Archive for the Category » Information «

60 Petua Mendapatkan Pasangan – DDFK

Artikel ini dipetik dari laman web DDFK

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Adakah Kita Telah Bersedia?

YouTube Preview Image

Sape dah tengok youtube Anwar Hadi ni? Kelakar kan? Tapi ada tersirat maksud yang sangat mendalam.

Isi penting dalam video ni simple aje. Pasal bersiap sedia. Mungkin kita pun pernah mengalami perkara ni. Berjanji dengan kawan nak jumpa pukul 10 pagi, tapi pukul 10 pagi baru terhegeh-hegeh nak kuar rumah. Sape nak jawab tu?

Akan tetapi, untuk kita menghadap Illahi dalam keadaan yang diredhai olehNya, kita kenalah bersiap sedia sepanjang masa sebab kita tatau pun bila nyawa kita akan diambil. Mana taknye, janji dengan manusia yang dah ditentukan masa pun, boleh kita mungkir, inikan pulak janji Allah yang memang pasti tapi tak diketahui masanya. Sepatutnya kita kenalah lagi ready kan? Ni saya mengingatkan diri sendiri yang selaluuuuuuuu sangat lalai dan lupa. Astaghfirullah..

So, selamat menonton video Anwar Hadi ni ye :-)

Siapa Kata Melabur Dalam Unit Amanah Merugikan?

Sebagai consultant Unit Trust CIMB Wealth Advisors (CWA), saya pun mestilah kena invest jugak, kan? Takkan suruh orang lain invest, diri sendiri tak buat? So, ni saya just nak share ledger investment EPF saya dengan CWA.

Saya mula invest pada tahun 2008 apabila EPF membenarkan semua pekerja yang mempunyai EPF melabur mengikut syarat dan had pengeluaran yang ditetapkan untuk umur masing-masing. Ini kerana, sebelum Februari 2008, hanya mereka yang mempunyai baki di dalam Akaun 1 yang melebihi RM55,000 saja yang boleh membuat pengeluaran bagi tujuan pelaburan dalam Unit Amanah.

Dapat dilihat di dalam ledger di atas, jumlah pelaburan saya untuk 5 kali pengeluaran (yang ada tanda X tu tak diambil kira sebab investment tu kena reject sebab baki EPF tak cukup, haha) ialah RM7,980 dan jumlah nilai semasa pada 14 April 2011 adalah RM11,092.

Apabila jumlah nilai semasa ditolak dengan jumlah pelaburan, keuntungan yang saya perolehi adalah sebanyak RM3,112 atau 39%! Saya mula membuat pelaburan pada Februari 2008 dan setakat hari ni, lebih kurang 3 tahun la kan? So, 39% adalah jumlah keuntungan untuk 3 tahun atau purata keuntungan setahun sebanyak 13%. Bagus kan? Saya invest dalam dana yang menjadi darling (kesayangan) konsultan-konsultan CWA iaitu DALI (Dana Al-Ihsan) atau nama barunya CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund.

Hello, EPF nak bagi 5% setahun pun tekincit, inikan pulak nak bagi lebih 10% macam apa yang Unit Trust boleh bagi kan? So, sape kata Unit Trust merugikan? Untung maa… Dengan syarat, pelabur ada “holding power“. Maksudnya, duit yang dilaburkan tu bukan nak dipakai dalam jangkamasa pendek sebab Unit Trust ni memang didesign untuk pelaburan jangkamasa sederhana-panjang. Setuju tak kalau saya kata Unit Trust pun lebih baik dari ASB? Hehe, jangan marah haa…

Oke, anda tau mana nak carik saya kan? Invest EPF anda sekarang. Jangan bagi dia dok statik tak bergerak dalam akaun EPF tu. Nanti sape yang rugi??

Bank Sedunia Memahami Hasrat Setempat

Taraaa…..


HSBC – Bank Sedunia Memahami Hasrat Setempat

Tudia..HSBC sekarang dah bukak cawangan kat Kampung Sungai Choh okeh. Diulangi, KAMPUNG SUNGAI CHOH! Kampung okeh…Ko ada? Memula masa terbaca status seorang rakan sekampung di Facebook tentang HSBC yang baru dibuka kat Sungai Choh, rasa macam budak ni memain je. Tapi minggu lepas masa saya balik Sungai Choh dan lepak makan dengan seorang member di Restoran De Anjung, Sungai Choh dan nampak cawangan HSBC ni, maka benarlah segala cerita tu.

Bagi sesiapa yang tau lokasi dan persekitaran Kampung Sungai Choh ni, mesti tak sangka HSBC akan mengambil keputusan untuk mengembangkan perniagaan mereka di kampung kami. Untuk pengetahuan bagi sesiapa yang tak tau, Kampung Sungai ni merupakan sebuah kampung yang tak berapa besar, terletak di antara Bandar Rawang dan Pekan Serendah. Jangankan KFC, 7 Eleven pun takde kat sini! So, bila bank antarabangsa sudi mencemar duli di kampung saya, mak vangga noks! Haha. Oooh, maybe sebab dorang tau Erra Fazira berasal dari Kampung Sungai Choh kot. *Haha..Matila takde kena mengena…

Ape je kriteria yang dorang pilih eh? Saya pun takde jawapan. Mungkin sebab nilai hartanah di sini masih rendah. Kalau ada pun yang glamer sikit, Perodua je lah kot yang menjadi nadi penggerak industri permotoran negara. Bagus juga, mana tau lepas ni Sungai Choh akan pesat membangun? Tapi saya lebih suka Sungai Choh yang dulu. Ada sungai yang jernih, dalam, banyak ikan, tempat saya dan kawan-kawan berkubang dan terjun tiruk. Tapi sekarang, semua dah takde. Sedih betul. Hari yang saya balik kampung tu, saya dan seorang rakan pergilah masuk ke dalam hutan, nak tengok sungai jeram tempat kami selalu berkelah kalo musim panas. Sesampai je kami di situ, tengok-tengok dalam hutan tu dah ada laluan untuk highway. Sungai cetek. Air sungai pon dah kuning-kuning. Sedih gila bila terkenangkan masa kecik-kecik dulu selalu mandi situ. :-( Inikah harga yang perlu dibayar atas nama sebuah pembangunan? Hmm..

Apa pun, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada HSBC kerana berani mengambil risiko untuk melebarkan sayap di kampung kami. Dengan ini, saya ingin mencabar Citibank. Kalau lu anak jantan, bukakla pulak cawangan Citibank kat sebelah HSBC Sungai Choh. Ada brannn??? Tetiba.. Hahaha *Matila garang

Dah Bayar Saman?

Dalam pada saya sebok-sebok nak saman orang, saya pun banyak saman rupanya. Tapi semua saman trafik. Hihi.. Cekidaut!

Haha, paling banyak saman menghalang lalulintas. Ni kes takde parking lepas tu main parking keta suka-suka hati. Hambek ko sampai 4 TRAFFIC OBSTRUCTION! Lepas tu, kesalahan SPEEDING ada satu. Tak sure kat mane sebab dia tulis KUALA LUMPUR je. Kesalahan U-TURN AT SPEED LIMIT AREA tu kat Kepong. Kalau masa buat u-turn tu selamat, mungkin tak kena saman, tapi ni sampai berlanggar dengan keta BMW! Ada korang berani accident dengan BMW? Akak ada hokeh.. Dahlah lagi bape hari nak raya. Isk. SEATBELT OFFENCES tu pulak ada sejarah dia tersendiri. Malas nak cerita sebab nanti memakan diri sendiri pulak. Gagaga..

Sekarang, PDRM menawarkan diskaun sehingga 50% bagi saman-saman tertunggak yang boleh didiskaunkan sehingga tarikh tutup yang akan diumumkan kelak. Hari tu saya dengar sampai 15 Disember, tapi tadi saya baca kat web MyEG, diskaun 50%  masih diteruskan selepas 15 Disember. Kalau macam tu, bayar tahun depan lah. Ngeh ngeh ngeh.

So, total 7 saman dengan jumlah keseluruhan kalau saya nak bayar (haha, boleh?) ialah RM460! Ni shopping handbag best gak ni.. InsyaAllah saya akan bayar gak saman-saman ni. Dah bersalah, kenalah tanggung kan?

Oh ya, untuk memudahkan anda memeriksa saman-saman anda, silalah daftar di MyEG. Senang dan pantas. Boleh cek saman JPJ, saman bankrap (insolvensi), bayar bil TNB, nak buat myKad pun boleh, urusan imegresen dan macam-macam lagila.

So, sila cek saman korang sekarang. Yang dah tau ada saman tu, korang dah bayau ke?