Archive for the Category » Work «

PruBSN Takaful Carik Pasal Lagi!!!

Tanjat tak boboi baca tajuk entry ni?? Memang betul pon PruBSN Takaful carik pasal! Carik pasal merompak kat Giant Kinrara! Kalau perompak-perompak lain merompak dengan 5-6 orang geng je, tapi kami merompak beramai-ramai. Dekat 100 orang sumenye geng merompak kami. Jangan panik jangan takut, ni merompak berlesen punye. Keh keh keh…

Seperti tahun-tahun sebelumya, bila tibanya Ramadhan, PruBSN Takaful biasanya akan mengadakan contest Shopping Sakan yang terbuka kepada semua agent. Shopping Sakan merupakan satu contest yang mana agent akan pulun habis-habisan buat sales dan apabila target berjaya dicapai, ganjarannya ialah bershopping secara PERCUMA di mana-mana pasaraya yang terpilih. Macam tahun ni, PruBSN telah memilih Giant Kinrara untuk kami serang.

Kalau ditengok kat flyers ni, ada target sales yang perlu dibuat supaya kitorang dapat mengumpul sebanyak mana masa yang boleh untuk bershopping. Saya layak untuk 1 minit je sebab sales saya hanya RM23,000 NPC. Rasa macam menyesal je sebab kalau dapat RM25,000 NPC boleh dapat bershopping selama 3 minit. Apa-apa pun Alhamdulillah, rezeki!

So, pada 20 Ogos, lepas lebih kurang 10 hari lagi nak raya, tibalah masanya untuk agent-agent yang layak, pergi bershopping sakan. Acara dijadualkan bermula selepas bersahur dan solat Subuh iaitu lebih kurang jam 6.30 pagi dan mestilah berakhir sebelum pukul 8 pagi sebab Giant akan dibuka kepada pelanggan pukul 8 pagi kan? So, seawal jam 3 pagi lagi saya dah bergerak ke Giant Kinrara dengan seorang lagi rakan.  Subuh Sepi’ei kata orang. Bangun Qiamullail pun tak seawal ini. Ish ish ish! So, sampai je kat Giant Kinrara, juadah untuk bersahur dah tersedia. Nasik lemak ayam berempah dan kuih muih. Apa lagi.. Isi perut dulu sebab kang nak tolak troli tak larat pulak. Heehee..

Sahur time

Masing-masing perut dah kenyang

Selepas bersahur, kaunter pendaftaran dibuka dan masing-masing kena amik tag dan nombor giliran. Saya mendapat tag yang bertulis 1 MINUTE dan berada di dalam kumpulan ke-5 yang akan menolak troli. Sempatlah bergambar dulu kan. Macam tak biasa.. :-D

Beratur nak register

Happyyyyy!!!

1 minit je. Ada aku kesahh??

Team 1 minute

Sebelum acara dimulakan, Alison telah memberikan penerangan dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk mengelakkan daripada didisqualify. Contohnya, barang-barang yang tidak boleh diambil adalah barang-barang elektrik, kosmetik, lampin pakai buang, susu formula, makanan basah dan beberapa barang lagi. Lepas tu, setiap item tu pulak tak boleh diambil lebih daripada 2. Misalnya beras Cap Rambutan 10 kg hanya dibenarkan untuk diambil 2 kampit je. Tapi kalau ada yang 5 kg, bolehla diambil lagi 2 kampit. Ha, cenggitu.

Alison tengah mengexplain DOs & DON’Ts

So, pada jam 6.30 pagi kumpulan pertama yang mendapat 8 minit untuk bershopping, dilepaskan terlebih dahulu. 8 minit baii…. Lama tu. Lepas satu troli penuh, dia amik lagi satu troli. Sudahnya agent tu dapat dalam 3 troli penuh kalau tak silap. Total harga barang-barang yang dia amik dalam RM1,200. Ditaja sepenuhnya oleh PruBSN Takaful.

Bila giliran saya sampai, aduiiii… Kecut betul perut rasanya. Saya bersedia di lane yang banyak cokelat. Haha. So, bila wisel ditiup je, saya terus capai gula-gula apentah 2 bungkus. Pastu lari lagi, saya songlap dua bekas Coklat Ferrero Rocher. Dah tu saya terus ke belakang capai 2 kampit beras Cap Rambutan 10 kg. Pusing pulak saya sebat sabun basuh Fab 4kg dengan sabun basuh Top 4kg. Pastu ada masa lagi sikit saya capai pulak sabun Breeze 3kg 2 kampit. Terus pulak lari ke depan balik amik Coklat Cadbury, Van Houten, tah macam-macam coklat lagi. Kacang Pistachio Tong Garden pun ada. Tapi yang paling kelakar, masa beratur nak kira jumlah tu, baru perasan saya tersapu sekali Maruku Cap Giant. Motip sangatss. Sabo jelah…

Bila cukup je seminit, wisel dibunyikan dan kitorang kena berhenti kat mana kitorang berdiri. Lepas tu ada masa 30 saat untuk berlari ke kaunter bayaran. Sambil-sambil beratur tu ada jugak yang mengelat. Ada mamat kat depan saya tu, dia terambil 3 botol minyak masak yang sama berat. So, daripada kena reject kat kaunter bayaran, dia bagi saya satu botol. Yeayyy!!! Tengkiu bro!

Mamat yang baik hati.. Tak tau nama.. Huhu

Pose wajib. Kaki kasi angkat!

So, selesai dikira, jumlah barang yang berjaya saya amik dalam masa 1 minit ialah RM384. Alhamdulillah. Banyak jugak. Save belanja bulan ni. Hihi.

Subtotal RM384.10

So, selesai semua dalam pukul 7.30 pagi dan sambung amik gamba lagi. Setel sume, apa lagi… Balik dan sambung tido! Huaarggghhh… Mengantuk la kan pagi-pagi buta dah bangun.

Bergambar bersama anak & cucu

Tengok, penuh seat belakang!

Di kesempatan ini saya nak mengucapkan tengkiu banyak-banyak kepada Prudential BSN Takaful sebab mengadakan contest ni. Di samping dapat komisen untuk sales tu, dapat pulak extra bonus untuk belanja FREE! So, sape-sape nak jadi sebahagian daripada kami, jangan malu jangan segan, JOIN US!!! :-D

</p>

Berita Panas – Barang-barang Carrefour Wangsa Maju Dirampas!

Ngeri tak baca tajuk entry ni? Haha, sebenarnya bukan KDN yang rampas barang-barang Carrefour sebab mahal ke, apa ke. Kami ejen-ejen PruBSN Takaful yang membuat aktiviti rampasan barang-barang di Carrefour seawal jam 7.30 pagi, semalam.

Untuk pengetahuan pembaca, kami ejen-ejen PruBSN Takaful telah diberi ganjaran untuk bershopping secara percuma mengikut tempoh masa yang diberi. Ganjaran ini diberikan kepada ejen-ejen yang mencapai target jualan yang ditetapkan pada Julai lepas. Ada yang dapat bershopping selama 1/2 minit, 1 minit, 3 minit dan paling lama sebanyak 16 minit! Ilang akal. Seramai 140 ejen yang layak.

Memang setiap tahun PruBSN Takaful membuat aktiviti seperti ini dan tahun ini adalah tahun yang ke-2. Oleh kerana saya baru saja join PruBSN pada Mei yang lepas dan dapat pula ganjaran seperti ini, jadi saya sangatlah excited. Alhamdulillah, saya berjaya untuk layak bershopping FREE selama 3 minit! Yeehaa!! Tahun ini contest ini dinamakan Supermarket Sweep.

Sampai terbang
Sampai terbang kitorang bershopping!

Kami dikehendaki berada di Carrefour Wangsa Maju pada pukul 7 pagi kerana acara diadakan pada 7.30 pagi. Yelah, mestilah buat time orang ramai belum ada. Kang lagi havoc. Selepas Subuh, saya dan seorang lagi rakan yang layak dah bertolak ke Wangsa Maju. Kami sampai lebih kurang jam 6.40 pagi dan kami lihat dah ramai pun ejen-ejen lain di situ. Makan pagi disediakan dan saya hanya menjamah 2 keping sandwich dan teh tarik saja. Kang banyak sangat makan, tak larat nak lari pulak. Sebelum memulakan acara, kami dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dan masing-masing diberikan tag untuk diikat di tangan. Oleh kerana saya menang 3 minit bershopping, maka saya mendapat 3 keping tag iaitu satu tag untuk setiap 1 minit.

Kata-kata aluan daripada Pengerusi Majlis
Kata-kata aluan daripada Pengerusi Majlis

Ucapan pembukaan daripada CEO PruBSN Takaful
Ucapan pembukaan daripada CEO PruBSN Takaful

Panas gile masa. Ekon tak bukak lagi..
Panas gile masa. Ekon tak bukak lagi..
Meriah gile kan?
Meriah gile kan?

Selepas kata-kata aluan Pengerusi Majlis dan ucapan daripada CEO PruBSN Takaful, acara pun dimulakan. Berdebar-debar siot. Mujur saya bukan di pusingan pertama. Bolehlah riki-riki (recce) terlebih dahulu, rak mana yang best dan mahal-mahal barangannya. Peserta yang belum sampai giliran, tidak dibenarkan memasuki kawasan rak. Hanya boleh melihat dari jauh di luar kaunter. Giliran saya adalah pada pusingan ke-5, ke-10 dan ke-15. Pada mulanya saya fikir saya boleh bershopping selama 3 minit tanpa henti. Rupanya, setiap pusingan hanya diberikan masa 1 minit saja. Kesemuanya ada 28 pusingan.

Sementara menunggu giliran
Sementara menunggu giliran
Tengah memasang strategi
Tengah memasang strategi

Apabila nama saya dipanggil untuk pusingan ke-5, saya pun bersiap sedia memasang kuda-kuda sambil memegang troli. Preetttt!! Apabila wisel dibunyikan dan muzik bermula, saya dan ejen-ejen lain pun berlari sambil menolak troli dan tangan pun laju mencapai rak di kiri kanan untuk mengambil barang-barang yang sempat. Macam orang gila pun ada. Yang eksiden jangan cakap, yang berterabur, terjatuh, bersepah-sepah. Lawak gile. Time nak hangkut beras 10kg tu bukan main hazab. Apabila muzik dihentikan, kami dikehendaki menolak troli yang penuh barang-barang tu ke kaunter untuk dikira. Semuanya akan dibayar oleh PruBSN Takaful! Syok gila. Pusingan pertama saya berjaya merampas barang-barang yang bernilai RM186.20!

Bersama hasil rampasan pusingan pertama
Bersama hasil rampasan pusingan pertama

Oh, ya! Bukan semua barang yang dibenarkan untuk dikaut. Barangan seperti susu formula dan kosmetik tidak dibenarkan. Rak untuk barang-barang tersebut dah disita siap-siap. Agaknya sebab mahal sangat kot. Barang-barang basah seperti ayam, nugget,  Selain itu, kami juga tidak dibenarkan mengambil barangan yang sama barcode, sama saiz, sama berat pada satu-satu masa (pusingan). Misalnya, kalau saya ambil Nescafe 3 in 1 dan Milo 3 in 1 yang sama berat, salah satu barang akan dikeluarkan dari troli saya untuk dikira. Ataupun sekiranya saya mengambil 2 kampit beras walaupun jenama lain-lain, tetap satu kampit beras tidak akan dikira. Untuk pusingan pertama, saya banyak rugi sebab tak berapa faham dengan syarat yang diberikan. Jadi, banyak barang yang saya ambil, tidak dikira. Cis!

2 troli penuh!
2 troli penuh!

Bila dah masuk giliran saya yang ke-2 dan ke-3, ape lagi, mengaut barang macam orang gilala kan. Tapi tu lah, nak ambil Dynamo, terambil cecair pencuci cap Carrefour! Nak ambil biskut Julie’s, terambil beskot cap Carrefour gak. Hampeh. Sebab cap Carrefour tak mahal sangat. Haha, tak reti bersyukur.Kalau pusingan pertama saya berjaya mengaut barang-barang bernilai RM186, pada pusingan kedua saya berjaya merampas barangan bernilai RM206 dan barang-barang bernilai lebih kurang RM386 pada pusingan ke-3. So, jumlah keseluruhan barang yang berjaya saya kaut hampir RM800. Beras 10kg sebanyak 3 kampit (diambil satu kampit pada setiap pusingan),  minyak masak botol Seri Murni yang paling besar 2 botol, pencuci kain, softener, sabun serbuk, mandian dan syampu berbotol, kopi, teh, wangian dan macam-macam lagi. Pendek kata penuh gila boot keta. Dengan 2 orang lagi yang menumpang barang di kereta saya, sampai tempat duduk penumpang pun kami letakkan barang.

Askar-askar PruBSN Takaful bersama harta rampasan perang. Hiks!
Askar-askar PruBSN Takaful bersama harta rampasan perang. Hiks!

Acara berakhir lebih kurang 8.30 pagi sebelum Carrefour dibuka kepada orang ramai. It was a great and fun activity! Saya rasa, mungkin PruBSN berhabis lebih RM100,000 untuk membayar barang-barang yang kami kaut kepada Carrefour. Alhamdulillah, bersyukur sangat dan terima kasih kepada PruBSN Takaful atas peluang yang diberikan. Ini menambah lagi semangat saya untuk membuat sales. Huhu..

Barang-barang diletakkan di tempat duduk penumpang pun kena pakai seat belt
Barang-barang diletakkan di tempat duduk penumpang pun kena pakai seat belt

Ok, kepada pembaca yang berminat nak jadi ejen PruBSN Takaful boleh hubungi saya. Banyak ganjaran yang boleh direbut selain komisyen yang lumayan. Kepada pembaca yang belum ada insurans/takaful atau medical card pun jangan malu-malu contact saya okeh.

Oklah, saya nak bersiap-siap hantar barang kat mak saya di Bukit Beruntung. 3 bulan tak payah shopping! Haha. Maklumlah, tak pernah seumur hidup bershopping barang-barang dapur sampai 800 hengget! Ok, daa…

Programmer Import!

2 minggu ni saya diimport oleh Enershia untuk menyiapkan projek TM. Projek bagi TM Streamyx Troubleshooting Guide untuk CD dan juga download version. Sekiranya anda melanggan Streamyx nanti, CD Installer tu, saya dan kawan-kawanlah yang membuatnya. *Vangga! (Sambil mengembang-kempiskan idong)

Untuk download version, akan dijangka siap sebelum bulan puasa 22 Ogos. So, tak payahlah nak stayback kat ofis. Fuh!

Ni frontpage untuk TM Streamyx Troubleshooting Guide CD tu. Segar dari ladang! Anda pembaca blog ni yang dapat tengok dulu tau..Cekidaut!

tm

Mencari Janda

Mencari janda? Untuk sape?

Sebenarnya, hari Rabu dan Khamis (24-25 Jun) yang lepas, saya menyertai GEMPUR yang dianjurkan oleh Prudential BSN Takaful di Janda Baik, Pahang. GEMPUR merupakan salah satu training yang diwajibkan oleh PruBSN untuk ejen-ejen mereka bagi melengkapkan CPD hours.

Saya, Nadia dan dua orang lagi rakan kami bertolak dari Kota Damansara ke Janda Baik lebih kurang jam 8 pagi. Keadaan jalan di Kota Damansara biasalah, jem memanjang. Kami menggunakan MRR2 dan perjalanan kami Alhamdulillah, bergerak lancar. Kami tiba di Janda Baik lebih kurang 9.30 pagi. Kiri kanan hutan hijau yang menyejukkan mata memandang. Tenang dan damai. Angin pagi pun membuai-buai rasa. Kami sempat bersarapan nasi lemak di warung yang terdapat di sana dan selesai bersarapan, terus kami bergerak ke pusat latihan.

Labih kurang jam 10 pagi, kami tiba di pusat latihan di D’Ark Training& Resort , Janda Baik. Tak sempat nak meninjau-ninjau, terus masuk ke kelas untuk memulakan sesi kursus pada pagi itu. Peserta-peserta pada kali ini seramai 12 orang. Terdapat 3 orang fasilitator iaitu Encik Mas, Cik Sha dan Encik Faizul.

D’Ark Training & Resort Sdn Bhd
(Janda Baik)
D’Ark Training Resort is a resort that not only caters for all you training needs but a quiet and peaceful tranquility setting. Primary jungle on one side and the other is a crystal clear river provide you with endless outdoor activities.

The Resort’s Ashida Villa gives you a wonderful characteristics and attractive alternative destination. A blend of elegant kampong style surroundings with city convenience.

The 4-acre resort exudes a uniquely traditional charm and special emphasis has been on equipping it with the modern facility and amenity, to present to you a pleasant and comfortable experience.

Indoor games such as chongkak, carom, darts, table tennis and board games and outdoor games are volleyball, badminton, sepak takraw and netball. The other guided activities are jungle trekking, camping and fishing, to name a few.

dark2

The training resort provides the best for your convention, seminar, all forms of training, workshop as well as other recreational needs. Whatever your requirement……we are able to tailor made your individual requests.


Sesi pagi dimulakan oleh Encik Mas sebelum makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari. Sebelum makan, kami dibenarkan untuk mengemas barang dan masuk ke bilik masing-masing. Bilik yang disediakan agak luas untuk 4 katil bujang. Terdapat 2 bilik air. Cuma yang tak best, tak ada almari. Terpaksalah kami gantung sahaja pakaian kami di tiang.

Selepas makan, kami memulakan kursus sesi petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Lebih kurang 4.30 petang kami bersiap sedia untuk memulakan ‘outdoor activity’ iaitu jungle trekking. Lokasi agak jauh dari tempat kursus dan kami bertolak ke kaki bukit menggunakan 2 kenderaan. Sampai di kaki bukit lebih kurang jam 5 petang. Setelah diberi taklimat oleh jurupandu, kami memulakan pendakian. Tinggi nak mampos sampai tertonggek-tonggek vontots. Huhu…


Jom beriadah!


Warming up dulu…


Tengok, bukan main tinggi bukit ni..


Sampai kat tengah-tengah perjalanan. Amik gambo jap sementara tunggu yang lain sampai…


Di sebelah saya tu lah jurupandu kami – Angah. Rambut dia panjang sampai ke pinggang tu..


Tak abes-abes bergambar…


Kak Safinaz, Nadia dan saye…


Cantik tak air terjun kat belakang tu?


One more!


Apsal dagu gua cam donut?


Yeayyy!!!


PruBSN Advisor terlampau..

Perjalanan ke puncak Air Terjun Tampit mengambil masa setengah jam. Melalui kawasan berbukit, hutan belantara yang dihiasi bunyi unggas dan cengkerik. Akhirya kami tiba di puncak air terjun pada pukul 5.40 petang. Sempat melepaskan lelah lebih kurang sejam di sana. Ada di antara kami mengambil kesempatan untuk mandi. Saya tak kuasa..Hehe..Kami turun semula selepas penat berehat dan tiba di pusat latihan lebih kurang pukul 7 petang.

Sampai sahaja, terus makan malam dan bersiap-sedia untuk kursus latihan sesi malam. Kami memulakan sesi malam jam 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Supper disediakan dan selepas minum-minum, kami kembali ke bilik dan berehat. Besok ada lagi..

Pagi esoknya bersarapan jam 8 pagi selepas bersarapan kami mula dengan latihan seterusnya. Konsep takaful dan beberapa module yang lain. Kami juga melakukan role play untuk bertemu client.


Encik Faizul tengah mengajar konsep takaful


Nadia dan beberapa orang lagi kena denda nyanyi lagi negeri masing-masing sebab lambat masuk kelas..Huhu

Kursus kami berakhir jam 3.30 petang. Selepas bersalam-salaman, sempat lagi kami bergambar sebelum balik. Enjoice!!


Nampak sebaya tak?? Nadia – 25 tahun, Ujie – 31 tahun. Haha, nak jugak bagitau nih…


Posing wajib!


Single but not available. Haha, tak tanye pon…


Aumm cakkk!


Over!!


Ko kenapa??

Sebelum balik ke KL, kami singgah minum cendol dan makan pisang goreng di warung Janda Baik. Sampai ke Kota Damansara pada jam 6 petang. Selama 2 hari di sana, sampai sudah kami tak jumpa janda yang dicari-cari. Haihh!!!

Akhir kata, Ku Tunggu Jandamu (tahape-hape). Huhu…Daa…

Masih di Ofis

Wooohooo..Sekarang sudah pukul 12.39 tengah malam, Ahad. Ya, masih di opis (Enershia). Dah lama siot tak berkampung macam nih..Sakit-sakit pinggang. Maklumlah, selalunya waktu-waktu macam ni dah membuta. Kalau macam ni lah gayanya, Hira offer kerja permanent balik pun, nak kena pikir lapanploh kali dulu..

Macam ni lah kalau berkerja dalam bidang ni (Multimedia). Tambahan pula dalam saat-saat genting nak menyiapkan tender. Memang semput dibuatnya. Makan tak tentu arah. Tido mana sempat. Tadi sempat kejap saya melelapkan mata. Itupun bersandar kat kerusi je.

Berseorangan perempuan di dalam kumpulan lelaki pun saya sudah biasa. Macam sekarang, saya seorang sahaja perempuan terkontang-ditemani tiga orang rakan lelaki. Nasib baik dorang semua baik-baik. Kalau tak…Nauzubillah..

Berkerja pada hari Ahad juga, tidak perlu dipersoalkan lagi. Berbakul menyumpah pun, hanya setakat di dalam hati dan juga di depan kawan-kawan. Berani nak mengamuk depan boss?

Tak sabar nak tunggu Khamis depan untuk submit tender. Yeay!

Category: Work  Tags:  2 Comments