Tag-Archive for » Trip to Hokkaido «

Trip CWA ke Hokkaido – Finale

Aktiviti kami pada hari ke-6 adalah melawat Ishiya Chocolate Factory. Rupa kilang dia tak macam kilang pun. Cantik je.

Hiasan luaran kilang ni macam Willy Wonka’s Chocolate factory. Ada pulak rumah-rumah mini macam dalam cerita Hensel & Gretel.


Comel betul rumah (dan orang yang berdiri tu. Mode : Perasan)

Tolak!! Tolak!!

Tarik!! Tarik!!

Ada persembahan sebenarnya ni tapi tak paham sebab cakap Jepun daa..

Takde rupa kilang. Macam rumah mewah seorang Dato’. Tetiba..

Minum jap kat cafe dalam kilang nih..

Setelah selesai melawat Ishiya Chocolate Factory, kami meneruskan lawatan ke Otaru. Di Otaru, kami melawat Otaru Canal (Terusan Otaru) untuk sesi bergambar bersama ahli rombongan. Terusan Otaru dahulunya merupakan sebahagian daripada pusat pelabuhan yang sibuk bagi bandar Otaru. Walau bagaimanapun, dengan pembangunan yang pesat di sekelilingnya, ditambah pula kemudahan moden bagi memunggah muatan kapal, terusan ini sudah tidak digunakan lagi. Walaupun begitu, terusan ini akhirnya dijadikan tempat bersiar-siar dan tempat penggiat seni bebas mempamerkan hasil seni mereka kepada para pelancong.


Kat belakang tu la Terusan Otaru

Group photo


Bersama Abang Becha. Abang beca pon ensem. Kalah Farid Kamil. Kalo Farid Kamil datang sane, harus dia hanyalah seorang cleaner saja. Huhu

Dekorasi bangunan berbentuk kapal

Masa ni suhu 5.1 darjah celcius.. Sojuk…

Lepas dah puas bergambar-gambar di Otaru Canal, kami pon dibawa untuk makan tengahari di Seaport Market Restaurant. Gambar di bawah adalah gambar mangsa yang kami makan. Tapi serius, saya cuit-cuit je mangsa tu. Dah tak larat nak makan dia…

Mangsa : SEBELUM


Mangsa : SELEPAS

Tukang Gunting (Gunting pon cam bendera Jepun daaa..)

Tengok..punyela banyak kaki-kaki mangsa yang dah dipatah-patahkan.Hee hee..

Lepas selesai makan, kami dibawa pula ke Kitaichi Glasswork Shop dan Music Orgel Museum. Untuk pengetahuan pembaca, Otaru memang terkenal dengan seni kaca perhiasan dan pembuatan music box yang menarik serta mengeluarkan bunyi-bunyian merdu. Di sini, anda juga boleh membuat kotak muzik anda sendiri dan memilih sendiri lagu yang anda sukai.

Sedikit info :-

Kitaichi Glass Emporium/ Kitaichi Museum of Venetian Art
If you are as clumsy as an elephant, this is NOT the place to be. As the name suggests, these buildings house some of the most exquisite glass crafts and lamps. We spent a good hour admiring the works. At the museum shop and gallery, the sales staff discreetly and quickly wipes away fingerprints left behind by visitors. For souvenir hunters, there are small trinkets available at affordable prices. Look for the little cute bookmarks in the shape of gas lamps or beautiful pendants that change color according to the light.

Cantik kan?

Otaru Music Box Museum (main building) and the No2 Otaru Music Box Antique Museum
Visitors need not fear losing their way to these museums since the tinkling sounds from the music boxes can be heard metres away. Simply follow your ears. If you are still not sure, look out for the steam clock that stands in front of the main building (it actually steams). Both buildings are located diagonally from each other. The buildings themselves are of historical significance, dating back to the 1900s, when Otaru was in its heyday. The red-brick main building houses hundreds of music boxes for sale, while most of the antique music boxes can be found in the No 2 Otaru Music Box museum. Visitors can create their own “one-of-the-kind” music box at the third level of the main building. Admission to these buildings is free. They are open from 9am to 6pm.


Lawa-lawa music box dia selawa harganya jugak :D

Sempat minum petang di salah sebuah cafe di situ


Kedai apetah ni


Posto! Posto!


Ni la rupa sepanjang jalan yang banyak kedai-kedai kaca perhiasan dan music box tu..


Kedai jual souvenir. Gajah pon ada uols!

Last but not least..makan time. Kali ini kami makan malam di Ore No Sapporo Restaurant. Inilah mangsa kami seterusnya..


Walaupun rupa ketam ni mengghairahkan, saya dah tak lalu nak makan seafood lagi. Tolong….

Malam terakhir di Hokkaido, kemas-kemas barang dan hantar barang masuk dalam bas siap-siap sebab keesokkan paginya, kami kena bangun awal sebab flight pon awal pagi.

Daaa…abes…fuh!! Dah 3 bulan, baru abes cerita..huhu…

Mangsa : SEBELUM

Trip CWA ke Hokkaido – Part 4

Sambung balik entry Hokkaido yang tertangguh ;)

Pagi selepas bersarapan di hotel, kami dibawa  melawat Jigokudani atau Hell Valley iaitu bekas gunung berapi yang terletak di atas pekan Noboribetsu Onsen. Bekas gunung berapi ini mengeluarkan wap, aliran sulfur dan masih mempunyai aktiviti-aktiviti gunung berapi. Info lanjut klik sini.

Oleh kerana sewaktu kami pergi masih dalam musim salji, maka Hell Valley ini putih diseliputi salji.

Pemandangan putih yang sejuk

Saya sempat menGoogle, dan macam nilah rupanya kalau bukan musim salji.

Jigokudani


Sesi bergambar beramai-ramai

Kami diberi masa lebih kurang 20 minit sahaja di Hell Valley. Oleh kerana banyak lagi tempat yang akan dilawati pada hari itu, selepas bergambar-gambar, kami perlu bergerak pula ke Noboribetsu Bear Ranch. Untuk sampai ke Noboribetsu Bear Ranch, sekali lagi kami menaiki kereta kabel.


Muka kena bengis supaya bear-bear kat atas tu takut. Hiks!

Pemandangan dari dalam cable car

Sesampai sahaja di atas, kami dibawa untuk menyaksikan perlumbaan itik. Setiap seorang daripada kami boleh memilih warna itik yang disukai. Warna itik ditentukan oleh tag yang dililit pada leher itik tersebut. Ada kaler merah, hijau, hitam dan lain-lain warna lagi. Pemenang yang mana warna itik yang dipilihnya berjaya sampai dahulu ke garisan penamat, akan mendapat hadiah. Kelakar giler tengok itik-itik tu terkedek-kedek bila masuk lumba lari.


Itik-itik tengah ready nak masuk balapan

Masa itik ni tengah lari, saya ada amik video tapi malas pulak nak upload. Keputusannya..itik MERAH yang menang. Saya pilih itik HITAM tapi dapat nombor 2. Cet!! Pemenang yang pilih itik MERAH, dapat hadiah saputangan. Jadilah, kan?

Selepas menyaksikan pertandingan lumba lari itik, kami dibawa pula melihat aksi akrobatik beruang.


Beruang yang gigih nak panjat tiang

Selepas menyaksikan pertunjukan beruang, kami dibawa pula untuk bergambar dengan Ketua Orang Asli Jepun. Nasib baik takde cucuk-cucuk tulang kat lubang hidung. Huhu


Bersama Tok Ketua Orang Asli. Sopan je pakaian dia. Kenapa pakaian Orang Asli Malaysia seksi-seksi? Huhu

Selepas bergambar dengan Tok Ketua, akhirnya kami melawat tempat yang ditunggu-tunggu. Bear Ranch! Kami boleh membeli biskut makanan beruang yang dijual dengan harga 100 Yen sebungkus untuk diberi kepada beruang-beruang yang kelaparan. Bapak besar beruang-beruang tu. Kalau ditamparnyelah muka saya ni, mau berpusing. Nasib baik beruang-beruang ni diletakkan dalam sangkar kaca.

Tengok..punyelah besar bear kat belakang saya tu


Sume tengah tunggu beskot. Lapar eh?


Tengah rilek sebab dah kenyang makan beskot yang kami bagi

Best sangat kat atas tu. Keliling sume salji. Sejuk-sejuk pon gigih nak bergambar-gambar


Saya rasa saya bersandar kat pagar tapi disebabkan dah diseliputi salji, ape rupa pagar tu pun saya tak tau

Selepas puas berada di Noboribetsu Bear Ranch, kami dibawa pula melawat tempat paling menarik iaitu Noboribetsu Date Jidai Mura. Tempat ini merupakan Taman Tema Bersejarah yang menempatkan perkampungan ninja. Di sini pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Di antaranya menonton persembahan teater pendek Ninja vs Samurai, rumah hantu, Ninja Maze (budak-budak yang masuk dalam Ninja Maze ni sume pening-pening) dan macam-macam aktivit lain lagi. Info lanjut klik sini.


Bersama sebahagian pelakon Ninja vs Samurai

Di sini juga kami sempat membeli keropok dakwat sotong. Kreatif betul orang Jepun ni. Dakwat sotong yang hitam pun boleh dijadikan keropok yang sedap. Nyam nyam!


Iglu. Salji tengah lebat pon gigih amik gambar nih!


Berlatar belakangkan perkampungan Ninja


Tatau la ape nama menara ni

Selepas berjaya menghabiskan beberapa ribu yen lagi di sini (cenderamata/keropok/pedang samurai mini), kami akhirnya dibawa makan tengahari. Perut pun memang dah lapar.

Setelah selesai makan tengahari di Kanigoten Restaurant, kami bergerak pulang ke Sapporo. Perjalanan dari Noboribetsu ke Sapporo memakan masa lebih kurang 3 jam. Tiba di Sapporo lebih kurang jam 5 petang dan kami diberi masa membeli-belah di Daimaru sehingga jam 7 malam. Di sinilah terletaknya butik Burberry yang menempatkan versi Burberry Blue Label. Hanya di Jepun sahaja dijual brand Burberry Blue Label ini. Info lanjut klik sini.

Selain itu, di sini juga terletaknya gedung IT terbesar di Sapporo iaitu BIC CAMERA. Lebih kurang Lowyat Plaza kalau di KL. Gedung yang mempunyai 5 tingkat (kalau tak silap saya), memang syurga membeli-belah kepada penggila-penggila gadjet terkini. Dari PSP, handphone, kamera dan barang-barang elektronik yang lain. Memang gile tengok barang-barang elektronik dorang. Pelentik bulu mata lah, macam-macam. PSP yang berharga hampir RM900 di KL, hanya sekitar RM500 sahaja di sini. Memang gile. Tapi, haruslah instruction semua dalam Bahasa Jepun. Tapi ada jugak di antara kami yang beli. Kena jaga elok-eloklah. Kalau rosak, tak ada warranty. Repair, kena bayar sendiri. Tu je risikonya. Hehe

Selepas puas window shopping (tak beli apa pun, sebab mahal. Huhu), kami dibawa makan malam di Miyabi Restaurant dan kemudiannya balik semula ke hotel.

Sambung lagi part 5. Ntah bila pulak nak sambung nih..

Trip CWA ke Hokkaido – Part 3

Kami check in di Noboribetsu Mohoroba Hot Spring Resort. Pemandu pelancong menasihatkan kami supaya membawa barang-barang yang minima sahaja kerana kami hanya menginap satu malam di hotel ini. Barang-barang selebihnya ditinggalkan sahaja di dalam bas. Selain tempoh menginap yang singkat, lif untuk naik ke bilik hotel pun sangat sempit. Boleh muat 4-5 orang saja satu-satu masa. Kang kalau bawak semua beg, memang berjam-jamlah nak tunggu lif untuk naik ke bilik.

Masuk saja ke bilik hotel, terus terkesima dibuatnya. Macam rumah Jepun dalam cerita Doraemon dan Atasinchi. Hehe. Tapi bilik tu tak ada katil. Hanya ada meja minum teh (kena duduk bersila) dan satu kerusi rehat. Lepas tu ada satu ruangan bertutup menyerupai almari (macam tempat Doraemon tidur). Di dalamnya ada tilam dan selimut. Ingatkan kena tidur dalam tu. Rupa-rupanya kena bawak keluar tilam tu dan tido atas lantai berlapikkan tilam.


Ingatkan bentang camni

Yang uniknya, lapik tilam tu kena sarungkan kat tilam tu macam pakai baju. Cemana ye, susah nak cakap..


Rupenya macam ni..lapik dia, disarungkan kat tilam macam pakai baju

Selain itu, kami juga dibekalkan dengan Yukata (Kimono Jepun untuk musim panas). Biasanya Yukata dibuat dari kain kapas. Satu hal nak pakai menda alah tu. Lilit-lilit je asalkan tak terburai sudah..


Kumpulan nasyid Jepun yang bakal memberi saingan sengit kepada kumpulan nasyid al-Jawaher..ni dia..al-Japanher..haha

Makan malam di hotel tersebut sangatlah best. Kaki ketam sepanjang satu kaki pun kami bedal. Saya paling suka kalau ada disediakan tempura sebab tekak saya dah tak boleh nak masuk sup,sup dan sup.


Makan secara tamak haloba

Lepas makan, ada yang ambil kesempatan untuk mandi di kolam hot spring. Saya tak join sebab malu. Huhu. Tapi dorang kata lawa giler pemandangan dalam sana. Bukan ‘pemandangan’ orang-orangnya tapi pemandangan di luar kolam. Saya berjaya meng’Google’ gambar di kolam hot spring tu. Memang cantik..


Cantekkan?

Airnya dicampurkan dengan sulfur yang disalurkan dari bekas gunung berapi Hell Valley yang terletak berdekatan dengan hotel tersebut. Jadi, airnya agak panas dan sesuai untuk melancarkan perjalanan darah. Tapi pemandu pelacong sudah menasihatkan supaya berendam tidak lebih daripada setengah jam untuk mengelakkan degupan jantung menjadi terlalu pantas dan akan mengakibatkan penyakit lain pula.

Ok, sambung Part 4

Trip CWA ke Hokkaido – Part 2

Ok, sambung balik..

Hari kedua di Hakodate. Kami bersarapan pagi di hotel saja. So, ape sangatlah yang boleh dimakan kan? Buah-buahan, cornflakes, roti, macam tu ajelah. Ade salad tapi bila tengok, dia campur dengan daging vavi..Huhu

Masa ni, salji masih turun. Apa lagi, masa ni lah nak amik-amik gambar. Pemandangan yang memutih di sekeliling hotel sangatlah mendamaikan mata memandang. Pokok-pokok yang dilitupi salji, sangat sesuai untuk dijadikan background memoyokan diri..Hee hee

Lepas dah bergambar-gambar, destinasi kami pagi itu adalah Hakodate Morning Market. Memula terfikir, hmm..jalan jejauh sampai ke Jepun, nak gi pasar je? Haha, ye saya keji. Sekali, sampai kat pasar pagi dia, macam bukan pasar. Takde air menjejeh-jejeh. Takde lecak-lecak. Bau busuk ikan sotong jauh sekali. Takde bising-bising “Ikan, ikan kak..sotong sekilo 15 ringgit..mari..mari”. Takde okeh..Pasar dia teratur je. Kalaulah pasar-pasar kat Malaysia macam ni, harus mak datin-mak datin Malaysia pegi pasar sendiri beli ikan.

Dan, kat pasar pagi Hakodate jugaklah kami semua amik gambar paling banyak. Ye, kat pasar borong Selayang tak kuasa nak amik-amik gambar kan?


Tengok harga ketam dia. 10,000 yen. 1,000 yen = RM37. Tak menangis ko nak makan?



Bersih kan? Yang basah-basah tu sebab salji cair

Lagi satu yang saya kagum, ketam-ketam dia pun berdisiplin je. Takyah nak ikat kaki ketam tu dengan getah macam kat tempat kita. Bila kita angkat baru ketam tu terkapai-kapai nak lepaskan diri. Kalau kita letak balik, dia dok diam je.

Selepas lebih kurang sejam di pasar pagi, destinasi seterusnya adalah Tasik Onuma. Perjalanan memakan masa 3 jam. Dengan keadaan jalan yang licin, pemandu bas terpaksa memandu bas dengan perlahan dan berhati-hati. Tapi yelah, dia dah biasa kan, so takde masalah sangat.

Welcome to Onuma Park


Cantek kan?


Kontrol macho padahal sejuk nak mampos

Masa untuk mempoyokan diri

Kami makan tengahari di Friendly Bear Restaurant. Sebelum tu, sempat juga bergambar kenangan kumpulan.

Bergambar kenangan satu group

Makan time..makan bersila

Lepas puas bergambar-gambar dan membeli souvenir di Tasik Onuma, kami meneruskan perjalanan ke Noboribetsu dan akan tidur satu malam di Noboribetsu Mohoroba Hot Spring Resort. Sepatutnya sebelum check in hotel, kami akan melawat Jigokudani atau lebih dikenali Hell Valley (bekas gunung berapi) terlebih dahulu. Tapi, dah lewat sangat, jadi lawatan kami akan ditangguhkan ke keesokan harinya.

Sambung Part 3. Penat menaip..


Trip CWA ke Hokkaido – Part 1

Dah masuk 2 bulan, baru terhegeh-hegeh nak bercerita tentang trip CWA (CIMB Wealth Advisors) ke Hokkaido, Jepun bulan Mac hari tu. Trip CWA ke Hokkaido (yang ditanggung sepenuhnya oleh CWA) ini ada 3 batch kesemuanya. Saya batch ke-2 dan bertolak dari Kuala Lumpur pada 25 Mac dan kembali semula ke KL pada 31 Mac (7 hari 5 malam).

Harus over ambik gambar sebelum naik flight

Kami bertolak dari KLIA jam 11.30 malam. Perjalanan memakan masa 6 jam setengah dan kami tiba di Lapangan Terbang Narita, Tokyo untuk transit pada jam 6 pagi (Waktu Jepun) atau jam 5 pagi (Waktu Malaysia). Waktu Jepun adalah sejam awal dari Malaysia.

Kami perlu menaiki flight domestik untuk ke Hakodate, Hokkaido di Haneda Airport. Sedikit masalah berlaku semasa kami nak check in flight. Orang yang beratur punyelah ramai tapi kaunter check in yang dibuka hanya 3 kaunter. Orang Jepun ni berdisiplin sangat. Tak bolehlah nak bertolak ansur sikit. Akhirnya tourist guide kami gertak pegawai Imegresen tu – kalau kami ketinggalan flight, dorang kena tanggung! Akhirnya dorang bukak kaunter khas untuk kami. Yeay!

Kami berlepas dari Haneda Airport jam 9.30 pagi dan tiba di Hakodate pada jam 11.55 pagi. Selepas itu dibawa makan tengahari di Restoran Saranotsuki. First time tengok ketam bapak besar, excited sangat. Jakun pun iye. Selesai makan, kami pun bergambar di taman di belakang restoran tersebut. Kesan-kesan salji masih terdapat di situ. Apa lagi, macam budak kecik kami main baling-baling salji.

Selesai makan, kami dibawa bershopping di Kanemori Red Brick Warehouse. Daripada cenderamata sampai ke makanan, semua ada kat situ. Setiap gedung menjual barang-barang yang berlainan. Sempatlah kaut 3-4 jenis keropok beras berperisa udang, sotong, rumpai laut dan sebotol pati jus berperisa rasberi. Kat sana je dah habis lebih kurang ¥5000 (¥100 = RM3.70)

Selepas bershopping, kami check in di Kokusai Hakodate Hotel. Dari tingkap bilik, pemandangan pelabuhan Hakodate yang cantik dapat dilihat. Biliknya boleh tahan besar dan selesa. Bukak TV je, tentulah rancangan berbahas Jepun kan? Saya buka rancangan masakan je. Tak paham pun takpelah, asalkan makanannya nampak sedap-sedap.

Lebih kurang pukul 6 petang, kami dibawa makan malan di Hakodate Tei Restaurant. Walaupun baru pukul 6 petang, hari dah pun gelap. Macam dah pukul 8 kat Malaysia. Sampai-sampai saja di restoran tersebut, salji turun dengan lebatnya. Dengan keadaan menggigil, gigih kami bergambar-gambar sampailah dipanggil masuk untuk makan.

Selesai makan, kami dibawa pula ke Mount Hakodate untuk melihat pemandangan seluruh bandar Hakodate pada waktu malam dari atas gunung. Dari stesen ke atas Mount Hakodate, kami menaiki Mt. Hakodate Ropeway lebih kurang cable car.

Selepas besejuk-sejuk kat atas gunung dan menghabiskan beberapa ribu yen lagi, kami balik ke hotel dan tido.

Nantikan sambungan Part 2..