Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Anda hantu kopi? Sehari kafein tak masuk dalam badan, rasa macam ada yang tak lengkap hari anda? Kalau jawapannya ya, KITA SERUPA..KITA SERUPA…

Saya dididik untuk minum kopi sejak dari kecil lagi. Tak lain tak bukan, pengaruh mak saya. Pekat melekat, manis! Manis giler air kopi yang mak saya buat sampai boleh bahagi dua air kopi tu, pastu kita buat satu jag lagi. Bleyy??

Saya ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, saya selalu minum kopi cap ikan emas. Sepeket 30 sen harganya. Tapi sekarang, mak saya peminat Kopi Hang Tuah. Saya pun dah terikut-ikut. Kalau orang lain kata, serbuk kopi Kapal Api paling sedap, try dulu Kopi Hang Tuah. Lagi kaww!!

Tapi yang peliknya, saya tak boleh minum kopi kat kedai makan. Tak kena dengan tekak saya. Sama ada jenis kopi yang digunakan, atau kepekatan dan kemanisan kopi itu yang tak kena dengan selera saya. Sebagai ganti, saya lebih suka memesan Nescafe atau lebih tepat, kopi segera.

Kopi segera ni ada macam-macam jenama. Paling glemer, mestilah Nescafe. Selain itu, ada jenama Indo Cafe, Kopi Radix, Ali Cafe, Kopi Jantan dan macam-macam lagilah. Kalau Kopi O, saya mesti nak jenama Hang Tuah juga. Kalau kopi segera, sudah semestinya Nescafe. Indo Cafe pun layan jugak cuma rasanya lebih pahit. Ali Cafe saya tak layan sangat sebab rasa Tongkat Ali tu kuat sangat. Bila terkucil, pehh!! Bau tak hengat! Najis! Haram!! Huhu..

Berikut beberapa manfaat dari secawan minuman yang bernama kopi:-

Manfaat Kopi

  • Lapan puluh peratus orang dewasa di dunia minum kopi paling kurang sehari sekali.
  • Kafein yang terkandung di dalam kopi adalah zat kimia yang berasal daripada tanaman yang dapat menstimulasi otak dan sistem saraf. Kafein tergolong jenis alkali yang juga dikenal sebagai trimetilsantin. Selain pada kopi, kafein juga banyak ditemui di dalam minuman teh, cola, minuman tenaga (energy drink), cokelat, mahupun ubat-ubatan.
  • Kafein membantu anda untuk berfikir lebih cepat. Cubalah minum kopi atau teh 15 minit atau 30 minit sebelum anda menghadiri temuduga pekerjaan atau membuat presentation kepada boss anda. Hasilnya mungkin akan cukup baik, kerana kafein yang terdapat pada kopi atau teh terbukti mampu memberikan ’signal’ pada otak untuk lebih cepat memberi respon dan dengan pantas mengolah memori pada otak.
  • Kafein mencegah gigi berlubang. Cubalah untuk minum secawan kopi hangat atau teh hangat selepas anda makan biskut, kek coklat yang lazat, buah atau sepotong roti manis. Joe Vinson, Ph.D., dari University of Scranton menjelaskan bahawa kafein yang terdapat dalam minuman ini ternyata sangat membantu membanteras bakteria penyebab gigi berlubang.
  • Kafein mengurangkan derita sakit kepala. Kajian menemui bahawa kafein yang terdapat dalam kopi atau teh (dalam jumlah tertentu) dapat membantu mengurangkan sakit kepala. Menurut Seimur Diamond, M.D., dari Chicago’s Diamond Headache Clinic, penderita migrain dalam kategori ringan dapat disembuhkan dengan secawan kopi pekat atau secawan black tea. Jadi, sebelum menggunakan ubat cubalah dulu sembuhkan sakit kepala anda dengan minuman berkafein.
  • Kafein boleh melegakan nafas penderita asma dengan cara melebarkan saluran bronkial yang menghubungkan kerongkong dengan paru-paru.
  • Kafein dapat membuat badan tidak cepat letih, boleh melakukan aktiviti fizikal lebih lama, kerana kafein membuat “bahan bakar” yang dipakai otot lebih lama.
  • Kafein boleh meningkatkan rasa riang, membuat kita merasa lebih segar dan bertenaga.
  • Perempuan yang minum dua cawan kopi atau lebih sehari dapat mengurangi risiko terkena pereputan tulang (osteoporosis).
  • Kopi dapat meningkatkan rangsangan mental dan memori kerana kopi dapat merangsang banyak daerah dalam otak yang dapat menyebabkan kita sentiasa terjaga, rangsangan, mood dan konsentrasi. Penelitian di Universiti Arizona menemui bahawa orang dewasa yang minum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan dibanding mereka yang minum kopi tanpa kafein.
  • Kafein dapat menangkal radikal bebas dan menghancurkan molekul yang dapat merosakkan sel DNA.
  • Kafein juga melindungi jantung dan kanser.
  • Untuk mengurangi risiko menghidap diabetes mulailah meminum kopi. Seseorang yang minum kopi lebih dari enam cawan sehari berisiko rendah diserang diabetes dibanding dengan orang yang tidak minum kopi sama sekali. Demikian kesimpulan sebuah kaji selidik skala besar yang dilakukan pada 80 ribu orang selama 18 tahun di AS.
  • Parkinson jarang ditemui pada orang yang minum kopi secara teratur. Sebuah kaji selidik mendapati penyakit ini ditemui pada lelaki yang tidak minum kopi tiga kali lebih banyak daripada lelaki penikmat kopi.
  • Minum kopi membuat sperma “berenang” lebih cepat dan mampu meningkatkan kesuburan lelaki. Perkara ini diumumkan para ilmuwan Brazil dalam pertemuan “American Society for Reproductive Medicine” di San Antonio, yang mana pembicaraan utama berkisar pada kesan ubat-ubatan terhadap kesuburan kaum adam.

Banyak bukan manfaatnya? Jadi mengapa anda tidak mulakan hari-hari anda dengan secawan kopi? 😉

Kita selalu minum kopi, tapi tak tau secara terperinci bagaimana kopi dihasilkan, betul tak? Meh saya terangkan sikit. Menurut Wikipedia, Kopi disediakan daripada biji benih yang digoreng yang didapati dari pokok Kopi. Ia merupakan salah satu sumber utama perangsang Kafeina. Disebabkan ini, kebaikan zat dipertikaikan, kadangkala digelar penyembuh segala penyakit, kadangkala digelar ancaman kesihatan.

Kopi dituai secara meluas di negara tropika dalam ladang untuk kedua kegunaan dalaman dan dieksport kepada negara beriklim serdahana. Kopi merupakan salah satu tanaman utama dunia dan merupakan eksport utama sesetengah negara.

Jenis biji kopi

Terdapat dua spesies utama pokok Kopi;

1. Coffea arabica merupakan kopi traditional, dan dianggap lebih baik.

2. Coffea canephora (robusta) mempunyai kandungan Kafeina yang lebih tinggi dan boleh ditanam dikawasan yang tidak sesuai untuk arabica.

Berbanding Arabica, Robusta cenderung mempunyai rasa pahit dan lebih berasid. Robustas bermutu tinggi digunakan sebagai bahan dalam sesetengah campuran espresso untuk menambah lebih rasa pada kos yang lebih rendah. Di Itali kebanyakan espresso menggunakan Robusta digoreng garing (dark roasted ).

Salah satu variati robusta yang mahal dan luar biasa adalah Kopi Luwak, Indonesia. Biji kopi ini dikutip dari najis (Common Palm Civet), yang proses penghadamannya memberikan rasa berlainan.

Penyediaan

Pengusiaan

Walaupun tidak diketahui ramai, sesetengah kopi bertambah baik dengan masa; ia menjadi kurang berasid, rasa yang lebih sekata. Beberapa pengeluar kopi menjual biji kopi yang telah disimpan selama 3 tahun, dan terdapat beberapa kedai khusus (seperti Toko Aroma di Bandung, Indonesia) yang usia biji kopi hijau mencecah 8 tahun.

Goreng

Proses pengorengan adalah penting bagi menghasilkan secawan kopi yang berperisa. Apabila digoreng, biji kopi hijau mengembang menjadi sehingga sekali ganda saiz asal, bertukar warna dan kepadatan. Apabila biji kopi menyerap haba, warna bertukar menjadi kuning dan kemudian perang “kayu manis” lembut. Semasa pengorengan minyak kelihatan pada permukaan biji kopi. Biji kopi bertukar menjadi sehingga semakin gelap sehingga pemanasan dihentikan.

Bancuh

Kopi boleh dibancuh dengan pelbagai cara, tetapi kaedah tersebut terbahagi kepada empat kumpulan utama bergantung bagaimana air dicampur kepada serbuk kopi. Jika kaedah membabitkan air lalu hanya sekali melalui serbuk kopi, minuman terhasil; akan mengandungi kebanyakannya sebatian mudah larut (termasuk caffeine), sedangkan, sekiranya air dikitar berulang kali melalui biji kopi (sebagaimana (percolator) biasa), minuman terhasil akan mengandungi lebih banyak sebatian sukar larut yang terdapat dalam biji kopi; oleh kerana ini biasanya lebih pahit, proses ini kurang digemari oleh peminat kopi.

Kopi segera

Secawan kopi kosong.

Kopi segera dan kopi larut telah dikeringkan menjadi serbuk mudah larut atau granula (granules), yang boleh dilarutkan dengan segera dalam air panas untuk diminum. Ia berlainan dengan kopi segar dan pengilangannya disediakan dengan cara berlainan, dengan penyerapan bersungguh hampir kesemua bahan boleh larut daripada serbuk biji kopi. Proses ini sudah tentunya menghasilkan campuran sebatian yang berbeza dengan pembacuhan di rumah; terutamanya, peratusan kafein dalam kopi segera adalah rendah, dan kehadiran komponen perisa pahit yang tidak diingini. Kadang-kala biji kopi gred rendah digunakan.

——————————————————————

Mulakan hari anda dengan Nescafe (atau kopi cap Hang Tuah). 1 untuk sekarang, 1 untuk masa depan. Huhu…Daa…