Archive for the Category » Movie «

Movie Yang Ditonton Sepanjang 2011

Sebagai penutup tahun 2011 ni, sengaja saya nak imbas kembali movie yang saya tonton sepanjang tahun ni. Nak pulak dapat geng kaki wayang. Memang on ajelah.. Rasanya tahun ni paling banyak saya tengok wayang kot. Asal ada cite baru je, saya mesti pegi tengok..

Dalam banyak-banyak cerita, saya paling suka cite yang ada unsur thriller. Thriller tau. Bukan seram. Saya tak suka tengok cite seram sebab nanti teringat-ingat pulak. Tapi dalam pada tak suka tu, ada satu cite seram yang saya tertengok jugak. Ni semua sebab hasutan member saya. Cite Al-Hijab. Tapi sebenarnya macam Al-Haramjadah! Haha..

Baiklah, mari kita mulakan dengan senarai filem Melayu. Ni tak ikut susunan tayangan tau. Saya akan ulas sikit-sikit je ikut mana yang saya ingat ye..

Hikayat Merong Mahawangsa

Agak tertunggu-tunggu jugak la nak tengok cite ni. Saje nak tengok cemana teknik CGI yang KRU buat untuk filem ni. Boleh jugakla dibanggakan kiranya. Syabas KRU!

 

… Dalam Botol

Tolong jangan keji ahkak ye. Haha.. Layan gak cite ni cuma agak geli-geleman bila tengok jantan sama jantan berpeluk-peluk. Tapi ensem la Arjaa Lee ni. Ahkak kan suke muka ala-ala cinapek ni. Huhu

 

Nur Kasih The Movie

Cite ni saya tengok kat panggung wayang baru bukak kat Kuala Selangor. Pegi dengan mak, sepupu dan anak-anak buah saya. Taula bila bawak orang tua tengok wayang. Dia ingat tengok kat umah agaknya. Sume nak dikomen sampai bising jugakla barisan kami tu. Haha sabo jela. Belakang kami ada pakcik-pakcik pakai ketayap pun tengok sekali. Agaknya anak masing-masing yang bawak. Huhu

 

Al-Hijab

Menyesal kuasa lapan saya tengok cite ni. Satunya sebab saya tak paham kesinambungan ceritanya dari scene awal dengan scene-scene yang lain. Satu lagi memang saya tak suka tengok cite seram. Kalo tayang masa raya tahun ni pun, tak hingin saya nak tengok lagi!

 

Ombak Rindu

Cite Melayu terakhir yang saya tonton tahun ni. Kira okla jugak sebab saya baca novel dia. Tapi takdela sampai menanges. Motip sangat nak menjiwai watak sebagai Izzah??

 

Sikit je cite Melayu yang saya tengok. So, ni senarai cite Omputeh plak…

Pirates of the Carribean : On Stranger Tides

I love Johnny Depp! Tak sabar nak tunggu Pirates of the Caribbean yang seterusnya.

 

Transformers : Dark of the Moon

Haa, Transformers ni saya tengok sampai 3 kali kat wayang. Sekali, PruBSN belanja. Walaupun tengok 3 kali, memang tak jemu la.. Terbaekk!

 

Kungfu Panda 2

Hahahha cute movie! Dahla comel panda ni. Kelakar plak tuh. Memang best ahh..

 

Fast 5

Saya tengok cite ni 2-3 hari sebelum tayangan perdana. Entah cemana Cathay Cineplex boleh tayang awal cite ni. Ni pon terbaekkk!!

 

Harry Potter and The Deathly Hallows

Tengok cite ni lepas terawikh bulan Ramadhan lepas. Guna tiket wayang yang Nuffnang bagi sempena besday aritu. Pon best. Pasni dah takde dah Harry Potter lagi..

 

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1

First time tengok cite ni. Tak sempat lagi nak pinjam siri-siri The Twilight yang sebelum ni punye. Oiit bro! Bak sini CD lu!

 

The Smurfs

Cute! Rasa macam nak masuk dalam cite ni. Nak duduk dalam rumah cendawan. Hiks..

 

Bridesmaids

Muvie ni tak payah tengok pon takpe. Ni muvie yang ala-ala terpaksa tengok sebab cite lain dah takde. Kah kah.. Nasib baik orang belanja..

 

Monte Carlo

Muvie ni saya tengok dengan Illa Sabry dan sorang lagi member. Kitorang feeling-feeling jadi dorang bertiga ni la. Chop! Saya nak jadi Selena Gomez! Sebab yang lain tu tak kenal.. Hiks

 

50/50

Cite yang besshhhh!!! Banyak pengajaran.. Cuba bayangkan kita tetiba diberitahu kena kanser. Nauzubillah!

 

Real Steel

Suka sangat citer ni! Suka kuasa lapan ratus!!! Tengok banyak kali pon tak jemu!!

 

Trespass

First time Nicole Kidman digandingkan dengan Nicholas Cage. Nicole Kidman jadi isteri yang curang. Boleh tahan la cite ni..

 

In Time

Hmm… Tak dapat nak bayangkan kalau hidup kita ni macam dalam cite In Time. Nak terus hidup, sampai kena beli masa. Ilang akal..

 

Tower Heist

Cite ni tak berat. Bolehla layan. Cemana nak merompak dari orang jahat. Enjoy gak la..

 

Immortal

Ala-ala cite 300. Dewa lawan manusia. Camtu la lebih kurang..

 

New Year’s Eve

Cite ala-ala filem Sepi. Banyak cerita digabungkan dalam satu filem. Tengok midnite, so saya ada tetido-tido sikit. Hihi..

 

Mission Impossible : Ghost Protocol

Kecut-kecut perut tengok cite ni. Masa Tom Cruise bergayut kat Burj Khalifa saya pun sama gayat. Haha poyo..

 

The Adventures of Tin Tin

Tengok guna tiket free yang saya dapat dari PruBSN. Bawak upline gi tengok cite ni. Haha.. Best la animasi dia. Nampak real!

 

Sherlock Holmes : A Game of Shadows

Tengok cite ni dua kali. Dedua tengok masa midnite. Best tapi siangnya penat. Sudahnya tetido-tido gakla.. Ceh!

 

We Bought a Zoo

Bila partner in crime saya ajak tengok cite ni, memula rasa macam tak best. Ingatkan cite kelakar ke ape. Rupa-rupanya jangkaan saya tersilap. Best cite ni. Based on true story. Cemana mamat ni beli rumah, tapi terbeli sekali dengan zoo yang ada kat belakang rumah tu. Tak pasal-pasal kena jaga sekali zoo tu. Akhirnya dia berjaya. Very inspiring!

 

Dan movie last sekali yang saya tonton tahun ni ialah..

The Darkest Hour

Tapi nak tengok cite The Darkest Hour ni memang hazab. Banyak pengalaman yang ditempuh pada malam tu tapi biarlah ia menjadi kenangan peribadi saya dan orang-orang yang terlibat je. Haha. Kenangan sengal dan lawak.

Saya rasa ni jela kot filem yang saya tonton. 26 filem. Kalau dikira-kira, kos semua ni ada la lebih kurang RM300 kot.. Maybe lebih sebab tak campur lagi dengan pop corn dan jadah-jadah yang lain. Pastu ada gak time yang saya kena belanja orang. Entah-entah RM500! Huiiyoooo!! Giler ahhh.. Patutla aku tak kaya-kaya. Kah kah..

Tahun 2012 nanti, rasanya lagi banyak cite yang gempak-gempak. Saya nak try kumpul tiket la pulak pasni. Huhu.. *Tetap tak insap nih!

Category: Entertainment, Movie  Tags:  Leave a Comment

Ombak Rindu, Driving Range & Karok!!

Semalam, kali ketiga saya tengok wayang dalam minggu ni. Ilang akal! Hahah.. Disebabkan sana sini orang cerita pasal Ombak Rindu, saya pulak tetiba rasa membuak-buak nak pegi tengok cite ni. Tambahan pulak cerita ni saya ada baca novelnya yang juga berjudul Ombak Rindu. So, pegilah saya berdua dengan member saya tengok cite ni..

Encemnya Aaron Aziz.. Hiks.. Dah la lakonan dia terbaekk.. Kalau korang yang boleh layan cite Melayu, pegila tengok. InsyaAllah tak mengecewakan macam tengok cite-cite Melayu lain yang tahape-hape tu.

Lepas tengok wayang, kitorang berjalan pulak ke Ikea. Bukan beli barang pun. Saja nak makan meatball. Tapi orang punyelah ramai!!!! Beratur dekat setengah jam baru sampai giliran. Keji!

Dah makan tu, saya pegi ke ofis PruBSN kat Sri Rampai kejap dan member saya pulak tunggu tunang dia jemput. Dorang pegi jenjalan dulu sementara menunggu aktiviti kitorang seterusnya selepas Maghrib. Apa aktiviti kami selepas Maghrib? Jeng.. Jeng.. Jeng..

Driving range!!!!! Ye, dah lama kami tak buat aktiviti menebas ni. Ni semua Personal Trainer saya si Syahir punye pasal. Dia la yang ajak. Katanya dah lama dia tak pegi driving range ni. So, kita kasi chance la.. Tak lama lagi dia dah tak jadi trainer kat True Fitness ni lagi dah sebab nak sambung belajar balik, buat degree Sains Sukan plak. Gudluck bro!

Oleh kerana si Syahir ni duduk Kotadem gak, lepas Maghrib tu dia datang rumah saya, tinggalkan moto dia dan kitorang gerak sekali ke Driving Range Bukit Utama dekat dengan OU tu. Sementara tunggu member saya dan tunang dia datang, saya dan Syahir pun duduk jelah terbangak-bangak tengok orang lain menebas dulu. Sebabnye, kayu golf sume tu, member saya yang punye. Nak tak nak, kenalah tunggu jugak.

Pemandangan 1Utama dari driving range bay

Masih kosong..

Budak boring..

So, lepas menunggu lebih kurang setengah jam, dorang pun sampai. So, kitorang pun mulalah main. Tengok Syahir main memang best. Tak sia-sia dia jadi budak sukan. Kat Gym bagus. Kat golf pun bagus. Dia pukul bola tu memang kena je. Saya pulak, kadang-kadang maulah bola tu naik, pegi jauh. Tapi yang banyaknya meleret kat rumput je. Wakakaka keji.

Set golf

Member saya yang tak mahu dikenali

Tunang beliau

Syahir tengah ready nak memukul bola

Berpinau…

Gaya seorang pro. Ptuiii!! Haha

Macam nak mencangkul pun ada ahkak ni

Bola gua naik baiiiii….

Kitorang main sampai pukul 10 malam je. Aktiviti seterusnya ialah…. Karokkkkk!!! Tempat karoke Loudspeaker yang saya selalu pegi tu dah fully booked. So kitorang lepak kat Teo Heng KTV dalam Sunway Giza. Belasah ajelah. Memula saya dengan member saya je yang nyanyi. Yang lelaki-lelaki ni konon memalu. Cait!! Dah 3-4 lagu kitorang nyanyi, barulah dorang nak nyanyi. Tapi kalau nak berduet dengan Syahir untuk lagu-lagu lama, memang tak dapek lah.. Semua lagu dia tatau. Maklumlah, umur Syahir ni baru nak masuk 21 tahun. Beranak tahun 1990. So, lagu-lagu lama rock kapak tahun 80-90an bagai ni dia tak layan. Keji!

Syahir, member saya dah tunangnya

Karok 2 jam. Lepas tu macam biasa, lepak kat mamak. Oleh kerana makan dengan Personal Trainer, kita hendaklah berpura-pura sedikit iaitu makan capati je. Kah kah.. Kalo tak, semua benda dibedal. Selain capati, saya amik perut kambing. Sedap siottt! Si Syahir yang soh amik perut kambing ni.

Oiit macha! Bukan Kamping Brut la.. Perut kambing.. Memandai-mandai je ko nih..

Kitorang lepak sampai 1.30 pagi, pastu balik. So tu jelah aktiviti saya di hari cuti. Menarik bukan? Huhu.. Daa…

50/50

Apa kejadahnya 50/50 tu? Huhu.. Ni tajuk filem daa.. Malam tadi saya menonton wayang lagi. Cite 50/50 ni la.. Tu pun sebab terpengaruh dengan ulasan daripada Utusan Online yang saya baca. Bila member saya sms je ajak tengok wayang, terus saya kata nak tengok 50/50 la..

Saya suka sangat cite ni. Based on true story. Cerita ni pasal pesakit kanser tapi diolah dalam jenaka yang menghiburkan. Kadang-kadang rasa sedih nak nanges, pastu tetiba satu panggung tergelak-gelak. Memang best la cite ni.. Korang pun wajib tengok cite ni oke..

Ni pulak trailer dia..

YouTube Preview Image

Ni ulasan dari Utusan Online :-

SEKALI imbas, kanser dan komedi bukanlah satu gabungan yang ideal. Kanser ialah subjek yang sangat sensitif, harus ditangani berhati-hati dan tidak sesuai untuk dijadikan bahan jenaka. Silap percaturan ia boleh menyinggung perasaan.

50/50 mengisahkan Adam, penyelidik di Seattle Public Radio yang berusia 27 tahun. Dia digambarkan sebagai seorang lelaki yang jujur, patuh kepada peraturan dan tidak merokok, malah tidak memandu kereta kerana menganggapnya sebagai merbahaya.

Hidupnya berubah apabila disahkan mengidap sejenis barah tulang belakang. Di sisi Adam, terdapat beberapa individu penting sepanjang dia melalui proses penerimaan dan penyembuhan.

Dia mendapatkan kaunseling daripada doktor muda, Katherine. Dalam masa sama hubungannya dengan teman wanita, Rachel menemui jalan buntu. Adam juga mula menghargai perhubungannya dengan ibu bapa, persahabatan dengan Kyle dan mendapat kawan baru semasa menjalani kemoterapi.

Bayangkan jika anda berada di tempat Adam – diberitahu secara tiba-tiba akan ajal yang menanti ketika usia masih muda dan belum bersedia untuk mati.

Di sinilah terletaknya keberanian dan kekuatan skrip tulisan Will Reiser. Berdasarkan kisahnya sendiri yang pernah bertarung dengan tumor, Reiser cuba melawan ketakutan dan kegelapan itu dengan humor.

Setiap karakter dipersembahkan dengan pembinaan yang dinamik. Mungkin terdapat sedikit kekasaran pada dialog atau jenaka yang lucah, tetapi ia segera dimaafkan kerana watak-watak ini diisi dengan emosi manusia yang sebenar.

Menonton 50/50 seolah-olah menyaksikan sebuah dokumentari seorang pesakit kanser dan kehidupan di sekelilingnya.

Reiser bertuah kerana pengarah, Jonathan Levine (The Wackness, 2008) memahami naskhah asal. Dia berjaya mengimbangi elemen jenaka dan dramatik, membuatkan penonton tidak rasa bersalah untuk ketawa, juga membuatkan penonton tidak berasa malu untuk mengalirkan airmata.

Di tangan Reiser dan Levine, mereka tidak memanipulasi kesedihan secara berlebihan. Tetapi tidak juga mengusulkan jenaka yang keterlaluan. Filem ini memberi perspektif yang tulus bagaimana kanser dapat mengubah cara seseorang melihat kehidupan dalam skop yang lebih meluas.

Perkara terbaik mengenai 50/50 ialah pemilihan Joseph Gordon-Levitt sebagai Adam. Peranan itu sempurna di bahunya dengan pendekatan yang sangat semulajadi.

Dia membawa penonton merasai apa yang dilalui Adam. Bermula daripada berita kanser, sikap tenang dan optimisnya sehinggalah kemuncak ketakutannya. Menyaksikan survival Adam untuk terus hidup membuatkan penonton seperti mengenali dan memahami perasaannya.

Justeru, saya tidak dapat membayangkan jika tiada seorang pun yang tidak mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya tersentuh dengan penderitaan Adam. Seorang penonton lelaki di sebelah saya menangis teresak-esak tanpa segan-silu. Malah pada beberapa babak, pawagam tiba-tiba menjadi sunyi sepi.

Saya akui tidak meminati Seth Rogen dan gaya jenakanya yang menjengkelkan. Namun, watak Kyle sangat secocok, dibantu keserasian dengan Gordon-Levitt. Apatah lagi dalam kehidupan sebenar, Rogen memang sahabat baik kepada Reiser. Jadi tiada orang lain yang lebih tepat untuk melakonkannya.

Bintang pembantu lain turut memberi sokongan yang baik terhadap filem ini, terutamanya Anjelica Huston yang memberikan cukup empati menerusi peranan ibu serta watak Katherine, kaunselor muda yang tidak berpengalaman lakonan Anna Kendrick.

Saya agak hairan mengapa aktres berbakat hebat sepertinya menerima tawaran berlakon dalam siri filem Twilight (2008-2012), tetapi ‘dosa’nya itu sudah ditebus menerusi lakonan bertaraf calon Oscar dalam Up In The Air (2009).

Saya menonton filem ini dua kali di pawagam kerana dua sebab. Pertama, kerana saya benar-benar menyukainya dan kedua, kerana saya cuba mencari kelemahan. Malangnya, saya gagal menemui sebarang kecacatan kerana ini adalah sebuah filem ‘kecil’ yang berjiwa besar dan penceritaannya jelas.

50/50 ialah sebuah kisah yang jujur tentang kehidupan yang tidak semestinya indah, tetapi tidak menekan penonton. Ya, kita pasti menangis, tetapi ia tidak membuatkan kita sedih, sebaliknya meninggalkan pawagam dengan perasaan positif dan penuh inspirasi.

Saya mengharapkan filem ini dipandang pada musim anugerah akan datang, terutamanya untuk Gordon-Levitt. Filem ini mendapat markah penuh kerana dia.

Category: Entertainment, Movie  Tags:  2 Comments

The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 1

Kalau orang lain dah lama follow muvie ni dan siap ada yang jatuh-jatuh chenta lagi dengan hero-hero filem ni, saya pulak, baru first time tengok. Selama ni saya tak tengok sebab ingatkan cite ni cite hantu. Yelah, ada vampire bagai. Takut gua. Tapi malam tadi bila member a.k.a Personal Trainer Gym saya, si Syahir ajak tengok cite ni, saya tryla jugak tengok. Seperti biasa, pakai tiket free yang saya dapat daripada PruBSN tu je. Kitorang tengok bertiga. Sorang lagi pun Personal Trainer True Fitness gak.

Hmm.. Layan gak rupanya muvie ni. Saya suka pemandangan dalam cite tu. Cantik-cantik belaka. Walaupun first time tengok, kiranya masih faham lagilah cite dia. Pastu lepas abes tengok muvie, kitorang sambung pulak lepak kat mamak sampai kul 4 pagi. So, Syahir sambung pulak cerita untuk episod-episod The Twilight Saga yang sebelum-sebelum ni. Lepas ni bolehlah saya carik DVD cite tu.

Yang kejinya, Syahir cakap muka hero tu macam dia. Cait!! Perasan itu budak! Baiklah, mari kita Google muka hero dan bandingkan dengan muka Syahir.

Tang jambul je la yang sama. Hiks

So, bagi yang belum menonton, pegilah menonton. Layanzzzz….

Bagaimana Saya Meraikan Cuti Hari Buruh?

Selamat Hari Buruh kepada semua. Yang menganggur sila jangan menyibuk! Yang jadi surirumah takpe, sebab dorang pun bekerja gak kat rumah. Ingat tak penat ke? Kan?

Sebenarnya saya baru balik dari JB malam semalam. Outstation sejak petang jumaat untuk berjumpa client. So, semalam cuti lagi. Marilah kita membuat aktiviti-aktiviti yang best untuk meraikan hari buruh. Tapi perkataan buruh ni macam orang yang kerja angkat-angkat batu je kan? Eh, jangan main-main, kerja dorang tu 100 kali ganda lagi baik daripada orang yang jadi mat rempit, kaki ragut dan kaki belit. Betul tak?

So, untuk memulakan hari yang indah ini, saya, Nadia dan seorang lagi rakan saya mengambil keputusan untuk menonton wayang di Cineleisure. Oleh kerana saya dah membuat tempahan secara online, maka tak perlulah tergesa-gesa nak beli tiket. So, kitorang bercadang nak breakfast di Mc Donalds The Curve dulu. Menu pilihan kami pagi tadi ialah Family Breakfast. Puas hatilah 3 orang makan.

Kitorang pilih Box B

Lepas bersarapan, kami cepat-cepat berjalan kaki ke Cineleisure yang terletak di sebelah The Curve sebab movie start pukul 11 pagi. Sepatutnya kena amik tiket sejam lebih awal tapi kami amik tiket pada pukul 10.55 pagi, lagi 5 minit sebelum movie start. Bley? Dengan Ujie’s Tactic yang saya selalu amalkan, biasanya memang berjaya dan takde masalah. Movie yang kami tonton ialah…….

Fast and Furious : Fast 5

Memang best gilerlah cerita ni. Fast 5 merupakan sambungan daripada empat siri Fast and Furious sebelum ni. Kebanyakan watak daripada keempat-empat siri sebelum ini digabungkan dalam satu filem. Aksi dan jalan ceritanya lebih mendebarkan. Sebenarnya, tayangan rasmi filem ini adalah pada 5 haribulan Mei nanti. Kiranya kitorang dah tengok awal sikitlah. Pegilah tengok cite ni. Filem wajib tonton tahun ini!!

Lepas dah selesai menonton Fast 5, perut pun lapar. So, kitorang plan nak makan kat Marché, The Curve.

Marché a.k.a market a.k.a pasar

Sebelum ni saya memang selalu lalu lalang depan Marché Restaurant ni tapi tak pernah masuk. Rupanya dalam restoran tu, banyak gerai-gerai macam dalam pasar yang jual ikan/sayur/daging/buah. Kita pilih apa yang kita nak makan, nanti dorang akan masakkan. Saya pilih ini…

Pasta

Mix Fritto atau nama tak glamernya udang goreng tepung

Lepas makan, lebih kurang pukul 3, kami pegi pulak ke salon di Dataran Prima untuk buat facial. Saja nak memanja-manjakan dirriew.. Habis facial lebih kurang jam 6 petang. Puas hati!!

Muka rakan saya yang sedang diseksa

Acara terakhir untuk meraikan cuti Hari Buruh ialah…karokkkkkk….. Tempat pilihan, haruslah Loudspeaker Karaoke Kota Damansara. Yezzah!!

Gambar Loudspeaker Karaoke yang dicopet dari Google

Ni lah pakej Loudspeaker

Sepatutnya saya berkarok dengan 3 orang rakan yang lain. Oleh kerana Nadia dan sorang lagi kawan pompuan saya tak jadi join, maka saya berkarok jela berdua ngan sorang member lelaki saya. Lepas dia nyanyi, saya, lepas saya nyanyi, dia, macam tulah sampai 3 jam! Peritnya tekak sebab rangkaian pilihan lagu malam ni, semua stok lagu tak sedar diri seperti Ziana Zain, Awie, XPDC, Aris Ariwatan dan lain-lain lagi. Haha!

Feeling Aris Ariwatan

Abes melalak, kami lepak pulak supper di Mc D. Begitulah kisah cuti Hari Buruh saya. Best tak? Kah kah kah..Ok bye..