Archive for the Category » Interest «

Kucing : Kenangan Mengusik Jiwa

Hahah! Entry kenangan mengusik jiwa lagi. Sorilah, sejak akhir-akhir ni, idea nak menulis tu kurang. Sebenarnya ada, dah tulis separuh, pastu tak jadi. Simpan dalam draft je. Nanti kalau dah ada balik idea tu, saya sambung.

Oke, bercakap pasal kucing ni, saya memang peminat kucing. Sayang sangat-sangat. Selain comel, dorang (ke, doceng?) jugak boleh jadi penyejuk jiwa. Ingat lagi, dulu-dulu kalau kena marah dengan mak, selain mengadu nasib dengan tempayan naga (tempayan dalam bilik air, ada corak naga kat badan tempayan tu), saya akan mengadu jugak dengan kucing-kucing saya. Walaupun dorang hanya meow-meow je, dah cukup melegakan hati saya ni.

Masa zaman duduk kat Sungai Choh (landed house), memang rumah saya tak pernah sunyi dari kucing. Kalau mati je sekor tu, 2-3 ari lepas tu mesti ada kucing datang sebagai pengganti. Tapi lepas dah pindah ke Bukit Beruntung, kami dah tak bela kucing. Susah, sebab duduk apartment. Kalau kucing tu berak merata-rata, kita jugak yang kena marah dengan jiran sekeliling. Tapi takkan nak biar dorang terkurung je dalam rumah pulak. So, tak payahlah bela, kan?

Kucing yang saya bela dulu-dulu, memang banyak jugak. Ada nama Mimi (padahal kucing jantan), Kontot (ekor kontot), Panjang (adik beradik Kontot tapi ekor panjang), Koreng (sebab kaler hitam legam), Mimot (paling saya sayang sebab gemuk dan baik dan pandai jaga adik-adik) dan macam-macam lagilah. Memang sume kucing kampung yang tak pernah dibawak ke vet atau dimandulkan. Sukatila ko nak beranak bape kali setahun. Gittew konsep dia.. Hiks..

Ni ada sikit gambar-gambar kucing saya dulu-dulu. Mujur ada amik gambar dorang. Ada gak kenangan. Gamba ni saya amik semula pakai henpon sebab tu tak clear sangat. Layan jelah ye..

Kucing ni saya bela masa saya 6 tahun. Sorry, tuan dia seksi sket dalam gambo ni. Hiks!

Mimi di tepi telefon

Walaupun Mimi ni jantan, saya tetap pakaikan dia bulu-bulu macam penari kabaret. Ada aku kisah?

Ni gambo kategori 18SX. Opss!

Yang bawah ni pulak, gamba-gamba kucing yang selalu lepak depan rumah saya kat Kota Damansara ni. Kucing jiran. Geram je tengok dorang..

Sian mata silau kena flash.. Heehee..

Dahla taik idung berselepet. Tampa nak?

Tapi paling tak tahan, kucing makcik saya yang berumur 7 tahun ni. Berat nauzubillah, 11kg! Jalan pun terkedek-kedek. Dia macam tau je dia berat, kalau orang nak dukung, dia tanak. Tapi biar dia sendiri duduk atas riba kita. Manja bukan main. Nama dia O-O (bukan kosong-kosong tau). Tak caya, tengok ni!

Ada tak macam kambing?

Atau dugong?

Macam dukung budak..

Seperti biasa, bila buat entry Kenangan Mengusik Jiwa ni, mestilah sebab ada kenangan kan? Selain daripada kenangan yang best-best, ada jugak kenangan yang tak best dan menyedihkan pasal kucing-kucing ni. Marilah bersama-sama menyelusuri kenanganku bersama kucing-kucing ittew.. Huhu..

Kenangan 1

Saya kecik-kecik dulu memang tak reti duduk diam. Rasanya sampai besar ni pun tak reti dok diam kot. Haha. So, kecik-kecik dulu, kalo tak mandi sungai, masuk hutan. Takpun main kat kebun getah. Nasib baik tak kena makan dek rimau. Satu lagi perangai, kalau berjalan tu memang menonong je la. Tak pandang atas bawah. Setakat terjelepuk hina, jatuh terhantuk kat lantai tu, dah biasa sangat. Even sampai besar-besar ni pun pernah jatuh sebab tersadung. Keji sungguh! So, satu hari tu, saya baru balik dari mandi sungai. Saya tak perasan anak kucing saya ni baring-baring kat kain buruk depan pintu. So, masa saya nak melangkah masuk rumah tu tetiba saya dengar “Eookkkkk!!!“. Iols terpijak anak kucing tu uols! Terkeluar terus taik ijau dia! Kesian sangat. Tapi Alhamdulillah, dia hidup sampai ke besar. Huhu. Nasib baik tak patah tulang ke hape.. Sorry, meow..

Kenangan 2

Ni bukan kucing saya. Ni kucing sape tah kat rumah Kota Damansara ni. Satu hari saya reverse kereta. Tetiba saya dengar bunyi kuat “Eeoowwwwwww!!!!“. Alamak!!!! Aku dah langgar kucing ke? Mati ke kucing tu? Saya cuak, saya drive ke depan semula. Tetiba dengar lagi sekali “Eoowwwww!!!“. Uwaaaaaaa!!! Mampos aku langgar lagi sekali pulak. Lama saya duduk dalam kereta tak keluar-keluar. Saya takut kalau saya nampak kucing penyek bawah tayar kereta saya. Lepas tu, saya gagahkan diri, jenguk bawah kereta. Takde pulak. Saya keluar dari kereta, cek empat-empat tayar. Takde jugak. Ahhh sudah, mane pulak kucing tu pegi. Sampai sudah saya tak jumpa kucing tu. Saya harap kecederaan beliau tak parah. Ampunkan aku meow..

Kenangan 3

Ni saya pernah tulis dalam entry saya sebelum ni – Tragedi Mesin Basuh. Tapi takpelah, saya kopes balik kat sini..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah ni berlaku lebih kurang 7 tahun yang lepas. Saya masih tinggal di Kampung Sungai Choh ketika itu. Rumah bawah (sekarang di Bukit Beruntung, duduk apartment, atas awan). Masa tu bulan puasa dan tinggal lagi 2 hari nak raya. Cam biasalah, lagi 2 hari nak raya, barulah family saya terkedek-kedek nak bukak sarung kusyen, turunkan langsir bagai. So, saya dan kakak saya lah yang kena buat kerja-kerja tu..Apa lagi bersepahlah sarung kusyen ngan langsir kat lantai….

Masa tu pintu depan rumah, kitorang saja biarkan terbukak. Biar angin masuk. Tetiba, adalah sekor anak kucing kecik masuk umah kitorang. Kaki dia terdengkot2..patah ke, terseliuh ke tatau la. Comel tapi kurus sangat-sangat. Selepas masuk je, dia terus landing kat sarung kusyen yang berlonggok-longgok tu…tido. Kitorang biar je sebab kesian. Asalkan dia tak kencing sudah…

Lepas dah bukak sarung kusyen dan langsir tu, apa lagi, kenalah basuh kan..Tak payah nak rendam-rendam, terus je basuh pakai mesin. Abes citer..

Tengah dok leka-leka kat depan, tetiba kakak saya menjerit dari dapur…

“ADIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!! CUBA KO TENGOK NI!! KO BUNUH ANAK KUCING!!!!!!!!!”

Menggelupur la saya ke dapur. Tapi tak sanggup nak tengok. Anak kucing tadi dah lemas kena pusing-pusing dalam mesin basuh tu. Dahlah bersabun plak tuh..Uwaaaa….kesian sangat. Saya tak sedar, masa saya angkut sarung-sarung kusyen ngan langsir tu, saya terangkut dia sekali. Dahlah dia tak mengeowww..senyap je…Agaknya kucing tu mati pun sebab trauma terhantuk-hantuk..Huhu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Huhu, sume kenangan keji-keji kan? Sian kucing-kucing tu. Janganlah aku kena hukum kat akhirat nanti. Heehee.. Oklah, saya nak siap-siap. Dah janji ngan Illa Sabry nak gi karoke malam ni.. Vavaiiiiiii…

Rayyan Fantasi

Bagi peminat-peminat novel Ramlee Awang Murshid, sudahkah anda mendapatkan novel RAM yang terbaru iaitu Rayyan Fantasi? Saya baru beli minggu lepas dan tengah baca. Punyelah susah nak carik novel ni walaupun dah dipasarkan pada 4 Disember lepas. Saya minta tolong rakan saya yang bekerja di KLCC untuk mencarikan novel ini di Kinokuniya. Tapi tak ada jugak. Mujur juga minggu lepas semasa saya berkunjung ke Alamanda, saya jumpa novel ni. Tak sabar nak baca tapi tak nak baca laju-laju sebab nanti cepat pulak habis baca. Haha gila.. So, sape yang belum dapatkan novel ni lagi, cepat-cepat beli ye. Nanti habis pulak. :-)

Sinopsis Novel Rayyan Fantasi

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-615-3

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru… dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Tagline Rayyan Fantasi – apa yang terfikir…itu ada!

As-Salihin Tawar Tulis Wasiat Ikut Syariah

Oleh Habsah Dinin

WASIAT adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas harta dan manfaat untuk kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Pentingnya menyediakan wasiat adalah seperti pentingnya mengadakan perancangan kewangan semasa hidup untuk ditinggalkan kepada orang yang disayangi di dunia ini, selepas kita meninggal.

Ketua Pegawai Eksekutif As-Salihin Trustee Berhad (as-Salihin), Abdul Aziz Peru Mohamad, berkata menyediakan wasiat mengikut syariat Islam menjadi tanggungjawab kepada setiap umat Islam.

As-Salihin, katanya, adalah sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan khusus memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagihkan harta hasil titik peluh mereka untuk manfaat orang tersayang apabila mereka meninggal dunia kelak.

Jita banyak mendengar nasib balu dan isteri kedua yang terabai berikutan kegagalan suami menyediakan wasiat untuk menjaga kepentingan hak mereka dari segi pembahagian harta.

Apabila seorang suami itu meninggal dan meninggalkan harta yang tidak diwasiatkan, harta peninggalannya akan difaraidkan mengikut hukum syarak.

Dalam kes seperti ini, mengikut hukum Islam, balu hanya mendapat 1/8 harta peninggalan berbanding ibu bapa si mati yang mendapat 1/3 daripada jumlah keseluruhannya. Hak isteri boleh ditambah jika suami menulis wasiat dengan menyatakan sejumlah harta ditinggalkan khusus kepada isteri yang disayangi, ini juga dibenarkan Islam,” katanya ketika ditemui.

Berbeza menulis wasiat sendiri dengan menggunakan khidmat yang disediakan as-Salihin adalah dari segi profesionalisme, di mana as-Salihin menyediakan khidmat yang menyeluruh daripada penulisan wasiat, pengiraan harta pusaka, pembayaran hutang dunia dan akhirat, faraid dan sebagainya.

Secara khususnya, perkhidmatan yang disediakan syarikat ini ialah penulisan wasiat profesional, pelantikan wasi, pentadbiran harta pusaka yang tidak mempunyai wasiat, hibah, pemegang amanah, wakaf, harta sepencarian, penjagaan kanak-kanak dan penyimpanan dokumen.

Abdul Aziz berkata, as-Salihin menyediakan perkhidmatan penyimpanan berkomputer untuk penyimpanan yang selamat bagi semua dokumen yang disediakan.

Tidak kira di mana atau bila anda meninggal dunia, jika benefisiari dan peguam anda menghubungi as-Salihin untuk mendapatkan wasiat anda, kami pasti menghantar salinan wasiat berkenaan kepada mereka untuk tindakan selanjutnya.

Tidak berguna kita menulis wasiat jika tidak boleh mengesannya kelak. Di kalangan masyarakat Islam masa kini, banyak harta pusaka dibekukan kerana wasiat terakhir tidak dapat dikesan berikutan mereka tidak membuat wasiat dengan cara yang betul,” katanya dan menambah lebih kurang 95 peratus umat Islam di negara ini tidak dapat diagihkan kepada penerima kerana tidak ada wasiat.

Umat Islam, katanya, tidak perlu bimbang kerana semua khidmat di as-Salihin adalah berlandaskan syariah Islam sepenuhnya selepas mengambil kira kos pengebumian, penyelesaian hutang, harta sepencarian sebelum bakinya diagih mengikut faraid. Semua urusan ini dipantau oleh panel syariah khas.

Biarpun tahap kesedaran mengenai penulisan wasiat masih rendah, keprihatinan ke arah itu dilihat semakin meningkat saban tahun hasil pendedahan oleh media cetak dan elektronik yang dilakukan secara berterusan.

Orang ramai boleh mendapatkan khidmat yang disediakan oleh as-Salihin dengan kadar serendah RM380 mengikut syarat dan jenis khidmat yang diperlukan, katanya.

———————————————————-

Untuk info lanjut, hubungi Ujie, agen Wasiat anda ;-)

Wall Sticker

Selesai berjumpa client di Street Mall, Cyberjaya pada hari Jumaat lepas, saya pon merayap sorang-sorang kat tempat orang jual-jual barang di kaki lima Street Mall tu. Biasalah, ada yang jual baju, perhiasan, kek dan kuih. Tak semena-mena, saya terpandang orang ramai berkerumun kat satu meja ni. Saya pun sama lah menyibuk. Rupa-rupanya ada brader ni jual wall sticker. Ingatkan mahal. Murah rupanya. Saya amik 3 design. 2 sticker kecik, satu lagi yang besar. Semuanya RM10.

Balik je rumah, tak menyabar-nyabar, saya terus tampal kat dinding. Cekidaut

wallpaper2
Design 1 – tempat lepak-lepak minum. Macam senget je aku tampal…

wallpaper1

Design 2 – 2 set cawan dan teko. Sesuai letak kat dapo. Memang tampal kat dapo pun. Sila abaikan suis yang comot dan dinding yang bersawang itteww..

wallpaper3
Design 3 – pokok dan dedaunan serta rama-rama 5 ekor

Itu jela 3 corak yang saya beli. Kalau jumpa lagi, nak beli lagilah. Biar rumah jadi macam tadika. Hiks…

Category: Interest  Tags:  3 Comments

Siri TV Kegemaran

Saya rasa semua orang ada siri TV kegemaran masing-masing. Macam mak saya, punyelah suka sinetron Indonesia yang ditayangkan di TV9 (Dekaaaaaat di Hati..huhu) tu. Apeke namanya..Mutiara..Ha, Mutiara la, pastu lagi satu, yang dulu tu..yang ada budak kecik tu…ntah, saya pun tatau…

Macam saya pulak, ada 4 siri TV yang memang saya ketagih. Ya…AMPAT!! Kalau terlepas kat TV, saya sanggup download! Cekidaut! Maybe ada yang sama dengan anda..

Ranking pertama, mestilah

prison_break
Perkkhh!! Kalo dapat bopren macam Maikel Skopil ni, sumpah tak carik lain! Tetiba..

Saya follow dari Season 1 sampailah ke Season 4 sekarang ni. Ditayangkan di 8tv setiap hari Isnin, pukul 10.30 malam. Penuh aksi yang mendebarkan dan kadang-kadang saya terjerit-jerit sorang-sorang bila ada part yang rasa nak terkucil tu. Haha, padahal citer je pun. Over! Tak kurang juga saya menyumpah-nyumpah T-Bag (salah satu watak jahat yang boleh buat hangen satu badan. Liat betul nak mati!). Citer ni saya tetap download semua episod kat Internet dari Season 1.

Ranking kedua jatuh kepada Surirumah-surirumah Terdesak atau..

desperatehousewives
Ya, Desperate Housewive

Yang ni pun saya follow dari Season 1 lagi. Siap download semua season jugak. Citer ni pun best, cukup rasa, rempah ratus, garam gulanya. Ada kelakar, ada drama. Macam-macamlah. Saya tak boleh bayangkan pompuan macam Bree (salah satu watak) yang mengilatkan sudu garfunya berjam-jam. Memang ada keh pompan cam ni eh? Huhu..Ada kot..Kalau tak, takkan dia wat citer ni, ye tak?

Desperate Housewives Season 5 sedang ditayangkan di 8tv gak, setiap Selasa jam 10.30 malam.

Ranking ketiga pulak,

ipstickjungle
Lipstick Jungle dengan motto, ‘It’s a jungle out there. Dress accordingly’

Citer ni saya baru je follow. Yelah, baru gak ditayangkan. Channel 702 Hallmark Astro. Setiap Khamis, pukul 10 malam. Season 2 dah start tayang di Astro 711, Starworld pukul 11 malam setiap Selasa. Clash lah pulak dengan Desperate Housewives. So, saya tengok ulangan je..Citer ni berdasarkan novel tentang 3 orang pompan berkarier. Enjoy gak citer ni..Oh, ya..Saya download gak citer ni full season..

Last but not least..

uglybetty
Ugly Betty

Follow dari Season 1 jugak tapi ada lubang-lubang. Maksudnya, ada jugak episod yang saya terlepas tapi tak berapa kisah sangat. Sekarang Season 3 sedang ditayangkan di 8tv setiap Selasa pukul 9.30 malam, sebelum Desperate Housewives.

So, setiap Isnin malam, Selasa malam dan Khamis malam, saya memang akan tercongok depan TV.