Ujie Situ Sana Sini » as-Salihin

Harta Ini Siapa Yang Punya?
Petang semalam, saya bertemu dengan seorang client di Pelita Nasi Kandar dekat dengan KLCC. Tujuan pertemuan kami itu adalah kerana, client ini mahukan penerangan yang lebih mendalam tentang wasiat dan perancangan harta pusakanya.

Biarlah saya namakan beliau sebagai Encik N. Encik N baru kematian isteri beberapa hari sebelum kita menyambut Ramadhan iaitu pada 7 Ogos 2010. Setelah menanyakan beberapa soalan, tahulah saya bahawa isteri Encik N :-

1) Baru berumur 50 tahun

2) Mempunyai aset melebihi RM1,000,000 (termasuk EPF, Unit Trust, Simpanan dan sebagainya)

3) Meninggal mengejut (masalah saluran darah di otak) dan tidak pernah mengalami apa-apa penyakit kritikal sebelum ini dan menurut doktor, penyakit ini amat jarang berlaku

4) Meninggalkan 4 orang anak lelaki

5) Yang paling sedih, tidak mempunyai sebarang WASIAT!

Sekarang, menjadi tugas suaminya iaitu Encik N untuk menguruskan aset isterinya. Perlu memohon Surat Tadbir Harta dari pihak mahkamah untuk mencairkan aset si isteri dan seterusnya mengagihkan mengikut hukum Faraid (kerana isterinya tidak sempat menulis wasiat).

Hal ini mungkin mengambil masa 3-5 tahun atau mungkin lebih sekiranya terdapat aset tidak alih seperti tanah dan rumah untuk diagihkan. Bukankah ini memerlukan tuntutan masa dan wang ringgit? Turun naik mahkamah. Turun naik pejabat tanah.

Sebenarnya orang kita (Muslim) sangat berkira tentang duit (kos menulis wasiat) daripada terpaksa membiarkan waris yang tinggal bersusah payah turun naik mahkamah untuk menguruskan hartanya apabila mereka sudah tidak ada kelak. Kalau harta tu berjuta, rasanya berbaloi jugak untuk turun naik mahkamah. Kalau setakat RM20,000, ditambah pula waris tu duduk di kampung, terpaksa pula turun naik ke bandar (misalnya) untuk menguruskan aset si mati, tidakkah ini menyusahkan? Silap-silap, kos ke hulu-ke hilir tu lagi banyak daripada harta yang ditinggalkan.

Satu lagi, tahukah anda bahawa apabila kita meninggal dan tidak mempunyai wasiat, segala aset kita seperti kereta, motor dan sebagainya akan terbeku sama? Jadi, waris yang tinggal tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan insurans kerana aset tersebut masih atas nama si mati. Sekiranya terdapat wang tunai di akaun bank, pon turun dibekukan. Kasihan sekiranya si mati masih mempunyai anak kecil yang memerlukan sejumlah wang yang besar untuk tujuan persekolahan anak-anak itu dan belanja sara hidup yang lain. Mereka terpaksa menunggu aset tersebut dicairkan sebelum dapat digunakan. Dan proses untuk mencairkan aset ini adalah bahagian yang paling rumit dan banyak mengambil masa berbanding proses pengagihan.

Encik N sangat berminat untuk membuat wasiat bagi aset-asetnya kerana menyedari, urusan untuk mencairkan aset arwah isterinya serta urusan pengagihan aset tersebut amat memenatkan. Anda pula bagaimana?

Jangan tunggu lagi. Lakukan sekarang ya!

Artikel ini dipetik dari Harian Metro 2 Oktober 2010

RM40 bilion aset umat Islam dibekukan

Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ

rnorain@hmetro.com.my

2010/10/02

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila sebanyak RM40 bilion aset  umat Islam dibekukan berikutan pelbagai sebab, termasuk kegagalan si  mati menulis wasiat ketika hidupnya

Ketua Pegawai Eksekutif ED Al Kausar Resources, Mohammad Adry Radzali  berkata, jumlah itu berdasarkan laporan dikeluarkan Amanah Raya Berhad  tahun lalu.

Menurutnya, aset yang dibekukan itu merangkumi tanah, rumah, bangunan kedai, saham, wang simpanan dan sebagainya.

Katanya, jika tidak dituntut dalam tempoh tujuh tahun, wang tunai yang  disimpan di dalam bank akan diselenggarakan mengikut  Akta Wang Tak  Dituntut, Jabatan Akauntan Negara.

“Namun keadaan itu  berbeza bagi harta tidak boleh dialih seperti tanah dan rumah kerana  jika tidak dituntut, ia terpaksa dibekukan.

“Pemilikan harta  berkenaan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya tanpa persetujuan waris  yang sah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya,  penulisan wasiat dilihat sebagai satu langkah untuk mengurangkan masalah  itu, namun tidak semua umat Islam di negara ini jelas mengenainya.

Katanya, wasiat adalah satu deklarasi oleh seseorang ketika hidup ke  atas hartanya atau tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang Islam  yang berkuat kuasa selepas kematiannya.

Mengulas kes  kematian jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh kejam  awal bulan ini, Mohammad Adry berkata, jika mengikut hukum, harta  berkenaan mesti dibahagikan secara faraid.

Katanya,  Sosilawati tidak membuat wasiat bagi membahagikan semua hartanya  walaupun difahamkan dia ada membuat kenyataan secara lisan mahu  menyerahkan harta itu kepada anaknya.

“Kenyataan secara lisan tidak boleh dikira sebagai wasiat yang sah kerana ia tidak ada hitam putih dan boleh dipertikaikan.

“Bagaimanapun, itu semua bergantung kepada persefahaman dan  persetujuan antara anaknya untuk menggunakan cara yang dirasakan sesuai  untuk membahagikan harta berkenaan,” katanya.

Menurutnya,  perbincangan dan kata sepakat perlu dicapai jika mereka mahu  membahagikan harta itu secara adil dan mengelak timbulnya masalah.

Share on Facebook

As-Salihin Tawar Tulis Wasiat Ikut Syariah
Oleh Habsah Dinin

WASIAT adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas harta dan manfaat untuk kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Pentingnya menyediakan wasiat adalah seperti pentingnya mengadakan perancangan kewangan semasa hidup untuk ditinggalkan kepada orang yang disayangi di dunia ini, selepas kita meninggal.

Ketua Pegawai Eksekutif As-Salihin Trustee Berhad (as-Salihin), Abdul Aziz Peru Mohamad, berkata menyediakan wasiat mengikut syariat Islam menjadi tanggungjawab kepada setiap umat Islam.

As-Salihin, katanya, adalah sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan khusus memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagihkan harta hasil titik peluh mereka untuk manfaat orang tersayang apabila mereka meninggal dunia kelak.

Jita banyak mendengar nasib balu dan isteri kedua yang terabai berikutan kegagalan suami menyediakan wasiat untuk menjaga kepentingan hak mereka dari segi pembahagian harta.

Apabila seorang suami itu meninggal dan meninggalkan harta yang tidak diwasiatkan, harta peninggalannya akan difaraidkan mengikut hukum syarak.

Dalam kes seperti ini, mengikut hukum Islam, balu hanya mendapat 1/8 harta peninggalan berbanding ibu bapa si mati yang mendapat 1/3 daripada jumlah keseluruhannya. Hak isteri boleh ditambah jika suami menulis wasiat dengan menyatakan sejumlah harta ditinggalkan khusus kepada isteri yang disayangi, ini juga dibenarkan Islam,” katanya ketika ditemui.

Berbeza menulis wasiat sendiri dengan menggunakan khidmat yang disediakan as-Salihin adalah dari segi profesionalisme, di mana as-Salihin menyediakan khidmat yang menyeluruh daripada penulisan wasiat, pengiraan harta pusaka, pembayaran hutang dunia dan akhirat, faraid dan sebagainya.

Secara khususnya, perkhidmatan yang disediakan syarikat ini ialah penulisan wasiat profesional, pelantikan wasi, pentadbiran harta pusaka yang tidak mempunyai wasiat, hibah, pemegang amanah, wakaf, harta sepencarian, penjagaan kanak-kanak dan penyimpanan dokumen.

Abdul Aziz berkata, as-Salihin menyediakan perkhidmatan penyimpanan berkomputer untuk penyimpanan yang selamat bagi semua dokumen yang disediakan.

Tidak kira di mana atau bila anda meninggal dunia, jika benefisiari dan peguam anda menghubungi as-Salihin untuk mendapatkan wasiat anda, kami pasti menghantar salinan wasiat berkenaan kepada mereka untuk tindakan selanjutnya.

Tidak berguna kita menulis wasiat jika tidak boleh mengesannya kelak. Di kalangan masyarakat Islam masa kini, banyak harta pusaka dibekukan kerana wasiat terakhir tidak dapat dikesan berikutan mereka tidak membuat wasiat dengan cara yang betul,” katanya dan menambah lebih kurang 95 peratus umat Islam di negara ini tidak dapat diagihkan kepada penerima kerana tidak ada wasiat.

Umat Islam, katanya, tidak perlu bimbang kerana semua khidmat di as-Salihin adalah berlandaskan syariah Islam sepenuhnya selepas mengambil kira kos pengebumian, penyelesaian hutang, harta sepencarian sebelum bakinya diagih mengikut faraid. Semua urusan ini dipantau oleh panel syariah khas.

Biarpun tahap kesedaran mengenai penulisan wasiat masih rendah, keprihatinan ke arah itu dilihat semakin meningkat saban tahun hasil pendedahan oleh media cetak dan elektronik yang dilakukan secara berterusan.

Orang ramai boleh mendapatkan khidmat yang disediakan oleh as-Salihin dengan kadar serendah RM380 mengikut syarat dan jenis khidmat yang diperlukan, katanya.

Untuk info lanjut, hubungi Ujie, agen Wasiat anda

Share on Facebook

Harta Pusaka RM42 Bilion Belum Dituntut
Sumber : Utusan Online

KUALA LUMPUR 1 April – Sejumlah RM42 bilion wang tunai dan aset milik individu yang telah meninggal dunia kini masih dalam simpanan Amanah Raya Berhad kerana tidak dituntut oleh waris-waris mereka.

Daripada jumlah itu, RM41 bilion mewakili aset dalam bentuk geran tanah, rumah, bangunan serta saham syarikat dan selebihnya wang tunai.

Pengurus Besar As-Salihin Trustee Berhad (As-Salihin), Jasmin Jamaluddin berkata, wang tunai dan aset itu masih dibekukan sehingga kini kerana tiada waris tampil menuntut hak mereka.

Dalam kes harta orang Islam, katanya, pembekuan harta itu berlaku kerana kebanyakan umat Islam masih kurang berpengetahuan mengenai perancangan dan penulisan wasiat kepada waris.

”Memang betul harta boleh dibahagikan kepada waris menggunakan hukum faraid yang telah ditetapkan oleh Islam.

”Namun, urusan wasiat akan lebih terancang jika individu tersebut menulis wasiat dan tidak timbul pembekuan wang tunai atau aset si mati yang disimpan di dalam bank,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Jasmin berkata, hanya 1,000 orang membuat penulisan wasiat harta atau syarikat kepada As-Salihin sepanjang tahun lalu.

Katanya, masalah timbul jika seseorang individu tidak sempat menulis wasiat dan urusan pembahagian harta lebih rumit jika pewaris tidak mengetahui si mati mempunyai wang tunai atau aset di mana-mana bank.

Untuk mendapatkan khidmat Pengurusan Harta Pusaka Islam di bawah CWA & as-Salihin Trustee Berhad, sila hubungi Ujie (019-388 9306) atau ujie at ujie dot com

Share on Facebook

Create, Protect & Preserve
Dear Valued  Investor,

We are pleased to announce that CWA  has formed a strategic alliance with as – Salihin Trustee Berhad (aST), the Only Trustee Company which specializes  on Islamic Estate Planning and offers full range of Islamic  Estate Planning products and services.

Opportunities for Islamic Estate  Planning :

Opportunities are  abound as 52% of our 28million Malaysian population are Muslims, out of which we  have 5million who are eligible to write wasiat and yet 95% of these Muslims are  without estate planning (note- there are RM 40 Bil of unclaimed cash and assets  left by the Dead, source : New Sunday Times, 27th January 2007). Armed  with our wholesome range of Islamic Estate Planning products and services as  below, this is your OPPORTUNITY to write wasiat according to Syariah.

We offer a complete range of Islamic estate  planning products ands services as below:

A) Wasiat Writing including  related services such as :

• Re-writing of  Wasiat

• Wasiat Translation

• Wasiat Custody (Lifetime and Annual  Custody)

• Executorship & Estate Administration

• Guardianship of  Property (created in a wasiat)

• Testamentary Trust (created in a  wasiat)

• Waqf (created in a wasiat)

B) Declaration of Harta  Sepencarian

C) Pri-Hibah (Declaration of  Hibah)

Should you wish to seek more information on  the latest services, please do not hesitate to contact me  and I will be glad to be at your service.

Thank you.

YOUR  PARTNER IN FINANCIAL PLANNING

Suzilah  Zainuddin

Agency Supervisor (LO :  19935)

CIMB Wealth Advisors

019-388 9306 / 017-318 9306

suzilah@charisma-cwa.com

Share on Facebook