Archive for the Category » Memories «

Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari III Part I

Sambung lagi dari Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari II Part II..

Hari ketiga di Turki merupakan hari terakhir kami di Cappadocia. Destinasi kami seterusnya ialah Ankara. Sebelum tu, apa kata kita tengok dulu peta Turki..

Ni la dia peta Turki - bersempadan dengan Bulgaria, Iraq, Syria, Georgia

So, sampailah masanya kami mengucapkan selamat tinggal kepada destinasi kami yang pertama iaitu Cappadocia atau digelar Valley of the Fairy Chimneys yang terletak dalam Wilayah Nevsehir.

Cappadocia atau digelar Valley of Fairy Chimneys

Sementara menunggu waktu sarapan jam 6.30 pagi, saya dan roomate saya, Memey mengambil peluang untuk bergambar di sekitar hotel kami. Yelah, sebelum ni kuar-balik otel-tido. Tak sempat nak jalan-jalan sangat kat kawasan hotel.

Untuk pengetahuan, hotel yang kitorang duduk ni dikelilingi oleh gua. Kalau ikutkan perancangan asal, kami dapat duduk di cave boutique hotel (gua yang direnovate jadi hotel) tapi malangnya masa tu kerajaan Turki ada konvensyen apentah. Habis semua boutique hotel dorang sapu. So, kitorang dapat duduk hotel yang dikelilingi gua je. Jadilah, daripada takde. Haha..

Patutnya duduk hotel camni…

Feeling-feeling orang gua

Dapat macam ni je…

Bolehlaa….

Pemandangan di belakang hotel

Hi! Saya Memey.. *bukan bini Norman Hakim tau..hehe

Ada kucing lagi.. Lagi sekor lari pulak..

Haha.. Sepet sebelah

Dah puas bergambar, kami terus gi sarapan. Selepas sarapan, mengangkut pulak beg-beg untuk dimasukkan ke dalam bas. Sayu je nak tinggalkan Cappadocia tu. InsyaAllah ada rezeki, boleh datang lagi..

Lebih kurang jam 7.30 pagi, kami mula meninggalkan hotel. Sempat singgah kejap kat Pigeon Valley untuk group photo..

Sebahagian je ni.. Ni dari satu bas.. Lagi dua bas tak sampai lagi

Merpati terbang sekawan

Tabung derma

 

Sarang tempat tinggal merpati

Viagra katanya. Ni tatau gerai ni jual ape sebab masa ni dorang tak bukak lagi..

Dah bergambar kat Pigeon Valley, kami meneruskan perjalanan ke Ankara. Dari Cappadocia ke Ankara mengambil masa lebih kurang 4 jam  perjalanan  menaiki bas sejauh 270km (termasuk berhenti rehat/toilet/minum selama 30 minit).

Cappadocia, Nevsehir menuju ke Ankara

Dalam perjalanan ke Ankara, salji memutih menghiasi sepanjang jalan. Sayup mata memandang sampai rasa nak tido. Kah kah.. Sambil tu tourist guide kami.. Eh, asyik panggil tourist guide je kan? Nama dia Sinan. Lupa pulak nak kenalkan. Ok, sambil tu Sinan pun ceritakan serba sedikit pasal Ankara.

Menurut Sinan, kalau Cappadocia yang terletak di Wilayah Nevsehir, terkenal sebagai kawasan tarikan pelancongan yang kaya dengan landskap formasi batuan, Ankara yang mempunyai kepadatan penduduk 4.4 juta orang pula terkenal kerana ia merupakan ibu negara Turki dan bandar kedua terbesar selepas Istanbul. Di Ankara juga tempat di mana Presiden Turki yang pertama, Mustafa Kemal Atatürk dikebumikan.

Ankara yang dahulunya dikenali sebagai Angora (disebabkan terkenal dengan kambing yang berbulu panjang dan berharga iaitu kambing Angora) telah menggantikan Istanbul sebagai ibu negara Turki sejak tahun 1923 selepas dipindahkan oleh Presiden Turki Mustafa Kemal Atatürk. Ankara menurut Sinan, merupakan sebuah bandar penting bagi perdagangan dan perindustrian. Ia juga merupakan pusat Kerajaan Turki dan menempatkan semua kedutaan asing.

Selain daripada menjadi pusat kerajaan Turki, Ankara berfungsi sebagai pusat pemasaran bagi kawasan pertanian sekitar kerana lokasinya yang strategik di tengah-tengah lebuh raya dan rangkaian keretapi Turki.

Ok, cukupla sikit pasal Ankara okeh. Tapi bila melawat Turki ni, barulah saya tau ibu negara Turki bukan lagi Istanbul tetapi Ankara. Keji betul tak amik tau Sejarah. Huhu..

Ni gambar-gamabr sepanjang perjalanan kami dari Cappadocia ke Ankara..

Salji..

Dek salji yang memutih di kiri kanan jalan, kami yang dalam bas ni menggeletek nak turun amik gamba. Sinan dan driver bas kami ikutkan aje tapi tak boleh lama-lama. Kang tak cukup masa pulak nak jalan-jalan kat Ankara..

Orang tua dapat main salji, cengginilah rupanya..Huhu

Hello Malaysia!

Selepas sejam meneruskan perjalanan, kami berhenti sekali lagi untuk ke toilet dan minum-minum..

Jemput minum ye..

Turkish Coffee – Bila minum kopi ni teringat cerita Nujum Pak Belalang. Bancuh kopi pakai bontot kuali.. Huhu

Masuk toilet kena bayar 1 Turki Lira

Kedai runcit

Stesen minyak

Akhirnya kami meneruskan perjalanan dan hampir 2 jam kemudian kami mula masuk ke bandar Ankara..

Ke Ankara

Bandar Ankara yang agak sibuk

Kami tiba di Ankara lebih kurang jam 12.30 tengahari dan ketika itu hujan renyai-renyai membasahi bumi. Destinasi pertama kami di Ankara ialah Stesen Keretapi GAR Ankara. Kitorang bukan nak pegi mana-mana naik ketapi tapi berhenti kat stesen ni semata-mata untuk makan tengahari di GAR Restaurant yang terdapat di dalam stesem keretapi tersebut.

Sedikit info tentang GAR Ankara : GAR Ankara merupakan stesen keretapi utama di Ankara yang menyambungkan beberapa bandar besar. Terdapat train komuter dan keretapi laju yang beroperasi di sini.

Gambar dalam restoran dan sekitar stesen keretapi..

Tunggu makanan.. Laparrrr

Cam biasa..sup

Salad tapi tetiba ada sambal ikan bilis.. Hihi..

Ketapi laju

Dengan Mekna

Pintu masuk restoran

Stesen Ankara GAR

Kadar tambang bas

Jom gi Mamak.. Makan roti canai… Nampau nau dah rindu roti canai..Huhu

Stadium

Mescid.. Hiks.. Solat kat sini..


Lepas makan tengahari dan bergambar di kawasan sekitar, destinasi kami seterusnya ialah Muzium Presiden Turki Pertama – Mosoleum of Ataturk. Apa tarikan yang ada di sana? Bagaimana kami mengharungi kawalan yang ketat di pintu masuk muzium. Nantikan hapdet akak seterusnya!!

Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari II Part I

Haloooo.. Bertemu lagi kita di Cappadocia bagi menyambung kisah daripada episod sebelum ini di entry Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari I Part II.

Seperti yang tercatat dalam buku itenerary, aktiviti kami di Cappadocia untuk hari kedua ialah naik hot air ballon (belon udara panas). Seawal 6 pagi lagi kami dikehendaki berkumpul di depan hotel sebab van dari syarikat Hot Air Ballon akan datang amik kitorang. Tak silap saya ada 6 buah van semuanya yang disediakan untuk mengangkut kami seramai 94 orang ni. Pagi-pagi buta tu sempatla amik gambo depan bilik dan sekitar hotel.

Depan bilik. Masih bersalji. Sejoooookkk

Salji menimbun

Kucing badan putih, ekor hitam. Ngam-ngam pulak tu ekor dia kaler itam.. Kiut!

Dilek Kaya Hotel & Burcu Kaya Hotel

Aksi wajib!

Syarikat yang kami gunakan ialah Kapadokya Ballons.

Van Kapadokya Ballons

Bila van sampai, nama kami dipanggil seorang demi seorang untuk dikumpulkan mengikut kumpulan. Kumpulan ini akan naik van yang sama dan bakul belon yang sama juga. Satu van boleh memuatkan lebih kurang 16 orang penumpang.

Masing-masing tengah tunggu nama dipanggil

Perjalanan dari hotel je stesen hot air ballon mengambil masa lebih kurang 15 minit. Bila sampai je kat stesen untuk naik belon tu, perasaan saya sangat teruja melihat belon-belon besar kat situ. Ada yang masih di atas tanah dan ada juga yang dah terbang megah di udara. Sape yang naik pagi-pagi, untunglah dapat tengok sunrise.

Belon yang sedia untuk diterbangkan

Akhirnya kami diarahkan supaya masuk ke dalam bakul masing-masing mengikut kumpulan. Setiap bakul boleh memuatkan 16-20 orang. Bakul dibahagikan kepada 3 bahagian. Kiri dan kanan merupakan bahagian untuk memuatkan penumpang manakala bahagian tengah adalah ruang untuk pilot dan tong gas khas. Jangan ngeri plak bila dengar ada tong gas. InsyaAllah selamat. Hehe..

Memanjat masuk bakul

Pilot tengah cek apa-apa yang patut

Masa nak naik tu, kena panjat bakul tu sambil tetonggeng-tonggeng nak masuk dalam bakul. Mujur ada yang membantu. Akak berat dek. Susah nak angkat badan sendiri. Haha..

Lepas masing-masing dah masuk dalam bakul, bermulalah acara mengamik gamba. Belum terbang lagi masa tu. Tetap jugak nak pose-pose. Masa tu dah terasa bahang api yang membakar kat atas kepala.

Pose sket

Semua sebok amik posisi terbaek

Bila pilot menarik injap untuk menyalakan gas dengan lebih kuat, berderau jugak darah bila dengar api menyala-nyala kat atas kepala. Tapi keseronokan pengalaman pertama mengatasi ketakutan. So redha dan tawakal je.

Pilot tengah tarik injap gas

Api menyala-nyala!

Macam kapal angkasa

Lepas sume dah ready, pilot kami mula menerbangkan belon sambil memperkenalkan diri beliau. Nama dia Serkan dan dia gelarkan hot air ballon dia sebagai Titanic. Dia juga memberitahu kami bahawa dia merupakan pilot kedua terbaik di situ.  Kitorang tanyelah dia sape pilot yang No. 1? Kenapa dia tak jadi No. 1 terbaik? Dia cakap, pilot No. 1 sekarang kat hospital sebab eksiden belon. Hahaha kuang ajo buat lawak plak dia!!

Pilot tengah memperkenalkan diri

Memula belon kami tak naik tinggi. Memain kat bawah je. Adalah dalam 10 meter dari tanah. Bengang je bila tengok belon-belon lain dah terbang tinggi. Rasanya 100 meter lebih jugak dorang naik tu. Jeles!! Pilot cakap dia tak boleh buat ape, memang semua bergantung pada angin. Kami redha je.

Kitorang masih belah-belah bawah lagi ni sebab belon lain masih kelihatan dekat dengan kedudukan kami

Jeles tengok belon yang dah naik tinggi

Tak lama lepas tu, angin mula meniupkan belon kami. Wahh!! Makin lama makin tinggi.

Dah mula naik

Mula meninggalkan belon-belon lain

Wooohoooooo!!!

Kelihatan matahari dah mula terang-benderang. Bila pandang ke bawah, nampak rumah-rumah penduduk tempatan bersusun cantik.

Rumah-rumah yang dilihat dari udara

Tak lama kemudian, belon kami dibawa angin ke bahagian lurah gunung. Nasib baik tak tersepit kat celah tu. Huhu..

Nyaris nak tersepit celah ni

Kat atas tu apelah lagi aktiviti nak dibuat selain bergambo, kan? Dengan pemandangan matahari yang bersinar, ada pulak nampak belon-belon lain yang turut sama terbang. Tak kira lagi dengan pemadangan gunung-ganang yang diseliputi salji dan batuan semulajadi dengan bentuk yang macam-macam. Subhanallah!! Cantik sungguh ciptaanMu! Bila menulis ni, tetiba saya rindu kenangan di sana. Rindu sangat-sangat. Rasa nak pegi lagi :-(

Hepi dapat naik belon. Haha

Banyaknye belon!

Kami...

Lubang-lubang kecil pada batuan adalah tempat tinggal burung merpati

Kasi close-up sket

Lurah-lurah yang masih bersalji

Selain pemandangan gunung-gunung yang masih diseliputi salji, terdapat juga ladang yang luas tapi agak kering. Bila ditanya kepada pilot, rupanya tu ladang kentang, buah aprikot, oat, kekacang seperti almond dan bermacam jenis tanaman lagi. Kalau musim buah, mesti lagi cantik pemandangannya kan..

Ladang luas terbentang..

Pagar berbentuk kuda kot. Ke saje petani kat situ buat corak kuda camtu sebagai hiasan ladang dorang. Huhu

Berkabus

Selepas sejam kami di udara, tibalah masa untuk mendarat. Kami diajar cara pendaratan yang betul iaitu kaki dibengkokkan dan tangan kena pegang kuat-kuat kat handle tali yang diikat pada bakul. Pilot tu bagitau, walau apapun terjadi, tangan jangan lepas dari handle sebab ada kemungkinan masa mendarat nanti bakul tu akan tergolek ke belakang dan kalau tak pegang kuat-kuat, boleh tercampak keluar dari bakul. Uiiiii kecut semua pundi bila dengar.

Tanah lapang untuk cubaan mendarat

Pilot cuba melakukan pendaratan pertama tapi angin makin kuat dan menerbangkan belon kami jauh dari stesen pendaratan yang biasa. Cubaan pertama gagal sebab ada wayar letrik. Kami makin jauh dan kami dapat lihat dari atas, van yang membawa kami tu mengikut je bakul belon kami diterbangkan. Sebab nanti dorang kena kutip kami semula.

Tak lama lepas tu, pilot cuba membuat pendaratan kedua di kawasan tanah lapang. Kami disuruh membengkokkan kaki dan pegang handle kuat-kuat. Tetiba saya dengar bunyi “Bukkkk!!!”. Yeah!! Kami berjaya mendarat. Dah boleh tarik nafas lega. Akan tetapi!!!! Sangkaan saya meleset uols. Tak sampai 3 saat, angin kuat menolak semula bakul kami ke atas. Sudahnya kami terbang lagi. Group lain rasanya dah lama landing dah. Sabo jelah. Van kat bawah, masih tak berputus asa mengikut kami.

Dalam 5 minit jugak kami berlegar-legar di udara sambil pilot terus mencari tempat yang sesuai. Tak lama lepas tu, sekali lagi kami mendarat. Gedebuk!! Bunyi bakul mencecah tanah. Punyelah kuat impact dia sampai topi sejuk yang saya pakai terlucut dari kepala. Pastu terasa percikan pasir masuk dalam mulut. Haha. Apa pun, Alhamdulillah kami selamat.

Belon terdampar atas tanah

Lepas tu, masing-masing memanjat kuar dari bakul.

Masing-masing dah kuar dari bakul

Dah keluar tu, sambung lagi bergambo.

Yeayy!! Alhamdulillah selamat semua..

PruBSN Takaful - No. 1 Company

Bentuk dalam bakul

Mejar Muhammad - Tentera yang jugak merupakan agent

Kapadokya Ballons

Tetiba pilot kami hilang. Rupanya dia pegi carik van kami sebab jalan nak masuk ke tempat pendaratan kami tu, susah sikit. Van tu tak jumpa kot. Haha bayangkanlah entah ceruk mana kami landing.

Lebih kurang 10 minit gak, akhirnya van kami tiba bersama pilot. Lepas tu, lori yang nak angkut belon dan bakul pon sampai jugak. Yang bestnya, tetiba dorang bukak meja, lapikkan dengan pelapik meja. Susun gelas dan tuang jus minuman untuk kami. Kek pon ada. Romantik gilerr breakfast kat tengah ladang tu. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa Turki, kami bersarapan dengan rakus!! Lapar wehhh!!

Lepas tu, pekerja-pekerja syarikat Kapadokya Ballons pun mengangkut belon dan bakul mereka dalam lori. Kami pulak masuk dalam van.

Belon yang nak diangkut

Kemas.. Jangan tak kemas!

Lepas dah minum dan makan untuk lapik perut, kami dibawa balik ke hotel untuk sarapan betul-betul. Bila sampai kat hotel, tengok kawan-kawan yang lain dah ada. Sahla kami bakul terakhir yang mendarat. Kah kah..

Lepas sarapan, kami di bawa pula melawat tarikan di Cappadocia yang seterusnya iaitu Göreme Open Air Museum.

Göreme Open Air Museum

Kami tiba di Goreme Open Air Museum itu pada jam 9.15 pagi. Tiket masuk ke Göreme Open Air Museum ni ialah 15 Turki Lira tapi tiket kami semua telah dibayar oleh PruBSN Takaful.

Tiket masuk

Kaunter tiket. Kena scan dulu sebelum dapat masuk

Bagi saya, Göreme Open Air Museum merupakan sebuah landskap ciptaan Allah yang sangat menakjubkan, diukir sepenuhnya oleh hakisan. Ia diwartakan sebagai tapak UNESCO dan telah menjadi ahli UNESCO World Heritage sejak tahun 1984 lagi.

Di dataran terhakis lembah Göreme ini, terdapat batuan-batuan unik hasil aktiviti gunung berapi jutaan tahun yang lampau. Ditambah pula hakisan oleh angin dan air, menjadikan kawasan ini begitu unik dengan ciri semulajadi batuan yang membentuk tiang, menara dan obelisk (bentuk seperti jarum) setinggi 40 meter.

Batuan berbentuk gua

Di kawasan ini juga dahulunya merupakan tempat kediaman, perkampungan pendita dan bandar-bandar bawah tanah dan kekal menjadi habitat tradisional manusia sejak abad ke-4. Sebab tu kelihatan pintu-pintu pada batuan tersebut. Tapi sekarang dah takde sape tinggal kat situ. Hanya terdapat gereja-gereja kecil yang pernah digunakan pada suatu ketika dahulu. Sekarang jadi muzium je.

Kami dibawa melawat ke tiga chapel (gereja kecil) terkenal di Göreme Open Air Museum ini iaitu Nunnery, St. Barbara Church dan Snake Church. Setiap chapel ni ada sejarah dan tarikan tersendiri. Oleh kerana dalam chapel tu tak boleh amik gambo, so kitorang dengar jela tourist guide tu cerita.

Eh, ada satu gamba yang saya curi-curik amik dalam chapel tu. Haha dasar degil!

Lepas tu, kami diberikan masa setengah jam untuk berjalan-jalan dalam kawasan tu. Dah tentula aktiviti mengamik gambo. Seb baiklah ada jurugambar sukarela yang sudi nak melayan saya. Tengkiu Faizal! Mehla saksikan aksi-aksi mendebarkan ahkak berposing di sana. Hhaha..

Hanjeng!

Ramai-ramai

Merenung nasib

Tengkiu Faizal!

Sempat gak singgah beli souvenir kat sana.

Kedai souvenir

Lepas melawat Goreme Open Air Museum, pada pukul 10.45 pagi kami dibawa pula ke gedung karpet terkenal. Seperti yang kita ketahui karpet Turki merupakan karpet terbaik dan terkenal dengan mutu pembuatannya. Menurut tourist guide kami, lebih 2,000 orang wanita di Turki diupah untuk menghasilkan karpet di rumah masing-masing dan dihantar ke gedung karpet untuk dipasarkan.

Kebiasaannya, sehelai karpet mengambil masa dua bulan hingga 5 tahun untuk dihasilkan. Sebab tu tak hairanlah kalau harganya agak tinggi iaitu paling cikai pun USD500.

Terdapat 3 jenis karpet yang dihasilkan iaitu jenis wool (sesuai untuk digunakan di lantai bilik tidur), jenis cotton (lebih detail, lebih lebar dan tahan lasak serta sesuai digunakan di ruang tamu dan ruang makan) serta yang akhir sekali jenis silk (saiz lebih kecil dan sesuai dijadikan hiasan dinding).

Di sana kami dibawa melihat bagaimana proses pembuatan karpet dijalankan iaitu daripada kepompong ulat sutera yang dijadikan benang, proses mewarna benang dan seterusnya kepada proses menyulam benang sehingga menjadi karpet. Bila tengok awek-awek Turki dengan penuh kesabaran menyulam benang tu jadi karpet, memang tabiklah. Kalo akaklah, agaknya silap sikit je terus haku campak-campakkan benang dengan gunting tu. Hhahaha tak sabar..

Ulat sutera

Dah jadi benang

Benang yang dah berkaler

Tekun

Sabar

Sambil dihidangkan dengan apple tea (teh terkenal di Turki), kami dijampi serapah (fitnatun je) oleh staff kat gedung karpet tu untuk membeli karpet di sana. Adalah dalam 4-5 orang yang terjebak. Paling murah ada yang beli USD900 dan paling mahal yang dorang beli tak silap USD10,000. Penghantaran pulak PERCUMA sampai depan pintu rumah. Akak tengok je. Tak beli pon. Baik akak shopping baju. Haha..

Tengah bagi explanation

Lawaaaaaa... Ni USD1,500 kot

Ko mampooo buat aksi sewel camni kat kedai karpet orang?

Karpet yang dah siap

Karpet yang dibeli oleh Che Wan

Saya tanyelah dorang karpet mahal yang pernah terjual. Nak tau bape? USD1,000,000 yang ditempah oleh Prince of Japan yang mengambil masa 7 tahun nak disiapkan. Satu-satunya corak yang dorang buat. Bape besar tu tak pasti. Agaknya oenuh satu dewan kot.. Uiii…

Kami di gedung karpet tu sampai pukul 1 tengahari dan seterusnya dibawa makan tengahari di sebuah restoran yang menghadap Pigeon Valley yang lawa sangat-sangat. Sambil makan, sambil teruja. Nak tengok cemana canteknya Lembah Merpati tu? Nantikan sambungan di entry seterusnya..Huhu..

Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari I Part II

Ok, sambung lagi daripada entry sebelum ni Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari I Part I.

Dalam entry sebelum ni, saya cerita yang kitorang dibawa melawat ke Underground City sebagai aktiviti pertama kitorang kat Cappadocia. Kat Cappadocia ni punyelah banyak underground city sebenarnya. Lebih 100 buah perkampungan. Tapi tak semua tempat yang kita boleh lawat. Ada certain je yang dibuka untuk lawatan. Mungkin disebabkan faktor keselamatan ataupun underground city tu dah tak wujud lagi. Tertimbus atau musnah.

Untuk pengetahuan uols, underground city yang terdapat di Cappadocia telah wujud seawal zaman Gangsa lagi. Uols tau tak zaman Gangsa tu bila? Hasil ‘Google’an akak, zaman Gangsa tu bermula pada tahun 3,000 B.C. B.C tu hape pulak? Akak pun baru tau ni uols. So, akak share ye.. B.C tu bermaksud Before Christ. Menurut kepercayaan Kristian, Jesus Christ dilahirkan pada tahun ’0′. So, 3,000 B.C tu adalah 3,000 tahun sebelum kelahiran Jesus Christ. Gitteeww..

Okeh, berbalik kepada underground city yang dipercayai wujud pada zaman Gangsa ni, ia dijadikan penempatan penduduk ketika Empayar Byzantine (kalau rajin Google sendiri. Kang blog ni jadik blog Sejarah plak.. Kui kui). Zaman tu kan suka perang-perang, so dorang buat underground city tu jadi tempat perlindungan. Bila waktu aman (takde perang) dorang duduk rumah biasa atas tanah, tapi bila waktu bahaya (masa perang) dorang bersembunyi kat belah bawah iaitu underground city. Kiranya kalau tengok dari atas, macam rumah-rumah biasa. Tapi musuh tatau yang kat bawah rumah dorang tu ada jalan rahsia untuk ke underground city. Dari rumah atas tanah ke rumah dalam underground city tu pulak, disambung dengan terowong.

Selain sebagai tempat perlindungan, dorang jadikan jugak sebagai tempat keagamaan (chapel atau gereja kecil), tempat penyimpanan makanan, binatang ternakan dan ada juga dijadikan tempat untuk simpan wine. Lengkaplah kiranya dengan dewan, tandas, sistem pengudaraan dan sebagainya. Yang bestnya kalau masa musim panas, kat bawah tu akan rasa sejuk. Kalau musim sejuk, akan jadi hangat. Memang sesuailah dijadikan sebagai tempat tinggal.

Cite je lebih, takde gamba sebagai bukti, apalah maknanya kan? So, lets akak bawak uols jalan-jalan kat underground city di Cappadocia!

Tangga masuk ke underground city

Ruang dalam underground city

Tiang seri.. Kah kah.. Memandai je haku

Rasa macam nak lempang pompuan ni tak?

Dah macam rupa orang zaman batu pun ada

Tempat simpan wine

Lubang pengudaraan

Dapur

Cubaan duduk di atas dapur

Lepas tu, kitorang bergambar kat bahagian atas pulak..

Tarian apakah yang akak cuba lakukan ni??

Kolam ape tatau

Ko mampooo tido atas salji sebegini rupa?

Pompuan eskimo

Kawasan ni masih dipenuhi salji

Dah abes melawat underground city, kitorang meneruskan perjalanan ke Camel Valley pulak. Lembah Unta katanya.. Adakah terdapat banyak unta di sana? Mari saksikan..

Batuan yang terbentuk daripada aktiviti gunung berapi jutaan tahun yang lampau

Ahkak

Orang ramai sibuk mencari unta

Kata Camel Valley? Mana camelnya?? Nah uols!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oooo.. batu bentuk unta rupanya

Sejuuuukkkk.. Jadi mari kita peluk Mek Na

Unta fadang fasir pun tak femalass macam ente!

Dah bergamba-gamba kat Camel Valley tu dalam pukul 5.30 petang. So, kami dibawa balik ke hotel untuk acara minum petang Selamat Datang. Kami dihidangkan dengan manisan Turki (macam dodol sikit) dan jus aprikot ke apentah. Tapi sedaplah..

Lobby Hotel Burcu Kaya, tempat minum petang

Bersama lampu berbentuk gua yang menjadi simbol Cappadocia

Jemput minum!

Lepas je minum petang, terus pulak ke restoran sebelah (kat hotel tu jugak) untuk makan malam..

Berpusu-pusu masuk restoran kerana kelaparan

Tiang dalam restoran yang meriah

Makanannnnnn...

Makanan yang saya amik. Diet tak??

Penchuchi mulot

Habis makan malam, dalam pukul 7. Lepas dah makan semua tu, balik bilik hotel untuk mandi-mandi, berehat dan tido. Nak mandi tu punyelah berchinta! Sejukkkk mak datok!! Sampaikan saya terjerit-jerit masa pijak lantai bilik air sebab terperanjat punyelah sejuk! Lepas tu baru sibuk carik selipar hotel. Kah kah..

Masa bukak paip air, ingatkan heater rosak, rupanya kena tunggu lama sikit baru air panas keluar. Nampak nau kampung. Muahaha.. Sudahnya akak mandi air sejuk uols! Terus Parkinson lepas tu..

Waktu Isyak kat sana pukul 7.30 malam. Lepas solat, saya terus baring tido. Tau masa tu pukul bape? 7.45 malam!! First time tido sebegitu awal. Letak je kepala, terus jalan. Nak tengok TV pun, semua cakap Turki. Dahla takde subtitle. Sabo jela..

Sekian dulu aktiviti saya di hari pertama. Yang pasti, aktiviti besoknya lagi best! Naik belon panas!!!! Yeayyyy!! Tunggu episod seterusnya ye.. Daaa…

Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari I Part I

Assalamualaikum.. Ada orang tak? Ada tak yang ternanti-nanti update dari ahkak? Huhu..

Alhamdulillah, saya selamat kembali ke Bumi Malaysia jam 7 pagi hari Ahad lepas selepas menempuh perjalanan balik selama 11 jam! Lumpuh pinggang ahkak!

Sorry banyak-banyak sebab ahkak lambat munchol dengan entry pasal Turki ni. Nak tulis entry ala-ala travelog ni agak renyah sebenarnya. Bukan ape. Nak ingat nama tempat (maklumlah, dah tua cepat lupa dek..), nak edit gamba, nak sumbat gamba lagi. Mujur saya jenis yang akan tulis notes dalam handphone atau buku kecik supaya tak lupa apa-apa aktiviti saya semasa melancong. Jadi saya rujuk je kat situ.

Pastu time rajin, nak gakla letak info serba sedikit pasal tempat yang dijejak tu. So kena Google la pulak. Tapi demi pembaca saya yang sudi baca blog mengarut ni, saya bertabah jua menulisnya. So, sila baca setiap hurup, baris, perkataan, ayat, perenggan dan nota bacaan seperti titik, koma, titik dua bertindih dan sebagainya sampai habis ye. Hiks!

Kan? Dah tiga perenggan tulis bunga-bunga, tak masuk-masuk lagi cite pasal Turki. Keji sungguh!

Seperti yang telah saya poyo-poyokan di FB sebelum ni, bahawa saya akan melancong ke Turki bersama dengan Trip Prudential BSN Takaful. Sebelum tu tengkiu saya ucapkan kepada semua client Takaful yang amik plan takaful dari saya (walaupun ada yang saya paksa! Kah kah) dan jugak tengkiu kepada kampeni yang saya sayangi Prudential BSN Takaful yang bagi saya peluang menjadi sebahagian daripada keluarga besar mereka.

Oh sebelum tu nak jugak cite sikit kekejian saya pasal tersilap tarikh nak ke Turki ni. Oleh kerana saya tak datang briefing yang diadakan oleh pihak travel agent (sebab saya pegi Banda Acheh masa tu), jadi dalam sepengetahuan saya, trip ke Turki ni adalah pada 12 Mac, hari Isnin malam. So bila mak saya tanya, kawan-kawan tanya, saya bagitau dorang yang saya akan ke Turki pada Isnin malam. Nampaknya ramalanku salah belaka.Rupa-rupanya, memang lah peginya hari Isnin tapi nak kena berkumpul kat KLIA pada hari Ahad malam sebab flight ke Turki tu adalah pada hari Isnin, jam 12.30 pagi! So bila dah tau yang hari Ahad dah nak kena berkumpul kat KLIA, barulah saya terhegeh-hegeh nak carik traveller chargerlah, balik Sungai Choh jap jumpa maklah, amik baju kat dobilah dan macam-macam lagila benda nak kena buat. Sape yang salah? Sendiri lah kan? Rasain!

Eh dahlah! Banyak benar merepeknya ni. Mari start sekarang! Baiklah, marilah kita bersama-sama menyelusuri perjalanan saya ke Turki baru-baru ini.

Saya ke KLIA dihantar oleh anak buah saya Didi sebab sepanjang 7 hari trip saya nanti, saya nak tinggalkan keta saya kat dia untuk dia repair. Saya gerak dari Kotadem lepas solat Asar, lebih kurang pukul 5 petang dan berjanji akan bertemu dengan Didi di Perodua Balakong. Selepas kutip Didi di Balakong, saya singgah pulak rumah member di Kajang dengan tujuan nak meminjam baju sejuk beliau. Akak ada 3 helai je dek. So, kebas lagi 2 helai dia punya. InsyaAllah cukupla bekalan akak nak berpoyosing di Turki kelak. Kah kah!!

Dah amik baju, teruslah kami ke KLIA. Sampai kat KLIA lebih kurang jam 7.30 malam walaupun kami dijadualkan untuk berkumpul di sana pada jam 9 malam. Semangat lebey bak kata Syahir. Ada aku kesah? Biarr arr!! Huhu..

Ibu & Anak.. Alhamdulillah, Abang Din layak bersama-sama trip PruBSN pada tahun ni. Congrats bro!

Tak lama kemudian, saya lihat ramai kawan-kawan yang lain mulai tiba. Jam 9 malam, kami mula beratur untuk check-in luggage. Lama jugak nak tunggu. Maklumlah, trip kali ni, seramai 94 orang yang akan bersama-sama ke Turki.

Bersama kakak-kakak yang hebat-hebat!

Setel semua, saya dan beberapa orang lagi lepak-lepak di KFC sebelum diarahkan masuk ke waiting room. Penerbangan dijadualkan pada jam 12.30 malam.

Lepak kat waiting room sebelum boarding

Tepat jam 12.30 malam, pesawat MAS yang kami naiki mula mengembangkan sayapnya. Selepas dua jam perjalanan, kami mula dihidangkan dengan makan malam (ke sahur?). Dalam pada mengantuk-ngantuk tu, belasah la jugak.

Makannnnnnn.....

Lepas makan, saya cubalah pulak tengok movie yang ada disediakan dalam flight tu. Saya tengok Bini-biniku Gangster. Tolooonngggg!!!! Nak muntah okeh. 15 minit tengok, saya dah terlelap. Terjaga semula bila credit line tu dah naik. Cemanalah cite ni boleh box office? Eiii!!

Lepas tu, saya tido sampailah lagi sejam setengah nak mendarat, kami dihidangkan pulak dengan sarapan pagi. Dorang bagi 2 option. Nasik lemak dengan omelette. Boleh tak bila sampai kat seat kitorang, nasik lemak dah abes? Tinggal omelette je. Omelette pun omelettela.. Mementanglah nak ke Turki, takut kempunan tak dapat makan nasik lemak seminggu, semua pakat pilih nasik lemak.. Huhu

Kami tiba di Atatürk International Airport, Istanbul pada jam 6 pagi. Masa tu, hari dah terang sebab waktu Syuruk kat sini pukul 6 lebih.

Welcome to Istanbul

Istanbul

Selain penerbangan antarabangsa, Atatürk International Airport juga menempatkan penerbangan-penerbangan domestik. So, setibanya di airport tu, kami dijadualkan pula menaiki penerbangan domestik menggunakan Turkish Airlines ke Cappadocia [baca : Kapadokiya] pada jam 9.50 pagi.

Senarai negara yang memerlukan visa sebelum dibenarkan memasuki negara Turki

Motip nama ahkak jadi Suzil????

Selesai urusan check-in, kami dinasihatkan untuk menukar duit US dollar (dah ditukar siap=siap kat Malaysia) kepada matawang tempatan iaitu Turki Lira. Untuk pengetahuan uols, kat Malaysia ni susah nak dapat Money Changer yang ada Turki Lira. Kalau ada pun, mungkin Turki Lira yang dorang ada tu, note yang lama punya. Takut nanti bila dah tukar kat Malaysia, rupa-rupanya tak diterima bila sampai kat Turki nanti. So better tukar US Dollar je. Bila sampai kat airport Turki, baru tukar USD tadi kepada Turki Lira. Ngertih??

Money Changer - AKBANK. Abang kepada AMBANK... Hiks..

Tourist guide bagitau kalau nak tukar kepada Turki Lira pun, tukar dalam USD50 je untuk belanja beli askrem ke, jagung ke. Kiranya untuk belanja barang yang kecik-kecik jela. Duit yang lain biarkan je dalam matawang USD sebab dollar pun diterima pakai di kebanyakan kedai di sana.

Lepas dah tukar duit semua, kitorang lepak-lepak lagi sementara tunggu boarding time. Ada pulak awek Turki tunggu kitorang sambil bagi buah tangan selamat datang (welcoming gift) kepada kami yang merupakan Turkish Delight (sejenis manisan), roti dan air. Ni kira breakfast kitorang lagi sekali la ni.

Hello Istanbul!

Awek Turki yang chun!!

Air Tin Tamek

Tak lama tu, tibalah masanya kami menaiki pesawat Turkish Airlines. Pesawat mula bergerak meninggalkan landasan pada jam 9.50 pagi dan kami dijadualkan sampai ke lapangan terbang domestik Nevsehir Kapadokya Airport pada jam 11.30 pagi.

Sebaik sampai, kami terus dibawa makan tengahari di restoran gua iaitu Altinocak Cave Restaurant.

Altinocak Cave Restaurant

Gua beb.. Gua..

Ruangan nak masuk dalam restoran

WC yang bermaksud Water Closet atau Tandas!

Toilet dorang bersih je..

Ruang dalam restoran gua

Dinding gua yang diukir

Siling gua

Ala-ala rak gituhh..

Mamat ni tengah gendong tangki wine. Bley?

First time makan makanan Turki, belasah ajelah. Sup, roti, salad, ikan panggang dan nasik. Nasi dorang lain sikit. Dorang masak dengan butter dan garam. Nampak macam pulut pon ye jugak. Last sekali kami dihidangkan dengan pencuci mulut iaitu buah aprikot yang dah dijerukkan.

Sup dan roti

Salad

Kacang panggang

Nasik dan ikan panggang

Jeruk aprikot

Haa... Hambekk!! Penuh meja batu ni..

Lepas makan, kitorang bergambar-gambarlah sekitar restoran gua tu. Bumbung restoran tu siap ada tumbuh rumput bagai. Maklumlah, gua kan.

Pokok apentah ni. Abes kering bila musim sejuk

Atas bumbung restoran ni siap ada rumput

Dinding luar restoran gua yang ditebuk dengan ukiran geometri

Pokok yang gondol

Lampu di atas bumbung

Bersama agent paling berusia di PruBSN! 62 tahun kalo tak silap umur Tuan Syed ni..

Motip akak silang kaki cenggitu?

Kat situ jugak kami nampak beberapa ekor kucing. Gemok-gemok. Bersih je. Tapi kami syak kucing tu bukan kucing bela. Kucing jalanan je. Ntah cemana boleh gemuk pun tatau lah. Haha

Gumuk kan? Kucing ye.. Ahkak slim!!

Rasa nak lempang sebab gemuk.. Haha

Ni pon gerammm..

Walaupun idung comot, tetap comel!

Lepas makan, tibalah masa untuk check in-hotel. Kami menginap di Dilek Kaya Hotel. Kaya bermaksud cave atau gua. So orang kaya bolehlah kita panggil orang gua. Hahha jangan marah ye orang-orang kaya. Heehee..Dalam perjalanan ke hotel, kami menikmati pemandangan yang cukup indah di Cappadocia ini..

Gunung-ganang

Cantek kan?

Boleh tak malas nak letak caption? Korang tengok jela.. Haha

Bila sampai kat hotel, kami diberikan kunci bilik masing-masing. Hotel tu ada 3 tingkat. Bilik saya di tingkat bawah sekali. Keliling hotel tu, semua gua-gua. Lawa sangat pemandangan. Sebelum tu, meh tengok bilik saya..

Cenderamata dari PruBSN berupa towel yang disulam nama kami.. *Terharu

Roomate saya - Rosmemy

Selepas meletak beg dan barang-barang, kami dibawa untuk melawat tarikan pertama di Cappadocia iaitu underground city (bandar bawah tanah). Salah satu ciri unik di Cappadocia adalah terdapat begitu banyaknya underground city iaitu lebih daripada 100 buah perkampungan.

Walau bagaimanapun, tidak kesemuanya dibuka untuk pelancongan. Tetapi Alhamdulillah kami dapat melawat salah satu daripada underground city tersebut.

Apakah rupa underground city tersebut, nantikan episod seterusnya malam besok. Ahkak dah tak larat nak membebel. Dah pukul 3 pagi nih… Tido dulu ye.. Hiks.. Daa….

Gambar Dari FB

Halooo.. Entry kali ni saya nak sumbatkan gambar-gambar dari FB sepanjang cuti empat hari baru-baru ni. Kawan-kawan FB mesti dah menyampah sebab ulang tayang. Wakakkaa.. Sebab dah tatau nak tulis ape, bubuh jela ape yang ada kan..

So lets uols..

Spek Baru

Dah dekat 3 tahun saya tak tukar spek. So, kali ni saya try balik frameless spec. Dulu pernah pakai masa tahun 2004 camtu kot. Tak ingatla.. Ok gak pakai frameless ni cuma kena berhati-hati sebab dia agak fragile. Dahla saya ganas. Tido main himpit-himpit je.. Hiks!

Sila abaikan hidung yang bulat macam jambu air tu.. Soalan yang nak ditanya : Mane lebih makcik? Spek ada frame ke, frameless? Ke sama je ke’makcik’kannya? *Nangesss

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

REM

PM antara saya dan Rem. Ko ada? Haha

Sila rujuk entry Artis Kesayanganku di sini. Last week, member saya Jimmy jadi photographer masa Rem diundang ke konti Gaol.FM. Saya pun paksa dia tunjuk blog saya kat Rem tapi dia tak sempat (atau dia dengki! Muahhaa). Fine! Akak redho. Tapi oleh kerana untuk tidak menghampakan saya, Jimmy pun bagi FB Rem kat saya. Saya pun dengan cargasssssnya meng’add’ dan memPM Abang Remku itteww lalu dijawabnya seperti gambar di atas. Gedixkah aku? Huhu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kawen-kawen

No no no.. Bukan ahkak yang kawen tapi sepupu ahkak yang kami panggil Uteh. Saksikanlah gamba-gamba beliau ;-)

Pose wajib lepas akad nikah

Motip tunjuk tangan macam Dr. Rozmey??

Uteh bersama mak pengantin dan mak saya

Mak saya dan kakaknya

4 Dara Pingitan. Eh choppp!! Yang baju biru tu mak dara!

Pengantin

Bakal pengantin. Opssss!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Soping @ Pasar Pagi Tanjung Karang

Pagi Isnin kami ke Pasar Pagi Tanjung Karang. Macam biasalah, beli ikan sayur, buah-buahan. Sempat jugakla mak saya sebat kasut. Bukan sepasang, tapi dua! Dia cakap kasut yang mula-mula dia beli tu dia ter’beli’ sebab ikut nafsu. Yang kasut kedua tu, baru memang betul-betul dia nak beli. Ok, fine mummy! Haha..

On the way nak ke Tanjung Karang

Muka hepi dapat bersoping

Selipa Facebook. Moteeep?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jalan-jalan Carik Makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram Kuala Selangor

Petang Isnin pulak, saya ajak mak, sepupu, anak buah dan makcik saya makan kat Aroma Ikan Bakar. Kebetulan makcik saya puasa. Bolehla bukak puasa sekali. Kami sampai lebih kurang pukul 6.30 petang. Ingatkan dah abes awal la tu. Sekali, dah penuh daa.. Nasib baik ada satu meja tu dah abes makan. Terus saya chop kat situ. Lepas dah dapat tempat duduk, baru pilih binatang yang nak dimakan.

Lepas dah order makanan, kami lepak sambil amik gamba pemandangan matahari jatuh. Matahari jatuh katanya. Huhu.. Sunset okeh..Cantek sangat ciptaan Allah! Subhanallah..

Oh ya.. Kali ni kami order ikan terubuk, cencaru dan sotong besar. Sayur pulak kami amik kailan ikan masin. Air fresh orange satu jag, air epal dua gelas, air bali segelas. Total lima orang makan RM90! Okla kot. Makanan pun sedap. Puas hati gakla..

 Tengah beratur pilih binatang yang nak dimakan

Tantek kan?

 

 

 

 Tuan tanah kedaung

Pemandangan waktu malam

 Sepupu dan mak saya

 Mem besar

 Ini sotonnn.. Gemuk gile sotong dia

 Kailan ikan masin

 Terubuk bakar nyam nyam

 Masa kitorang nak balik, ramai lagi yang tengah beratur. Tataula pukul bape dorang dapat makan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kemas Keta

Semalam saya kemas boot keta yang dah sipi-sipi macam pusat pelupusan sampah. Keadaan asal takdela seteruk macam ni. Ni lepas saya dah punggah. Pastu baru teringat nak amik gamba dan mengeji diri sendiri di FB. Tu yang rupa macam ni… *Matila penafian sangatzz..Kih kih

Ilang akal macam sarang ularr

Harap-harap dapat bertahan selama sebulan. Wakakka..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saka?

Signbod ni saya jumpa masa amik umpan anak udang dari anak buah saya yang menangguk di Jambatan Kuala Selangor. Ni mesti kes ramai yang dah jumpa ‘mahkluk Allah’ kat sungai tu. Sebab tu signbod ni diletakkan kat situ. Eiii serammmm….

Uols beranii???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thaipussam

Bukan main meriah lagi sambutan Thaipussam kat kuil-kuil sekitar kampung saya kat Kuala Selangor tu. Gamba ni saya snap dari dalam keta masa nak balik Rawang. Macam hari raya kita la jugak. Baju warna-warni. Kunjung-mengunjung. Rasanya kunjung-mengunjung ke kuil je kot. Ke rumah jiran tak pasti pulak. Hiks

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, tamat…