Archive for the Category » Knowledge «

Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari IV Part I

Seperti yang dijanjikan, dalam episod kali ni saya nak citekan serba sedikit tentang sejarah Turki. Boring ke? Ala.. Bacala sikit.. Ni saya cedok apa yang tourist guide kami Sinan bagitau dan jugak dari Wikipedia.

Asyik sebut nama Sinan, apa ke rupa mamat nih??

Ni dia... Sinan si pipi gebuss

Turki, secara rasmi dipanggil Republik Turki merupakan sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria, Greece, Georgia, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq dan Syria. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam, Laut Mediterranean dan Laut Aegean.

Jom tengok peta Turki lagi sekali..

Peta Turki

Ok, tengok pulak peta lagi satu kat bawah...

Anatolia (Bahasa Turki: Anadolu) atau yang bermaksud The Land of Sunrise adalah kawasan barat daya Asia dan juga merujuk kepada sebahagian besar dari Turki. So, Cappadocia (dalam wilayah Nevsehir-kaler biru) dan Ankara (kaler hijau) yang saya lawati sebelum tiba di Istanbul tu sebenarnya terletak di Semenanjung Anatolia atau Asia Kecil lah.

Untuk pengetahuan, Empayar Rom dulunya mempunyai wilayah yang dipanggil Asia yang terletak di Anatolia. Masyarakat kemudiannya mula memanggil keseluruhan benua ini sebagai Asia, lalu bahagian semenanjung (Anatolia) dipanggil Asia Kecil.

Klik untuk tumbesaran gambar

Dah paham sikit kan? Jadi, kat belah mana yang dikatakan dunia dua benua tu? Haa, Istanbul la jawapannya. Cuba rujuk peta kat atas. Wilayah Istanbul yang kaler merah tu, ada dua bahagian. Satu yang bersambung dengan Anatolia (Asia Kecil) dan sebelah lagi terletak di Eropah. Dua bahagian wilayah ini dipisahkan oleh Selat Bosphorus sepanjang 31.5km.

Amacam? Puas ati? Hiks!

Istanbul yang kitorang pegi ni ialah Istanbul di bahagian Eropah. So, aktiviti hari pertama kami di Istanbul ialah naik Cruise merentasi Selat Bosphorus. Memang terbaekkk lah!

Tapi sebelum tu, seperti biasa marilah saksikan aksi-aksi mendebarkan semasa akak dan kawan-kawan berpoyosing di sekitar hotel pagi-pagi sebelum naik cruise!

Ni gamba-gamba kat restoran hotel tempat kami bersarapan..


"Alaaa... Apsal ko berdiri tegak je.. Selalu kan ko angkat kaki"- akak dilontarkan kata-kata nista oleh jurugambar..


Untuk memenuhi permintaan jurugambar... Fine! Akak terpaksa angkat kaki, uols!

Jom tengok makanan apa yang ada...


Jeruk dan ulama-ulaman


Daging-maging yang halalan toyyiban


Madu lebah masih di sarang


Segala macam jus buah-buahan


Sos-sosan (sewel.. huhu)


Roti-rotian


Penuh makanan satu meja


Abaikan dagu berlapis itteww


Banyaknye makanan... Buruk lantak!


Ni pun!



Rakan semeja


Lepas makan, saya dan Memey pun kuar ikut pintu restoran ke bahagian belakang hotel. Kat situ ada taman. Cantekla jugak kalau nak bergamba-gamba.





Pastu macam semua tempat kat Turki kita akan jumpa tetamu yang tak asing lagi iaitu....

KUCING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Demok-demok.. Geram rasa nak bagi penyepak! Hahaa ganass..


Tekedek-kedek


Samseng dia ni.. Panggil-panggil kita, meow-meow. Bila kita dekat, dia marah.. Tarik ekor tu, baru tau!


Ko hengat ko comel? (memang pun!)


Aku lempang jugak minah ni. Tegolek-golek pulak dia..

Pastu ada seko lagi.. Yang ni kucing jantan..


Hahaha.. dahla gemuk, pendek pulak tu.. Macam tikus mondok kan?


Demokk!!


Ala ala syahang dia..


Ni tengah nak begaduh dengan kucing betina garang tu..

Lepas dah puas bergambo kat belakang, kita gi depan pulak.. Harap korang tak muntah darah tengok gamba-gamba akak ye..


Dengan salah sorang staff hotel








Rasa nak lempang diri sendirik!




Depan hotel


Poyosing bersama Wan!!


Lagi sekali!



Dengan Memey comey!



Dengan budak-budak sewel!



Semua jerit "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...". Takde motip

Lepas dah koma bergamba-gamba keliling hotel, kami pun mulakan perjalanan ke Eminonu Helic Iskelesi (Eminonu Dock) untuk menaiki Bosphorus Cruise. Prudential BSN Takaful telah menempah sebijik cruise tu untuk kitorang je. Privacy gitu..

Sebelum tu mehla nak cite asal-usul Bosphorus tu. Macam cikgu kan akak ni? Sume nak bagitau korang. Haha.. Sharing is caring kan? Nama bahasa Inggeris "Bosporus" berasal dari mitos lama. Kononnya Tuhan Greek, Zeus mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita cantik bernama Io. Apabila isterinya, Hera mengetahui kecurangan suaminya, Hera menukar Io menjadi lembu dan mencipta langau yang menyengat pada bahagian punggung lembu lalu terjun ke dalam selat.

Oleh itu bous = lembu,
dan Poros = tempat-lintasan:
Bosporus = "tempat-lintasan lembu."

Bosporus atau Bosphorus, juga dikenali sebagai Selat Istanbul, adalah selat yang memisahkan bahagian Eropah (Rumelia) Turki dengan bahagian Asia (Anatolia). Perjalanan dengan Bosphorus Cruise yang mengambil masa lebih kurang sejam ini membawa kami merentasi Selat Bosphorus bagi menikmati pemandangan menakjubkan di persisiran Istanbul di sebelah Eropah dan juga Istanbul di sebelah Asia.

Apa yang dapat diperhatikan ialah terdapat perbezaan yang agak ketara di antara kedua-dua bahagian Istanbul tersebut. Istanbul di sebelah Eropah mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi dan moden manakala Istanbul di bahagian Asia bangunan-bangunannya rendah-rendah dan lebih tradisional.


Ni la rupanya cruisenya..


Bersama Mejar Muhammad


Masjid Ortaköy - di persisiran Istanbul Eropah












Senget benget sebab air beralun





Istanbul sebelah Asia. Bangunan rendah-rendah. Sorry tak clear sangat











Dek sebelah bawah





Berlerbeyi Palace



Glove tetinggal dalam bas. Sudahnya Memey bagi pinjam sebelah dia punya.. Huhu


Bopren baru iols - Azim Mithani.. Haha nak kena lempang? Ni CEO PruBSN okeh..

Lebih kurang sejam, selesailah perjalanan kami menaiki Bosphorus Cruise tu. Dah turun tu, sempat lagi sekali amik gambo..


Mekna dalam percubaan mengangkat kaki

Korang mesti dah penat tengok muka akak sana-sini kan? Akak stop dulu. Lepas ni, akak akan bawak korang melihat jejaka-jejaka tampan Turki dalam satu fashion show!! Memang gorjes-gorjes theyols semua. Stay tune!!

Bagaimana Perkataan Negatif Mempengaruhi Saya

Akibat selalu dikata “tua, loyot, gemuk” dan beberapa perkataan lagi, sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan diri saya. Walaupun saya tau rakan saya tadi main-main je (eh, tapi tataulah kalau memang dia cakap betul-betul, kan? Hiks!), jadinya bila kadang-kadang ada orang puji saya “Eh, ko ni comel la“, terus saya beranggapan pujian tersebut hanya satu kata-kata perlian dan saja nak mempermainkan perasaan ahkak. Gitu.. Selalunya saya akan sambut dengan “Ek elleh, ko nak soh aku belanja ape ni?“. Hahaha. Takpun saya cakap “Ko ni rabun ke hape?“. Begitu.. Sampaikan orang yang puji tu sound balik “Cubalah kata Alhamdulillah ke. Ni macam tak bersyukur“. Oppss!! Insap kejap bila kena sekolah macam tu.

Tapi macam tu lah effect kata-kata negatif tu kat saya. Menyebabkan ada rasa rendah diri. Agaknya macam tu jugak effect kat kawan-kawan yang pernah saya kutuk walaupun hanya dengan niat bergurau. Maapkan ahkak, uols! =(. Sebab tu orang kata lidah ni lebih bisa daripada mata pedang, kan?

Pernah tak korang baca pasal kajian yang dilakukan ke atas nasi yang satunya dilabel dan dibacakan dengan kata-kata negatif dan satu lagi dilabel dan dibacakan dengan kata-kata positif. Ni ada petikan dari email..

Salam Damai,

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-Kata yang Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku “The Hidden Messages in Water” karya Professor Jepun Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yg melakukan percobaan, saya pun tertarik untuk melakukannya:-

Tempatkan Nasi sisa yg sudah didiamkan semalaman ke dalam 2 bekas dgn jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.

Masing-masing bekas ditampal label yg berisi kata-kata seperti:-

Bekas A : “Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.

Bekas B : ” Kamu Bodoh, g****k, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Sebel Tidak mau dekat dekat kamu”

Botol-botol ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yang sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol-botol tersebut.

Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :

Nasi dalam botol yang dibacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yang tidak sedap.

Sedangkan Nasi dalam botol yg dibacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Nah silakan teman-teman mencobanya sendiri.

Kalau di buku di katakan ada yang mencoba dengan tiga botol di mana botol ketiga tidak diberi label apa-apa atau diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyata beras dalam botol yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang dipapar kata “Kamu Bodoh”.

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rekan-rekan kerja kita, dan orang-orang di sekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah pikiran-pikiran yg timbul dalam batin kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.

Salam Damai,

Caris.

Nanti nak cubalah. Hihi..

PruBSN Takaful Tolak Permohonan Mak Saya!

Aritu saya pernah buat entry pasal PruBSN Takaful lancarkan takaful dan medical card untuk warga emas (berumur 60-70 tahun) kan?  So, dua minggu lepas saya hantar permohonan takaful dan medical card untuk mak saya. Mak saya dah berusia 68 tahun so bayaran yang perlu saya bayar untuk mak saya ialah RM500/sebulan. Mahalkan? Yelah, sebab dah berusia. Kalau masa muda ni amik takaful, RM500/sebulan tu silap-silap boleh dapat setengah juta sum assured kot. Lepas tu pulak, untuk pelanggan yang berusia 55 tahun ke atas, biasanya PruBSN Takaful akan meminta pelanggan membuat pemeriksaan perubatan di klinik panel kami dengan kos yang ditanggung sepenuhnya oleh PruBSN. So, saya pun bawak mak saya buat medical check up di Klinik Amar Bukit Sentosa, Rawang.

Macam biasa, beberapa ujian perlu dilakukan seperti ujian air kencing dan tekanan darah. Alhamdulillah, selama ni mak saya tak pernah ada sakit yang orang selalu kata penyakit 3 serangkai ke ape. Kencing manis takde, walaupun bila minum kopi dia, mak datuk macam letak gula satu senduk! Penyakit jantung pun Alhamdulillah takde. So, tahap konfidensi saya yang mak saya akan lepas ujian-ujian medical check up tu memangla tinggi.

Masa nama mak saya dipanggil oleh doktor untuk cek tekanan darah, saya tak ikut masuk dalam bilik doktor. Saya duduk luar je. Tetiba nurse panggil saya masuk sekali. Doktor tanya, saya ni agent ke. Saya cakap ye, saya agent dan jugak anak. Tetiba doktor cakap..

Tekanan darah mak awak ni terlalu tinggi. Bacaan atas 180, bacaan bawah 120. Bila-bila masa saja saraf di otaknya akan putus dan boleh menyebabkan stroke. Ramai orang kita tak sedar yang dia ada darah tinggi. Sebab tu banyak kes-kes yang jatuh dalam bilik air, lumpuh dan sebagainya. Saya nak masukkan mak awak ke wad.

Mak saya toleh ke arah saya dengan menggeleng kepala. Pastu buat muka kesian. Tanda dia memang tak nak masuk wad la tu kan. So, saya tanya doktor takde cara lain ke. Doktor kata, mak saya kena start ambil ubat darah tinggi. So, doktor bagi ubat darah tinggi yang perlu dimakan waktu siang sebiji sehari dan dua hari berikutnya mak saya kena pegi lagi sekali ke klinik untuk cek lagi tekanan darah dia. Dua hari lepas tu, mak saya pegi lagi klinik dan doktor bagitau bacaan tekanan darahnya masih tinggi. Kali ni doktor bagi pulak ubat yang kena makan sebelah malam. So, sekarang mak saya dah kena start makan ubat darah tinggi. Sebiji siang, sebiji malam. Di samping tu, saya belikan jugak dia supplement yang dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah. So, baru-baru ni bila mak saya cek kat klinik, tekanan darah dia dah jadi normal balik. 120/80. Saya tataula disebabkan ubat doktor tu ke, atau sebab supplement tu. Yang penting, ubat doktor tetap kena makan.

Berbalik kepada permohonan takaful dan medical card mak saya tu. Sorry Makcik Saati.. Permohonan anda telah ditolak! PruBSN memang reject case mak saya tu. So, redha jelah. Dah ada penyakit kan? Nak buat cemana. Tapi good side dia, walaupun permohonan tu ditolak, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat tau awal yang mak saya ada salah satu penyakit berbahaya iaitu darah tinggi. Nampak macam takde apa-apa sebab mak saya tak pernah pening teruk, tak pernah ada simptom-simptom darah tinggi macam orang lain tapi rupa-rupanya dah hampir menyebabkan dia kena stroke dan lumpuh kalau tak dirawat dari awal.

Alhamdulillah, bagi saya semua ni Allah dah tentukan jalan ceritanya macam ni. Bermula dengan PruBSN lancarkan takaful untuk warga emas, pastu saya tergerak hati nak amikkan takaful dan medical card untuk mak saya. Pastu kena pulak buat medical check up. Dan akhirnya saya tau yang mak saya ada penyakit darah tinggi dan InsyaAllah sempat untuk dirawat dari awal. Sebelum nasi menjadi bubur kata orang. Terima kasih Allah..

So, renung-renungkanlah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit bacaan tambahan..

Darah Tinggi & Puncanya

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Punca

Menurut kertas penyelidikan April 2007 yang dihasilkan oleh pakar sains British, penyakit vaskular otak adalah punca tekanan darah tinggi, bukannya penyakit vaskular pada jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, mendorong kepada kekurangan bekalan darah pada otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan.

Jimat RM300 Dalam 30 Hari

Nak baki wang dalam bank kekal empat angka atau lebih? Rahsianya : Kurangkan perbelanjaan. Jom laksanakan seruan pepatah Melayu : “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Oleh Aisyah Wahid & Aini Liyana Abdul Hadi

- Dipetik dari Cosmo Cash, Cosmopolitan, Oktober 2011

Jimat RM5 ke RM10

Jangan beli sayur atau buah-buahan yang sudah dipotong siap, sebaliknya pilih yang belum dibungkus. Kamu mungkin ambil masa lebih lama untuk memotong dan mendadu, tapi kamu juga yang untung sebab dapat berjimat.

Jimat RM15 ke RM20

Kalau nak tahu, harga satu sesi potong rambut di salun akan termasuk sekali dengan bayaran keringkan rambut. Jika kamu minta rambut dibiarkan basah, jurudandan akan kurangkan bayaran. Atau kamu boleh pergi ke salun dengan rambut masih basah, jadi kamu tidak akan dikenakan caj mencuci rambut.

Jimat RM20

Kongsi “pustaka” iTunes kamu – pergi ke preferences dan pilih share – dengan teman-teman serta rakan sepejabat dan minta mereka lakukan yang sama. Jadi kamu tak perlu keluar duit lebih untuk beli CD sbb kamu dapat akses kepada banyak lagu yang dimiliki mereka.

Jimat RM40 ke RM100

Minta tukang kasut “cantikkan” semula kasut lama milikmu. Kamu hanya perlu keluarkan kira-kira RM5 hingga RM20 untuk menggantikan tapak atau tumit kasut – jauh lebih murah dari beli yang baru, betul tak?

Jimat RM60

Ambil giliran untuk anjurkan parti makan malam seminggu sekali dengan teman-teman baikmu. Kos beli barang dapur lebih murah dari keluar makan di restoran. Hanya sekali saja dalam beberapa minggu kamu perlu masak dan jamu mereka makan di rumah, hujung minggu yang lain kamu dapat makan secara percuma di rumah mereka.

Jimat RM15 ke RM50

Kamu “gilakan” aksesori? Dari beli baru, lebih baik tunjukkan kreativiti dengan menggubah stail baru dari aksesori yg lama dan suaikan dgn personalitimu. Anting-anting tinggal sebelah? Gayakannya sebagai loket. Ada rantai yang sudah lama tak pakai? Berikannya sentuhan segar dengan menggantikan talinya dengan reben mengikut warna kesukaanmu.

Wasiat! Wasiat! Wasiat!

Assalamualaikum. Wah! Meriah hari raya uols kan? Saya sekarang kat Kg. Kuantan Kuala Selangor. Macam biasalah, lepas solat hari raya kat Sungai Choh, ziarah kubur abah, terus je balik Kuala Selangor. Selalunya bila balik Kuala Selangor saya akan ikut jalan Rawang – Batang Berjuntai – Kuala Selangor tapi tahun ni saje saya bawak mak jalan-jalan ikut lebuhraya baru LATAR yang bermula dari Templer Park dan keluar di exit Kuala Selangor.

Perjalanan lancar je, tambahan pula tak payah bayar lagi. Masih percuma. Start bayar mulai hari ini 1 September. Tataula pulak bape hengget. Perjalanan yang lancar tadi mula tersekat-sekat bila dah keluar dari lebuhraya. Silap saya tak ikut simpang ke Ijok/Bestari Jaya. Saya pegi ikut simpang ke Kuala Selangor. Sudahnya perjalanan yang sepatutnya dalam 30-40 minit menjadi sejam lebih. Sabo jela.. Dengar cerita, sampai hari ni Kuala Selangor masih jem. So, kitorang duduk kat umah ajelah tak pegi mane-mane pun.

Sekadar gambar hiasan : Raya pertama dalam perjalanan gi masjid nak solat raya

Eh, saya ni nak cerita pasal wasiat dah melalut cerita pasal raya pulak. Sebenarnya cerita dia macam ni. Dalam pertengahan bulan 7 aritu, kawan mak saya (saya dah anggap macam makcik sendiri) meninggal dunia akibat penyakit kencing manis. Selama ni dia makan ubat yang doktor bagi tetapi bila ada orang promotekan jus Monavie kat dia, dia cakap kat mak saya yang dia tak nak makan ubat doktor dah. Nak minum jus tu aje. Sudahnya, bacaan kencing manis dia naik sampai 19!

Saya ada tulis dalam status Facebook saya pasal ni dan dapat banyak respon jugak daripada kawan- kawan. So, saya tak cakap jus Monavie tu sebagai penyebab dia meninggal sebab mungkin memang dah sampai ajal dia. Tapi lepas ni kalau mak ayah kita nak minum air yang bukan- bukan, better cek dulu. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Gambar hiasan lagi : Raya kedua. Belakang saya tu sungai Kuala Selangor. Mujur buaya tak naik masa ni

Eh, melalut lagi. Ok, sambung balik. Selalunya lepas solat raya, rumah makcik tu memang jadi first pit stop saya dan mak untuk beraya. Saya ingatkan tahun ni tak dapatlah nak beraya rumah dia sebab dia dah takde, rupanya Alhamdulillah adik dia balik beraya kat rumah arwah tu. So, bila nampak ade orang kat rumah makcik tu, saya dan mak pun pegilah beraya. Adik makcik tu pun ceritalah macamana dia menguruskan aset-aset yang makcik tu tinggalkan. Bukanlah aset berjuta-juta, cuma duit dalam akaun ASBnya aje. Itupun bukannya banyak, dalam sepuluh ribu lebih aje.

Ok, perhatian penting!!! Tahukah anda bahawa sekiranya duit dalam ASB kita ada lebih daripada 10 ribu dan kita tidak mempunyai wasiat, apabila kita meninggal dunia, urusan duit ASB tersebut akan diserahkan kepada Amanah Raya Berhad (ARB). Untuk membolehkan duit tersebut diserahkan kepada waris yang berhak, waris kita dikehendaki menuntutnya melalui mahkamah syariah, angkat sumpah, lantik pentadbir dan pelbagai lagi urusan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun. Oh, please..10 ribu je kot. Ye, memang 10 ribu tapi itulah proses yang perlu dilalui.

Menurut adik makcik tu, duit ASB yang ada dalam akaun kakaknya cuma RM10,091. Tetapi 91 hengget itulah yang menyebabkan duit tersebut stuck di Amanah Raya dan tidak dapat diuruskan selagi semua waris faraid makcik tersebut tidak bersetuju untuk melantik pentadbir. Mereka iaitu waris faraid yang berhak juga dikehendaki menyerahkan dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan surat mati (sekiranya terdapat waris yang telah meninggal dunia) dan banyak lagilah dokumen yang bila saya dengar pun rasa macam sesak napas!

Menurut adik makcik tu lagi, surat mati mak ayah dorang dah lama takde. Dah lama hilang. Hah! Yang tu pun satu hal. Kena pulak buat surat akuan lepas tu kena angkat sumpah yang menyatakan salinan surat mati tu dah hilang. Lepas tu, semua waris faraid kena pegi pulak mahkamah syariah bersama-sama untuk settlekan benda tu. Hello! Lagi sekali ye.. 10 ribu je kot.. Tapi tulah, undang-undang. Adik makcik tu cerita, orang ASB tu ada bagitau, kalau duit dalam akaun makcik tu tak lebih daripada RM10,000, memang dorang boleh tolong settlekan dan serahkan terus duit tu kepada waris terdekat tetapi disebabkan ada lebihan 91 hengget tu, semua benda jadi susah. Apa pon tak boleh! Bak kata Kumpulan Jambu.. Saya rasa korang yang baca ni pun mesti rasa penat kan?

Gambar hiasan last.. Jangan marah arrr :  Raya ketiga. Bawak warga emas iaitu mak dan makcik saya beraya ke rumah sepupu sepapat dorang

So, please..please..please… Saya menyeru lagi sekali, TOLONGLAH TULIS WASIAT! Bukannya mahal sangat. Penat tau saya sebagai ejen Perancang Harta Pusaka As-Salihin ni nak mendidik orang Melayu kita ni soh buat wasiat. Bila saya bagitau client pasal wasiat ni, dorang jawab “Eh awak ni. Doakan saya mati ye?”. Boleh? Ke situ pulak dia.

Bukannya kita tak pernah baca pasal Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin, Allayarham Tan Sri Syed Kechik, Allayarham Datuk Sosilawati dan berbagai-bagai lagi kes yang masih belum selesai akibat takde perancangan harta pusaka yang betul dan betapa susahnya kalau takde wasiat ni. Sampai sekarang banyak lagi harta dorang yang terbeku. Lepas tu pulak bergaduh-gaduh sesama sendiri. Kan dah merugikan orang Islam tu. Kalau waris yang ditinggalkan tu ada duit sendiri, ada harta sendiri takpela jugak. Dibuatnya kalau jenis yang memang bergantung 100% kepada suami, suami meninggal, ternganga.. Apa nak dikata? Anak-anak masih nak dihantar ke sekolah. Kain baju nak jugak diganti. Dapur nak juga berasap. Hmm, malaslah nak cakap banyak. Kita boleh pikir sendiri la kan..

Ok, penat dah membebel. Jumpa lagi di lain siaran. Adios abestos… Daaa…

Suzilah Zainuddin
Perancang Harta Pusaka As-Salihin
019-388 9306
ujie [at] ujie [dot] com