Archive for the Category » Recipe «

Kemaruk

Saya sekarang tengah kemaruk dengan benda ni…PANNA COTTA!

Padahal pernah rasa sekali je. Tapi dia punya rasa tu, pergghhhh!!! Teringat-ingat sampai sekarang. I want!!!! First time rasa panna cotta ni kat kedai makan William Kelana Jaya tu. Semangkuk kecik tu harga dia RM2. Rupa dia bodoh je tapi bila dimakan dengan coklat cair, mak datuk sedap nak mati! Panna cotta ni merupakan dessert dari Spain.

Saya berazam nak buat sendiri. Bahan-bahan dia pun tak banyak. Nak buat pun amik masa dalam 10-15 minit je kot. Tetapi, ada antara bahan nak buat dia tu, susah nak carik iaitu vanilla extract atau pun boleh jugak guna vanilla bean.

Saya pernah try carik vanilla extract kat Giant. Haram nak jumpa. Semalam, lepas bersenam kat gym, saya pun merayau kat Village Groceries dalam Sunway Giza tu sebab saya tau selalunya dalam Village Groceries tu memang akan jumpa herba-herba atau bahan-bahan masakan western yang kat tempat lain tak ada. Finally! Ada uols, vanilla extract tu. Dalam bentuk serbuk. Harga sekotak kecik (besar kotak tu lebih kurang kotak cokelat Ding Dang) RM38! saya berangan-angan la nak beli. Belek punya belek, ingredients dia 40% alkohol! Hampeh!!! Terus kecewa. Sob sob.. Saya merayau lagi, pegi pulak bahagian sayur-sayuran kot terjumpa vanilla bean (padahal rupa vanilla bean pun tatau cemana). Hampa lagi, sebab tak jumpa.

So, Subuh tadi saya mengGoogle “vanilla extraxt halal” lalu terjumpa website ni http://greenvanillastore.com/. Dia ada jual vanilla bean. Tapi 10 batang harga dia 78 hengget! Koma. Tapi takpe, akan kubeli jugak, Jebat!

Ni dia rupa vanilla bean..

So, nantikan hasil masakan akak. Tahun bila tu tataula.. Hhaha.. Tunggu saya order vanilla bean dulu.. Sebelum tu, saksikan dulu pelbagai rupa dan bentuk panna cotta yang sempat saya Google. Memang menggiurkan!!!



Menarik kan? Ok, nanti kalau yang saya buat tu menjadi, saya akan riak di sini. Kalo tak jadi, haku senyap-senyap je.. Hiks.. Ok, daa…

Category: Food, Recipe  Tags: ,  2 Comments

Puding Triffle Untuk Pengantin

Besok hari Ahad, makcik saya akan melangsungkan perkahwinan anak lelaki dia. So, saya ditugaskan untuk membuat Puding Triffle untuk meja pengantin. Dah baper bulan dah dia pesan supaya bila dekat-dekat nak sampai hari majlis tu, datang rumah dia untuk buatkan triffle tu. So, petang semalam saya dengan sorang member pegilah umah makcik saya kat Padang Jawa.

Sebelum pegi umah dia, saya dah siap-siap dulu beli bahan-bahan untuk buat triffle tu kat Tesco. So, bila sampai je rumah dia, saya mula sinsing lengan buatkan triffle tu. Oleh kerana nak membuat triffle (part kastard dia) ni sedikit hazab, saya dan member saya pun bergilir-gilir mengacau kastard tu selama 1 jam! Sabo jela..

Ni lah hasil dia..

Menggiurkan tak?

15 cawan triffle

Sebelum ni saya pernah tepek resepi nak buat triffle ni. Takpe, saya tepek lagi sekali.. Ni yang lama punye sebab semalam masa buat tu, saya tak sempat nak amik-amik gambo.. Nah!

Bahan-bahan

1. Kek gulung vanilla (kat kedai kek KING’S tu sedap)

2. Tepung kastard (Bird’s Custard)

3. 1 tin susu cair Ideal

4. Jelly Nona – carik yang strawberry atau raspberry. Baru lawa kaler merah

5. Cocktail campuran

6. Gula

7. Air

Cara-cara nak buat

1. Potong kek gulung kepada 12 bahagian.

2. Susun kek gulung ke dalam bekas yang lutsinar (supaya nampak cantik bila dah siap nanti).

3. Masukkan 1 tin susu cair Ideal ke dalam periuk.

4. Masukkan 1 setengah tin air ke dalam periuk yang sama. Guna tin susu tadi untuk sukatan.

5. Masukkan 7 sudu besar tepung kastard ke dalam campuran susu dan air tadi. Jangan membukit. Biarkan rata je dengan sudu. Kang terlebih, keras pulak jadinya.

6. Masukkan 5 sudu besar gula. Serupa jugak. Sukatan gula tu jangan membukit. Rata je dengan sudu. Kalau manis sangat tak sedap. Sebab kek gulung tu dah manis.

7. Kacau campuran tadi sampai larut.

8. Letakkan campuran tadi atas api yang kuat. Kacau selama 10 minit.

9. Kecilkan api dan kacau lagi selama 45 minit. Diulangi, 45 minit. Pendek kata, saya sampai bawak kerusi duduk tepi dapur. Lenguh siot tangan nak mengacaunya.

10. Matikan api dan tuang atas kek yang dah disusun tadi. Biar kek tenggelam.

11. Biarkan sejuk selama 10 minit.

12. Taburkan cocktail buah-buahan atas trifle yang separuh siap tadi.

 

13. Larutkan jelly ke dalam 400ml air panas. Tak payah masak atas dapur.

14. Tuangkan atas campuran kek, kastard dan cocktail tadi.

15. Sejukkan dalam peti sejuk.

16. Sendiri pikirla. Mustilah MAKAN TIME. Sedap makan masa sejuk.


Trifle yang saya letakkan dalam bekas kecik sesuai untuk dimakan sekali ngap sahaja!

Selamat mencuba!

 

Category: Food, Recipe  Tags:  Leave a Comment

Entry Tertunda : Resepi Pai Daging & Epal @ Mini Gathering

Kejadian sebulan lepas, baru nak cerita. Keji tak? Hihi.. Pada 22 Mei lepas,  saya dan beberapa rakan sekelas semasa di MRSM Jasin dulu berkumpul di rumah Atikha untuk mini gathering. Tak ramai pun. Yang ada, saya, Wal, Eyja, Kak Norm dan Atikha sebagai tuan rumah. Sepatutnya salah seorang lagi rakan kami iaitu Dayat pun ada tapi tak jadi datang. Walaupun tak ramai, rumah Atikha tetap riuh.

Sebahagian ex-5J MRSM Jasin

With Kak Norm

Mini gathering ini diadakan sempena meraikan harijadi saya (20 Mei) dan harijadi Atikha (22 Mei). Atikha masak menu istimewa iaitu nasi tomato. Eyja bawak spagethi. Kak Norm bawak sambal Jawa dan saya pulak gedik bawak pai daging dan pai epal. Feeling American gitu. Pai epal ni percubaan saya pertama kali dan pai daging percubaan kali kedua. Resepi pai ni saya Google je. Pastu saya ubah sikit dengan menggabungkan beberapa resepi.

Resepi pastrinya lebih kurang sama cuma kalau untuk pastri pai epal, kita letak gula manakala pastri untuk pai daging, kita letak garam. Meh saya kongsi resepinya.

Pai Daging

Bahan-bahan untuk pastri

1. 250g tepung gandum
2. 150g mentega (Saya guna jenama Buttercup je)
3. Secubit garam
4. Sebiji kuning telur
5. 30ml air sejuk

Inti

1. Daging cincang
2. Bawang merah
3. Kentang atau sayur campuran
4. Kiub ayam
5. Cendawan butang
6. Tepung jagung untuk memekatkan
7. Sos tiram
8. Lada hitam atau lada sulah

Cara-cara nak buat pastri

1. Sukat 250g tepung dan 150g butter. Tambahkan secubit garam

2. Gaul tepung gandum dan mentega sampai jadi macam serbuk roti

3. Bancuh kuning telur dengan air sejuk. Masukkan dalam campuran tepung dan mentega tadi

4. Uli perlahan-lahan sampai sebati

5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit

6. Bahagikan kepada 2 bahagian

7. Canaikan setebal 1/2 cm

Nota : Tambahkan air sejuk sikit kalau doh tu melekat

Cara-cara nak buat inti pai daging

1. Tumis bawang

2. Masukkan daging cincang

3. Masukkan kentang atau sayur campuran

4. Masukkan kiub ayam dan sos tiram

5. Tambah lada hitam atau lada sulah

6. Biarkan sampai empuk

7. Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah

8. Angkat dan sejukkan

Langkah terakhir

1. Pastri yang dah dicanai tu, dimasukkan ke dalam bekas pembakar. Biar terlebih sikit

2. Masukkan inti

3. Tutup bahagian atas inti dengan bahagian pastri yang satu lagi

4. Kemaskan antara dua bahagian pastri tu dan buangkan bahagian yang terlebih

5. Tekankan hujung pastri tu dengan garfu. Satu, untuk bagi kedua-dua belah pastri tu bercantum, satu lagi nak bagi dia lawa. Hehe

6. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 180 darjah

7. Bakar pai selama 30 minit lagi dengan suhu yang sama

8. Lepas masak, biarkan selama 10 minit dalam oven

9. Pastu, makanle panas-panas

Nota : Untuk pastri pai epal, garam tu ganti dengan gula

Bahan-bahan untuk pai epal

1. 6 biji epal

2. 50g gula

3. 2 sudu besar air

4. 3/4 sudu serbuk kayu manis (saya tak suka letak)

Cara-cara nak buat inti pai epal

1. Buangkan kulit epal dan potong dadu (kasar-kasar)

2. Masukkan dalam periuk dan masakkan dengan api perlahan

3. Masukkan gula dan air

4. Rebus sampai agak empuk

5. Sejukkan

Serupa macam pai daging tadi, isikan dalam bekas pembakar. Bakar dan makan panas-panas. Nyam nyam..

Saksikanlah pai daging dan pai epal saya..

Pai daging yang baru dibakar

Pai epal yang juga baru dibakar

Pai epal & daging

Pai daging yang dah dingap!

Pai epal

Category: Friend, Recipe  One Comment

Resepi Tahun Baru Cina – Butter Crab & Squid With Salted Egg

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina hari ni, marilah saya kongsi cara nak masak Butter Crab & Squid With Salted Egg, iaitu salah satu masakan yang popular di restoran-restoran Cina. Harga di restoran, biasanya mestilah mahal kan? So, apakata kita buat sendiri kat rumah. Jimat dan sedap pulak tu. Selalunya saya masak dengan udang tapi kali ni saja nak ubah selera dengan ketam dan sotong pulak.

Bahan-bahan

1. 4-5 tangkai cili api

2. 4 ulas bawang putih

3. 3 tangkai cili kering

4. Sedikit daun kari

5. 200ml susu sejat Ideal

6. 3 biji telur masin

7. 2 sudu mentega

8. 2 ekor ketam

9. 4 ekor sotong

10. Minyak untuk menggoreng

11. Garam secukup rasa

Cili api

Bawang putih dan cili kering

Daun kari

Susu sejat Ideal

Telur masin. Ambil kuningnya saja

Mentega

Ketam dibelah empat

Sotong

Cara-cara

1. Potong cili api, cili kering, bawang putih dan daun kari, kemudian ketepikan


Cili api, bawang putih, cili kering dan daun kari dipotong halus

2. Panaskan minyak


Panaskan minyak

3. Goreng ketam dan sotong 80% masak


Goreng ketam


Goreng sotong

4. Panaskan kuali dan cairkan mentega


Mentega dicairkan

5. Masukkan cili api, cili kering, bawang putih dan daun kari. Goreng sampai naik naik bau


Cili api, cili kering, bawang putih dan daun kari digoreng sampai naik bau

7. Masukkan 200ml susu sejat Ideal


Masukkan susu

8. Masukkan kuning telur dan lecek-lecekkan


Masukkan telur kuning


Kuning telur dilecek-lecekkan

9. Masukkan ketam dan sotong. Kemudian gaul sehingga sebati dan kuah menjadi agak kering


Gaul sebati sehingga agak kering

10. Masukkan garam secukup rasa

11. Angkat dan hidangkan


Taraaaa……..

Malatoppppssss rasanya. Cubalah!

Puding Roti Ala Ujie Mapia

Marilah kita mengakhiri entry 2010 dengan entry masak-memasak. Ya, hari ni hari bertuah saya. Pagi tadi saya dah berangan nak buat puding roti dan bercadang nak tumpang memasak di rumah seorang rakan sebab saya takde oven. :( Tapi entah macamana, seorang rakan yang lain tiba-tiba meng’offer’ oven lamanya kepada saya memandangkan dia ingin berpindah rumah dan dia dah ada oven baru. Macam tau-tau je.

So, lepas dah beli bahan-bahan, saya pun mula sesi masak-memasak. Simple sangat resepinya. Resepi yang diambil dari internet dan ditukar ikut selera sendiri. So cekidaut!

Bahan-bahannya :

1. Sebuku roti Butterscotch Gardenia (senang sebab dah siap ada kismis)
2. Sebotol susu segar Dutch Lady
3. Satu penutup esen vanilla
4. 2 biji telur
5. 2 sudu gula pasir


Bahan-bahan utama

Cara-cara membuatnya :


Carik-carikkan roti jadi kecik-kecik


Rendam dalam air sejuk untuk melembapkan roti dan kemudian ditapis


Pukul 2 biji telur


Larutkan 2 sudu gula


Masukkan satu penutup esen vanilla


Masukkan roti dan campuran susu segar dalam loyang


Bakar selama 40 minit pada suhu 180°


Keluar dan sejukkan


Taraaa….potong dan ngap!

Sekian saja rancangan masak-memasak untuk tahun ni. Selamat tahun baru 2011! Semoga segala impian kita di tahun baru nanti akan termakbul. Amin

Category: Food, Recipe  Tags:  6 Comments