Archive for the Category » Religious «

Pisang?

Kisah ni dipetik dari satu blog tazkirah. Maybe ada yang dah pernah baca. Sangat memberikan pengajaran ~

——————————————-

PISANG & HATI

Mariam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya”, beritahu Cikgu Mariam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Mariam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?”, tanya Cikgu Mariam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu”, beritahu Cikgu Mariam.

Mariam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya :

Jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Category: Information, Religious  Tags:  Leave a Comment

Ada Apa Dengan Doa?

Secara bahasa doa mempunyai pengertian menyeru, meminta dan mendakwa. Adapun menurut istilah berdoa mempunyai maksud: ‘Memohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah dengan menggunakan bahasa yang diperbolehkan dan adab-adab yang baik sesuai dengan ketentuan syarak.’

Dengan demikian tidak diambilkira sebagai doa sekiranya ada orang yang memohon kepada Allah s.w.t. dengan menggunakan bahasa-bahasa yang bercanggah dengan syarak, contohnya dengan menyeru nama-nama Jin atau nama-nama makhluk. Bagaimanapun adalah diharuskan untuk berdoa dengan apa bahasa pun, asalkan tidak mengandungi unsur-unsur syirik yakni menduakan Allah s.w.t.

Pengertian di atas dipetik dari penawar.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bagaimanakah doa yang betul? Saya pernah mendengar Dr. Fadzillah Kamsah menyatakan, apabila berdoa, kita hendaklah berdoa secara spesifik. Misalnya kalau nak berjaya dalam peperiksaan, bukan setakat meminta supaya diluluskan tetapi perlulah dinyatakan berapa A yang nak dicapai, berapa aggregate dan sebagainya.

Menurut Dr. Fatimah Az-zahra, dalam rancangan Ar-Rayyan (Astro Oasis), apabila berdoa, kena berdoa betul-betul. Kebanyakan kita apabila berdoa, akan meminta seperti berikut :-

Ya Allah, ya tuhanku. Tabahkanlah hatiku menempuh dugaan. Jadikanlah aku orang yang sabar.

Sekali pandang, tak ada yang salahnya dengan doa di atas. Tapi, oleh kerana berdoa begini, maka Allah pun turunkan ujian-ujian, musibah kepada kita untuk kita diuji selaras dengan doa kita supaya dijadikan orang yang sabar, orang yang tabah. Nampak tak logiknya?

Apa kata kita ubah doa kita mulai hari ini.

Ya Allah, ya Tuhanku. Lapangkan urusanku. Jauhkan aku dari musibah.

Ha, kan lain sikit tu. Dengan berdoa begini, InsyaAllah Allah akan lapangkan segala urusan kita. Jauhkan kita dari segala masalah. Betul tak? Ya, memang tak salah kalau kita minta dijadikan orang yang sabar, tapi untuk menjadi orang yang sabar, mestilah kena menerima ujian dulu. Kan?

Ok, renung-renungkan dan selamat hari raya . Tetiba..Huhu…

Category: Information, Religious  Tags:  Leave a Comment

Tenang Ketika Gawat

Dipetik dari email

tenang

Pelbagai  kesan  dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini.  Di  Malaysia,  sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009   dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan  kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan  kerja  telah  bertindak  nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya  sebelum  membunuh  dirinya  sendiri!!! Peristiwa yang tragik ini adalah  sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi  seorang  Muslim,  kegawatan  yang  berlaku  adalah  satu ujian yang ditakdirkan  oleh  Allah  SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan  mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian  dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW  bersabda:  “Allah  SWT  berfirman;  Aku berasa  kagum  terhadap hamba-hambaKu  yang  beriman…..  apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji  dengan  kesusahan  maka  mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).

Antara  amalan  yang  patut  kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat  cermat  dan  merancang  perbelanjaan  sebijaknya.  Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak  berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan  bahawa  solat  dhuha  antara  amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia “.

3. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten  bersedekah???  Terdapat  pelbagai  hadith  yang  sahih  yang menjelaskan  betapa  orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan  rezekinya.  Disebutkan dalam sebuah hadith:  “Setiap kali menjelang  Subuh,  turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara  mereka  berdoa:  “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu  yang  banyak  memberi  (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi  berdoa:  “Ya  Allah  kau  hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan  harta  mereka  (kedekut)”  (riwayat B ukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan  niat  kerana  Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia “;

4. Sentiasa  bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan  atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah  tidak  adil  dan  tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari  Allah  pasti  ada  hikmah  yang  tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba N ya.

5. Menjaga  hubungan  silaturrahim  kerana  menjaga  hubungan silaturrahim  adalah  antara  amalan yang menjadi punca murah rezeki. ” Barangsiapa  yang  ingin  dimurahkan  rezeki  dan  dipanjangkan umur, maka hendaklah  ia  menghubungkan  silaturrahim”  (riwayat  al  B  ukhari  dan Muslim);

Nasyid Maal Hijrah Dalam Bahasa Inggeris

Saya masih ingat kenangan ketika belajar di MRSM Jasin (1994-1995) dahulu. Setiap tahun, pihak sekolah akan mengadakan Minggu Aktiviti yang berlangsung selama seminggu. Ketika itu akan ada berbagai pertandingan dan aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan seperti Treasure Hunt, mock up menunaikan Haji, mock up penyembelihan binatang, pertandingan memasak, menulis tulisan khat, pertandingan nasyid dalam Bahasa Inggeris dan pelbagai aktiviti lagi. Best betullah!!

Aktiviti yang saya nak cerita kali ini ialah pertandingan nasyid dalam Bahasa Inggeris. Setiap kelas menghantar wakil untuk pertandingan ini. Mulalah masing-masing berfikir lagu apa yang nak dinyanyikan. Oh ya! Nasyid ni, pelajar perempuan sahaja yang menyertainya. Selepas jenuh berfikir, kami mengambil keputusan untuk menyampaikan lagu Maal Hijrah. Satu hal pulak nak mentranslate. Mujur ada penyelamat – Mak kepada kawan sekelas saya iaitu Eyja (Muaiza). Ibunya mengajar subjek Bahasa Inggeris, jadi dia meminta pertolongan ibunya untuk translatekan lirik lagu Maal Hijrah tersebut.

Jom..JANGAN LUPA LIRIK!!

MAAL HIJRAH

First Muharam is the beginning
Of the year of Hijrah Muslim Year
Hijrah of the prophet and Muslimin
From Mecca city to Madinah city

Full of confidence and spiritualness
The Muhajirin and Ansar clans unite
Forever willing full of sacrifice
Solely of the love of Islam

Hijrah is sacrifice
Hijrah is strengthteness
Hijrah is relativeness
Hijrah is togetherness

Come one and come all
Let’s celebrate Maal Hijrah
Instil courage and build up Syiar Islam
For All eternity

Hehe, cool kan? Siapa yang ingat melody lagu ni, bolehlah try nyanyi-nyanyi. Walaupun kami tak menang, (kepala lutut saya menggigil giler masa kat atas pentas, pheww!!!) ramai yang suka dengan lagu kami. Hehe. Kelas lain, adalah yang bawak lagu apetah, siap lilin-lilin semua. So, no problem, just having fun. Ni tetap nak enterframe ni, saya menang pertandingan menulis tulisan Khat. Johan ok. Huhu..Dapatlah hadiah pen. Sayang betul saya dengan pen dakwat tu. Mane ntah dia hilang.

Erm, next entry saya mungkin akan cerita pasal mock up Haji & Umrah pulak.  Ok, daaa….

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1430H..!!

SALAM MAAL HIJRAH

If Allah ANSWERS your Prayers,
Allah is increasing your faith…

If Allah DELAYS them,
Allah is increasing your Patience…

If Allah Doesn’t Answer,
Allah has better plans for you in the New Hijrah…

May Allah s.w.t. forgive our past sins,
bless our year ahead with renewed faith
And guide us to the right path…Insyaallah

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1430H..!!