Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Halohaaa!! Sorry uols.. Akak membiarkan bloh ni bersawang sebegini rupa.. Malas betol la nak membebel kat blog sekarang ni.. Banyak membebel kat FB je.. Ni semua salah FB!! Bukan salah akak.. :-)

Walaupun dah lama tak menulis, tapi kali ni rasanya memang kena tulis. Rugi rasanya kalau tak share dengan uols tempat makan sedap. FYI, Sabtu lepas akak telah berjaya menambah ukurlilit perut akak sebanyak 50 inci. Ni semua gara-gara makan kat Pak John Steamboat & BBQ! Pehhhh!!! Macam nak meletop perot makan kat sini. Memang berbaloi-baloi sangat dengan harga RM36++ yang dorang caj..

 

1

2

3

4

5

 

Suasana restoran pun best, tersusun, luas, makanan banyak. Boleh pilih more than 100 item yg kita nak.. Boleh duduk lelama dan tak kena halau pun..

6

7

8

9

10

11

12

13

 Pinggan akak untuk round pertama

14

 

Pinggan untuk seken round

Selain dari haiwan-haiwan yang biasa kita jumpa kat restoran steamboat lain mcm ayam, daging, udang, ketam, kat Pak John Steamboat & BBQ ni kita boleh request premium products dorang ~ Australian Beef Slices, New Zealand Lamb Slices, Smoked Duck Breast & Premium Abalone Slices.. Harga dah termasuk dalam RM36++ tu!! Gilo tak murah lagi ke? Akak sampai bertambah-tambah bila rasa Smoked Duck dia. Nom nom…

 

15

Haiwan yang sedang di BBQkan

16

Us

17

Nom nom nom

Kat Pak John Steamboat & BBQ ni jugak mewah dengan desssert. Ada askrem, waffle, bua-buahan. Pendek kata memang melampau bestnya!

18

Ni antara info dari flyers yang sempat akak amik gambo..

20

21

 

Kalau nak sambut birthday kat sini pon boleh.. Boleh dapat free untuk sorang..

22

 

Untuk student pulak dapat 30% diskaun kalau makan antara pukul 11 pagi – 5 petang..

23

 

Tak dilupakan untuk si chantek jelitah.. Ada diskaun 20% kalau makan pada hari Selasa dan Khamis. Jom!

24

Selain bahan utama untuk steamboat dan BBQ, yang paling penting jugak mestilah sos dia. Antaranya ialah sos Thai, Belacan, Sweet, Thai Green Chili, Soya, Garlic Chili Sauce dan yang terpaling patut dicuba ialah sos baru dorang iaitu Pineapple sauce!! Akak kasi 10 bintang! Amboi..

sos

 Yang kuning tu Pineapple Sauce. Nyamz!!

 Selain makanan yg melampau sedap dan suasana restoran yg cool, yang bestnya lagi kat sini ada live band. So sambil makan kita akan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi berbakat. Makan-makan, borak-borak dengan member, boleh layan lagu. Idokle senyap je.. Suara dorang pon boleh tahanlah. Bolehlah nak try masuk AF. Hehe.. Oh ya! Untul liveband ni, dorang ada setiap Sabtu dan Ahad..

liveband

So, apa lagi? Sila serbu Pak John sekarang!! Yang akak makan ni katbranch Pak John Steamboat, E@Curve. Satu lagi ada kat Wangsa Walk..

Apa tunggu lagi?! Sila pegi sekarang!! Yess!! Now!!

Salam Ramadhan..

Mintak maaf dah lama tak menulis. Bulan-bulan puasa ni, mood nak menulis pun sengal. Huhu, macamlah guna banyak tenaga, kan?

Bulan puasa ni, trend berbuka di hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan secara buffet sudah menjadi kebiasaan. Bagi mereka yang ‘berperut stokin’ (mampu mengisi makanan dalam perut tanpa henti) sangat berbaloi jika dibawa makan di tempat-tempat yang menyediakan hidangan secara buffet. Tapi bagi mereka yang seperti saya, makan sikit dah rasa nak meletup perut, amatlah merugikan. Yelah, pilihan makanan banyak tapi hanya mampu makan dalam kuantiti yang sedikit. Membazir je bayar beratus-ratus, kan?

buffet
Hidangan secara buffet

Dalam pada rugi tak rugi tu, tiga kali juga saya makan secara buffet untuk Ramadhan tahun ni. Pertama di Tropica Golf Club, Damansara (harga buffet RM30, harga asal RM72) semasa Business Presentation Prudential BSN Takaful. Yang kedua di Cinnamon, One World Hotel (harga buffet RM120++). Nasib baik CIMB Wealth Advisors sponsor. Dan yang ketiga di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara (harga RM70+). Yang ni Hira sponsor. Walaupun saya sudah tak menjadi warga Enershia (hanya sesekali menjadi Programmer import), saya dibenarkan turut serta. Hiks!

Kalau diberi pilihan, saya lebih selesa masak saja di rumah. Tapi kalau dah orang belanja, kecik tapak tangan, nyiru hamba tadahkan. Gittewww…Hee hee..Yelah, rasa membazir pula bayar mahal-mahal (dengan duit sendiri) tapi makan sikit.

Anda pula bagaimana? Banyak makan di luar atau order saja dari mak (bagi yang belum berkahwin) atau isteri? Semua dah terhidang di atas meja. Kan best…

alacarte
Atau anda suka ala-carte saja?

Walau apa pun, tepuk dada tanya selera. Kalau kebetulan rezeki berlebihan, apa salahnya belanja keluarga sekali-sekala makan di tempat-tempat yang best kan? Cuma janganlah sampai berlebih-lebihan.

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita semua. Dimurahkan rezeki. Dilimpahkan kebahagian.

Sampai bertemu lagi..Ramadhan Mubarak…