Tag-Archive for » karaoke «

Ombak Rindu, Driving Range & Karok!!

Semalam, kali ketiga saya tengok wayang dalam minggu ni. Ilang akal! Hahah.. Disebabkan sana sini orang cerita pasal Ombak Rindu, saya pulak tetiba rasa membuak-buak nak pegi tengok cite ni. Tambahan pulak cerita ni saya ada baca novelnya yang juga berjudul Ombak Rindu. So, pegilah saya berdua dengan member saya tengok cite ni..

Encemnya Aaron Aziz.. Hiks.. Dah la lakonan dia terbaekk.. Kalau korang yang boleh layan cite Melayu, pegila tengok. InsyaAllah tak mengecewakan macam tengok cite-cite Melayu lain yang tahape-hape tu.

Lepas tengok wayang, kitorang berjalan pulak ke Ikea. Bukan beli barang pun. Saja nak makan meatball. Tapi orang punyelah ramai!!!! Beratur dekat setengah jam baru sampai giliran. Keji!

Dah makan tu, saya pegi ke ofis PruBSN kat Sri Rampai kejap dan member saya pulak tunggu tunang dia jemput. Dorang pegi jenjalan dulu sementara menunggu aktiviti kitorang seterusnya selepas Maghrib. Apa aktiviti kami selepas Maghrib? Jeng.. Jeng.. Jeng..

Driving range!!!!! Ye, dah lama kami tak buat aktiviti menebas ni. Ni semua Personal Trainer saya si Syahir punye pasal. Dia la yang ajak. Katanya dah lama dia tak pegi driving range ni. So, kita kasi chance la.. Tak lama lagi dia dah tak jadi trainer kat True Fitness ni lagi dah sebab nak sambung belajar balik, buat degree Sains Sukan plak. Gudluck bro!

Oleh kerana si Syahir ni duduk Kotadem gak, lepas Maghrib tu dia datang rumah saya, tinggalkan moto dia dan kitorang gerak sekali ke Driving Range Bukit Utama dekat dengan OU tu. Sementara tunggu member saya dan tunang dia datang, saya dan Syahir pun duduk jelah terbangak-bangak tengok orang lain menebas dulu. Sebabnye, kayu golf sume tu, member saya yang punye. Nak tak nak, kenalah tunggu jugak.

Pemandangan 1Utama dari driving range bay

Masih kosong..

Budak boring..

So, lepas menunggu lebih kurang setengah jam, dorang pun sampai. So, kitorang pun mulalah main. Tengok Syahir main memang best. Tak sia-sia dia jadi budak sukan. Kat Gym bagus. Kat golf pun bagus. Dia pukul bola tu memang kena je. Saya pulak, kadang-kadang maulah bola tu naik, pegi jauh. Tapi yang banyaknya meleret kat rumput je. Wakakaka keji.

Set golf

Member saya yang tak mahu dikenali

Tunang beliau

Syahir tengah ready nak memukul bola

Berpinau…

Gaya seorang pro. Ptuiii!! Haha

Macam nak mencangkul pun ada ahkak ni

Bola gua naik baiiiii….

Kitorang main sampai pukul 10 malam je. Aktiviti seterusnya ialah…. Karokkkkk!!! Tempat karoke Loudspeaker yang saya selalu pegi tu dah fully booked. So kitorang lepak kat Teo Heng KTV dalam Sunway Giza. Belasah ajelah. Memula saya dengan member saya je yang nyanyi. Yang lelaki-lelaki ni konon memalu. Cait!! Dah 3-4 lagu kitorang nyanyi, barulah dorang nak nyanyi. Tapi kalau nak berduet dengan Syahir untuk lagu-lagu lama, memang tak dapek lah.. Semua lagu dia tatau. Maklumlah, umur Syahir ni baru nak masuk 21 tahun. Beranak tahun 1990. So, lagu-lagu lama rock kapak tahun 80-90an bagai ni dia tak layan. Keji!

Syahir, member saya dah tunangnya

Karok 2 jam. Lepas tu macam biasa, lepak kat mamak. Oleh kerana makan dengan Personal Trainer, kita hendaklah berpura-pura sedikit iaitu makan capati je. Kah kah.. Kalo tak, semua benda dibedal. Selain capati, saya amik perut kambing. Sedap siottt! Si Syahir yang soh amik perut kambing ni.

Oiit macha! Bukan Kamping Brut la.. Perut kambing.. Memandai-mandai je ko nih..

Kitorang lepak sampai 1.30 pagi, pastu balik. So tu jelah aktiviti saya di hari cuti. Menarik bukan? Huhu.. Daa…

Bagaimana Saya Meraikan Cuti Hari Buruh?

Selamat Hari Buruh kepada semua. Yang menganggur sila jangan menyibuk! Yang jadi surirumah takpe, sebab dorang pun bekerja gak kat rumah. Ingat tak penat ke? Kan?

Sebenarnya saya baru balik dari JB malam semalam. Outstation sejak petang jumaat untuk berjumpa client. So, semalam cuti lagi. Marilah kita membuat aktiviti-aktiviti yang best untuk meraikan hari buruh. Tapi perkataan buruh ni macam orang yang kerja angkat-angkat batu je kan? Eh, jangan main-main, kerja dorang tu 100 kali ganda lagi baik daripada orang yang jadi mat rempit, kaki ragut dan kaki belit. Betul tak?

So, untuk memulakan hari yang indah ini, saya, Nadia dan seorang lagi rakan saya mengambil keputusan untuk menonton wayang di Cineleisure. Oleh kerana saya dah membuat tempahan secara online, maka tak perlulah tergesa-gesa nak beli tiket. So, kitorang bercadang nak breakfast di Mc Donalds The Curve dulu. Menu pilihan kami pagi tadi ialah Family Breakfast. Puas hatilah 3 orang makan.

Kitorang pilih Box B

Lepas bersarapan, kami cepat-cepat berjalan kaki ke Cineleisure yang terletak di sebelah The Curve sebab movie start pukul 11 pagi. Sepatutnya kena amik tiket sejam lebih awal tapi kami amik tiket pada pukul 10.55 pagi, lagi 5 minit sebelum movie start. Bley? Dengan Ujie’s Tactic yang saya selalu amalkan, biasanya memang berjaya dan takde masalah. Movie yang kami tonton ialah…….

Fast and Furious : Fast 5

Memang best gilerlah cerita ni. Fast 5 merupakan sambungan daripada empat siri Fast and Furious sebelum ni. Kebanyakan watak daripada keempat-empat siri sebelum ini digabungkan dalam satu filem. Aksi dan jalan ceritanya lebih mendebarkan. Sebenarnya, tayangan rasmi filem ini adalah pada 5 haribulan Mei nanti. Kiranya kitorang dah tengok awal sikitlah. Pegilah tengok cite ni. Filem wajib tonton tahun ini!!

Lepas dah selesai menonton Fast 5, perut pun lapar. So, kitorang plan nak makan kat Marché, The Curve.

Marché a.k.a market a.k.a pasar

Sebelum ni saya memang selalu lalu lalang depan Marché Restaurant ni tapi tak pernah masuk. Rupanya dalam restoran tu, banyak gerai-gerai macam dalam pasar yang jual ikan/sayur/daging/buah. Kita pilih apa yang kita nak makan, nanti dorang akan masakkan. Saya pilih ini…

Pasta

Mix Fritto atau nama tak glamernya udang goreng tepung

Lepas makan, lebih kurang pukul 3, kami pegi pulak ke salon di Dataran Prima untuk buat facial. Saja nak memanja-manjakan dirriew.. Habis facial lebih kurang jam 6 petang. Puas hati!!

Muka rakan saya yang sedang diseksa

Acara terakhir untuk meraikan cuti Hari Buruh ialah…karokkkkkk….. Tempat pilihan, haruslah Loudspeaker Karaoke Kota Damansara. Yezzah!!

Gambar Loudspeaker Karaoke yang dicopet dari Google

Ni lah pakej Loudspeaker

Sepatutnya saya berkarok dengan 3 orang rakan yang lain. Oleh kerana Nadia dan sorang lagi kawan pompuan saya tak jadi join, maka saya berkarok jela berdua ngan sorang member lelaki saya. Lepas dia nyanyi, saya, lepas saya nyanyi, dia, macam tulah sampai 3 jam! Peritnya tekak sebab rangkaian pilihan lagu malam ni, semua stok lagu tak sedar diri seperti Ziana Zain, Awie, XPDC, Aris Ariwatan dan lain-lain lagi. Haha!

Feeling Aris Ariwatan

Abes melalak, kami lepak pulak supper di Mc D. Begitulah kisah cuti Hari Buruh saya. Best tak? Kah kah kah..Ok bye..

Sehari Bersama Hosmet

Ahad lepas, seorang rakan saya melangsungkan perkahwinan di Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya. So, saya ajak dua orang hosmet untuk menemani saya. Bab makan, budak-budak ni memang laju je. Hiks!


3 Dara Pingitan – Noi, Awa & Esah..haha..

Kami tiba di Putrajaya lebih kurang 1.15 petang. Kompleks Perbadanan Putrajaya ni berhadapan dengan Palace of Justice (Bangunan Mahkamah). Macam Taj Mahal pon ade.


Sebelum masuk, harus pose dulu – Depan Palace of Justice

Masuk je ke dalam dewan, kami terus terjah tempat amik makanan. Ada sambal ayam, rendang daging, dalca, acar buah, kuih-muih dan bubur. Tempat makan agak terhad, so kami berkongsi meja dengan satu family. Salah seorang wanita di meja kami, wajahnya sangat familiar tapi saya tak ingat siapa. Saya agak salah seorang pelakon. Saya ada juga terdengar perbualan dia tentang shooting dengan Ramlee Burger, macam tu lah lebih kurang. (very the busy body..ahaks!). Bila dia dah bangun dari meja barulah hosmet saya cakap yang wanita tu Chef Liza. Ooo..patutlah muka familiar.


Sementara tunggu pengantin masuk dewan, posing harus diteruskan

Selesai makan, pengantin tak jugak sampai-sampai sebab dalam kad jemputan, pengantin akan bersanding pada pukul 1. So, kami meneruskan dengan acara makan kuih. Hanya pada pukul 2 petang, barulah MC mengumumkan ketibaan mempelai.


The Pelamin


Hazmi dan pasangannya Mazani


The Groom – Zmiey


The Bride – Mazani


Kami


Aksi tak perlu

Motip tatau

Perbadanan Putrajaya


Door Gift

Puas bergambar di sekitar dewan, kami balik dan sampai rumah lebih kurang pukul 3.30 petang. Kami bercadang nak berjalan-jalan pulak ke Sunway Giza yang terletak tak sampai 1km dari rumah. Nama je dekat, tapi tak pernah sampai. Boleh?

So, agenda malamnya ialah membuat lawatan ke Sunway Giza. Hmm, secara keseluruhannya, tak berapa menarik. Entahla, tak meriah macam Sunway Pyramid walaupun developernya sama – Sunway City. Kan best kalo ada TGV ke, GSC ke. Takyah gi  jejauh (Padahal Cathay Cineplex, Cineleisure taklah jauh pun. Hiks!). Walaupun tak best, acara bergambar adalah wajib!


Kat restoran apetah ni..tapi lampu dia lawa


Ya Allah dagu gua!


Cantekkan lampu dia?


Bajet kiut..Ceh!


Sukela lampu-lampu dia..


Hoye hoye!!


Motip cangkuk tengkuk aku?

Selepas dah boring kat Sunway Giza, kami meneruskan dengan acara yang paling ditunggu-tunggu iaitu karok!! Dengan cargass kami menuju ke Giant Kota Damansara sebab kat situ ada karoke jamban. Satu lagi RM1. 10 lagu dapat free 3 lagu. So, kami bayar RM20. Hape lagi, melalak lah tiga orang manusia ni 26 lagu. Mengalahkan buat konsert. Tapi seronot sangat. Release tension! (Tension ape tatau). Kami melalak dari pukul 9 sampai 11 malam. Enjoy giler!!

Sekian saja cerita saya yang bertajuk Sehari Bersama Hosmet. ;)

Sayang Sarawak – Part 6

Gembira betul hati dapat jenjalan kat SCV. Selepas berehat dan solat Jamak Maghrib dan Isyak, saya minta Wal amik kami di hotel pukul 8.30 malam. Agenda malam ini akan diteruskan untuk makan Ayam Penyet di Kedai Raja Ayam Penyet. Acara malam ini tidak disertai oleh The Neneks. Sebab dorang berdua lepas solat je dah terbaring kepenatan. Maklumlah, seharian kepenatan di SCV. So, hanya The Daras dan The Teruna je.

Meskipun ada sedikit kontroversi tentang Raja Ayam Penyet tu (rasanya tak perlu saya ulas di sini – tak pasal aku kena saman kang. Huhu), kami tetap makan di situ. Sebelum masuk, mulut saya terkumat kamit baca segala Ayat Kursi dengan harapan takdelah apa-apa yang mengganggu. Hehe (*matila aku makan kencing setan…opsss)

Seperti kata Mirah, saya lihat gerai Raja Ayam Penyet ini memang tak henti-henti dikunjungi pengunjung yang ingin merasakan sendiri kesedapan makanan yang berasal dari Surabaya Indonesia itu. Gerai ini terletak berhampiran dengan Masjid Bahagian Kuching.

Satu set Ayam Penyet ini berharga RM7 yang terdiri daripada nasi putih, ayam berempah, sambal, sayur-sayuran seperti ulam raja dan kobes. Sambal dia nauzubillah, pedas gilerrr. Saya cuit sikit-sikit je. Memang makanan dia kering camni ye Mirah oii? Kami juga turut tapau sebungkus untuk The Neneks. Jadilah, sorang sikit merasa.


Rupa Raja Ayam Penyetcurik dari Google sebab gamba yang saya amik pakai henpon tak terang. Nyesal tak soh Wal bawak kamera dia..

Selesai makan, jeng jeng jeng…Aktiviti seterusnya ialah berkaraoke. Haha! Bak kata seorang rakan saya, “Aii..Trip 3 hari pun sempat ko berkaraoke?”. Haha, yelah..ape lagi nak dibuat malam-malam buta. Apa salahnya berjimba sekali-sekala kan?

Selepas beberapa kali berpusing-pusing (nampak sangat aktiviti ni tak diredhai Allah), akhirnya Wal menemui juga tempat karaoke. Dia ni nama je orang Sarawak, banyak tempat dia fail. Lagipun mamat ni baik. Tak pernah pegi tempat-tempat lagha macam ni. Bagus kalo dibuat menantu mamat nih. Heehee..

Yang menggeletek nak melalak cuma saya sorang. Ana memang dari dalam kereta lagi tak nak join nyanyi. Hampeh. Saya paksa-paksa jugak Wal. Macam-macam alasan. Suara tak sedaplah. Tatau nyanyi lah.. Sekali, haa…hambek ko. Lagu Gun N Roses ngan Metallica dibantainya. Siap head banging lagik.. Terus saya simpan mikrofon. Haha!


Di minit-minit pertama. Cool je nyanyi. Nyanyi pon sambil duduk


Roh Gun N Roses dah meresap sikit


Ohh wo wooo..Sweet Child of Mine…Ohh wo wooo..Sweet Child of Mine…Yeaahhh!!

Saya seperti biasa lagu wajib – Curiga (Ning Baizura), Setiaku di Sini (Ziana Zain) dan Laguku Untukmu (Meet Uncle Hussin). Stok lagu pilihan tak nak kalah. Sume high pitch. Bila tak sampai, budak-budak berdua tu jadi tukang gelak. Arrrgghh!! Fedullikkk!!

Oh, ya..Bayaran sorang? RM8 satu kepala untuk satu jam. So, 3 orang RM24 la. Okla tu kot. Bilik pon besar. Boleh masuk 6-7 orang kot.

Lepas melalak, kami balik ke hotel. Sampai hotel lebih kurang 11.30 malam. Besok, hari terakhir di Kuching, nak kena kemas-kemas beg. Malasnya..