Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hahhaa.. Tak abes-abes lagi pasal Acheh kan.. Ada aku kesah?

Apalah ertinya melancong ke tempat orang tanpa membeli buah tangan? Kenalah jugak beli sebagai ingatan mesra kepada mereka yang kita tinggalkan di tanah air. Gitteww…

Entry kali ni saya nak tunjukkan serba sedikit benda yang saya beli dari Acheh. Walaupun ada jugak di antaranya yang dibeli kerana ‘terpaksa’, tapi dah nama terpaksa, makanya kenalah redha walaupun rasa menyesal. Haha!

Kat bawah ni merupakan benda yang ‘terpaksa’ saya beli walaupun kalau ikutkan memang tak perlu. Cenggini ceritanya. Saya tertinggal tracksuit saya, pastu kan feeling-feeling nak gi snorkeling. Abes, takkan nak berbikini (bikini pun takde) pulak? Maka, terpaksalah saya beli seluar panjang ni dari kedai yang ada kat Pantai Iboih tu. Dah lah suar Ali Baba. Senteng pulak tu. Keji betul! *Pasrah dalam redho..

Seluar cerut Ali Baba. Harga Rp60,000 = RM20. Eiii hangen bila memikiorkannya. Pasni buat seluar tido la..

T-shirt ni memang saya sengaja beli sempena saya bersnorkeling kat Pulau Weh. Ada gak T-shirt yang menunjukkan tengah berscuba diving..Harga Rp50,000

Yang kat bawah ni pulak saya beli bila dah tiba di Banda Acheh. Dibeli di kedai yang menjual hasil kerja Acheh.

Backpack yang boleh isi notebook. Ada yang besar sikit untuk isi laptop tapi mahal sikitla. Motif corak yang ada pada beg tu ialah Pintu Acheh (pintu gerbang yang terletak di sempadan Acheh dan Medan). Harga beg ni Rp85,000 = RM26. Memang berbaloi-baloi. Menyesal tak beli 18 bijik!

Sling bag, purse, dan tempat letak coin (ada 3 bijik sebenarnya). Total harga Rp65,000 = RM22

Pembuka surat yang berbentuk senjata Rencong. Saya beli 2 bilah. Total harga untuk 2 bilah tu Rp50,000 = RM17

Sweater ni dibeli di kedai outdoor Eiger tu. Tebal. Memang sedap pakai kalau masuk tempat sejuk atau pegi tempat sejuk. Harga Rp200,000 = RM67. Boleh dapat kat KL harga camni? Kat Uptown Kotadem tu pun dah 50 hengget walaupun sweater biasa

Yang ni pulak beli kat Pasar Atjeh tu..

Telekung bersulam lawa giler dengan corak timbul pada kain. Rp275,000 = RM92. Bunyi macam mahal, tapi dengan kualiti kain yang macam ni, saya tak terkejut kalau kat KL harga dia RM250!

Haiyya ‘alas Solaahhhhhhhhh!!! *lempang muka sendiri..

Haaaa… Benda ni lah yang membuatkan saya hangen satu badan nak mencariknya. Pusing patblas kali seluruh Banda Acheh (propah sajork) baru jumpa KULKAS MAGNET ni! Harga seketul Rp10,000. Saya beli 15 bijik. Total Rp150,000 = RM50 atau sebijik RM3+. Opss, ada lagi seketul kulkas magnet yang ada bertulis Iboih, saya beli seketul je. Rp20,000 = RM7

Beg penyelamat. Haha.. Kalau tak, kena gendong barang sana-sini sebab terlebih muatan. Harga Rp150,000 = RM50

Kue Kacang Hijau ni dibeli kat pelabuhan Balohan, Sabang. Saya beli 2 kotak. Dah bagi orang sekotak. Harga tak ingat. Rasanya dua kotak Rp30,000 = RM10

Rasanya ni jelah yang saya shopping. Duit makan semua tu tak kira la kan.. Ohh, ada lagi dua benda yang saya beli tapi dah bagi kat tuan masing-masing iaitu topi komando (tak silap Rp60,000) dan T-shirt (Rp50,000). So total shopping ialah  Rp1,225,000. Giler ahh banje sampai sejuta lebih! Hak hak.. Kalo diconvert kepada duit kita RM400+ jugak.. Uiiii… Cam tak sedar duit mengalir.. Dasarrr!! Ala, sekali sekala kan.. *sesal kemudian tidak berguna

Dan paling tak boleh blah, ada satu benda yang dikirim oleh member saya. Kirim bukan satu pulak tu. Sampai 3!! Tapi dia bayar lah.. Apakah bendanya itteww? Mari saksikan..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.





Pengsan! Ni beli kat duty free LCCT je.  Harga sekarton RM64. Kalau kat luar RM100 eh? Diskaun 36%. Satu passport boleh beli satu karton. So, untuk beli 3 karton, passport Suzana dan Syahirlah jadi mangsa. Hak hak. So total RM192!
AMARAN KERAJAAN MALAYSIA : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Ok daaa…..

3 Comments

  1. Lyana
    11:16 am on March 26th, 2012

    hi ujie…saya seronok baca blog awak pasal aceh ni…sbb saya sdg cari information pasal aceh sbb nak kesana ujong bulan april…bole tak saya tanya a few questions? saya nak tau berapa lama masa yg diambil utk pergi ke masjid baiturrahman – tmn putri phang – kapal lampulo (tmpt tsunami). adakah 3jam mencukupi?

    satu lagi, dari airport berapa harga teksi? bole tawar harga sampai berapa?
    kalau dari banda acheh tu ke airport pulak, berapa harga teksi?

  2. lynn
    12:55 pm on March 26th, 2012

    Salam Kak Ujie

    Saya pun teringin nak ke Acheh a.k.a Tanah Rencong, nak jumper Laksmana Sunan kat sana. Rindu sangat dengan dia. Camaner keadaan di Acheh?
    Baik2 saja ker?
    Kalau nak bercuti aper yang tips akak bolehshare??
    Especially tempat shopping and tempat2 menarik dan tambang teksi nak ke tempat2 ni…
    Adakah belanja di Acheh mahal??
    Airport nak ke Bandar Acheh jauh x?

  3. DayLynn
    9:27 am on August 3rd, 2012

    A’kum. . .
    Kami br blk dr Bandung. . .Lg hangennn coz beli pain killer sepapan Rp63 000.

    Hidayat MRSMJ