawan saya pulak order Spagethi Carbonara dan Passion Mango.

Sampai je makanan, perkara pertama yang dibuat ialah amik gamba. Biasalah jakun kan. Lagipun sebagai bukti beb..Bukti. Keh keh.. Baiklah, kita persilakan masuk ……. (tiru ayat member blog)

 

Ya.. Cik Adik Manis Swiss Chocholate Velvet Mille Crêpes

Dan rakan seperjuangan beliau..

Encik Spaghetti Carbonara yang sedap gileeee…. Nak lagiiiii!!!

Tak dilupakan pengapit mereka..

Ice Blended Mocha dan Passion Manggo. Nampak pulak beg laptop pink member saya tu..

Memula saya potong sikit, masuk dalam mulut. Ya Allah sedapnya. Potong lagi, sumbat lagi dalam mulut. Sedapnya. Pastu kawan saya pulak rasa. Haahla, sedap kata dia. Rasa macam kita makan kain. Kain yang kenyal. Haha. Cemana tah nak explain rasa tekstur dia. Pastu saya pun nak tengok apebenda dia letak antara lapisan tu. Saya pun selak satu-satu. Kalau kek lapis biasa, bila kita selak, mesti dia berderai kan? Ni tak, dia macam kita selak kain. Oppss!

Cik Mille Crêpes yang telah diselak satu persatu..

Harga sepotong Mille Crêpes tu kat Austin Chase ni ialah RM14.90. Yang kat Food Foundry tu dalam RM9 camtu. Try laa.. Korang mesti tak akan menyesal. Saya rasa pasni nak makan lagi sekali. Rupanya area Kota Damansara ni ada Austin Chase ni. Kat Sunway Giza. Takpe, nanti boleh gi makan lagi. Ko tunggu ye Mille Crêpes!!!

Dan mestilah diakhiri dengan muka tuan tanah kedaung yang kegembiraan dan kepuasan tidak terperi lepas melantak Mille Crêpes!!!

 

Koleksi Bacalah Sayang (Tidurlah Intan)

Sempena muka masuk sokkabar sebab suka membaca katanya kan (ptuii!!)..So, saya dengan cargasnya membeli Koleksi Buku Bacalah Sayang (nama lama dia Tidurlah Intan) apabila dioffer oleh member saya Encik Iwan. Harga yang Encik Iwan jual ialah RM80. Kalau harga pasaran pulak ialah RM180. so, memang berbaloi-baloi!

Sape kecik-kecik dulu pernah baca buku Tidurlah Intan ni? Rasanya sume pernah baca kot. Koleksi Tidurlah Intan ni diterbitkan oleh DBP melalui anak syarikatnya Dawama. Cover dia tak silap saya kaler biru, pastu ada budak pompuan ngan mak dia atas katil tengah pegang buku cerita. Pastu ada tingkap terbukak nampak bulan ngan bintang. Ni kalau tak silap la..

So untuk versi baru ni, cover dia dah jadi lain. Dalam satu set tu, ada 12 jilid buku yang mengandungi cerita moden, cerita klasik, puisi, teka-teki dan lagu. Best jugak mengimbau kenangan lama ni. Kalau dulu-dulu, memang tak mampu la nak beli. Kita bukannya orang senang. Dok pinjam je lah kat perpustakaan sekolah. So, sekarang masa untuk membalas dendam. Kalau boring-boring baca novel Ramlee Awang Murshid, bolehla saya mengadap buku cerita kanak-kanak ni pulak.

Koleksi Ceritalah Lagi pun best. Tu saing-saing dengan Tidurlah Intan la tu. Haii.. Andai dapat ku undurkan masa, kan bagus. Nak kompol sume-sume buku yang lama. Cakap pasal benda-benda lama ni, saya ada simpan lagi baju saya masa darjah satu dulu. Baju gaun corak petak-petak. Elok lagi. Nasib baik tak muat. Kalo tak, haruslah mak pakai, uols! Nanti saya nak buat entry pasal baju tu..

Ok, berbalik pada Koleksi Bacalah Sayang ni, ni la rupa bentuk dia. Saya malas nak amik gamba buku saya. Saya Google je.

So, kalo korang nak buat koleksi gak, bolehla contact saya. Nanti saya bagitau Encik Iwan. Stok adalah terhad. First come, first serve okeh..

Wasiat! Wasiat! Wasiat!

Assalamualaikum. Wah! Meriah hari raya uols kan? Saya sekarang kat Kg. Kuantan Kuala Selangor. Macam biasalah, lepas solat hari raya kat Sungai Choh, ziarah kubur abah, terus je balik Kuala Selangor. Selalunya bila balik Kuala Selangor saya akan ikut jalan Rawang – Batang Berjuntai – Kuala Selangor tapi tahun ni saje saya bawak mak jalan-jalan ikut lebuhraya baru LATAR yang bermula dari Templer Park dan keluar di exit Kuala Selangor.

Perjalanan lancar je, tambahan pula tak payah bayar lagi. Masih percuma. Start bayar mulai hari ini 1 September. Tataula pulak bape hengget. Perjalanan yang lancar tadi mula tersekat-sekat bila dah keluar dari lebuhraya. Silap saya tak ikut simpang ke Ijok/Bestari Jaya. Saya pegi ikut simpang ke Kuala Selangor. Sudahnya perjalanan yang sepatutnya dalam 30-40 minit menjadi sejam lebih. Sabo jela.. Dengar cerita, sampai hari ni Kuala Selangor masih jem. So, kitorang duduk kat umah ajelah tak pegi mane-mane pun.

Sekadar gambar hiasan : Raya pertama dalam perjalanan gi masjid nak solat raya

Eh, saya ni nak cerita pasal wasiat dah melalut cerita pasal raya pulak. Sebenarnya cerita dia macam ni. Dalam pertengahan bulan 7 aritu, kawan mak saya (saya dah anggap macam makcik sendiri) meninggal dunia akibat penyakit kencing manis. Selama ni dia makan ubat yang doktor bagi tetapi bila ada orang promotekan jus Monavie kat dia, dia cakap kat mak saya yang dia tak nak makan ubat doktor dah. Nak minum jus tu aje. Sudahnya, bacaan kencing manis dia naik sampai 19!

Saya ada tulis dalam status Facebook saya pasal ni dan dapat banyak respon jugak daripada kawan- kawan. So, saya tak cakap jus Monavie tu sebagai penyebab dia meninggal sebab mungkin memang dah sampai ajal dia. Tapi lepas ni kalau mak ayah kita nak minum air yang bukan- bukan, better cek dulu. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Gambar hiasan lagi : Raya kedua. Belakang saya tu sungai Kuala Selangor. Mujur buaya tak naik masa ni

Eh, melalut lagi. Ok, sambung balik. Selalunya lepas solat raya, rumah makcik tu memang jadi first pit stop saya dan mak untuk beraya. Saya ingatkan tahun ni tak dapatlah nak beraya rumah dia sebab dia dah takde, rupanya Alhamdulillah adik dia balik beraya kat rumah arwah tu. So, bila nampak ade orang kat rumah makcik tu, saya dan mak pun pegilah beraya. Adik makcik tu pun ceritalah macamana dia menguruskan aset-aset yang makcik tu tinggalkan. Bukanlah aset berjuta-juta, cuma duit dalam akaun ASBnya aje. Itupun bukannya banyak, dalam sepuluh ribu lebih aje.

Ok, perhatian penting!!! Tahukah anda bahawa sekiranya duit dalam ASB kita ada lebih daripada 10 ribu dan kita tidak mempunyai wasiat, apabila kita meninggal dunia, urusan duit ASB tersebut akan diserahkan kepada Amanah Raya Berhad (ARB). Untuk membolehkan duit tersebut diserahkan kepada waris yang berhak, waris kita dikehendaki menuntutnya melalui mahkamah syariah, angkat sumpah, lantik pentadbir dan pelbagai lagi urusan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun. Oh, please..10 ribu je kot. Ye, memang 10 ribu tapi itulah proses yang perlu dilalui.

Menurut adik makcik tu, duit ASB yang ada dalam akaun kakaknya cuma RM10,091. Tetapi 91 hengget itulah yang menyebabkan duit tersebut stuck di Amanah Raya dan tidak dapat diuruskan selagi semua waris faraid makcik tersebut tidak bersetuju untuk melantik pentadbir. Mereka iaitu waris faraid yang berhak juga dikehendaki menyerahkan dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan surat mati (sekiranya terdapat waris yang telah meninggal dunia) dan banyak lagilah dokumen yang bila saya dengar pun rasa macam sesak napas!

Menurut adik makcik tu lagi, surat mati mak ayah dorang dah lama takde. Dah lama hilang. Hah! Yang tu pun satu hal. Kena pulak buat surat akuan lepas tu kena angkat sumpah yang menyatakan salinan surat mati tu dah hilang. Lepas tu, semua waris faraid kena pegi pulak mahkamah syariah bersama-sama untuk settlekan benda tu. Hello! Lagi sekali ye.. 10 ribu je kot.. Tapi tulah, undang-undang. Adik makcik tu cerita, orang ASB tu ada bagitau, kalau duit dalam akaun makcik tu tak lebih daripada RM10,000, memang dorang boleh tolong settlekan dan serahkan terus duit tu kepada waris terdekat tetapi disebabkan ada lebihan 91 hengget tu, semua benda jadi susah. Apa pon tak boleh! Bak kata Kumpulan Jambu.. Saya rasa korang yang baca ni pun mesti rasa penat kan?

Gambar hiasan last.. Jangan marah arrr :  Raya ketiga. Bawak warga emas iaitu mak dan makcik saya beraya ke rumah sepupu sepapat dorang

So, please..please..please… Saya menyeru lagi sekali, TOLONGLAH TULIS WASIAT! Bukannya mahal sangat. Penat tau saya sebagai ejen Perancang Harta Pusaka As-Salihin ni nak mendidik orang Melayu kita ni soh buat wasiat. Bila saya bagitau client pasal wasiat ni, dorang jawab “Eh awak ni. Doakan saya mati ye?”. Boleh? Ke situ pulak dia.

Bukannya kita tak pernah baca pasal Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin, Allayarham Tan Sri Syed Kechik, Allayarham Datuk Sosilawati dan berbagai-bagai lagi kes yang masih belum selesai akibat takde perancangan harta pusaka yang betul dan betapa susahnya kalau takde wasiat ni. Sampai sekarang banyak lagi harta dorang yang terbeku. Lepas tu pulak bergaduh-gaduh sesama sendiri. Kan dah merugikan orang Islam tu. Kalau waris yang ditinggalkan tu ada duit sendiri, ada harta sendiri takpela jugak. Dibuatnya kalau jenis yang memang bergantung 100% kepada suami, suami meninggal, ternganga.. Apa nak dikata? Anak-anak masih nak dihantar ke sekolah. Kain baju nak jugak diganti. Dapur nak juga berasap. Hmm, malaslah nak cakap banyak. Kita boleh pikir sendiri la kan..

Ok, penat dah membebel. Jumpa lagi di lain siaran. Adios abestos… Daaa…

Suzilah Zainuddin
Perancang Harta Pusaka As-Salihin
019-388 9306
ujie [at] ujie [dot] com