Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ohooooohoiii!! Korang mesti dah selalu pegi KL Tower (Menara KL) kan? Kalau orang lain dah biasa naik KL Tower, semalam barulah first time akak menjejakkan kaki kat situ. Eh ekceli kali kedua. KL Tower memang akak pernah pegi. Tapi kat dataran dia je. Tahun 2005. Masa tu tengok konsert kumpulan Dewa. Cuma naik atas KL Tower tu yang first time. Lunch kat situ dengan group MDRT training.

Kitorang gerak dari opis Wangsa Maju lebih kurang kul 1. Dalam 20 minit sampai. Memang ngam-ngam waktu lunch. Lunch buffet dia start pukul 12-3 petang kot. Harga buffet sekali dengan caj naik menara tu ialah RM88. Sekali sekala bolehlah. Kalo tetiap hari, tokey kelapa sawit pon gulung tikar. Hehe.. Tapi akak ingat lepas ni nak bawak mak akak la. Mesti dia suka pose-pose amik gamba atas tu..

Cakap banyak pon tak guna. Marilah menyaksikan kejakunan akak kat atas sana..

20130314-235200.jpg

20130314-235356.jpg

20130314-235427.jpg

20130314-235440.jpg

Sewel! Amik gamba dalam lif. Hhuhu..
20130314-235459.jpg

20130314-235528.jpg

KLCC dari KL Tower. Bukan henpon akak yang problem. Memang KL berdebu dan berjerebu semalam..
20130314-235605.jpg

20130314-235511.jpg

Di antara spread buffet yang ada.. Sume lazatzzz sekali..
20130314-235619.jpg

20130314-235635.jpg

20130314-235710.jpg

20130314-235553.jpg

20130314-235649.jpg

20130314-235659.jpg

20130314-235804.jpg

Kat atas tu, kalo sesapa yang gayat memang seram jugaklah. Sebab cermin dia memang boleh nampak view kat luar dengan bawah sekali. Dah la berpusing. Ada gak member yang pening-pening. Oleh kerana akak menumpukan perhatian kepada makanan, so akak tak rasa pening. Haha. Dasarr!!

20130315-003221.jpg

Lawa lampu dia..20130314-235851.jpg

Da nak balik dahhh..
20130314-235900.jpg

Overall, makanan kat sini sume sedap-sedap belaka. Tapi disebabkan akak tidak berperut stokin, so makan sikit pon dah kenyang. Sape yang memang boleh sumbat banyak, memang berbaloi-baloi makan kat sini. Kalo tak sempat lunch, boleh jugak amik pakej hi-tea – RM68 nett atau dinner – RM198 nett. Sekali sekala meraikan orang tersayang, apa salahnya kan? Nak tau lebih lanjut, boleh godek kat sini Atmosphere 360.

Sedikit info tentang Menara KL yang akak cilok dari Wikipedia..

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dimulakan pembinaannya pada tahun 1991 dan telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia.

Ok daaa..

No Comments :(